Monday, January 28, 2013

Kisah Muhammad

0 comments

Berat Muhammad sudah mencecah 8 kilo, semangat, comel serta bulat. Tapi sekarang Muhammad tidak mahu diletak, asyik mahu berdukung saja.

Muhammad juga sudah agak lasak. Sudah boleh meniarap, mengangkat badan serta mengesot. Minum susu pon mahu meniarap.. Tak lama lagi boleh lah merangkak.

Muhammad juga sudah mula makan makanan lembut selain susu. Tapi Muhammad belum betul-betul mahir makan dengan sudu.

Terdapat sedikit rasa tajam pada gusi bawah Muhammad, maknanya gigi muhammad sudah mula tumbuh. Boleh lah geget orang!

Minggu lepas Muhammad kurang sihat, selsema serta batuk. First time kena gas mengikut saranan doktor.

Semalam Muhammad jatuh katil kerana ibu terlelap keletihan. Alhamdulillah tiada kecederaan, tiada bengkak atau benjol di kepala. Orang kata disambut malaikat, moga sentiasa terpelihara dunia dan akhirat. Nampaknya lepas ini Muhammad kena tidur bawah..

Malam tadi Muhammad meragam sepanjang malam. Mungkin kerana perutnya kembung dan kurang selesa, mungkin kentang yang menjadi puncanya. So, no more kentang / makanan berangin buat masa sekarang..




Friday, January 25, 2013

We love you bear-y much

0 comments

:)



Wednesday, January 23, 2013

Rutin pagi

0 comments

Inilah rutin pagi kakak, adik serta Muhammad setiap pagi ketika menunggu papa dan ibu bersiap. Rancangan yang digemari adalah 'Pororo the little pinguin' dan 'Tayo the little bus'.

*tak dapat nak tengok ulangtayang Ustaz Don



Thursday, January 10, 2013

Happy 65th birthday!

0 comments

Alhamdulillah, 9 Januari 2013 lepas genap umur Nenek Midah 65 tahun. Sememangnya papa amat lemah dalam mengingati tarikh, nasib baik maklong jadi pemberitahu yang terbaik.

Kami sekeluarga mengucapkan, "Selamat menyambut ulangtahun kelahiran. Moga panjang umur, murah rezeki, sentiasa sihat, diberkati serta sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah S.W.T.. Aminnn "

*lama tak balik kampung..


Tuesday, January 08, 2013

Blues di pagi hari

0 comments

Masuk minggu kedua persekolahan tahun 2013. Semalam bila sampai di KAFA, tiba-tiba kakak menangis teresak-esak. Hari ini semasa hendak keluar dari rumah kakak menangis lagi..

"Kakak nak ibu, nak papa..", esak kakak sayu.

Rupanya hatinya sedih, jiwanya agak kesepian dan kesorangan kerana tiada kawan di sekolah baru. Kakak rindu sekolah lama, rindu semua kawan-kawan / geng sepermainan serta sepersekolahan ditempat lama. Sudah tiada lagi Mirza, Syamimi, Nadia, Anis serta lain-lain lagi.

Kakak cuma sekadar murid baru di sekolah baru dengan suasana baru tanpa teman..

Sabar ye kakak, yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti, Insya-Allah.

*Deeja pon menangis juga semalam.. monday blues


Thursday, January 03, 2013

Hijrah 2013

0 comments

Alhamdulillah tahun 2013 dimulakan dengan penghijrahan..

-Berpindah ke rumah baru
-Kawasan baru
-Jiran baru
-Suasana baru
-dan sekolah serta taska baru

Papa dan ibu mengambil beberapa hari cuti untuk menguruskan persekolahan kakak serta adik.

Terima kasih pada ibu yang banyak menguruskan proses pertukaran sekolah kakak dikala papa tersangat sibuk.

Semoga penghijrahan ini mendapat berkat serta rahmat Allah S.W.T

*uuuu seronok nya!



 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez