Tuesday, September 29, 2009

Rimas lah!

0 comments

Tgk lah rambut adik yg lebat lagi merimaskan gaya Noh drp kumpulan Hujan. Memang sangat merimaskan dan tlh bjaya dtebas sehari sblm aidilfitri.

Pastinya kini adik lebih ceria dgn rambut lbh nipis dgn potongan gaya tempurung kelapa harharhar

Monday, September 28, 2009

Salam Lebaran 1430h

0 comments

Alhamdulillah ramadhan sudah selamat dijalani kini syawal 1430 hijrah menjelma. Tahun nie giliran braya di rumah nenek midah @ kota tinggi.

Tahun nie kakak ikut papa pegi BARAAN, bziarah rumah ke rumah secara bjemaah sambil collect duit raya. Tp separuh jln je kakak ajak balik.

'papa jom balik. Kakak dh penat, mcm nk pengsan nie', kata kakak menguatkan hujah.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA, MAAF ZAHIR BATIN DRP KAMI SEKELUARGA.

Wednesday, September 16, 2009

So clever!

0 comments

'Adik bukak baju, pegi mandi!'

Gambar tersebut sbg bukti bhw adik dah memahami arahan2 ringkas. So clever anak papa sorg nie. I yuv u so muchhh!

Sunday, September 13, 2009

Oh my oh my...

0 comments

Oh my what a sad day. The car got dented one week before raya.

Well my mistake for not adhering to the reverse sensor and reversed on to a pile of stacked wood.

I'm so sad. Humm a NEW & BIGGER CAR sounds really tempting right now.
Selamat hari raya to all, drive / reverse safely!

Saturday, September 12, 2009

Jalan bergandingan

0 comments

Sweet kan?

Adik dh makin laju adik bjalan. Kadang bjalan sambil isap jari atau pegang perut. Tp sekiranya dihulurkan tangan, adik akn menyambutnya dan jln bpimpinan.

Jika dihulur tangan utk bsalam, adik akan menyambutnya dan mencium tangan itu.

Sekiranya dimuncungkn mulut ingin mencium, adik akan menyuakan kepala utk dcium.

Adik pon dh faham arahan ringkas. Sit - adik akan duduk. Come here - adik akan dtg. Adik come mandi - adik akan ke bilik air sambil menyelak baju dipakainya.

Bijak kan?


Wednesday, September 09, 2009

My little angel

2 comments

Ini merupakan the 1st time adik bjalan sendiri di alamanda. Nmpk sweet je kan jln smbil pegang tangan papa. Namun itu cuma seketika sblm meronta2 pinta dilepaskan utk mexplore segala ruang. Tp kena perhati btol2 gak takut hilang dicelah2 org ramai atau sesat dicelah rak pakaian.

Agak tkejar2 kalau shopping bawa budak2, tp kalu tk bwk dorg rasa tak syok plak kan. Boleh gitu?

Monday, September 07, 2009

Keretapi

1 comments

Tgk lah 3 beranak nie bermain keretapi @ alamanda. 'Pin pin tuduk tuduk, pin pin tuduk tuduk' kata kakak membunyi kan sound effect keretapi mlalui landasan. Bayangkan kalau anak kami 10 org...

Saturday, September 05, 2009

Tat Nenas gumuk2

0 comments

Alhamdulillah akhirnya dpt gak mkn tat nenas home-made by ibu. 'Tat Nenas Sarjan Hasan' nama diberi kerana corak nya bercalit 3.

Nie je lah kuih raya yg papa minat, kuih lain tk pandang pon. Kalu pi beraya mesti cari kuih ni, kalu tkde tpks blasah lh kerepek or kacang2.

Err tiba2 ter-mengidam ketupat, sayur lodeh, sambal kacang, ayam masak merah n ayam masak kicap. Slurpppp. Adeh! Lambat lg lh plak nk raya.

*tq ibu coz buatkn tat nenas ;)

Friday, September 04, 2009

Kakak berbaju kurung

0 comments

Sungguh comel kakak berbaju kurung pagi ini, setelah mandi dan berbedak wangi.

Lately kakak tidur lewat pkl 10-11. Kalau masuk bilik awal pun kakak akan golek sana sini dn bmain dlm gelap. Atau kakak akan baring sblh adik yg mmg tlh lena sambil mengipas2, 'takut adik digigit nyamuk' katanya.

Or maybe kakak tunggu papa balik drp terawikh, then salam + cium papa n paksa ibu buat yg sama sambil cekak pingang memerhati.

Pesanan kakak:
Mummy ooo mummy. Baju raya qila dh siap ke belum? Qila dh tk sabar nk pakai nie :)

Read more: http://alisyaaqilahanan.blogspot.com/

Wednesday, September 02, 2009

Terkini III

0 comments

Tgk lah kakak melalak akibat jatuh drp buai di rumah nenek last weekend. Lps gelak kan n amik 2-3kpg gambar baru lah papa pujuk kakak huhu.

Tahun nie merupakan tahun pertama kakak kenali erti puasa. Dan setelah berpuasa sejam, suku hari, setengah hari, 3/4 hari, akhirnya kakak berjaya puasa penuh 1 hari. Terer betul kakak. Kat skool kakak sorang je yg puasa (menurut kata nya).

Tapi sekarang kakak tak berpuasa langsung. Kejut sahur pon taknak bangun. Tapi takpe, atleast kakak kat cuba utk berpuasa. Nnt dah besar, kakak kena puasa penuh sebulan ye!

BTW, adik dah pandai berjalan dan semakin laju. Jarang langsung dia merangkak sekarang, kadang sibuk nak ikut / kejar orang kedapur / ruang tamu walaupon langkahnya belum stabil sangat. Kuat betul semangat adik, dan sekarang sudah cuba utk memanjat.

Adik juga suka buli kakak. Kadang2 pukul kepala kakak. Kadang cucuk mata kakak, tarik rambut kakak. Tapi akak tak balas, kakak cuma nangis (kalau sakit) dan mengadu pada papa or ibu. Adik buat muka stone sambil cuba terus membuli kakak. Maybe itu cara adik tunjuk sayang pada kakak. Adik kan masih kecik lagi.

Thursday, August 27, 2009

Pandang serong

1 comments

Title not related to anything to be told. Tp comel kan kakak pki tudung baru ibu. Kalau adik pakai pn nmpk comel.

On another note, adik dh sihat dn dh boleh pegi skool. Tp kena continue her meds n antibiotic for tonsil.

Wednesday, August 26, 2009

Demam lg

0 comments

Adik demam lg, masuk hari ke2. Smlm ibu jd babysitter, hari ni turn papa. Bdn adik panas on/off, tp adik ttp main spt biasa.

Lps mandi, minum susu, mkn biskut, minum air barli, mkn finely chopped apple dan minum air madu suam.

Tiba2 bau masam je, pampers dh penuh lh tuh. Sib baik ibu dh balik, kira hadiah utk ibu laaa.

Tuesday, August 25, 2009

Kakak intan payung

0 comments

Ramadhan dh masuk hari yg ke-4, dan sudah 4 hari kakak bangun sahur dan berpuasa. 1st day sahur dgn 5-10 suap nasi + susu, bbuka 12tghari. 2nd day sahur sesuap nasi + susu, bbuka 9am. 3rd day sahur susu je, bbuka 4ptg mkn biskut. 4th day sahur susu je juga, bbuka 7am dgn sebotol susu. Boleh gitu?

Tapi satu kesilapan papa n ibu, iaitu belikan/bagi kakak suppliment yg meningkatkan selera makan. Patut lh asik lapa je.

*Papa & Ibu bangga dengan Kakak!!

Adik demam lagi

2 comments

Smlm blk drp skool, ok je adik bmain. Mrangkak sana sini, jalan sana sini, makan itu ini. Then masa nk pi terawikh papa rasa bdn adik mula panas. Dan spjg mlm ibu jaga adik. Hari ni ibu tpaksa EL lg.

Risau papa dan ibu adik sakit dlm masa wabak sdg melanda nie. Moga adik cepat sembuh dan kita sekeluarga di jauhkan drg penyakit merbahaya serta wabak H1N1. Amin!

Monday, August 24, 2009

Puasa

1 comments

Alhamdulilah ramadhan dh masuk hari yg ketiga. Dan dah tiga hari kakak bangun bsahur dan berpuasa. 1st day bbuka pkl 12tghri dan 2nd day buka pkl 9pagi. Its a good start for a 4 yearold which was heavily influenced by repeatedly watching 'Upin dan Ipin' series.

Salam ramadhan buat semua!

*gambar kakak 'intan payung' kali pertama bangun bsahur.

Thursday, August 20, 2009

Our little ninja

1 comments

'Papa, kakak nak yg mcm nie', kata kakak sambil menggayakan pemakaian topeng hidung/mulut few days ago. Smlm baru berjaya menunaikn pmintaan itu. Comel kan?

Wednesday, August 19, 2009

Rajuk

1 comments



1) Rajuk Kakak
Kakak mmg pandai merajuk. Kalau kena sakat / marah / tegur kakak akan merajuk. Dulu kalau kakak merajuk dia akan cakap, "Taknak kawan papa, taknak belikan gula2".

Jika cara itu tidak berkesan, kakak akan tukar taktik lain, "Taknak kawan papa, taknak belikan gula2. Beli utk ibu ngan adik je" sambil lari masuk dlm bilik tekap muka pada bantal.

Kalau tak berkesan gak, kakak akan jengah papa kat pintu sambil jelir lidah, "Wekkkk!!" kemudian masuk semula dan menekap muka sambil berharap papa datang pujuk. Dan biasanya mmg papa akan dtg pujuk sambil geletek2 / buat lawak bodoh supaya kakak gelak dan lupa pada rajuk nya itu.

2) Rajuk Adik
Adik pon dah pandai merajuk kalau tak dapat sesuatu yg dia mahu especially kalau korek semula barang dlm mulut yg dikutip drp lantai.

Kalau merajuk / marah, adik akan keluarkan kata2 "HEH!!", sambil tangan memukul angin dan merebahkan / tiarap badan dan muka pada lantai tak kiralah dimana dia berada ketika itu.

Semalam adik nangis nak kan ibu, tapi bila papa cuba dukung adik marah lalu merangkak pergi dengan laju dan merebahkan badan tanda protes dan melalak dengan kuat.

Tapi adik merajuk sebentar sahaja.

3) Rajuk Ibu
Ibu pon pandai merajuk. Kalau Ibu merajuk, jadi buruk. Panjang muncungnya, boleh buat sangkut baju. Harharhar sure papa kena cubit nnt.


*read more @ http://alisyaaqilahanan.blogspot.com/

Tuesday, August 18, 2009

Model tanpa rela

2 comments

Secara tidak sengaja menjadi model flyer bagi info wabak H1N1 in distribution during the company's Q3 briefing. Taken straight from FACEBOOK. I don't mind it, since its for a good cause.

But it's a good reminder that any photos @ content uploaded online may be used / abused by others.

Monday, August 17, 2009

Ninja @ work

0 comments

It was rumored that someone in faber towers got infected with H1N1. It's a rumor, but they've started distributing the masks.

Ya Allah ya tuhan yang maha agung, maha pengasih, lindungi kami serta ahli keluarga kami drp wabak ini. Amin ya robbal alamin.

Api!

0 comments
Semalam papa terlelap sebentar semasa tidurkan khadeeja. 11 mlm ibu kejutkan. Bila bangun terbau hangit memenuhi ruangan seakan2 benda terbakar namun setelah diperiksa dapur serta plak elektrik tiada yg bermasalah.

Tidak berapa lama kemudian terdengar bunyi seakan air melimpah dan jiran2 sudah mula kecoh. Rupanya berlaku kebakaran kecil pada sebuah rumah di tingkat 6 akibat api dapur yg dibiarkan hidup dan rumah seakan tiada penghuni. Api berjaya dipadamkan seketika kemudian menggunakan alat pemadam api dengan bantuan jiran2 melalui celah jeriji dapur. Namun Bomba tetap dipanggil kerana gas masih terbuka.


Caption: Ahli bomba sedang memotong pad-lock pada grill menggunakan power-tools.


Sebaik saja pad-lock berjaya dipotong, tiba2 pintu rumah dibuka oleh penghuninya seorang lelaki berbangsa cina yg tinggal berdua bersama anaknya sementara isterinya yg sarat mengandung tidak kelihatan. Ruangan rumah penuh dengan asap yang menyesakkan.

Nasib baik pengawal keselamatan yg melakukan rondaan rutin perasan dengan asap yg berkepul2 keluar serta bau hangit yg menusuk hidung. Sekiranya tidak, kemungkinan dua beranak itu mati lemas akibat asap yg tebal atau kebakaran makin marak.

Tahniah pada jiran2 serta AJK penduduk yg berusaha memadam kebakaran serta 'memeriahkan' keadaan. Terima kasih pada pihak bomba yang datang dalam masa yg singkat serta pantas membuat kerja.

'Apa yang penting?? KERJASAMA!'

*note: Khadeeja demam lagi, ibu pulak jd babysitter.

Saturday, August 15, 2009

Family trip

1 comments

Gambar kakak sdg mlayan perasaan utk tido dlm pjlnn ke lumut. Celebrating nenek n atok's 35th wedding anniversary. Congratulation to nenek n atok, moga terus bahagia n rok selalu.

Thursday, August 13, 2009

Monkey & monyet

0 comments

Few days ago ketika mengambil kakak n adik drp skool, papa tnampak kakak pakai baju dgn gambar orang utan.

'Hai monkey!', papa menyapa kakak sebagai gurauan.
'Hai monyet!', jawab kakak ringkas tapi cukup menusuk kalbu.

Moral: jangan meng-monkey-kan orang lain sekiranya anda tidak mahu di-monyet-kan.


Thursday, August 06, 2009

Seharian bersama Khadeeja

0 comments
Semalam adik belum betul-betul sihat. Demam serta selsema beberapa hari lalu masih belum betul2 kebah. Papa mengambil giliran menjaga adik kerana ibu perlu menyelesaikan tugasan dipejabat yg sudah beberapa hari tergendala.

Pertama kali papa dan adik ditinggalkan berdua begini. Walaupon tidak sihat, tapi adik memang anak yang baik serta mendengar kata. Tiada ragam melampau yg tidak mampu dikawal dan diredakan. Cuma rajuk serta rengek kan seketika pinta dimanja. Selebihnya adik bermain sendiri meneroka ruangan yang ada walaupon badan agak kurang selesa.

A picture worth a thousand words, so biarlah gambar-gambar ini yang bercerita;

Caption: Bangun pagi (selepas ibu dan kakak keluar) terus makan biskut tanpa perlu gosok gigi / basuh muka.


Caption: 8.30am mandi pagi selepas makan biskut, makan ubat dan bermain


Caption: 'Ibu bila nak balik? Adik tak sihat. Adik nak ibu!', mungkin itu kata adik sekiranya dia boleh berkata-kata


Caption: Mengisi masa lapang dengan bermain building block selain mengacau papa


Caption: *EVIL* Masa untuk kacau papa!!


Caption: Sekali lagi menggunakan talian hayat utk mengadu nasib selepas memenuhkan lampinnya. MASYAMMMMM :)


Caption: Isi minyak (read: susu)


Caption: R&R (Rehat dan Rawat)


Caption: Lumba kerusi sorong. LAJU TUH!!!


Caption: 2.00pm, santai sambil menikmati biskut stlh mandi tengahari


Caption: Test power turun dari sofa tanpa bantuan. Nasib baik sempat sambut sebelum adik jatuh terhentak ke lantai


Papa sedih lah kalau adik tak sihat cam gini. Moga adik cepat sembuh serta kita sekeluarga dijauh kan daripada penyakit2 berbahaya, Amin.

*RESPEK dengan Engku Emran kerana dengan macho nya mencuci berak baby Aleesya dalam 'Gugu Gaga Erra'

*read more @ http://alisyaaqilahanan.blogspot.com/

Monday, August 03, 2009

Kakak n adik

1 comments


Kakak
1) Ibu sedang train kakak utk tidur tanpa pampers (read: lampin). Hari pertama memang cemerlang. Kakak berjaya tidur tanpa pampers dan tidak kencing malam. Hari kedua / ketiga kurang cemerlang bila tiba2 katil nenek juga katil ibu basah. Takpe, kena usaha lagi.

2) Kakak suka panjat dan duduk / baring mengimbangi badan pada arm-rest sofa. Dah banyak kali papa tegur supaya tak buat begitu, tapi kakak buat-buat lupa. Then semalam secara tiba-tiba kakak tergolek jatuh kepala dahulu. Nasib baik side-table kecil bersebelahan sofa tersebut dapat memperlahankan / meminimakan impak kejatuhan tersebut.

Adik
1) Hari nie adik demam, so ibu tpaksa bercuti. Start semalam, badan adik dah sedikit panas bserta selsema namun adik tetap gagah bermain. Maybe adik demam coz nak membesar, or maybe coz effect suntikan campak seminggu lepas. Doktor memang dah pesan mungkin adik akan demam seminggu kemudian. Moga adik cepat sembuh dan dijauhkan penyakit2 merbahaya.

2) Semalam adik berjaya panjat 3 anak tangga dirumah nenek. Lepas nie kena lebih berhati2 coz semalam adik dah cuba nak turun tangga sendirian.

Monday, July 27, 2009

Kakak ohh kakak

0 comments

'Saya mesti pilihhh!' *tiada kaitan dengan mana2 pihak*

1) 'Papa, coklat nie dalam dia warna putih kan?', kata kakak tiba-tiba selepas pulang drp skool. 'Ooo yee ke?', jawab papa acuh tak acuh sambil sibuk nak mandikan adik. 'Dalam dia warna putih kan papa kan? Kalau makan sedap!!', kata kakak lagi tak berapa lama setelah bosan dgn respon papa. Secara tersirat, rupanya kakak nak makan coklat.

2) Few months ago Ibu beli oven baru yang lebih besar to satisfy her latest passion for baking. 'Papa, kita jual lah oven ibu', kata kakak tiba2 ketika berdukung belakang papa untuk buat susu. 'Kenapa?', tanya papa terkejut dengan ayat itu. 'Kakak takde tempat nak duduk', jawab kakak ringkas dengan nada sedih. Sebenarnya sejak kecil lagi, kakak memang suka ikut papa buat susu didapur sama ada ke dapur dengan berdukung, superman, jalan berpimpinan atau berkejaran. Then akak akan duduk di atas tabletop kabinet dapur sambil melihat papa buat susu. Tapi tempat itu telah diambil alih oleh kehadiran oven serta mixer baru ibu.

3) Ibu beli fridge magnet berbentuk burung kenyalang sebagai souvenir percutian di Sabah last April. Bila sampai dirumah, kakak terus membelek2 souvenir tersebut yg ibu lekatkan pada fridge. Lama kakak belek tanpa bergerak drp tempat tersebut sementara ibu sibuk mengemas dan papa melayan adik. 'Kakak buat apa?', tanya ibu tiba2 setelah hampir siap mengemas dan agak hairan dengan tingkah laku kakak. 'Kakak tengah tengok bird nie haaa', kata kakak sambil memegang erat bahagian atas dan bawah souvenir tersebut yg masih terlekat di fridge. Tiba-tiba bahagian kepala burung tersebut terjatuh, 'Haaaa kan dah terbang', kata kakak spontan cuba menutupi kesalahan nya mematahkan kepala burung itu.

4) *Update terkini* 'Papa nak air mangga tak?', tiba-tiba kakak masuk dalam bilik semasa papa sedang khyusuk berkerja. 'Kenapa??', tanya papa musykil sambil pandang wajah comel itu. 'Kakak tanya nie. Papa nak air mangga tak?', sambung kakak lagi berkeras. 'Kakak nak air mangga?', tanya papa memulangkan balik soalan tersebut seakan tahu isi hatinya. 'Nak!', jawab kakak ringkas dengan senyuman menampakkan barisan gigi2 comel. 'Haaa, pegi cakap kat ibu', papa beri arahan sambil meneruskan kerja....... 'IBU! PAPA DENGAN KAKAK NAK AIR MANGGA!', jerit kakak sambil berlari ke dapur.


*read more @ http://alisyaaqilahanan.blogspot.com/

Monday, July 20, 2009

Terkini II

0 comments
1) Khadeeja dah genap setahun, 16 julai lalu. Namun tiada sambutan besar-besaran yang dijalankan. Yerlah adik pon kecik lagi, bukan nya dia paham. But Ibu made mini-choc-moist-cakes especially for her birthday to be celebrated at skool. Ibu tukang masak, papa & kakak tukang decorate juga tukang bungkus goodies bags for the occation. Tapi kakak jeles kalau adik celebrate birthday sorang2, so awal2 lagi pesan kat cikgu supaya kakak boleh tiup lilin.


2) Smlm balik segambut kejap, tapi adik tak mahu langsung dengan orang lain. Asik melekat ngan papa / ibu je, maybe coz adik tak biasa atau terkejut dgn pertukaran persekitaran. Melalak2 bila org lain nak dukung.

3) Rambut adik dah makin panjang smpikan melindungi mata dan merimaskan. Smlm nenek asiah tolong potong pendek, then papa sambung potong lagi pendek. Dan sekarang adik boleh bergaya dengan style Abu Bakar Ellah sambil tersengih menampakkan gusi serta gigi comel 5 batang.


4) Kakak selalu jeles ngan adik. Apa saja cara gurauan yg papa /ibu buat kat adik, kakak pon suruh ulangi benda yg sama pada nya. Kalau setakat gurauan boleh tahan lagi, tapi part nak lambung2 cam adik tuh yg tak laratttt, berat!

5) On Saturday pergi jalan2 kat shopping complex, Ibu tak pakaikan kakak pampers (read: lampin) coz nak train kakak. "Nanti kalau kakak nak kencing, kakak cakap tau.", ibu and papa pesan awal2. "Ibu, kakak nak kencing", kata kakak tiba2. Mmg pandai anak papa sorang nie, tapi agak terlambat coz seluar dah basah sedikit sebelum sampai tandas. Terpaksalah beli seluar baru.

6) Smlm papa mandi agak lewat, sblm masuk bilik air papa pon ke dapur masak air panas yg mmg tinggal sikit. Cepat2 selesaikan mandi bila cerek didapur dah berbunyi. Then papa tengok kakak meniarap depan TV sambil menutup muka gaya merajuk. "Kakak kenapa?", tanya papa lembut. "Kakak sedih, takde sape nk kawan kakak", kakak jawab sayu bila ditinggal berseorangan sementara papa mandi dan ibu tidurkan adik dalam bilik. "Alahai sian anak papa. Jgn nangis ek, papa teman kakak", pujuk papa sambil cium pipi budak comel itu. "Papa, nak susu", kata kakak ringkas setelah dipujuk. ALAMAK! Papa terlupa!! Actually kakak mintak susu sebelum papa pi mandi tadi. Lately papa agak pelupa, bukan pasal dah tua (cover skit) tapi mungkin banyak benda tgh pikir kat kepala.

7) "Papa, kalau kita sembahyang tuhan sayang kan?", kata Kakak tiba2. "Papa dah sembahyang, Tuhan sayang Papa", sambung kakak mungkin lepas nmpak papa sembahyang Isyak tadi. "Nnt kalau ibu dah sembahyang pon Tuhan sayang", kata kakak lagi seakan tahu ibu belum sembahyang Isyak lagi.


*Read more @ http://alisyaaqilahanan.blogspot.com

Thursday, July 16, 2009

Happy 1st birthday dear Khadeeja

1 comments


its been so long since ibu last menulis selalunya papa yang tulis.. this time is special coz KHADEEJA IS ONE YEAR OLD .. yippieee. tak pernah rasanya ibu tulis xperience mengandung and melahirkan khadeeja.. masa kakak dulu ibu ada buat entry.. so for your birthday nie ibu nak cerita la skit kronologi semasa mengandung and melahirkan khadeeja..
Mengandungkan Khadeeja mmg xpected coz mmg plan heheheh.... tp dlm plan2 pun ibu gi main badminton untuk sukan company (terpaksa coz dah tak de org).. masa duk melompat2 main badminton tu tak tau la rupanya dah mengandungkan khadeeja.. a few days lepas main2 badminton tu mcm ada kuar stain.. masa tak kisah lagik kot2 mcm biasa dtg bulan.. so biarkan jek la .. tp lepas 2-3 hari sama jek stain nyer.. so check la.. +ve double line.. (alhamdulillah.. yehaaaaa !!!) tp masa tu dah kecut2 gak sebab mcm ada bleeding skit..
so jumpa dr.R**** .. dr bagi mc 1 minggu .. kalau kuar lagik jumpa dier.. after 1 week cam ok.. tp ada skali tu ibu ada briefing apa ntah tak ingat.. balik jek dr briefing tu byk skit blood yg kuar.. mmg cuak yg amat.. jumpa dr.R**** then terus refer ke Gynae kat HUKM specialist .. Jumpa ngan Dr.H**** .. very soft spoken dr.. very nice and begitu lemah lembut... dr check sumer.. dier kata mungkin tali pusat kat bawah.. tp tak pe just take a rest .. so dpt lagi another 1 week mc (yippppieeee .. hehehe).. ohh lupa nak citer this time pregnant agak kurang mabuk n muntah.. masa kakak dulu mmg memanjang muntah, mabuk and pening.. alhamdulillah masa Khadeeja kurang skit .. so buatla monthly check-up kat HUKM specialist .. lepas bln ke-4.. dr kata baby stabil and tak de masalah..syukur .. syukur yg amat.. mmg takut sgt masa 1st trimmster tu .. tp dah masuk 2nd trimmster tu kira ok la..cuma jaga2 skit .. masa nie mmg amat2 la berseleranya makan.. makan.. dan terus makan.. berat mmg naik sungguh la..
to cut it short .. dah nak dekat 8bln dr tanya, "awak nak bersalin normal ke caesar ?"(kakak dulu caesar).. ibu cakap,"nanti pk dulu la dr.. rasa cam nak normal".. dr tambah.."tp kalau baby besar kena caesar ye..nanti takut terkoyak bekas jahit dulu"..alamak biler dengar cam tu rasa cam ngeri la plak.. Biler last appointment ngan dr.. dr scan baby besar (read:lebih besar/berat dr kakak) so nak tak nak kena buat caesar..terus set hari and book O.T room...
A day before nak operate tu dah rasa cam ada contraction.. sakit tp mild lagik la.. malam bfore the operation tu berdebar2 jek.. mmg tak leh nak tido.. satu sebab mmg berdebar nak operate tapi yang sebenarnya dah mmg takleh tido sebab perut besar sgt .. mengiring salah tak mengiring salah .. serba tak kena la.. mana tak nya masa tu ibu dah nak dekat 80kg++ .. sungguh besar hokay.... sedar2 jek dah pagi.. masa pagi nak pegi hospital plak.. kebetulan kakak bangun awal apalagik melalak bagai la.. dah rasa cam sayu jek..
masa sampai hosp.. check in ward (mcm check hotel lak hehehhe).. masuk bilik tukar baju .. pasang segalabagai kat perut (tak ingat apa namanya).. dr nak monitor heart beat ngan contraction(if any la..) dr dtg check dlm pukul 10-11am rasanya .. so masa dr tgk graf kat monitor sebelah katil tu dr cakap.."eh.. awak ni cam ada contaction la.. kena cepat ni..tak pe tak pe.. nanti dlm pkl 12 kita masuk OT kay" dgn lemah lembutnya ..so dlm 12++ tu diorg sorong la ibu ke OT room.. sblm operation start kena cucuk epidural .. sungguh seksa nak membongkok yerla perut besar kan... heheh ..tp alhamdulillah tak de apa2 .. sekali cucuk dah ada rasa kebas2 skit, biler dr bius cucuk ngan jarum halus ..lepas confirm dah 100% kebas.. baru la start operation.. before tu dr ada tanya "awak nak tgk tak cam na saya buat".. gulp..!! .. tak nakkkkkkk.. so dr pun tutupkan kain .. so tak nampak la.. tp rasa la cam ada org godeh2 kat perut cuma tak sakit.. papa pun ada masa kat dalam ot room tu.. papa siap pakai baju cam dr.. heheh.. papa duk jek kat sebelah ibu.. ckp ngan papa, tak nak gi tengok ke apa di buat.. eiii tak nak la.. takut.. heheh..
so dlm 1/2 jam tu dr cakap... "saya nak tolak skit yer.. nak kuarkan baby .. " so adala dlm 2-3 org yg duk menolak tu ... tak lama jek lepas tu dr cakap.. "miera baby dah kuar".. masa tu cam blur2 sebab baby tak nangis.. jadik ibu pun tanya "aikk naper tak nangis".. lepas jek dr bersihkan baby .. baru la dengar jeritan pertama Khadeeja.. alhamdulillah.. ya allah selamat semuanya... dr bagi tunjuk baby .. and dapat tgk dier and cium dier for the first time.. happy sangat semua dah selesai.. masa khadeeja mula2 keluar badan dier merah sgt.. lepas tu baby dibawa ke nursery and dr pun sambung la menjahit apa yang sepatutnya kena jahit... rehat kat observation room dlm 2-3 jam.. letak cam heater kat dlm blanket sebab sejuk sgt.. sungguh nyaman masa tu.. lepas tu baru bawak ke bilik.. Alhamdulillah semua selamat...
tu cerita setahun yg lalu.. tak sangka khadeeja dah setahun.. time flies really really fast .. cepat sangat anak ibu besar... rasa mcm baru jek khadeeja kuar.. rasa cam baru jek tgk khadeeja cuba nak meniarap .. nak merangkak and skang dah nak jalan dah.. ibu dan papa doakan semoga khadeeja menjadik anak yang solehah .. dengar kata ibu ngan papa.. semoga perjalanan hidup khadeeja diberkati dan memperoleh rahmat dariNYA.. amin...

Wednesday, July 15, 2009

Scones

1 comments

first time buat scones .. senang tp still tak rasa puas hati.. tak macam yg kat kedai tu.. gebu and gemoks2 ..
scones ni sedap kalo makan ngan butter n jem.. mmg heaven.. pastu minum lak ngan teh o panas .. perghhhhh ...

Monday, July 13, 2009

My little tikes

0 comments

These past few days mata adik banyak tahi mata esp waktu bangun tido, kadang kelopak mata tlekat smpikn tk boleh nk buka. So bangun pagi kena lap mata ngan air suam. Bila dh clear mata, baru bleh tsengih gembira. Sekarang nie tgh sibuk main kt klinik pakar kanak2 An-Nur (Bangi) sementara tunggu giliran sejak 7pm. Wish that consultation time could be faster.


*Read more @ http://alisyaaqilahanan.blogspot.com

Thursday, July 09, 2009

One year old (almost)

0 comments


*Gambar adik sedang bertatih laju berhampiran Kompleks Campbell, Jalan TAR

Next week (16 july) umur adik akan genap 1 tahun. Time really flies! Makin besar anak papa sorang lagi nie.

Sekarang adik dah boleh merangkak serta bertatih dengan agak laju. Sekejap saja masa yg diperlukan untuk bergerak drp bilik tidur ke bilik sebelah, ruang tamu, ruang makan kemudian ke dapur. Adik juga dah boleh free standing upto 5 seconds dengan tangan mendepang serta tersengih2. Gigi adik dh makin kelihatan 3 batang dan insya-allah yg ke-4 akan menyusul tak lama lagi.

Adik kuat makan, adik kuat menyusu. Adik jarang sangat menangis dan adik pandai bermain sendiri / mengacau kakak bermain. Adik suka main / baling-baling segala remote. Cukup payah nak pakaikan pakaian adik lepas mandi coz adik mmg tak reti diam. Lepas kena 'PAP' peha serta 'HEP!' dengan papa, sekarang dah boleh sedikit dengar kata.

Adik pandai menegur orang dengan kata-kata 'HEH!'. Adik juga sudah mula pandai merajuk, namun cuma seketika.

Adik cukup marah kalau org korek hidung / sedut hingus dia. Sangat lah phobia. Tapi masalah nya papa mmg tkboleh tengok hidung adik berkeladak dgn tahi hidung atau hingus meleleh2, rasa rimas! Adik juga dah pandai minum ubat, tidak seperti dulu. Tak kiralah ubat batuk / selsema / demam. Bila papa / ibu bwk syringe berisi ubat, adik terus nganga sambil menelan sedikit demi sedikit ubat yg dimasukkan dalam mulut. Dan Alhamdulillah, coz adik jarang jatuh sakit walaupon duduk nursery sejak kecil.

Moga adik terus membesar dengan baik, sihat, bijak, pandai, comel, cantik, hensem (opppss) dan lain-lain lagi

*Read more @ http://alisyaaqilahanan.blogspot.com

Terkini

0 comments

Lama tk update ye. Tu gambar kakak sdg menggayakan baju batik pemberian atok n nenek few weeks back. Td nk balik drp skool kakak mnangis teresak-esak coz dh buat salah cederakan jari tgn kwn kakak. Itu lh akibatnya main kt pintu smpikn tersepit, terkopek kulit jemari n berdarah. Nnt kalau tjumpa parents kwn kakak tu nk kena mtk maap lah. Dulu kakak pn pernah cedera mulut akibat balingan kawan. Ayah kwn kakak terus mtk maap bila kbetulan tjumpa ptg tsb. Accident does happened and kids will be kids.

Saturday, July 04, 2009

Raya comes early

0 comments

Tgk lh adik sdg sibuk memilih kain utk buat baju raya @ Jakel. Theme color tahun nie warna hijau. Tahun nie kakak dpt 2 pasang baju kurung coz kakak mmg suka pki baju kurung. Keduanya bkain cotton cerah namun; satu dgn corak2 geometri kecil bwarna hijau dan satu lg dgn taburan bunga ros merah sederhana besar pastinya anggun menawan. Adik sepasang je coz adik msh kecik, tk pki sgt baju kurung. Beli juga langsir serta kasut utk papa, kakak n adik. Ibu dh bnyk sgt kasut. Tq ibu for the kasuts. Tahun ni raya kota tinggi, yeaaaa!

Friday, July 03, 2009

Super-kakak

0 comments
Smlm Qila ikat towel pada leher ala-ala superman. Then pegi depan kipas sambil melompat gaya superman terbang. 'Papa, kenapa tak terbang pon?', qila tanya.

Imiginasi serta naluri ke-papa-an berputar ligat ttg bahaya akibat terpengaruh dengan aksi2 dalam TV, serta kisah2 tragedi lalu kanak-kanak jatuh / terjun bangunan akibat meniru gaya superman. Maka, panjang berjela lah bebelan serta pesanan papa supaya kakak tidak terpengaruh dengan aksi superman.

Kakak cuma diam, mungkin pelik dengan reaksi papa dan rasa dipersalahkan. Tak lama lepas itu kakak buka ikatan towel pada leher dan menuju bilik air utk mandi.

*hummm maybe perlukan approach lain utk bagi nasihat / pesanan supaya kakak tidak rasa dipersalahkan

Pokok kelapak

1 comments



Everytime I see Khadeeja...
My heart bergoncang...
Everytime I am thinking of you...
Pagi dan petang...
I forget to eat my makan...
Cause there's no other girl...
but this one... eeii malu...

Undernearth pokok kelapak
I'll wait for you...
Oh! Khadeeja... hear me lah...
Don't tutup pintu
Cause your hair is like penyapu...
Cause I know it is full of kutu...

..........................

Rambut adik dah makin panjang.
Balik drp school, cikgu ikat rambut adik style pokok kelapa.
Rambut kakak lagi lah panjang.
Tapi bila ikat style pokok kelapa, jadi pulak pokok kelapa tumbang.

..........................

BTW, saling tak tumpah kan Khadeeja dgn Boo nie??
COMEL!!

Thursday, July 02, 2009

Tidur lah sayang

0 comments

Dua beradik nie dah tido (siang hari), aman sket keadaan rumah. Papa n ibu bleh rehat or kemas apa yg patut. Lps bangun tido je terus pg mandi kolam. Adik dh tk takut air. Kakak pn makin terer braksi dgn pelampung lengan. Cuma kdg malas nk berenang. Humm rasa cam nk antar kakak pi swimming class.

Wednesday, July 01, 2009

I'm a big girl

2 comments

I'm a big big girl in the big big world... Nmpk dh besar sgt kan kakak nie. Sekarang dh pandai bgaya sendiri dn mgarah kn papa amik gamba. Behind the camera pn boleh tahan, siap boleh arah papa / ibu cara posing. Degil nya pon kdg tk bleh tahan. Liat sgt nk mandi ptg n asik nk conquer tv tgk kartun. 'kejap eh papa, 3 je. Pastu kakak pg mandi, papa tgk berita', kakak kata bersyarat. Kdg segmen berita papa pn dia sapu sekali dgn kartun smbil wat tak tau. Merajuk pon bleh tahan panjang muncung, cam boleh steplar jek

Ni lah keje dia

0 comments

Nie lah keje adik n kakak pegi-balik skool, tayang muka di tingkap smbl tengok pemandangan serta kenderaan lalu-lalang. Kakak lh yg ajar. Walau pjlnn jauh kakak ttp nk tayang muka, kdg smpi tlelap smbl bdiri. Kalau short distance blh bukak tingkap besar2 bg angin menyapu muka, mbelai rambut. Tp tgn tk mau keluar aaaa!

Santai

2 comments

Tgklah adik sedang tergolek santai depan tv setelah penat meneroka segala ceruk dan ruangan. Toto dh simpan dlm bilik, lantai pn dah mop. Tp pantang jumpa benda pelik kt lantai, mesti suap dlm mulut. Haritu tercekik on getah gelang pengikat rambut, sib baik papa perasan sbahagian getah terjuih keluar drp mulut adik. Bila kita tegur / marah, dia melawan. Garang!

Papa @ work

0 comments

Papa tgh jahit beg adik yg trkoyak akibat beban yg berat. Bnyk gak rupanya brg adik utk bwk pi skool. Amacam, terer tak? Hasil jahitan nya taklah cantik, but it serve the purpose.
 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez