Thursday, July 29, 2010

Ratu Rajuk

0 comments

Kakak suka merajuk. Amat mudah hatinya tersentuh walaupon dgn hal2 remeh.

Kakak akan merajuk kalau;
- papa or ibu main dgn adik secara berlebihan
- adik dpt sesuatu yg lebih
- dpt bintang sikit utk homework yg disiapkan
- terpaksa mengalah bila berebut sesuatu dgn adik
- dll.

Bila merajuk kakak masuk dlm bilik menangis dn mengharapkan dipujuk.

Jika tidak dipujuk beberapa ketika, dia akan menyua2 kan muka dicelah pintu.

Laaa tgh merajuk ke?...

Namun, senang merajuk dan senang dipujuk.

Wednesday, July 28, 2010

Vroommm!

0 comments

Tgklah kaki adik, ada gaya cerita the Flintstone kan?

YA-BEDA-BEDUUU!

Tuesday, July 27, 2010

Take your time..

0 comments

Hari nie tpaksa MC secara berjemaah dgn ibu. First MC for 2010.

Ibu mual2 serta pening kepala sejak mlm smlm. Ingatkan aqila dan deeja akan dpt adik baru... Tp false alarm lah. Rupanya ibu kena gastrik.

Papa pulak kena 'muscle spasm' atau salah urat kt belakang sejak semalam. Itu mungkin akibat salah posisi semasa mencapai beg laptop semalam. Akibatnya terpaksa bgerak spt robot seharian di office. Sib baik ibu ada utk jd driver gantian.

Wednesday, July 07, 2010

Worldcup fever

0 comments

Entah kenapa, tetiba papa rasa teringin nk tgk match worldcup. Kebetulan jerman sdg melawan argentina.

Kakak pon join sekaki menonton bersama papa sementara ibu menonton dr jauh sambil melipat kain baju yg menimbun.

Papa sokong jerman, bukan kerana minat tapi kerana tk sanggup memikirkan maradona berlari bogel sekiranya argentina menjuarai piala dunia. Namun begitu kesian pulak kat messi jika argentina kalah...

Lepas 5-10 minit permainan blangsung, kakak dh terlelap sambil menongkat pipi. Kesian dia mengantuk lps seharian bmain.

Back to the game, jerman membelasah argenting 4-0 kerana mutu permainan argentina yg menghampakan. Esoknya dlm akhbar, terpampang gambar maradona tertunduk sedih akibat kekalahan itu. Mungkin juga sedih kerana tkdpt berbogel meraikan kemenangan...

Paul-the-octopus meramalkan jerman akan kalah dikaki spain. Tp takan lah kita nk percaya pada si-sotong tuh kan? Baik buat sotong goreng tepung, sotong sambal, bakar, masak lemak atau yg sewaktu dgn nya!

Apa pon, may the best team win!

Tuesday, July 06, 2010

Study ke tu?

0 comments

'Kakak ada homework tak hari nie?', tanya papa hampir setiap hari. 'Tkde. Cikgu tk bagi pon', jawab kakak. 'Asik takde je, Kita tukar skool lain lah kakak', cadang papa. 'Alah jgn lah, tunggulah kakak S6 (read: 6 yearsold), baru tuka skool lain', bantah kakak yg mmg dah selesa dn serasi dgn skool serta rakan nya.

Dan bila tkde homework, papa akan bg kakak homework... Dh beberapa hari nie kakak belajar menulis alif, ba, ta... Setiap huruf yg di tulis akan disebut kuat2.

Namun stlh beberapa ketika tetiba sunyi je...
Rupanya kakak dh terlelap di meja... Dan Kalau diperhatikan betul2 gambar tsb, akan nmpk air liur meleleh membasahi buku nya. Dan bila diangkat, kakak bertanya dalam mamai, 'Kenapa papa angkat kakak?'.

Thursday, July 01, 2010

Adeel

0 comments
Ini mulut Adeel..


Ini mata Adeel..


Ini tangan Adeel..


Ini kaki Adeel..


Inilah Adeel cucu lelaki pertama Nenek Asiah & Atok Hamid. Tahniah to atok & nenek, tahniah juga to Mummy, Daddy & Adriana.
 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez