Friday, December 27, 2013

I wonder why..

0 comments

- Kenapa kakak selalu tinggalkan saya?
- Kenapa kakak selalu marah saya?
- Kenapa kakak selalu taknak main dengan saya?
- Kenapa kakak selalu rebut barang dengan saya?
- Kenapa kakak selalu merajuk dengan saya?
.
.
Tapi saya tau kakak sayang saya. Saya pon sayang kakak..


Monday, December 23, 2013

Muhammad nangis macam tipu jee

0 comments
Sekarang Muhammad sudah pandai menangis mohon simpati.
Macam real ada, macam tipu pon ada.
Mau percaya ke??

Thursday, December 19, 2013

Happy 8th birthday to Kakak

0 comments

A small celebration on her birthday.
Small cake to celebrate with her taska friends.
Another small cake for our little family.

We love you so much!!





Sunday, December 15, 2013

Big Bad Wolf 2013 @TheMines

0 comments

BBW nie dah boleh dijadikan sebagai yearly family event. Kakak dan adik (ibu juga) sangat teruja melihat buku yang menimbun. Muhammad juga sangat baik tanpa meragam walau dah terjaga dari tidur.

Pergi selepas maghrib pukul 8 lebih hingga hampir pukul 1 pagi. Memang sangat perlu bawa;
-Bekalan / alatan sediakan susu yang cukup
-Stroller
-Beg tarik beroda

Tahun ni sangat banyak buku kanak-kanak, memang best!

Total spending for 40 books, RM306 je. Boleh tolak income-tax tu..





Tuesday, December 03, 2013

Menguji arah angin

0 comments

Inilah cara menguji arah angin ketika hendak main layang-layang ;
1. Jilat tapak tangan
2. Angkat tangan tinggi untuk tentukan dari mana arah angin datang

*kuat betul pengaruh Upin dan Ipin


Saturday, November 30, 2013

Macam kacak je..

0 comments

Lama tak bertemu

0 comments

Dua beradik melepas rindu lepas seminggu tidak bertemu sejak kakak qila dan deeja memulakan cuti sekolah di rumah atok dan nenek.


Ya Hanana...

0 comments

Saturday, November 23, 2013

Drama king

0 comments

Dah pandai buat drama menangis supaya org pujuk / dokong... Banyak auta la Muhammad nie!


Sunday, October 27, 2013

My baby sleep

0 comments

Tidurlah sayang. Sweet dreams


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, October 21, 2013

Korban untuk Muhammad

0 comments

Alhamdulillah tahun ini ada rezeki melaksanakan korban untuk Muhammad. Ini kali pertama kita betul-betul beraya di rumah sendiri. Suasana agak meriah dengan penyertaan korban secara berjamaah dengan jiran tetangga yang secara tidak langsung dapat menguatkan ukhwah.

Proses korban juga berjalan agak lancar dengan pengurusan yang baik daripada urusetia serta AJK Surau Taman Sutera.

Insya-Allah kita akan cuba untuk melaksanakan korban setiap tahun. Moga dipermudahkan Allah S.W.T hendaknya. Amin


Sunday, October 13, 2013

Batu Seremban dan Ceper

0 comments

Kakak dan adik teruja terjumpa pre-packed Batu Seremban dan Ceper a.k.a Tutup Botol di kedai runcit. Every packet-of-five is sold at RM1.00 each.

I think traditional games are much better than those of digital nature no matter how interactive and user friendly they are.

Produksi Les Copaque melalui animasi sukaramai Upin dan Ipin telah berjaya merakamkan serta menghidupkan semula permainan-permainan tradisi anak-anak yang semakin hilang ditelan kebejatan zaman teknologi skrin-sentuh. Selain memperkenalkan semula pada anak-anak, ia juga dapat mengimbau kenangan zaman kanak-kanak ibubapa dan orang dewasa yang berumur sekitar 20-30an ke atas.

Antara permainan lain yang menjadi acara wajib zaman kanak-kanak;
- Baling Selipar
- Baling Tin
- Galah Panjang
- Zero Pain (?)
- Senapang Kayu
- Gasing
- Cetok Ayam
- Cap Teh
- Main Getah
- Polis Sentri
- Roundas
Dan banyak lagi...

*the good old days... :)


Santai Sunday

0 comments

Jogging / jalan santai sekitar kawasan perumahan menghirup udara segar serta menikmati sinaran mentari pagi.

Sampai rumah, Muhammad mandi, minum susu terus terlena. Tidurlah sayang.. dunia sedang menanti manfaat dari mu


Wednesday, October 09, 2013

Muhammad yang kacak

0 comments

Soalan: Kacak tak?..
Jawapan: KACAK!!!


Wednesday, September 25, 2013

Muhammad's first shoes

0 comments

Sudah masuk 2-3 minggu Muhammad boleh berjalan walaupon belum agak stabil sambil mengangkat kedua belah tangan nya tinggi untuk keseimbangan.

Kini Muhammad sudah ada kasut pertamanya, boleh lah berlatih berjalan diluar


Monday, September 16, 2013

Muhammad and a cool shades

0 comments

Muhammad cuba bergaya dengan kaca mata warna merah jambu kepunyaan kakaks


Sunday, September 15, 2013

Muhammad and the siblings

0 comments

Di majlis pertunangan aunty illa di Sungai Plong, Sungai Buloh


Monday, September 09, 2013

Bertapak-tapak

0 comments

Alhamdulillah sekarang Muhammad sudah mula banyak bertapak. Namun rangkaknya lebih laju. Tangga adalah tempat kegemarannya dan bila ditegur muhammad akan membuat wajah comelnya sambil cuba menyorok senyuman nakal..

Pertukaran susu kepada S26 menyebabkan Muhammad sering marah kerana tidak puas minum walaupon kuantiti sudah bertambah daripada 5 auns kebiasaannya kepada 7 auns. Sedap sangat agaknya...


Monday, September 02, 2013

Riadah

0 comments

Kakak deeja sedang menyorong laju Muhammad berbasikal mengelilingi taman permainan. Namun mata deeja seringkali leka hingga terbabas ke kawasan berumput. Muhammad hanya diam teruja menghayati riuh-rendah riang setaman. Kakak pula seakan lupa diri bila ketemu rakan sekolahnya..

'Biasalah budak-budak, lupa diri kalau dah seronok..', kata salah seorang ibu yang sedang membuai anaknya


Muhammad and friends

0 comments

Gambar Muhammad bersama Adeeb dan Adam (kembar baju).

Sejak petang sabtu badan Muhammad agak panas dan kelihatan agak letih. Namun akan aktif semula bila panasnya berkurangan selepas makan ubat.

Mungkin demam ingin berjalan..

Buat masa ini Muhammad belum boleh berjalan sepenuhnya, hanya sekadar 5-6 tapak. Namun sudah boleh berdiri agak lama. Bila dipimpin, perutnya lebih laju dan maju pantas mendahului kaki dan badan.

Insya-Allah tak lama lagi boleh berjalan lah tu..



Monday, August 12, 2013

Jemput-jemput lah makan

0 comments

Ini kali (lah) pertama papa masak jemput-jemput @ cekodok bawang / bilis resipi Nenek Midah yang diSMS oleh Mak Long.

Rupa macam jemput-jemput
Bau macam jemput-jemput
Rasa macam jemput-jemput orang first-time memasak..


Friday, August 09, 2013

Like father, like son

0 comments

Kali pertama beraya betul dengan Muhammad. Tahun lepas Muhammad masih dalam hari lagi. Tahun ini Muhammad sudah setahun lebih. Seronok juga ada anak lelaki walaupon agak lasak.. :)



Wednesday, July 24, 2013

Manja lah tu..

0 comments

Manja sangat lah Muhammad nie. Asyik nak berkepit dan berdukung saja samada di sekolah dengan cikgu atau di rumah dengan papa serta ibu. Jadi payah untuk buat kerja lain.

Tapi sekarang Muhammad sudah mula pandai bermain sendiri. Baling-baling barang, carik-carik tisu, tergolekkan bakul sampah, panjat tangga, tawaf keliling sofa dan lain-lainnya.

Minum susu makin kurang. Makan pon hanya sedikit, selebihnya dipenyek-penyek dan disepah di lantai. Tidur makin lasak dan pakai baju tak boleh duduk diam.

Semalam dahi Muhammad bengkak dan luka sedikit kerana head-banging di taska. Pada lengannya ada bekas full-set-of-teeth gigitan rakan serta lebam berulang di pipi hasil cubitan geram.

Moga Muhammad sihat-sihat sahaja...


Tuesday, June 11, 2013

Bersiap ke sekolah

0 comments

"Bangun pagi
Gosok gigi
Cuci muka dan mandi.."

Biasanya papa atau ibu yang akan membangunkan deeja, mandi, pakai baju, melayan karenah serta menyiapkan deeja untuk ke sekolah.

Kakak sudah cukup besar untuk berdikari menyiapkan diri sendiri serta mengemas bilik tidur.

Tetapi pagi tadi agak istimewa, bila kakak yang menyiapkan deeja. Deeja pula cukup akur dengan arahan kakak tanpa ada marah atau merajuk.

"Pakai baju
Minum susu
Pergi sekolah
Jumpa cikgu..."

Alhamdulillah anak-anak yang HEBAT!



Saturday, June 08, 2013

Papa and Adeel, Sulley and Mike

0 comments

Adeel: Nie Papa.. Nie Adeel..
Kata adeel sambil menunjuk pada gambar Sulley dan Mike (Monster Inc) pada bungkusan Solivite. huhu

Sunday, May 19, 2013

Dunia 850 kaki persegi

1 comments

Di ruang 850 kaki per segi itu hidup baru bermula
3/2 ruang peribadi cukup indah, sederhana dan selesa
Beranda kecil menghadap kolam nan biru dan pemandangan seluas mata
Lapan aras di udara bagaikan di puncak dunia

Seorang sunyi
Berdua nikmat
Bertiga, berempat dan berlima itu rahmat
Aqila, Khadeeja dan Muhammad sinar kilauan permata
Merangkak, berdiri, lari, tangis dan tertawa
Pantas membesar mematangkan Ibu Papa mereka

Asal kosong beralas toto berbantal lengan dan peha
Pampasan musibah menghasilkan katil, sofa, kerusi dan meja
Mengalu-alukan kerabat, sahabat handai, sanak saudara
Juadah ringkas air tangan terhidang menyambut mereka

Berbagai kenangan suka duka
Tujuh tahun pantas berlalu sekelip mata
Kini berhijrah ke ruang lebih selesa
Namun nostalgia akan tetap membekas selamanya..











Shopping

0 comments

Layan je lah mereka shopping. Lama betul tak jalan-jalan macam ni.

Kakak: Lama kita tak datang Alamanda, kakak dah lupa rupa dia..



Saturday, May 18, 2013

Lambatnya papa balik

0 comments

Kakak dan adik saban hari menunggu kepulangan papa dari tempat kerja. Kadang kala papa sampai rumah pukul 7, 8, 9 bila hari sudah gelap. Sanggup pula mereka tunggu untuk makan bersama walaupon sudah sangat lapar seharian di sekolah.

Namun ada kalanya dapat juga papa sampai di rumah pukul 6.30, tika matahari masih bersinar..

Adik: Kenapa papa balik awal?

Kakak: Hai awal balik hari nie?

Muhammad: *sekadar tersenyum gembira dan mintak dukung


Monday, May 13, 2013

Lets ride..

0 comments

Muhammad bergaya bersama basikal kepunyaan kakak dan deeja suatu ketika dulu. Asalnya mahu ditinggal saja basikal itubdi rumah lama yang akan disewakan, tapi rasa sayang pula terbengkalai begitu saja. Vroommmm..


Wednesday, May 01, 2013

Love Papa

0 comments

Sometimes love need to be shown... in writings.

Ini antara cara kakak tunjuk rasa sayang itu. Masa birthday papa, kakak beli kad ucapan (walaupon kad ucapan hari ibu) di sekolah dan menulis ucapan ringkas (siap mintak maaf kerana selalu nakal) serta lakaran gambar kita sekeluarga.

Sempena hari ibu pula, kakak menghadiahkan ibu sekuntum bunga ros plastik.

So thoughtful!! Terima kasih kakak, we luv u so much!!



Friday, April 26, 2013

Lots of love on my birthday

0 comments

I love you all so much!!




 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez