Tuesday, December 19, 2006

Happy 1st birthday

0 comments

Monday, December 18, 2006

Outing day ..

0 comments
last weekend full of activities... saturday was shopping day .. from morning till nite.. we start our journey at 10 am.. nak pegi OU since dah lama giler tak pegi sana.. kalau pegi sana mmg heaven kalau sopping if duit giler banyak .. tp on the way tu jem yg amatz.. so sampai nak dekat kul 12. nasib baik on the way to OU qila tido.. senang skit.. kalau tak mesti mengamuk..

so sampai2 tu terus makan.. ibu ngan papa lapa sgt.. n' ibu belikan qila fish fingers n' fries yg byk minyak.. tp ibu tak bagi qila mkn byk2 that fries.. ibu bagi fish fingers yg dah dibuang kulit.. makan2 + amik2 gamba .. lotsss of pic of u papa amil.. mcm2 aksi.. every single movement yg qila buat mesti papa amik gamba qila..

so lepas makan we start shopping... tp kat parkson very2 xpensive so we move to JJ.. ok la.. dpt la jugak brg2 nyer.. its for ur nenek cu, ur nenek, ur atok, ur teacher wedding present.. wah2 so many ek... but none its for u.. pity u.. next time papa n' ibu buy u toys kay.. :) .. ur tricycle tak jual kat sini la.. we have to buy kat US .. hehehheh

tp qila behave all the time.. ada la skit2 tp still ok.. maybe u already can walk n' absorb all the surrounding n' also can understand what happens arounds u...

there's another story on sunday.. tp ibu tak sempat nak tulis... maybe papa can continue...

this opportunity ibu wants to wish u....

HAPPY BIRTHDAY PRINCESS.....
may ur day ahead will bring happiness n' joy
we both lovesssssss u so much
be a good daughter n' sister in future(insya allah)
love u love love u

Wednesday, December 13, 2006

Drive

0 comments
Isnin lepas ibu tak keje. Penat katanya. Sian ibu. Mungkin penat menguruskan dua buah hati kesayangan ibu nie kot.

So, pagi tuh papa hantar qila pegi nursery sorang2. Biasanya papa akan drive dan ibu pegang qila kat sebelah. Tapi kali nie qila kena masuk dalam beg kanggru.

Sampai kat nursery jerk, qila terus nangis sambil elakkan badan masa teacher nak amik. Bersungguh qila mengelak sambil melalak kuat. Tapi papa suh gak teacher amik qila. Papa pon dah lambat masa tuh, tak sempat nak pujuk2. Dalam kereta masa nak bertolak tuh papa masih dengar tangisan qila... sedih.

Petangnya pon papa amik qila sorang2. Teacher terus masukkan qila dalam beg kangru yang papa pasang. Lepas salam teacher kita terus masuk keta nak balik rumah.

Sepanjang perjalanan qila pegang stereng keta dengan kuat. Sungguh2 dia pusing2 stereng tuh ikut pusingan papa, sambil kaki terhinjak2 macam menekan brek/minyak. Susah pulak papa nak kawal kereta walaupon jalan dengan perlahan.

Terer betul anak papa drive. Sampai terkekeh2 dia gelak seronok dapat drive. hehe

Cak!

0 comments


Sekarang qila semakin pandai berinteraksi dengan orang sekeliling.

Semalam lepas balik dari nursery amik qila, seperti biasa qila main2 dan jalan pusing2 dalam rumah. Aktif betul qila nie. tak reti dok diam. Letih papa ngan ibu nak kejar.

Papa nampak qila jalan2 ikut ibu masuk bilik. Papa pon biarkan je, pasal papa tau ibu akan jaga qila. Papa pon sambung tgk tv sambil dok atas sofa berehat.

Kemudian ibu tegur papa, "Papa biar jer qila main cak-cak sorang2. Tak layan dia pon??". Tersentak hati papa. Rupanya qila cuma ikut ibu separuh jalan je. Qila berenti kat pintu kemudian jengahkan kepala keluar pandang kearah papa beberapa kali. Qila nak main cak-cak ngan papa rupanya.

Sorry sayang, papa tak perasan. Sedih sangat masa tuh, macam papa tak beri perhatian kat qila. Sian budak comel tuh main cak-cak sorang2 ye. Papa mintak maaf yee sayang. I love you soooo much.

*Love both of you sooooooo muchh

Thursday, December 07, 2006

Outstation

1 comments
Yesterday can be considered as a big day for papa. A day for the presentation by the company head infront of 70 participant in a seminar at Lembah Beringin.

It's been weeks of hard work to the site for video shooting, editing, arguing, changing of requirement etc. And the video team that consist of five people completed the job with flying colors, although with some misdirection and pitfall along the way.

Actually it's the hard work, collaboration, team work, support, jokes, laughter (etc) of these few people that make it a wonderful experience.

But the thought of leaving you and Ibu behind even for one night to another district really gets me. Sedih sangat nak tinggal kan anak papa nie. Sebelum nie memang papa pernah tinggalkan qila dengan ibu. Tapi masa tuh qila masih kecil lagi belum boleh berinteraksi dengan papa. Lagi pon masa tuh qila lebih seronok dengan ibu. Tak boleh langsung orang lain pegang.

But now qila dah pandai berinteraksi ngan semua orang. Tuh yg buat papa rasa berat hati je nak pegi. Rindu nak tgk anak papa jalan jatuh + tonggeng2 + golek2 + sepah2 kan barang. Rindu sangat nak cium qila walau pon busuk akibat peluh kerana bermain dan tak reti dok diam. Rindu nk belai2 rambut panjang serabai dia tuh. Rindu semuanya. Tapi kerana kerja papa pergi juga.

I miss both of u so muchhh.

*thanks to kak liza, ucop, reza dan zura for making it happen

Monday, December 04, 2006

baru dpt kaki ....

0 comments
last few days masa ibu sibuk2 kat dapur masak/cuci pinggan.. ibu terdengar cam tapak kaki.. halus jek bunyi dier .. i was never suspect its u.. coz never xpect u can walk that soon .. so i'm just ignore the sound.. ibu continue wash the dishes .. suddenly i saw u.. with your own two feet.. :):) .. i'm soooo proud of u ... ibu stop basuh pinggan n' huggggg u .. really like to cry... b4 this bukan qila tak penah jalan but never this far...

so on saturday... when we went shopping .. we decide to buy u a shuz.. a very good shuz for your first step... we bought for u .. a CLARKS shuz.. even me dont have clarks shuz tau.. but papa got one.. so ibu have to buy one too... heheh (p/s : its will be more better if papa for ibu.. muahsss love u)

on sunday we went to playground to test tour new shuz.. u seems to enjoy all of it.. the shuz.. the playground .. the walk .. at home ibu pujuk papa utk pegi swimming.. its been so long since we take u to the pool.. u dont like to be hold.. mcm pandai berenang .. actually bukannyer nak berenang sgt .. tp nak telan air klorin tu... hehheh.. but then look at ur happy face .. its priceless..

Monday, November 27, 2006

anak manja papa ...

1 comments
2-3 menjak nie qila makin manja ngan papa.. :)... qila suka sangat makan strawbery cam papa.. so kalau papa tanya qila nak makan strawbery tak.. mesti qila senyum jek.. so both of u will eat the strawbery sampai habis.. papa makan kulit .. qila makan isi.. heheheh sian papa makan kulit jek.. so when both of u have a special moments .. ibu akan mcm lipas kudung do whatever house chores yg bole.. basuh pinggan .. masak nasi ker.. apa2 jek before papa hands u over to me utk mandi.. :)..

now kalau qila tak nampak papa .. mesti kepala qila duk mencari2 mana papa dier hilang.. especially when ibu kuar umah dukung qila.. tak kira la nak anta gi nursery ke... nak kuar jalan ker.. kepala qila mesti duk carik mana papa ni.. nanti bila papa sergah qila... mesti qila terkekek-kekek gelak.. love the moments..

kalau kadang2 papa mandikan qila.. n' i know qila suka sangat mandi ngan papa.. sebab papa mesti citer/nyanyi ngan qila.. pastu terdengar la qila terkekek-kekek gelak.. kalau ngan ibu mesti nak cepat jek.. tak de main2 air.. kalau ngan papa siap papa main2 air ngan qila.. gelak2.. sonok sgt tgk.. muka qila happy sangat..

n' one more things.. u lovessss to says pa.. pa.. pa.. pa.. pa.. :) ...


p/s: lovesssss both of u to the fullessssstttt

Friday, November 24, 2006

Makin pandai

1 comments
2-3 hari nie qila bangun lagi awal dari biasa. Pukul 5 lebih dah bangun ngomel sambil golek-golek. Ibu gak kena bangun teman kan qila main. Tapi sebenarnye qila tetap main sorang, cuma ibu teman tido sebelah qila.

Sekarang qila dah pandai bagi barang pada papa. Selalu kalau main ngan remote TV, qila akan baling2 je. Nasib baik remote tuh kuat, kalau tak mesti dah terbarai.

Semalam bila qila capai dan main2 dengan remote tuh, papa hulur tangan tanda mintak. Tiba2 qila terus letak pada tangan papa. Lepas tuh papa cuba lagi, dan qila ulang perbuatan tersebut berulang-ulang kali sambil tersenyum sengih. Pandainyee.

Pagi tadi papa tinggal qila depan TV yang terpasang dan pergi bersiap2 dalam bilik. Tiba2, papa dengar TV dimatikan. 'Mesti qila tertekan button OFF kat remote tuh'. Papa pon pegi lah jengok. Papa tengok qila sedang tertiarap depan sofa. Papa pon pegi dekat qila carik2 remote. 'Qila, bagi papa remote. Kat mana qila letak?', sambil meraba2 bawah badan qila carik remote.

Kemudian, papa perasan jari qila menuding ke satu arah. Laa rupanya remote tuh tersorok bawah sofa. Qila tak boleh nak amik. Pandainye anak papa nie. Dah pandai tunjuk2 yee. Qila dah paham cakap papa ke?? So clever!!

Thursday, November 23, 2006

Rumah Terbuka Raya

1 comments
Sabtu lepas kita buat rumah terbuka hari raya. Nie kira raya pertama kita buat rumah terbuka sendiri di rumah sendiri. Seronok rasanya bila dapat jamu rakan-rakan dan keluarga makan, walaupon juadah nya tak seberapa.

Sebenarnya sabtu sebelum nya pon buat rumah terbuka juga, tapi jemputan hanya terdiri dari ahli keluarga terdekat. Tapi sabtu kali nie, jemputan terdiri daripada rakan-rakan sepejabat papa dan ibu. Ikut perkiraan awal, jumlah yang datang termasuk ahli keluarga masing-masing hampir 70 orang. Tapi jumlah sebenar hanya 30 orang. Tapi rasanya itu pon dah berbesar hati sangat dengan kesudian mereka jejak kaki ke rumah kita yang kecil itu.

Hilang rasanya penat lelah menyiapkan juadah serta mengemas rumah menanti kehadiran mereka. Berdebar rasanya, bila rakan-rakan datang satu persatu diiringi keluarga masing-masing tidak putus-putus.

Meriah rasanya walaupon itu merupakan minggu-minggu terakhir syawal.

Alhamdulilah makanan cukup menjamu tetamu yang datang. Papa dan ibu risau makanan tidak mencukupi.

Qila seperti biasa, menempel pada papa dan ibu. Bila dah lama sikit baru nak main-main. Ramai rakan-rakan qila datang ye.

Insya-Allah ade rezeki lebih, kita teruskan tradisi tersebut di tahun-tahun akan datang.

Diharap para tetamu berpuas hati dengan makanan yang tak seberapa, yang di masak sendiri oleh ibu bertungkus lumus sejak beberapa hari sebelumnya. Diharap juga mereka selesa berada dalam rumah kecil kita. Maaf sekiranya ada kekurangan dan kesilapan.

Wednesday, November 15, 2006

Alahai comelnye...

0 comments
Sometime last week or weeks before, seperti biasa papa bangun pukul 6 pagi. Masa tuh papa dah nampak qila mula gerak2 walau pon keadaan masih samar2.

Perlahan2 papa bangun supaya qila tak terjaga. Tapi sebenarnya mata qila memang dah bulat sambil senyum tegur papa. Papa tepuk2 qila sambil sumbat puting dan pelukkan bantal busuk dia. Dengan harapan qila tidur semula. Kemudian papa terus gi mandi.

Tiba2 pintu bilik air seakan diketuk lembut. 'Eh ibu dah bangun ke?'. Papa bukak pintu dan jengah keluar, rupanya qila sedang duduk berlipat lutut depan pintu dengan puting tersumbat dimulut dan bantal busuk di tangan.

Alahai comelnya. Soo sweet. Qila carik papa sampai bilik air yeee. Bijak anak papa nie.

Tuesday, November 14, 2006

Basah!

0 comments
Tadi pagi qila bangun dalam keadaan basah dan hancing. Abis seluar dan baju. Kesian qila tidur dalam keadaan tak selesa. Kalau qila dah pandai cakap dan dah paham, musti qila kejut papa dan ibu suh tuka lampin.

Bila cek rupanya papa tersilap pakaikan lampin qila. Sepatutnya pakaikan lampin merah huggies yg kuat menyerap, tapi tah camne papa teramik yg biru. Mungkin banyak sangat benda kat otak papa sampaikan terlupa.

Sedih sgt tgk keadaan qila. Papa mintak maap yee sayang. Insya-Allah there won't be a next time.

I love you so much!

*suka sgt tgk rambut Winter Sonata + gigi arnab tuh

Friday, November 03, 2006

10 months 2 weeks 1 day

2 comments
as per to date... thats is ur age... skang dah makin lasak lasak yg amatz... dah ada 4 btg gigi yg sgt comey... 2 kat atas 2 dibawah... kdg2 suka sgt laga2kan gigi.. nyilu ibu denga..

dah pandai skit balance bdn.. but still akan nangis kalau ibu tak de kat sbelah2 dier.. tp tak pe papa selalu pujuk qila..bile papa pujuk qila akan senyum.. sweet sgt nampak la gigi dier 4 btg.. hilang segala penat kat bdn...

bab sepah2 kan brg makin pandai.. anything dlm bekas/bag akan dikeluarkan satu per satu.. mcm org kaya kuarkan baju dlm beg.. pastu sepah2kan atas lantai... suke2 jek wat cam tu ek.. nanti ibu jugak kena kemas....

so this weekend we plan tu raya ke umah sesapa yg ajak .. sebabnyer ibu nak beraya puas2 + mkn puas2 sebab masa raya ari tu tak sempat nak buat apa2 sebab duk terlantar atas tilam.. so tomorrow should be makan day.. tp hopefully nothing happen coz takut la tetiba ibu tak sihat.. qila tak sihat ker.. or papa tak sihat.. mintak2 la kita semua sihat.. bole la beraya..

Tuesday, October 31, 2006

Melangkah

0 comments
Alhamdulilah dah seminggu kita beraya. Ini tahun pertama Qila sambut ramadhan dan aidilfitri. Walaupon qila blom boleh posa, tapi dah boleh collect duit raya kan?

Tapi yang tak best nye kita tak dapat beraya bersungguh2 tahun nie. Masa sampai kota tinggi qila mula tak sihat serta demam. Bila qila dah ok, papa pulak demam hari pertama raya dan diikuti dengan ibu. Balik batu pahat pon tak sempat nk bawak qila beraya. Papa dan ibu terlantar demam. Sib baik nenek bawak qila beraya. Tapi itu pon sekejap je pasal qila dah tertidur kat umah nenek tiah.

Sedih sgt raya tahun nie. Ibu dah rancang nak beraya sungguh2 pasal raya tahun lepas ibu tengah sarat mengandung, so tk boleh melaram baju raya.

Nasib baik ramai orang nak tolong jaga dan main ngan qila. Takde lah qila terabai sangat. Kejap ngan paklong, pastuh maklong pulak, kejap nenek bawak lari, pastu pakucu, bang long + bang ngah + bang adik + bang shazani dan kak lia pon tolong main ngan qila. Eh pak ngah ade main ngan qila tak??

Masa nk balik KL tuh kepala papa dah mula sakit lagi. Tapi papa buat tahan je takut nanti ibu tak confident nak jalan jauh. Alhamdulilah selamat perjalanan kita. Qila pon elok jee tido.

Skang qila dah boleh berdiri sikit dan mula menapak. Suka tgk semangat qila nak berdiri. Tapi letih ah nak jaga dia supaya jgn jatuh. Tapi anak papa nie memang kuat semangat kan??

Papa suka tgk qila main ngan ibu. Sampai tak boleh nk berenggang. Asik nak berkepit ngan ibu je. Tak kisah lah ibu buat ape, asal ibu ade dekat qila. Tapi bila qila ade ibu tak bole buat keje, pasal qila akan 'kerjakan' ibu.

Papa suka dengar gelak tawa qila bila main ngan ibu. Macam ade je benda fun yang korang main. Qila nampak lively. Tapi bila ngan papa, qila nampak senyap sikit. Maybe pasal papa tak pandai main ngan qila kot.

Sian qila. Patut lah qila suka ikut ibu.

Rambut qila dah panjang dan mula berserabut kalau tak disikat. Pasal rambut tuh lah Pak long panggil qila SONATA. Cam rambut hero WINTER SONATA.

Moga Qila sentiasa sihat. Papa dan Ibu sentiasa sihat. Serta keluarga kita dikurniaan kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin.

Thursday, October 19, 2006

Salam Lebaran

0 comments


*ibu, you read my mind.. :)

Wednesday, October 18, 2006

Raya makin dekat .....

0 comments
betul la ckp papa.. ibu dah lama tak tulis dalam nie.. not bcoz ibu sibuk tp yg sebenarnyer tak de idea nak tulis apa.. eventho' mcm2 qila dah achieve this few weeks.. but papa dah jot down everythin so ibu lagi la dah tak de idea... :) ... hehehe alasan sebenarnyer...

as per today.. dah 25 hari kita puasa.. sekejap nyer ramadhan thn nie.. mungkin sebab mcm2 aktivit kat umah tu yg tak sedar masa berlalu... n' this is the first time we as a family duduk umah sendiri... bestttt sgt... sonok dpt hias umah sendiri ikut citarasa sendiri..

tomorrow u will be 10 month.. skang dah pandai berdiri.. tp sekejap la.. dlm a few sec jek.. but u improve day by day .. dah pandai suh org pay attention kat dier.. very good in sepah2 barang .. :) tp tak pe papa rajin kemas kan.. papa kan.. :)

since lagi 5 hari jek nak raya .. so kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin .. hati2 di jalanraya... kalau mengantuk berhenti rehat dulu (actually more to ingatan pada diri sendiri)

p/s: papa .. why don't u put the card raya here .. :) ..

Tuesday, October 17, 2006

Pandainyeee

0 comments
Lama ibu tak update kat sini. Nape ek? Rindu papa nk baca. Mungkin ade perkembangan qila yang ibu perasan tapi papa tak. Takpe lah, maybe ibu sibuk...

Gigi atas qila dah menampakkan diri. dah keluar dari gusi. BESAR! Gigi bawah pon dah makin menonjol. Kecik comel je gigi bawah tuh. Dan sekarang qila suka gigit2 barang, kadang kaki papa pon qila geget... Lepas tuh suka senyum sengih tunjuk gigi tak siap tuh. Alah comelnye.

Sekarang qila dah makin pandai merajuk esp ngan ibu. Papa cuma tukang pujuk. Pantang nampak ibu, mesti nak kejar + panjat2 kat ibu. Kadang ibu sibuk nk masak, nak mengemas, nk bersiap gi opis dan tak dapat nak layan + main + dokong qila. Qila akan nangis sungguh2 sambil duduk berlipat lutut sambil terlompat-lompat dengan air mata dan air idung meleleh-leleh. Papa pon cuma akan duduk dekat qila dan perhati emosi, gelagat dan riak muka qila. Cantik anak papa nangis + ngamuk. Tapi kejap je papa biar qila nangis. Papa hulur tangan dan qila sambut tanda mintak dukung. Papa akan bawak qila jalan2 dlm rumah carik ibu. Main cak-cak ngan ibu dan buat lawak bodo ngan qila. Makin semangat anak papa, tak larat nak dukung lelama.

Sekarang rambut qila makin panjang. Dah boleh sikat dan ikat. Lembut je rambut qila tuh. Bila bangun tido, rambut qila bermacam2 bentuk... hehe serabut. Tapi lepas basuh muka, basahkan rambut sikit serta bersikat, qila tetap jadi comel seperti biasa.

Tahun nie first time qila jumpa Ramadhan dan beraya. Insya-Allah kita beraya kat umah nenek di Kota Tinggi. SERONOT nyeeee!

Thursday, September 28, 2006

Lasak

0 comments
Sekarang qila makin lasak, maklumlah dah makin laju merangkak. Kejap je dah sampai dapur cari ibu. Tetiba je dah sampai dalam bilik gigit plak elektrik.

Sekarang dah mula pandai panjat2, tengah berusaha nak berdiri lah tuh. Mula2 berdiri dengan pegang sebelah tangan, tapi kadang2 cuba utk free stand. Papa perhati je gelagat qila. Bila qila perasan papa perhati, qila pon sengeh sampai pejam mata tunjuk gigi ciput. Or kalau papa ralit tengok tv, qila akan sengih kat papa sambil buat2 bunyi mintak perhatian. Bijak betul anak papa nie.

Semalam tengah sedap tido, tiba2 terjaga pukul 1 pagi. Rupanya ibu tengah mengucap panjang sambil tarik qila dari bawah katil. Entah macam mana separuh badan qila boleh terpersok bawah katil tuh, sampaikan bantal penghadang pon qila tolak masuk. Mungkin ibu terjaga akibat ngomelan qila walaupon mata masih terpejam. hehe lasak sungguh anak papa.

Arituh pulak bila qila dah mula merengek sambil gosok2 mata, papa try nak tidurkan qila. Papa tepuk2 sambil baca selawat supaya qila tidur. Bila letih dan tengok qila dah lelap, papa baring sambil peluk qila. Bila terjaga je, tengok qila dah takde dekat papa. Rupanya qila dah merangkak dalam ngantuk dan tidur atas lantai tanpa alas. lasak sungguh anak papa...

Friday, September 22, 2006

Qila demam lagi

0 comments

Semalam Qila demam lagi. Sejak pertama kali ibu & papa rasa gigi pertama Qila dah keluar dari gusi, demam Qila berpanjangan. Sekejap kebah, sekejap panas 39 darjah.. walaupon ubat silih berganti masuk badan Qila.

Ibu jadi doktor Qila, bagi ubat, pujuk Qila, dukung Qila... pasal Qila lebih selesa dengan ibu berbanding papa. Papa tolong lah mana yg boleh. Tapi bila nak bagi ubat bontot, memang papa tak sanggup! eeeeee seram!

Semalam pegi jumpa doktor Arbahiya. Doktor kata tuh bukan demam pasal nak tumbuh gigi, tapi doktor suruh pantau takut demam berpanjangan. Dan Qila kena makan macam2 ubat lagi utk sembuh. Tak kisah, asalkan Qila cepat sembuh, boleh main lasak2 dan memeriahkan suasana rumah seperti selalu.

Kesian Qila demam. Kesian Ibu terpaksa korbankan cuti yang tinggal sikit tuh utk jaga Qila.

Hari2 Papa rindu kat Qila. Rindu nak tengok Qila tidur tertonggeng, Qila mengomel sorang2, Qila baling2 barang, Qila panjat2 dan cuba nak berdiri, Rindu nk tengok Qila senyum tunjuk gusi, Qila jilat2 dan hirup air mandian, Papa rindu semuanya...

Tuesday, September 19, 2006

9 months and first tooth ..

1 comments
first of all ibu nak wish u happy 9 successfull month.. hehehhe.. :) ... if i'm pregnant i will deliver a new baby heheheh... (note to papa.. not until qila 2 years :) ) . ibu doakan agar qila sihat walafiat, makin bijak, makin sweet but not makin naughty kay...

now when u already 9 months semakin aktif pastu mmg tak reti duk diam .. sekejap naik atas sofa, kejap nak turun pastu melonjak2 .. pastu panjat2 sofa .. pegang2 tv sendiri.. mcm dah bole berdiri.. but i know u will stand sooner.. :)

okay last nite when ibu, papa n u.. lepak2 kat depan tv tgh tgk csi .. papa give u honeydew.. pastu papa show me the honey dew u bite.. 'ibu, tgk qila gigit bu.' .. so ibu pun just curious so ibu pun saja jek la nak pegang gusi qila.. tiba rasa cam ada benda tajam jek .. wahhh wahh wahh.. anak ibu dah tumbuh gigi.. a day before your 9 months birthday ... tp your tooth tak nampak visible lagik.. seronok sgt.. after this u can eat almost everything.. hehhehe

to qila :
be a good girl sayang ... u will be 1 year in 3 months.. dah big girl anak ibu ...
we loves u so much ....

Monday, September 11, 2006

picnic ...

0 comments
last week on saturday, we went for picnic ... actually its organize by papa n ibunyer department .. this is your first trip pegi mandi sungai.. actually to be exact we went to sg congkak... very nice place... ibu b4 qila ever exist selalu gak pegi sg congkak with your nenek, atuk n' all your unties n' uncle.. but its first time for both of you n' papa ..
qila n' papa

we reach sg congkak a bit late .. coz we want u to take a nap first coz if not dont know what will happen.. so when we arrive there everybody bz eating n' they having a sukaneka .. other part of the place all the fathers bz bbq..

for the first time also qila mandi sg.. b4 that the water is so so cold.. but to my surprise u not even scared .. u look so happy..(mental note to us : kena selalu bawak qila gi mandi sungai) .. tp qila mandi sekejap jek sebab takut selsema ..

so after a few hours makan + borak2 + gosip(ibu2 la) .. we went home around 3.00pm..


qila tgh naik abg adam punya tricycle


Tuesday, August 29, 2006

what's new ....

0 comments
last week pegi jerantut.. uncle qila kawin .. dlm 3 jam jugak la perjalanan .. dr kl kul 9 pg sampai dlm pkl 12 tgh.. wedding is just ok.. qila mengamuk skit.. mayb sebab panas.. org ramai gak.. konvoi 2 keta dr kl..

this week nak balik kelantan lak... nie wedding belah uncle qila .. this is your 1st time journey to kelantan .. ibu ngan papa risau sgt takut qila ngamuk.. hopefully ok..

since qila masuk 8 months .. mmg laju sgt kalau merangkak.. sedar2 jek dah kat dapur .. pastu skang ni asik nak panjat2 jek.. takut sgt terbalik ... dah la qila ni tak balance sgt ... mulut pun dah laju jek .. tp tak paham apa lak yg qila duk bebel...

Thursday, August 17, 2006

Pah Pah

0 comments
On the way back from the nursery yesterday, you are as restless as usual. Climbing on ibu, hitting the car window, turn here and there, and making all sort of noises with your toothless cute little mouth.

I turned to you and teach you to say the word "Papa". And I repeated that word slowly a couple of times "Pa.. Pa..", with you looking at me attentively. And then suddenly you said your very first word.. "PAPA" with a smile on your face..

Ohhh what a day... Such a magical moment. I'm proud of you Aqila. And I love you with all my heart.

*I love you too, Ibu ;)

Wednesday, August 02, 2006

accident ...

0 comments
its been so long since ibu or papa write somethin' in here ... its been a hectic month ... early july we, both me and your papa caught with an accident .. things happens so fast ... as long as i can remember me and your papa been lying at the road .. its a long story to write here and i just cant write it ..

when u turn 7 month last july .. u having an ulcer , infection at your skin like ezima(not sure bout the spell) and u giving us a tantrum everyday .. coz u cant eat but u r really really hungry .. sian anak ibu... that time also ibu dah start keje.. i have to leave u with papa and nenek... thank god u doing well ... papa said in the moring u always looking for me.. nasib baik papa can cheer u up.. i know u good girl n' very smart baby.. u know how to behave when ibu not around... love u so much sayang ...

hopefully we have a bright day ahead... things happen with a reason ... its a dugaan from Allah s.w.t ... as long we bersyukur for what we have and cheerish every minute we have with the love ones .. its more than enough ... ibu see things diffrently right now .... god give us second chance ...

love u so much papa n' aqila... i cant see how i can live without both of u ...

Monday, June 19, 2006

6 months ....

0 comments
happyyy birth month.. :) .. sweet 6 months...
so many things i want to share here .. but ibu a bit tense today...
not because of u sayang.. bcoz of my boss... don't want to start talkin bout' him...
ibu will get migraine.... heheheh

yesterday is your papa day ... happy fathers day papa... u such a good father... aqila will knew it one day .. :)...

u not feeling really good this few days... u have a very high fever... ibu a bit panic.. u never like this b4 ... kalau demam pun just a light fever.. not to worry much.. but on friday your fever up to 39 deg... ibu ngan papa risau sgt.. ibu terpaksa paksa papa cuti.. sebab ibu takut apa2 jadik.. ibu sorang2...

but the +ve things is .. u can sit now.. what a good girl.. n' u seem like to talk... u can say baba.. baba.. papa.. papa..( papa perasan paggil dier) .. abu... abu.. hehehe... kelaka... so many u can do now... just can think rite now.. maybe papa can add ... bole kan papa.. :)

Thursday, June 15, 2006

Aqila jatuh tilam

0 comments
Setiap malam rabu merupakan 'Movie Night'. So semalam tengok cerita Da Vinci Code. Kemudian Ibu tido awal sebab dah tak tahan. Tapi tak lama lepas tuh Da Vinci Code pulak yg tengok papa. Ngantuk sangat.

Pukul 3, Ibu kejut papa bangun... Lepas solat Isyak papa terus sambung tido.
Tapi lebih kurang pukul 5 lebih dengar ibu jerit. Terkejut papa. Rupanya Aqila dah jatuh dari tilam. Tapi aqila tak nangis pon, tak sakit ke sayang? Kuat betul anak papa nie.

Sebenarnya sebelum tuh papa tahu qila dah bangun + ckp sorang2 + golek + tarik2 tgn papa. Tapi papa tak larat nk bukak mata.

Lepas tgk ibu peluk2 + cium2 + pujuk2 qila.. papa pn sambung tido lagik... Ngantuk ah

Thursday, June 08, 2006

merangkak...

1 comments
pict is courtesy of aunty nett... TQ auntie nett ..

last nite aqila tido lambat coz kat nursery tido lama... nak dekat pukl 7 baru qila bangun.. so ibu dah agak sure qila lambat tido.. nasib baik semalam ibu tak masak sebabnyer rabu malam is movie nite... so we just eat fries n' indo mee... so smlm ibu n' papa letak qila atas comforter... just to make u available n' bz .. we put your toys infront of you but a bit far from you... suddenly papa scream .. ibu!!! ... tgk aqila... yesss... aqila tgh merangkak nak mencapai all your toys... your feet and hand really strong coz u can crawl really fast .. n' the way u act is like when u reall want something u will do it untill u get it ... so lepas sejam .... u look so tired... n' dah gosok2 mata .. i know u already sleepy... once ibu dodoikan.. u sound asleep... wahhh!!! really tired ...

aqila sayang ...
papa n' ibu so proud of you... you are our angel ... be a good girl ok...
both of us will do our best to make u achieve what ever u want in life (the good one ok!!) ..

Wednesday, June 07, 2006

aqila friends...

0 comments
last sunday to be exact, 4th jun 2006 .. ibu n' papa invite a few friends to come to our little heaven .. u meet a few friends too.. ibu cook spagetti .. jelly with custard syrup, cheese cake... n' others bring KFC ... fruits .. we have so much fun chatting.. gossiping... been so long since ibu n' papa meet them ..




our little family

qila n' papa

qila n' ibu
pict is courtesy of uncle ludi .. tq uncle ludi

Friday, May 26, 2006

Happy Birthday to ibu....

0 comments
happy birthday to you..
happy birthday to you..
happy birthday to ibu..
happy birthday to you.. :) .. (clap.. clap..)

semalam dengan rasminyer ibu dah 31 thn... wah wahh.. dah tue rupanyer ibu...
never imagine i can reach that 3 magic number.. :) .. on conjunction of my birthday.. papa sanggup amik cuti untuk temankan ibu.. actually me the drama queen person actually like merengek2 mintak papa teman kan ibu for the birthday treat.. thank you papa ... love u sooooooooo much...

ibu n' papa tak kemana pun... just spend the day kat mid valley .. buy some cloth for u.. actually most of the time spend looking for your stuff .... skang everthin' is for you... even both of us rasa your stuff more important than our baju or acessories... n' ibu beli dryer... wallah.. bestttnyer tak saba nak tunggu dryer tu sampai... :)

even we just jalan2 or more like cuci mata.. we have so much fun.. holding hands like couples yg deeply in love.. heheheh... segan lak citer mende2 nie ngan qila.. but one day u will have all this feelings and i want u to enjoy the moment. i want u to find someone who can take a very good care of my sweet little daughter ... choose wisely ... ibu bercerita mcm qila nak kawin esok lusa jek.. hehehe ...

now qila dah makin sihat.. rasanyer makin semangat... kuat makan.. dah pandai makan pakai sudu.. very good your nursery .. rajin try n' error.. ibu tak sempat la sayang nak buat.. tak pe nanti ibu suapkan jugak yer.. emm tak saba lak nak beli microwave .. bole masak makanan qila n' simpan dalam fridge.. kalau nak makan bole panaskan jek.. n' ibu ada byk resepi utk try..
tak sangka qila dah bole makan solid food...

p/s: papa .. thank you so much for the treat.. reallly... really appreciate it... i love u so so much .. :)

Wednesday, May 24, 2006

cepat nye anak papa besar

0 comments
Rasa cepat sangat anak papa nie membesar.

Teringat lagi masa dalam perut ibu, terboyot2 ibu bawak qila jalan. Bila lahir qila ade complication dan masuk NICU, teringat lagi wayar dan tiub yang berselirat. Kemudian teringat jugak bila masa qila asik melalak pasal tak puas menyusu. Meleleh air mata ibu bila susu tak banyak yang keluar dan terpaksa diganti dengan susu lembu (formula).

Sekarang qila dah besar dan semangat. Semalam timbang sama ibu, dan bila ditolak berat ibu yang berat tuh, maybe berat qila dah 8+kilo.

Sekarang qila pon dah pandai merajuk minta perhatian. Menangis buat2 minta ibu angkat. Qila dah tak mo ngan papa.

Tidor qila pon dah lasak. kalau dulu statik setempat, sekarang dah boleh berpusing2. Bila sedar je kaki yang ade kat bantal dan bukannya kepala.

Qila pon suka senyum dan gelak control bila dengar papa say 'GOOD MORNING' dan nyanyi2 dengan suara kecil.

Qila pon dah pandai dan cepat meniru perbuatan yang diajar. papa tunjuk + ajar goncang rattler tuh kejap je pon qila dah boleh ikut. Bijak btol anak papa.

hmmm... cepat nye anak papa besar.

Tuesday, May 23, 2006

The good girl she is...

0 comments
after the bad cough n' flu (sampai ibu kena duduk segambut to make sure qila really in a good care..) .. now u're really a good girl.. u're apetite seems like never ending.. heheh kalau bagi biskut rusk tu.. qila bole abiskan ... wah2 .. not surprise actually .. kalau ikut ibunyer style makan mmg tumpah sebiji la... :)

pastu your sleeping patern pun dah slightly diff.. u can sleep the whole night tp still kena bangun minum susu... pastu biler nak tido tak de lagik nangis cam nak pecah umah.. ibu just letak kat tilam + qila peluk bantal busuk.. pastu tepuk2 jek.. n' in sec u will be at the zzzz land ..

your physical dev have improve a lot.. u can crawl like ulat bulu(term that given by my colleague) .. n' u can react to instruction.. like when we call your name... your eyes will round like ball upon seeing me.. :) .. u can grab things ... such a cute baby... wahhhh i miss u already.. :)

Friday, May 19, 2006

Terlalu istimewa ....

0 comments
Ibu loves this song sooooo much....
really touching ...

Ku tak tergambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju

Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu

Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia

Tak tertanggung rindu…
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…

singer : adibah noor

Wednesday, May 10, 2006

the clinic trip....

0 comments
last sat we went to an-nur clinic.. our usual fav clinic b'coz the dr. sooo friendly and informative (for a new mother like me .. anything the dr say.. like ohh.. ahhh.. ohh yer ker.. heheh) .. so sampai2.. our colleague also there as usual hanim n'co .. her son also got flu+cough...

after few hours(hours ker?? ) aqila name being called.. so after check here n' there .. the dr. said.. your daughter kena amik nabulizer la coz kahak dier banyak.. me the lost mother like.. ayaaa teruk sgt ker.. masuk to another room .. the nurse set the nabulizer thing .. dah siap letak kat idung qila.. as soon nabulizer tu letak jek kat idung dier bole melalak mcm nak pecah clinic tu.. sian gak tgk dier melalak cam tu tp nurse ckp lagik kuat dier nangis is good utk open dier punya lung so lagik byk ubat tu bole masuk...

habis jek nabulizer tu .. dier terus sengih.. aikk!!! tadi mcm nak pecah clinic skang dah bole sengih2 lakk.. kelaka la qila nie...

lepas abis check sumer... we go home rich with 2 bag of medicine... :)

Wednesday, May 03, 2006

Demam ....

1 comments

lately nie qila selalu demam.. anak ibu nie nak pandai apa lak pasni ...
1st time demam qila muntah2 kalau minum susu... rupa2nyer anak ibu nie nak meniarap rupanyer.. kena kurus skit baru bole meniarap.. tu la qila tembam sangat.. heheh ..:)

2nd time demam .. rasanyer cam nak tumbuh gigi.. nenek ckp qila dah ada gusi .. tak lama lagik tumbuh la gigi.. :)

3rd time semalam.. tapi ibu tak leh nak figure apa lak qila nak pandai .. maybe nak roll over (kedepan + kebelakang)kot.. atau nak merangkak plak...

anyway asalkan qila sihat tak pe.. jgn buat ibu ngan papa risau ek.. tp ibu tau anak ibu nie kuat .. kuat dr ibu kan.. tak lama lagik qila dah nak masuk 5 bln... cepatnyer masa berlalu.. rasa takut sgt qila cepat besa .. takut ibu tak sempat nak tgk betul2 pembesaran qila.. don't grow too fast yer sayang.. hehehheh.. :) .. kalau papa tau mesti dier marah.. heheh mesti papa cakap.. biarla budak tu besa... :) .. ibu takut sedar2 jek anak ibu nie dah masuk skolah.. :)

Wednesday, April 26, 2006

Happy Birthday to Papa

0 comments
Assalammualaikum.

This is the first time Papa jot something here. Don't really know what to write about Aqila.

But today, Papa is exceptionally happy because Ibu bought a cake for Papa in celebration of my birthday. Such a sweet gesture, and to be able to share it with fellow colleague is something really special.

Thanks Ibu, how thoughtful of you...

*I'm turning 19 today :P

Wednesday, April 19, 2006

4 months...

0 comments

our little princess turn 4 months today.. how time flies...
baru jek rasa sakit2 nak lahirkan qila ... now qila dah 4 months...

she can do a lot now.. smilling when we agah her.. laughing... loncat2 bile dirikan dier...
dah pandai merajuk.. hehehe like ibu dier.. grumpy like ibu dier gak... ni papa yg cakap.. :)

anyway happy 4 months lil' one.. :)

Monday, April 10, 2006

meniarap...

0 comments
semalam lepas balik umah nenek kat segambut .. letak qila kat atas comforter .. ibu ngan papa terus kemas2 umah.. ibu basuh baju .. angkat baju... lepas ibu letak baju kat atas comforter.. tiba2 ibu terperasan yg qila dah meniarap dah... punggung ngan tangan semua dah meniarap.. tangan sebelah kiri jek tersepit skit... ibu apa lagi.. papa.. qila meniarap.. amik gamba .. xcited sungguh ibu.. qila tgk ibu cam muskil jek.. apa la ibu aku nie .. baru meniarap jek dah kecoh.. :)

jadik dengan rasminyer qila meniarap pada :

Tarikh : Ahad 9 April 2006
Pukul : 4.30 pm
Umur : 3 bulan 3 minggu

ibu and papa very proud of you... :)

Monday, March 27, 2006

The 3rd jab...

1 comments
saturday morning ibu n' papa bawak aqila gi cucuk kat An-nur specialist (paed) .. being a good girl the whole morning even qila ada cough + flu skit.. nak dekat 1 jam jugak tungu dr. .. tp nasib baik dr. tu bagus.. and dier terangkan skit sympton2 flu dan batuk for new born cam aqila ...

everthing settle with the xplanation.. dr. suruh baringkan qila kat atas katil tu.. lepas dr. check2 semua2.. then baru dr cucuk qila.. qila cuma nangis skit jek ... pastu terus ok.. tak nangis langsung.. good girl la anak ibu ni.. siap bole cakap2 lagik ngan ibu pas tu... kuat betul anak ibu ni.. i'm proud of u sayang .. :)

balik rumah ibu risau sgt takut qila demam.. tp qila steady jek.. lepas minum susu.. qila tido the whole day... wah.. wah.. cam penat betul anak ibu nie.. bangun minum susu .. pastu tido balik.. good girl again...

aqila with her daddy man

Friday, March 24, 2006

3 months now ....

0 comments
aqila skang dah makin bijak.. asik gelak jek kalau orang agah2 die... gelak sampai tak nampak mata.. sepet mata anak ibu ni.. pagi2 kalau bangun terus nak bercakap2.... bersungguh2 ibu tgk aqila bercakap.. tp aqila bercakap bahasa dier la... comelll jek nampak.. :)

trend aqila skang.. kalau nak tido tu kena ngamok2 dulu.. nangis sampai merah2 muka.. ibu nie dah jenis cepat panik .. kalau nampak aqila nangis cam tu .. mula la ibu pun nak nangis sama... tgh2 malam plak asik2 batuk.. sian anak ibu batuk.. kecik2 dah batuk.. bagi ubat pun tak hilang2 kena jumpa dr. lagik sekali la...

esok (25/3/2006) aqila kena cucuk ... jgn la anak ibu nie demam teruk.. last month nyer cucuk demam.. tp tak teruk sgt.. harapnyer kali nie tak teruk la.. tak pe ibu tau anak ibu nie tough kan.. tak macam ibu dier asik nangis jek.. :)


her favorite position, confirm kalau mcm nie mmg dah nyenyak


Wednesday, March 22, 2006

when the life begins....

0 comments
subuh 6:15 am - 19 dec 2005 - rumah
mula2 rasa cam nak terkencing, baru jek nak bangun dah terkeluar dah cecair.. ingatkan mmg air kencing la tapi lain mcm plak stylenyer.. baru jek nak masuk bilik air kuar lagik... mmg sahla nie air ketuban dah pecah .. kejutkan papa.. papa ngan muka bangun tido tanya .. "dah nak kuar ker bu??" .. so ibu pun call la nenek.. nenek ckp betul la tu ait ketuban tp anak sulong selalunyer lambat ... jadik ibu ngan papa pegi lambatla bersiap.. ingatkan ok....


pagi 10.30 19 dec 2005 - hospital
sampai2 jek kat hospital ibu kena marah ngan dr. sebab lambat sampai.. dr. cakap naper lambat sampai sedangkan air ketuban dah pecah.. masa tu baru ibu tau yg anak ibu nie dah lemas kat dlm perut.. ibu rasa cam nak pengsang masa dengan tu..

dlm bilik bersalin tu dr. terus selok nak tgk baper cm dah bukak.. rupanyer2 baru 2 cm .. tp anak ibu nie dah berak kat dlm perut .. so ibu kena la induce.. setiap 30 min nurse dtg check tgk keadaan anak ibu kat dlm perut.. masa tu mcm2 dlm kepala ibu ni.. rasa nak meraung pun ada takut terjadi apa2 kat ibu.. nasib baik papa cool... kalau tak tau la....

petang 2.00 pm 19 dec 2005 - bilik bersalin
tiba2 dr. ngan nurse dtg kelam kabut dekat ibu.. sumer org masa tu muka dah panik.. ibu lagik la panik.. dlm hati ibu .. "apa la yg diorg nak buat nie" .. pastu ibu dengar dr. bersuara.. "ok.. sekarang saya nak puan teran yer.. kita vakuum baby ni"... jadik dengan paniknyer ibu pun teran... tp dr. kata ibu bukan teran ibu hold kepala baby dari terkeluar.. lepas 2 kali vakuum .. dr. tak nak amik risiko.. terus bawak ibu pegi dewan bedah....

and the rest is history...... :)
2 comments

a story about our little princess :) .... ALISYA AQILA HANAN
 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez