Sunday, September 28, 2014

UAI Mu Tunggu Kami Datang!

0 comments

Alhamdulillah diberi peluang, kelapangan dan kemudahan untuk menghadiri taman syurga bersama Ibu, kakak long Aqila, kakak ngah deeja, Muhammad dan Nenek Asiah.

Moga dapat terus istiqamah menuntut ilmu dan memperbaiki diri dan keluarga.

======================
Ustaz Azhar Idrus
Masjid Taman Cheras Jaya
Kitab Anak Kunci Syurga
======================

Kesucian itu adalah anak kunci solat.

Nanah najis berasal dr darah.

Nak solat wajib bersih dr najis, air kencing, darah, nanah, muntah (dari dalam perut).

Muntah drp dlm perut bau busuk.

Makanan yang keluar semula (terbelahak) drp mulut, tekak, dada tidak najis.

Soalan pertama ditanya dlm kubur ialah perihal solat.

Agama itu mudah / memberi kemudahan.

Sengaja solat dlm keadaan bernajis- DOSA!

Syarat sah solat, suci badan dan pakaian drp najis.

Mazi - najis.

7 perkara keluar drp kemaluan wanita;
Haid, nifas, istihadah, mazi, mani, wadi, keputihan,..

Wadi - kluar tika lps kencing / angkat barang berat.

Susu dr binatang yg haram dimakan (eg: keldai, kucing, kera, rimau etc.

Barang yg dipotong drp binatang hidup jd bangkai (walau binatang yg halal). Melainkan bulu binatang (halal) yang tercabut (eg: bulu ayam, itik)

Bulu kucing yg tercabut - NAJIS. Tapi dimaafkan jika peliharaan sendiri.

Semua binatang hidup suci kecuali anjing dan babi.

1) Memenuhkan saf depan ketika sedang solat: bergerak ke depan tidak lebih 2 langkah berturut.

2) Berdakwah pada isteri;
Cari masa sesuai bila isteri tidah penat, letih.

3) Tenang: Sentiasa ingat Allah.

4) Taubat drp mencuri: Pulangkan semula apa yang dicuri

5) Mengaji / berdakwah untuk dapat duit - Haram. Mengaji / berdakwah kerana Allah, jika ada sumbangan - Halal

6) Menguap tanpa tutup mulut - syaitan masuk. Tutup mulut itu sunnah.

7) Cuci najis anak pada tilam - bersihkan / kutip najis dlm bentuk pusaran (tisu basah) hingga hilang warna / bau, curah air 3 kali.

Dalam (solat) sunat ada wajib (rukun sah solat).

8) Hukum buat korban - sunat

9) Korban tk jadi - niat sblm bli lembu, niat lepas sembelih, tidak beri daging mentah pada fakir miskin, letak lebih 7 nama utk seekor lembu, tidak wakilkan pada tukang sembelih.

10) Tanda kiamat;
-Mahar terlalu tinggi
-Bnyk bangunan tinggi etc

11) Berdehem tanpa tujuan dalam solat - BATAL

12) Sebaik2 tempat atas bumi ialah Masjid

13) Solat sunat lepas maghrib, tapi ada org masbuk: takperlu baca kuat.

14) Solat - sentiasa lihat tempat sujud kecuali tahiayat lihat jari.

15) Pokok buah (kerajaan) tepi jalan - boleh makan jika buah itu bukan hasil yg diharap kerajaan (sampingan).

16) Pakaian isteri - wajib beli sekurang 2 pasang setahun.

17) Korban di kemboja - jika nk murah, kurang pahala. Jika nk membantu saudara islam yang miskin serba kekurangan - harus.

18) Bila ada percanggahan fatwa, jadi syubahah / meragukan. Tinggalkan lah.

19) Masbuk takbir (ro) - SAH, bila imam beri salam sebelum (kum).

20) Boleh skip giliran isteri tapi dengan izin empunya giliran.

21) Pemerintah mesti ada usaha melaksanakan hukum islam.

22) Anak sedara susuan - mak sedara susuan.

23) Rugi lewatkan solat kerana nk tgk tv.

24) Sunat sblm suboh -

25) Org yg halang org masuk masjid - kena denda.

26) Niaga guna pelaris -Harus (mknn yg sedap, servis cepat, selesa). Tapi haram jika guna sihir, dedah aurat etc.

27) Haram byr upah tukang sembelih dgn daging korban.

28) Wajib solat kerana kita hamba Allah.

29) Wajib tutup aurat kerana anggota yg wajib tutup. Anggota yg merosakkan pandangan.

30) Pindah penyakit pada binatang
- Tidak boleh kerana Menzalimi binatang
- Boleh jika tidak libatkan sihir, jin

31) Daging korban, org kafir takbleh makan

32) Haram berpuasa pada hari raya (negeri tsb kita berada)

33) Alat muzik bertali - tidak haram jika tidak menggalakan maksiat.

34) Jika menganggu ketenteraman orang, jgn bwk pi masjid (anak2 / org dewasa)

35) Takboleh korban utk org mati.





Friday, September 19, 2014

Disini lahirnya sebuah cinta..

0 comments

Umang-umang Chalet, Melaka



Thursday, September 18, 2014

Disini lahirnya sebuah cinta..

0 comments

Umang-umang Chalet, Melaka


Saturday, September 13, 2014

'Urus Stress dengan Zikrullah' - Ust Pahrol

0 comments

Alhamdulillah diberi kesempatan mendengar perkongsian ilmu daripada Ust Pahrol. Perkongsian sejam yang sarat dengan ilmu, setiap patah perkataan penuh makna.

Usai majlis ustaz memohon maaf sekali lagi atas kelewatan serta berterima kasih secara peribadi pada hadirin atas kesudian meluangkan masa, sangat merendah diri.

Sedikit nota perkongsian 'Urus Stress dengan Zikrullah';

Kapal boleh tenggelam kerana lubang-lubang kecil (stress).

Selesaikan dulu urusan akhirat, urusan dunia akan jadi mudah.

Stress boleh jd pemangkin;
Layang2 naik tinggi kerana menentang angin.

Allah lebih tahu apa yang baik utk kita berbanding diri kita sendiri.

Allah lebih tahu apa yang memudaratkan utk kita berbanding diri kita sendiri.

Stress bukan untuk dihapus tapi untuk diurus.

Success loves preparation.
No preparation, get correction.

Air limau kena kulit tiada kesan.
Air limau kena kulit luka, sakit jadinya.
Air limau = ujian
Kulit = hati.

Jgn minta hidup mudah, tapi minta hati tabah.

Kalau tak dapat apa yang kita suka, suka lah apa yang kita dapat.

We cannot control the wind, but we can adjust the sail.

Ingat Allah, hati tenang, punca bahagia.

Ada iman, jadi aman.

Zikir Fatimah;
Subhanallah 33x
Alhamdulillah 33x
Allahuakbar 33x

Ingat Allah, kita akan ada (Maha) segala2nya.
Lupa Allah, hilang segala2nya.

Mungkin tiada bahu utk menangis, tapi sentiasa sejadah (Allah) menanti.

Dont just hear, listen (telinga, mata, hati /emphaty).

Adab doa, YAKIN doa akan makbul.

Perangi kejahilan dengan kasih-sayang.

Allah forgive, forget and love.

Was-was dari syaitan.
Ilham dari malaikat.

Jgn lawan syaitan, tapi berlindung dengan Allah.


Tuesday, September 02, 2014

VVIP seat

0 comments

Wah ini sudah lebih!
Harap mata Muhammad tak cepat rabun


 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez