Wednesday, August 19, 2009

Rajuk





1) Rajuk Kakak
Kakak mmg pandai merajuk. Kalau kena sakat / marah / tegur kakak akan merajuk. Dulu kalau kakak merajuk dia akan cakap, "Taknak kawan papa, taknak belikan gula2".

Jika cara itu tidak berkesan, kakak akan tukar taktik lain, "Taknak kawan papa, taknak belikan gula2. Beli utk ibu ngan adik je" sambil lari masuk dlm bilik tekap muka pada bantal.

Kalau tak berkesan gak, kakak akan jengah papa kat pintu sambil jelir lidah, "Wekkkk!!" kemudian masuk semula dan menekap muka sambil berharap papa datang pujuk. Dan biasanya mmg papa akan dtg pujuk sambil geletek2 / buat lawak bodoh supaya kakak gelak dan lupa pada rajuk nya itu.

2) Rajuk Adik
Adik pon dah pandai merajuk kalau tak dapat sesuatu yg dia mahu especially kalau korek semula barang dlm mulut yg dikutip drp lantai.

Kalau merajuk / marah, adik akan keluarkan kata2 "HEH!!", sambil tangan memukul angin dan merebahkan / tiarap badan dan muka pada lantai tak kiralah dimana dia berada ketika itu.

Semalam adik nangis nak kan ibu, tapi bila papa cuba dukung adik marah lalu merangkak pergi dengan laju dan merebahkan badan tanda protes dan melalak dengan kuat.

Tapi adik merajuk sebentar sahaja.

3) Rajuk Ibu
Ibu pon pandai merajuk. Kalau Ibu merajuk, jadi buruk. Panjang muncungnya, boleh buat sangkut baju. Harharhar sure papa kena cubit nnt.


*read more @ http://alisyaaqilahanan.blogspot.com/

1 comments on "Rajuk"

miera @ ibu on August 19, 2009 4:40 PM said...

ohhhh mengata kita ek.. :p

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez