Monday, April 28, 2008

Buaya

0 comments
Smlm bwk qila mandi kolam pukul 11 pagi. Masa tuh matahari dah terik. Cuma papa ngan qila je yg penuhkan kolam.

Bila mandi kolam qila suka main buaya-buaya. Qila akan cuba kejar papa sambil berenang dan cakap, 'BUAYA.... BUAYA.... haaaaaaaa BUAYA... BUAYA...'. Papa akan cakap, 'TAKUTTTT nyeeee ada buaya comel nk geget!!', sambil cuba lari.

Tapi smlm mandi tak lama. Masa dlm lift nk balik umah papa tanya qila, 'Nie buaya kecik', sambil tunjuk qila. 'Papa?', sambung papa lagi. 'Buaya besar', jawab qila.

'Ibu??', tanya papa lagi walaupon ibu tak ikut pegi mandi
'Buaya LAGI BESAR', jawab qila.

*BESAR betul perut ibu nak masuk 6 bulan mengandung

PAPA Jari

0 comments
Ibu tgh sapu ubat / minyak gamat kat jari qila yg tersepit.
'Nie apa?', qila tanya sambil mengangkat ibu jari kanan
'Ibu jari', jawab ibu ringkas
'Nie apa?', tanya qila lagi sambil angkat ibu jari kiri
'Ibu jari gak', ibu jawab ringkas lagi
'PAPA jari lah!!', kata qila

*cerita nie drp ibu, situasi sebenar papa tk tau. Tp the point is: kalau ada IBU JARI, mesti ada PAPA JARI :)

Thursday, April 24, 2008

Jerit

0 comments
'MANA LITIK QILA?!!', qila jerit kuat sambil pandang papa dengan muka takpuas hati.
'Qila nak apa?', tanya papa lembut ingin kepastian
'MANA LITIK QILA?!!!', qila jerit kuat lagi.
'HEI!!!', tengking papa sambil bercekak pinggang tersentak dgn sikap kurang ajar tu.
Qila diam tersentak. Mata bergenang menahan tangis sambil tangan memulas2 leher baju.
'KENAPA JERIT-JERIT?', sambung papa
'SAPE AJAR CAKAP JERIT-JERIT??', sambung papa lagi
'KALAU NAK APA-APA, CAKAP ELOK-ELOK!', dan papa terus membebel dengan suara yang agak tinggi.

Kemudian Ibu datang sambil nasihatkan Qila. Selepas dipujuk berulang kali, qila salam dan cium tangan papa mintak maaf.

Papa memang HANGIN bila tgk bebudak kurang ajar pada orang tua. Lastweek ada sekumpulan bebudak (8-10 thn) bergaduh dekat rumah nenek. Kemudian ditegur oleh seorang orang Bangladesh supaya jangan bergaduh. 'HEI, YOU SADAP!!!', jerit bebudak tu sambil mengejek2. Memang KURANG AJAR!!

Moga Qila dan adik2 tidak membesar menjadi orang yang kurang ajar. Amin.

*Litik = lipstick

Thursday, April 10, 2008

Ben tok

0 comments
'Papa, bace!', kata qila sambil hulurkan buku nipis bergambar
'Buku apa tu??', tanya papa walaupon dh tau
'Jek ben tok', jawab qila petah
'Haa apa?', tanya papa lg ingin kepastian
'Jek ben tokkk!', jawab qila kuat
'Jack and the Beanstalk laaaa', papa betul kan
'Jek n de ben tok laaa', sambung qila

*buku terbaru qila;
- Jack and the Beanstalk
- Cinderlela
- Snow White
- ape tah satu lagi tuuu, tk ingat title
 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez