Sunday, February 26, 2012

Keluarga kami

0 comments

Dari kanan;
Papa, Kakak, Ibu, Adik dan 'Muhammad'.

*lukisan oleh kakak.

Sunday Lunch

0 comments

@Secret Recipe, alamanda

Saturday, February 25, 2012

Adik dan meow

0 comments

Adik membelai dan mengajak kucing jalan-jalan.

Merempit

0 comments

Kakak sedang merempit di rumah atok, segambut

Friday, February 24, 2012

Pagi yang huru-hara

0 comments

'Kakak, bangun, sekolah', rutin ibu setiap pagi mengejut kan kakak daripada tidur. 'Hari nie hari apa ibu?', dalam mamai kakak bertanya. 'Hari jumaat', jawab ibu. 'ALLAH! (sambil menepuk dahi) Kakak kena ada kat sekolah 7.20 pagi!', kakak bergegas bangun dan terus mandi.

Rupanya hari ini kakak ada acara sambutan Maulidur Rasul di sekolah rendah seawal 7.20 pagi sehingga 1.00 tengahari dengan pakaian beraya / jubah. Sekolah KAFA pagi terbatal secara automatik.

Van sekolah telah bergerak lebih awal daripada biasa.

Cikgu oo cikgu. Memang bagus meraikan kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Tapi sekurang-kurangnya tolong lah maklumkan ibu-bapa terlebih dahulu melalui surat rasmi tentang sebarang perubahan jadual / aturcara harian anak-anak.

Cikgu oo cikgu, huru-hara pagi kami jadinya...

Pulak dah..

0 comments

Hari ke-3 demam adik belum betul-betul kebah. Giliran papa pula menjaga adik. Terpaksa lah dikorbankan kerja-kerja yang makin melambak di pejabat.

Setelah menghantar ibu ke tempat kerja, adik ikut singgah ke pejabat papa untuk mengambil nota kerja serta mengemaskini status kerja (bukan FB).

Alhamdulillah adik sentiasa ceria..

Thursday, February 23, 2012

Wheeee...

0 comments

Adik sedang bermain mengeluarkan peluh bersama ibu di taman.

Demam ooo demam, pergi kau jauh-jauh!

Adik demam pulak

0 comments

Jumaat lepas papa demam.

Malam tadi suhu badan adik naik mendadak. Pagi nie adik mc tapi terpaksa dihantar juga ke taska. Papa harus bekerja disite. Ibu pula terpaksa conduct training. Tengahari ibu bergegas pulang dengan teksi.

Malam, Pukul 9 lebih baru papa sampai taska mengambil kakak yang tinggal seorang bersama cikgu-cikgu nya.

Maaf ye kakak...

Sian deeja anak papa. Moga segera diberi kesembuhan oleh Allah S.W.T. Amin.

Monday, February 20, 2012

Janji tau..

0 comments

'Janji tau, Papa jangan garang-garang lagi', kata adik secara tiba-tiba setelah menyangkuk-kan jari kelinking nya ke jari kelingking papa.

Papa terpaksa menjadi garang kalau;
1) Adik/kakak terlalu nakal
2) Adik/kakak tak mendengar kata
3) Papa dah penat mengulangi kata-kata yang sama tapi Adik/kakak buat-buat tak tahu

Image source: Google

Tuesday, February 14, 2012

Kisah kakak

0 comments

Akhir-akhir ini kakak sering sakit kepala. Tak tahu apa puncanya. Termasuk pagi tadi, Sudah 2 kali kakak ponteng KAFA akibat pening nya. Kena mintak nasihat doktor nampaknya nie.

Sabtu lepas kakak bersekolah petang sebagai ganti cuti CNY. Sekolah bermula 12.45 lebih awal daripada biasa. Rupanya waktu pulang juga diawalkan, nasib baik kakak dapat menumpang Innova Mirza sambil ditemani ibu dan ayahnya sementara menunggu papa dan ibu datang mengambil kakak. Terima kasih daun keladi.

*'Mirza tu kaya lah papa. Dia beli kereta baru besar. Innova!', kata kakak dengan rasa kagum...

*Makan dalam jugak!

Monday, February 13, 2012

Sayang (5x)

0 comments
Petikan yang sangat bagus 6 Cara Mudah Membuat Anak Merasa Disayangi.


Anak yang enggan solat, keras kepala, tidak mendengar kata dan gemar bergaul bebas – ini hanya sekadar beberapa masalah yang dihadapi ibu bapa. Tahukah anda, salah satu cara paling efektif untuk membuatkan anak lembut hati dan mudah mendengar kata ialah dengan membuatkan dia merasa disayangi?

Sebenarnya membuatkan anak merasa disayangi tidak memerlukan wang ringgit atau perbelanjaan yang banyak. Tidak perlulah anda membelikan hadiah yang mahal atau percutian yang menelan perbelanjaan yang besar. Malah, sekiranya kita membuat anak kita berasa tidak istimewa sepanjang tahun, barang mainan yang mahal atau jamuan hari jadi yang dibuat di hotel lima bintang tidak akan dapat mengubah perasaan yang dirasai anak kita itu. Apa yang penting dalam jangka masa panjang adalah perkara-perkara kecil yang anda lakukan setiap hari.

Ada enam cara mudah yang boleh anda lakukan untuk membuatkan anak merasa disayangi:

1. Ucapkan kata-kata sayang terutama di kala dia sedih
Anak-anak perlu mendengar ucapan kasih sayang ini lebih-lebih lagi sekiranya mereka sedang mengalami masalah atau kemurungan. Contohnya, apabila berlaku sesuatu kejadian di sekolah yang menyusahkan hatinya. Pada saat-saat duka seperti ini, dia perlu tahu yang anda sentiasa di sisinya untuk memberi sokongan kepadanya.

2. Tunjukkan yang anda gembira apabila berjumpa dengannya
Serlahkan wajah riang ketika menyambut anak anda pulang dari sekolah, umpamanya. Tunjukkan keceriaan bila anda pulang dari bercuti ataupun dari pejabat. Katakan yang anda merinduinya.

3. Perhati dan akui perkara-perkara baik yang dilakukannya
Ibubapa selalunya bertujuan baik apabila menegur kesilapan atau kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka, kerana berharap anak-anak tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi. Tetapi teguran-teguran ini mengecewakan anak-anak apabila ibubapa tidak nampak dan tidak memuji perkara-perkara baik yang mereka lakukan.

Anak-anak akan berasa kurang bersemangat dan mungkin akan cenderung melakukan perkara-perkara yang buruk hanya untuk menarik perhatian ibubapa. Apabila memuji anak anda, berikanlah kata-kata pujian yang khusus dan jelas serta ikhlas kepada mereka. Sebagai contoh, "Mama gembira sebab Lan mahu berkongsi biskut coklat cip ini dengan nenek" atau "Rajin anak Papa menyimpan semula buku-buku itu setelah dibaca" atau "Papa seronok tengok Liza melukis dan bermain dengan adik."

4. Dengarkan kata-katanya
Apabila anak bersuara dan ingin memberitahu anda sesuatu perkara, tumpukanlah perhatian dan dengarlah apa yang ingin dikatakannya itu. Lihat wajahnya dan hindari diri daripada menyampuk sehingga dia selesai bercakap. Mendengar bukanlah sekadar mendengar dan mengangguk sahaja.

Satu cara untuk menunjukkan kepada anak yang anda betul-betul mendengar apa yang dikatakannya adalah dengan bertanya soalan seperti "Jadi Faris ambil pen kamu tanpa kebenaran kamu?" Mendengar tidak bermakna anda mesti bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh anak anda. Tetapi dengan mendengar, anda boleh membantu anak anda meluahkan isi hatinya serta membuatkannya berasa lega dan tenteram kerana anda mengambil berat di atas kesejahteraannya.

Anak anda akan berfikir, "Mama/Papa mengambil berat terhadap diri saya, jadi saya tak perlu bimbang." Anak anda perlukan keselesaan emosi seperti ini. Kadangkala anak anda perlukan anda mendengar pengakuannya. Ini berlaku kerana mungkin dia merasakan yang dia telah melakukan satu kesalahan dan kesalahan ini membuatkan dia berasa resah gelisah. Sekiranya ini terjadi, kawal diri daripada memarahinya. Sebaliknya, pujilah dia kerana bersikap jujur dan berani berbincang dengan anda. Dia perlu tahu yang anda tidak memandang rendah kepadanya hanya kerana dia telah melakukan kesalahan. Ini bermakna, walaupun dia telah melakukan kesilapan, anda masih menganggapnya istimewa.

5. Luangkan masa untuk melakukan apa yang diingininya
Kanak-kanak mengaitkan kasih sayang dengan perbuatan. Lebih-lebih lagi kanak-kanak kecil, mereka tidak begitu tahu untuk menjelaskan ungkapan ini, tetapi mereka tahu apa itu kasih sayang. Bagi kanak-kanak, kasih sayang adalah apa yang dialami dan dirasainya atau apa yang dilihatnya dilakukan oleh orang lain.

Apa yang anak anda mahu lakukan bersama anda? Menanam pokok bawang untuk projek Sainsnya ataupun membaca sebuah buku cerita bersama-sama atau membaca satu kisah lucu dan ketawa bersama-sama? Mungkin juga membuat dinosaur kertas mengikut model yang terdapat dalam buku origami yang anda baru belikan untuknya atau membuat kentang putar untuk makan malam nanti.

Apa pun yang anda lakukan bersamanya, biarlah dia yang memilih aktivitinya dan jika anda tidak boleh melakukannya serta-merta, tetapkanlah tarikh dan masa yang sesuai untuk anda dan juga untuk dirinya. Aktiviti-aktiviti ini boleh dirancang terlebih dahulu tetapi boleh juga dilakukan secara spontan. Perkara-perkara kecil yang anda lakukan bersama akan meninggalkan kesan mendalam di hati dan perasaan anda berdua.

6. Tunjukkan minat terhadap apa yang diusahakannya
Kanak-kanak gemar menunjukkan kepada kita apa yang sedang mereka lakukan. Sebagai contoh, jika anak anda yang berusia sembilan tahun sedang menyiapkan dua keping lukisan yang berlainan dan bertanya kepada anda lukisan mana satu yang anda lebih suka, dekati anak anda dan amatilah kedua-dua lukisan dengan penuh minat. Katakan sesuatu yang khusus seperti, "Yang ini lagi cantik sebab Ana melukis pokok dan daunnya dengan jelas. Warnanya pun lebih terang."

Elakkan daripada menjawab secara acuh tak acuh, "Papa tengok sama saja kedua-dua lukisan tu." Ataupun sekiranya anda sedang melihat anak belasan tahun anda bermain badminton, anda boleh memujinya dengan berkata, "Pukulan Ina sekarang semakin baik dan lebih bertenaga."

Ataupun sekiranya dia meminta pendapat anda mengenai karangan yang sedang ditulisnya, anda boleh berkata, "Bahagian pengenalan karangan yang Zul tulis tu memang bagus." Anda mungkin berfikir yang kata-kata pujian akan membuatkan diri anak terlampau berpuas hati dengan dirinya sendiri dan tidak lagi mahu berusaha. Tetapi tiada apa yang lebih memotivasikan seorang anak selain daripada kata-kata perangsang daripada ibubapanya. Tidak kira dalam keadaan apa pun atau apa pun yang sedang dilakukan oleh anak anda, carilah perkara yang elok dan betul dan berikanlah puji-pujian. Anak anda akan menghargai kata-kata pujian itu dan akan berasa gembira.

- Artikel iluvislam.com

Friday, February 10, 2012

A-lice Aqila Hanan

0 comments

Inilah penternak kutu berjaya. Cikgu taska berjaya menghapuskan berbelas ekor kutu dewasa hitam gelap. Ibu pula berjaya menghapuskan hampir 10 ekor.

Patut lah sebelum ini kakak asyik tergaru-garu umpama monyet. Rupanya ada kutu disebalik rambut!

Boboiboy

0 comments

Kakak bergaya bersama patung boboiboy @ Pasar Tani, Puncak Saujana Kajang.

*bila lah dorang nak bukak Kokotiam Tok Aba?

Thursday, February 09, 2012

Sabar menanti

0 comments

Adik sedang sabar menanti air teh-O nya sejuk..

@alamanda

Tuesday, February 07, 2012

Menu selepas hujan

0 comments

Ubi rebus + sambal bilis + kopi O panas @ Old Timer Kopi, Bangi.

Terbaekkk!

Wednesday, February 01, 2012

Dam dam dum

0 comments

Malam tadi tidur agak kurang lena. Berdentam-dentum bunyi mercun bermula jam 12 berlarutan sehingga 2-3 pagi.

Adik asyik terjaga terkejut dengan letupan umpama bom yang bersahutan dan kemudian lena semula dengan sebelah tangan memegang bantal kecil menutup telinga.

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez