Wednesday, February 23, 2011

Angguk2, geleng2

0 comments

Papa: Adik sayang ibu tak?
Adik: *angguk
Papa: Sayang banyak ke sikit?
Adik: banyak!
Papa: Adik sayang kakak?
Adik: *angguk
Papa: Sayang banyak ke sikit?
Adik: banyak!!
Papa: Adik sayang papa tak?
Adik: *geleng
Papa: Sedihlah papa macam nie. Sayang lah papa, sayang kan?
Adik: *angguk
Papa: Sayang banyak ke sikit?
Adik: sikit! (Sambil meneruskan menghisap jari)..

Monday, February 21, 2011

Taknak papa!

0 comments

Sejak akhir-akhir ini adik agak dingin dengan papa, terutama jika mood nya agak kurang bagus.

Mungkin semasa adik demam, ibu lebih banyak meluangkan masa menjaga adik siang dan malam, sementara papa pula agak garang terutama ketika memberi (baca: paksa) makan ubat.

Malam tadi adik tertidur awal setelah merajuk-rengek panjang. Dalam tidur, adik mengigau, 'Nak Ibuuu. Taknak Papa, nak Ibuuuu!'.

Sedihlah papa...

Wednesday, February 16, 2011

BUKU: Biografi Muhammad Bin Abdullah - Perjalanan Hidup Seorang Nabi

1 comments

Buku 14 bab dengan 466 mukasurat hasil nukilan (Prof Dr) Zulkifli Haji Mohd Yusoff dan (Dr) Noor Naemah Abd Rahman ini mengisahkan perjalanan hidup Nabi Muhammad S.A.W serta perjuangan dan perkembangan Agama Islam sejak kelahiran sehingga kewafatan Baginda.

Penggunaan bahasa serta gaya penceritaan ala novel yang santai tanpa rujukan-rujukan ilmiah yang sarat memudahkan para pembaca menghayati butiran setiap peristiwa yang disampaikan serta menyerap pengajaran-pengajaran yang tersurat dan tersirat disebaliknya.

Kesukaran dan keperitan berdakwah dikalangan kaum Quraisy Mekah sepanjang 10 tahun pertama kenabian dengan sekadar mampu mengislamkan 70 lelaki dikalangan mereka, tidak mematahkan semangat baginda.

Dakwah baginda banyak mendapat sokongan serta bantuan daripada Abdul Mutalib, Siti Khadijah serta Abu Talib. Pernah suatu ketika orang Quraisy memboikot orang-orang Islam dengan melarang sesiapa sahaja berurusniaga dengan mereka, namun Rasullah tetap mendapat sokongan daripada suku Abdul Mutalib, suku Abdul Manaf dan suku Hasyim.

Akibatnya orang Quraisy turut memboikot serta mengenakan sekatan terhadap sesiapa sahaja yang menyokong dan menolong Muhammad S.A.W. Sekatan tersebut berlangsung selama 3 tahun sehingga Rasullah berserta orang-orang islam serta penyokong-penyokong baginda hidup dalam serba kekurangan serta terpaksa berpindah ke pinggir Mekah dan mengwujudkan perkampungan sendiri.

Selain daripada kedegilan Quraisy, buku ini juga merakamkan kedegilan Yahudi yang tetap ingkar untuk beriman kepada Allah serta Rasullah walaupun tanda-tanda kenabian Muhammad S.A.W memang jelas serta nyata disebutkan dalam kitab mereka, hanya kerana Muhammad bukan daripada bangsa kaum mereka.

Keadaan ini akhirnya berubah dengan berlakunya peristiwa Hijrah dan Perjanjian Hudaibiah dengan angkatan seramai 1400 orang, sehingga kepada pembukaan Mekah dengan salah satu angkatan tentera terbesar ketika itu iaitu seramai 10,000 orang. Dan akhirnya Islam tersebar keseluruh semenanjung Arab.

Diantara peristiwa yang harus menjadi iktibar ialah tentang keingkaran segelintir para sahabat akan perintah Baginda supaya tidak meninggalkan posisi mereka sepanjang peperangan Uhud sehingga menyebabkan tentera Islam kucar-kacir dan Rasullah diasak hebat mengakibatkan Baginda cedera serta patah beberapa batang gigi.

Buku ini juga sarat dengan kisah-kisah para sahabat yang banyak berusaha, berkorban serta ada yang syahid dalam usaha mengembangkan agama Islam.

Setelah lengkapnya agama Islam diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada Baginda Rasullah S.A.W, bahagian yang paling meruntun jiwa pastinya pada bab terakhir buku ini iaitu 'Muhammad Meninggal Dunia'.


Saya bukan pencinta buku secara semulajadi, namun buku ini berjaya membuatkan saya sangat sukar untuk melepaskannya malahan tersangat displin untuk terus membacanya pada bila-bila sahaja ada masa terluang.

Salam Maulidur Rasul, 1432 Hijrah.

High fever!

0 comments

Lepas mandi berkubang dalam kolam kecil dan mengamuk pada papa, adik tertidur letih.

Bangun dari tidur suhu badan mencecah 39.7 darjah celcius, risau pulak papa. Terus bagi makan ubat dan mandi dengan sebanyak-banyak nya air.

Moga Cepatlah adik sihat seperti sediakala, AMIN!.

Demam berpanjangan

0 comments

Demam adik berpanjangan sejak sabtu/ahad lepas. Semalam sudah mulakan dos antibiotik setiap 12jam sekali seperti saranan doktor.

Tadi malam panas badannya sukar surut walaupun ubat demam diberi ikut masa. 'Taknak papa, nak ibuuu', rengek sepanjang malam membuatkan ibu terpaksa menggantikan shif papa menjaga adik.

Alhamdulillah, Pagi ini panas nya semakin reda. Biarkan adik berendam dan bermain dalam kolam kecil lama-lama, biar panas badan dan demamnya pergi jauh-jauh... Syuhh.. syuhhhh!

Tuesday, February 15, 2011

Takde dah..

0 comments

Malam tadi badan adik masih sangat panas. Dos ubat demam seakan tak berkesan, melainkan ubat b*nt*t.

Alhamdulillah bangun pagi, demam nya semakin berkurangan setelah Sepanjang malam dalam jagaan ibu.
Dalam kelam subuh:
'Ada rambut ibu dalam mulut', kata adik dalam rengek usai menghisap susu. 'Meh papa tengok', sambil meraba-raba mulut adik. 'Ada rambut lagi?', tanya papa ingin kepastian. 'Takde dah. Dia dah balik umah, cari mak dia', jawab adik ringkas.

*3.5 bintang untuk 'Hantu Kak Limah Balik Rumah', tahniah buat Mamat Khalid serta barisan pelakon yang nampak biasa, namun sangat luarbiasa bakat mereka.

Monday, February 14, 2011

Jijah Demam lagi

0 comments

Sejak sabtu badan adik mula panas lagi. Episod Demam beberapa hari lepas berulang kembali.

Adik mula muntah-muntah semasa dalam perjalanan pulang dari Perak, kemudian badannya mula panas membara diikuti dengan batuk dan selsema.

Isnin dan selasa papa dan ibu gilir bercuti bagi menjaga adik dan memastikannya sihat sepenuhnya.

Seringkali adik menangis dan mengamuk bila mahu diberi ubat, mandi atau ditampal 'koolfever' jika badan serta emosinya sedang hiba.

Namun dilain masa, adik sangat ceria..
'Jijah tak muntah kan papa?', kata adik selepas berjaya menghabiskan ubat.

'Jijah tak nangis kan papa?', kata adik lepas mandi dengan aman tanpa mengamuk.

'Jijah nak roti cicah topi-O', kata adik bila mula berselera makan.

Moga adik cepat sembuh dan sentiasa sihat serta boleh bermain bersama kakak dengan aman tanpa gaduh, gigit, cubit, pukul dll.

Moga kakak juga dapat bersabar dengan karenah adik yang kadang kala takmau beralah.

Papa sayang adik dan kakak!


*dan ibu ;)


Thursday, February 03, 2011

Pengantin Baru

0 comments

SELAMAT PENGANTIN BARU buat CikNing @ MakUsu yang selamat di ijab kabulkan tepat jam 9.50 pagi tadi di Masjid Jamek Kajang.

Tahniah dan Moga berbahagia hendaknya.

Tuesday, February 01, 2011

Baca

1 comments

'Ibu ace (baca buku)', kata adik sambil menyuakan buku pada ibu yang konon nya sedang berkerja. 'Adik bacalah sendiri', jawab ibu sambil lewa. 'Ibu ace kan lah', kata adik berkeras. 'Adik lah baca, ibu nak buat kerja nie', kata ibu beralasan. 'Ibu ace lah, jijah tak andai..', kata adik sayu.

Selain membaca, adik juga suka menyanyi-nyanyi sendiri. Antara lagu kegemarannya;
- Goreng Pisang
- Ikan Emas
- Pak Mamat (old McDonald versi melayu)
- Jambatan Goyang
- Buih sabun, dll

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez