Thursday, November 12, 2015

Sambutan ke-15 tahun

1 comments

Alhamdulillah, semalam 11-Nov-2015 genap 15 tahun papa berkerjaya dalam bidang IT dan masih setia bersama syarikat pertama sehabis belajar. Rezeki yang Allah kurniakan ini mampu kita nikmati sekeluarga.

Syukur pada Allah atas segala rezeki, nikmat dan rahmat atas keluarga kita.

Papa bersyukur dikurniakan keluarga yang baik, isteri yang solehah, anak-anak cahaya mata Muhammad yang soleh serta kakak Deeja dan kakak Aqila yang solehah.
Papa bersyukur dikurniakan pekerjaan / rezeki yang baik, rumah serta kenderaan yang baik, jiran serta kawasan kediaman yang baik. Rakan sahabat yang baik serta saudara mara yang baik.

Moga kita menjadi orang yang sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan Nya kerana Allah akan tambahkan nikmat bagi orang-orang yang sentiasa bersyukur.

Pesan ustaz, rezeki yang berkat ialah rezeki yang membawa kita lebih dekat dengan Allah S.W.T. Antaranya Solat awal waktu dan sentiasa berjemaah, luangkan masa menuntut ilmu, sedekah serta infaq serta lain-lain lagi.

Jika banyaknya rezeki semakin menjauhkan diri dari Allah maka cubalah dapatkan semula keberkataan rezeki tersebut dengan mendekatkan diri dengan Nya.

Alhamdulillah diberikan kelapangan untuk menghadiri kuliah di Masjid Sg.Ramal Luar, Kajang dengan penal ustaz popular yang terdiri daripada Ustaz Norhisyam Tuan Padang (moderator), Ustaz Mohd Izhar Ariff dan Ustaz Abdullah Khairi sebagai sambutan ke 15 tahun berkerjaya.

Moga Allah jadikan papa dan kita sekeluarga tetap istiqamah dalam menuntut ilmu agama dan memperbaiki amal ibadat.

"Allahuma faqehna fiddin, wa alimna takwil".

Syukur Alhamdulillah.



Thursday, October 15, 2015

"Papa, Muhammad nk gi surau"

0 comments

Alhamdulillah, Muhammad sangat kacak berbaju raya, sampin dan kopiah serta sangat baik di surau. Ini kali pertama Muhammad ikut Papa solat maghrib berjemaah di surau. Walaupon tidak bersolat, Muhammad sekadar berdiri memerhati para jemaah. Sesekali rukuk mengikut gerakan.

Ya Allah, jadikan lah aku dan ahli keluarga serta keturunan ku dikalangan orang-orang yang mendirikan solat. Aaminn.


Saturday, July 18, 2015

Syawal 2015

0 comments

Papa, Muhammad dan Otomen..


Sunday, April 19, 2015

Muhammad's 1st barber-cut

0 comments

Rambut dah panjang, rimas dan berpeluh-peluh.



Monday, January 05, 2015

Deeja 1st day of KAFA

0 comments

"Adik dah pandai kira duit (bayar).
Adik bagi je...".

Adik bwk duit belanja RM1.
Beli nugget RM1.


Saturday, January 03, 2015

Love and more..

0 comments

At IOI City Mall.


 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez