Sunday, May 19, 2013

Dunia 850 kaki persegi

1 comments

Di ruang 850 kaki per segi itu hidup baru bermula
3/2 ruang peribadi cukup indah, sederhana dan selesa
Beranda kecil menghadap kolam nan biru dan pemandangan seluas mata
Lapan aras di udara bagaikan di puncak dunia

Seorang sunyi
Berdua nikmat
Bertiga, berempat dan berlima itu rahmat
Aqila, Khadeeja dan Muhammad sinar kilauan permata
Merangkak, berdiri, lari, tangis dan tertawa
Pantas membesar mematangkan Ibu Papa mereka

Asal kosong beralas toto berbantal lengan dan peha
Pampasan musibah menghasilkan katil, sofa, kerusi dan meja
Mengalu-alukan kerabat, sahabat handai, sanak saudara
Juadah ringkas air tangan terhidang menyambut mereka

Berbagai kenangan suka duka
Tujuh tahun pantas berlalu sekelip mata
Kini berhijrah ke ruang lebih selesa
Namun nostalgia akan tetap membekas selamanya..











Shopping

0 comments

Layan je lah mereka shopping. Lama betul tak jalan-jalan macam ni.

Kakak: Lama kita tak datang Alamanda, kakak dah lupa rupa dia..



Saturday, May 18, 2013

Lambatnya papa balik

0 comments

Kakak dan adik saban hari menunggu kepulangan papa dari tempat kerja. Kadang kala papa sampai rumah pukul 7, 8, 9 bila hari sudah gelap. Sanggup pula mereka tunggu untuk makan bersama walaupon sudah sangat lapar seharian di sekolah.

Namun ada kalanya dapat juga papa sampai di rumah pukul 6.30, tika matahari masih bersinar..

Adik: Kenapa papa balik awal?

Kakak: Hai awal balik hari nie?

Muhammad: *sekadar tersenyum gembira dan mintak dukung


Monday, May 13, 2013

Lets ride..

0 comments

Muhammad bergaya bersama basikal kepunyaan kakak dan deeja suatu ketika dulu. Asalnya mahu ditinggal saja basikal itubdi rumah lama yang akan disewakan, tapi rasa sayang pula terbengkalai begitu saja. Vroommmm..


Wednesday, May 01, 2013

Love Papa

0 comments

Sometimes love need to be shown... in writings.

Ini antara cara kakak tunjuk rasa sayang itu. Masa birthday papa, kakak beli kad ucapan (walaupon kad ucapan hari ibu) di sekolah dan menulis ucapan ringkas (siap mintak maaf kerana selalu nakal) serta lakaran gambar kita sekeluarga.

Sempena hari ibu pula, kakak menghadiahkan ibu sekuntum bunga ros plastik.

So thoughtful!! Terima kasih kakak, we luv u so much!!



 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez