Thursday, July 28, 2011

Mekah dan demam

0 comments

Pagi tadi ketika bersiap-siap, kakak membuat satu permintaan:
'Papa, hari nie kamis kan?. Esok jumaat, esok lagi sabtu kan? Hari sabtu boleh tak kita pegi Mekah?'.

Sabtu lepas kakak ada hari sukan gabungan Pasti Taman Jasmin dan Pasti kajang Utama. Kakak masuk tiga acara iaitu lari berganti-ganti, lari dengan tempurung dan lari dalam guni. Alhamdulillah kakak mendapat tempat ke-3 bagi kesemua acara tersebut, HEBAT!

Adik pon seronok melihat kakak bersukan dan berjemur panas di tengah padang. Akibatnya papa dan ibu cuti secara bergilir-gilir bagi memastikan adik pulih dari demam.

Sian deeja..

Tuesday, July 19, 2011

Tudung ekspres

0 comments

Kakak cantik mengenakan tudung baru ke sekolah. Minggu ini kakak tidak belajar kerana sibuk berlatih untuk hari sukan pada sabtu. Kakak dalam rumah Merah.

Adik nampak comel mengenakan tudung baru walaupon baru beberapa minit bangun dari tidur, membasuh muka namun tidak sempat menggosok gigi.

Sama cantik, sama chomel!

Saturday, July 16, 2011

Genap 3 tahun!

0 comments
Sudah pukul 12 malam, tapi saya belum tidur lagi. Kakak saya sudah tidur. Ibu saya pon sudah tidur.

Saya main dengan Tasya dan Tasya main dengan saya. Saya main panjat-panjat, saya main sepah-sepah..

Dan saya kacau papa buat kerja

Sekarang saya sudah mengantuk..

Hari ini genap umur saya 3 tahun

Oleh itu saya kena tidur sorang-sorang...

Saya sayang Papa saya,
Saya sayang Ibu saya,
Saya sayang Kakak saya,
Saya sayang semua!!

Happy 3rd birthday to me...

Tuesday, July 12, 2011

ARISSA KHADEEJA HANAN!

0 comments

Adik sangat takjub dengan patung-patung peragaan. Kalau terjumpa, sering kali dipegang, kadang dipeluk, kadang tersenyum dan gelak seorang diri seolah berinteraksi..

Perkembangan lain;
Adik suka buat-buat degil bila disuruh buat sesuatu. Contohnya bila disuruh mandi.,

Papa: Adik mandi, dah malam nie!
*adik buat tak tahu

Papa: Deeja, pergilah mandi. Dah malam nie nanti sejuk!
*adik masih buat tak tau sambil menjeling dan tersenyum nakal.

Papa: ARISSA!! (Dengan nada geram)

Adik: ARISSA KHADEEJA HANAN!
*adik mengajuk kata papa dengan menyebut nama panjang nya

Papa rasa mau GEGETTT budak itu!!!



Excess baggage

0 comments

Kakak bersama beg sekolah serta beg pakaian harian di taska.

Monday, July 11, 2011

My little muslimah

0 comments

Sangat comel adik mengenakan tudung lycra tona biru cair + ungu dan hijau. Tapi adik tak tahan nak pakai lama-lama kerana cepat berpeluh dan gatal-gatal kepala.

Besar nanti adik kena pakai tau..

Thursday, July 07, 2011

Kirim doa

0 comments
Alhamdulillah, Nenek Asiah telah selamat sampai ziarah ke Madinah sebelum berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah. Cuaca di Madinah agak panas ketika ini iaitu 46 darjah celsius.

Beberapa hari sebelum nenek berangkat, ibu berpesan pada kakak, 'Nenek nak pegi buat umrah kat Mekah. Kakak mintak lah nenek doa kan apa-apa. Kalau doa kat sana Insya-Allah di makbulkan'. 'Kakak nak mintak doa apa?', tanya kakak buntu. 'Mintaklah doa apa-apa, mintak sihat ke, pandai ke, apa-apa lah', kata ibu menerangkan. 'Kakak nak mintak nenek doa kan kita kaya-raya, banyak duit... nanti boleh beli kereta Estima', kata kakak jujur walaupon kedengaran agak materialistik.

Papa pon ada mintak nenek doakan sesuatu kat sana. Dan tadi nenek hantar SMS, 'Mama dah doa di depan makan Nabi (Muhammad S.A.W)'. Moga makbul hendaknya, AMINNNNNNNNNNNN.

*Selamat menunaikan umrah buat Nenek Asiah, Nenek Ucu serta Cik Jiela. Moga segala urusan ibadah disana dipermudahkan dan diterima Allah S.W.T.


Tuesday, July 05, 2011

Report Card (Mid Year)

1 comments
Alhamdulillah, Kakak dapat nombor ke empat dalam kelas. Keputusan peperiksaan agak memberangsangkan terutama bagi subjek-subjek agama walaupon cuma baru 3 bulan memulakan pembelajaran di PASTI.

Target seterusnya, dapat nombor 1 atau paling tidak mesti memperbaiki purata markah keseluruhan. Sebenarnya Papa dan Ibu tak tekankan sangat nombor dalam kelas, cuma kami sangat bersyukur kerana kakak dapat menerima pembelajaran dengan baik serta kakak seronok dan gembira untuk ke sekolah.



Tadi usai azan Maghrib, kakak terus masuk ke bilik, mengambil wudhuk serta bersolat..

"Adik nak skool PASTI", kata adik yang memang agak pantang melihat papa bekerja / pegang kamera


*PASTI Taman Jasmin
 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez