Monday, June 16, 2008

Duit

0 comments
Semalam balik drp umah nenek, qila ternampak tabung sebelah TV. "Papa, nak duit", kata qila ringkas. "Nak duit? kejap eh papa amik", kata papa sambil berlalu masuk dlm bilik. "Taknak duit inggit-inggit", kata Qila sambil follow kat belakang.

Kebetulan duit syiling dlm cawan back-up dah habis, so papa pon bukak wallet keluarkan separuh drp syiling dalam tuh dan beri pada qila. Penuh dua tangan qila pegang duit syiling. "Papa, nak lagi", kata qila lepas masukkan semua syiling tu dlm tabung. "Ambik laaa", kata papa acuh tak acuh.

Pagi tadi masa nk pegi opis papa capai wallet, rasa cam RINGAN jek.

Rupanya dah abis duit syiling papa qila KOREK...

Monday, June 09, 2008

Koyek idung ekkkk??

0 comments
Smlm papa mandikan qila. Mula2 nk suruh ibu mandikan, tapi qila takmau. Beriya-iya qila panjat kat riba papa nk suruh papa mandikan.

"Nak gogok gigi?", papa tanya lepas bogelkan qila. Qila angguk2 sambil tunjuk berus gigi kaler blue kepunyaan ibu. Ntahlah kenapa qila taknak guna berus gigi sendiri.

Papa pon tadah air dalam baldi utk qila mandi. Lama pulak qila gosok gigi, papa pon wat AKTIVITI lain.

"Koyek idung ek??", qila tanya papa sambil senyum
"Mana adaaa??", jawab papa sambil cover idung
"Koyekk idung ekkkkkk??", tanya qila lagi

Ibu dah gelak kat dapur :))

*moral: cover2 lah skit kalau nk korek idung depan anak

Friday, June 06, 2008

Qila ooo Qila

0 comments
2-3 hari nie papa rasa cam kurang sihat skit. Rasa cam nak demam jek. Bila sampai rumah mesti badan rasa sakit2 nk kena urut. Maybe kerana perubahan cuaca yg tak menentu, kejap panas dan kejap sejuk.

Semalam nya papa mintak ibu urutkan badan sambil sapukn minyak panas. Sambil ibu urut papa, Qila pon usap2 kepala papa sambil cakap; "Sayang papa qila", berulang-ulang kali. Kemudian papa terlelap keletihan, bila celik je dah pukul 5 pagi.

Ibu kata, banyak kali qila kejutkan papa suruh tido dlm bilik. Tapi papa taknak bangun.

------------------

Skarang dah masuk bulan ke 8 ibu mengandung. Dah besar sangat perut ibu tuh. Semua org takut. Ibu pon dah mula sakit2, nk jalan pon kadang payah.

Setiap kali tgk teaser iklan Kungfu Panda, qila mesti cakap; "Eeeee macam ibu!". Sebenarnya papa yang ajar qila. Tapi papa ajar sekali jerk. Papa ckp, "Qila look, perut panda tuh mcm perut ibu kan??".

------------------

Sekarang qila makin sensitif. Tak boleh salah sikit or marah or kecikkan hati dia, mesti dia start menangis mengada mintak dipujuk. Kadang papa tegur skit je pon qila dah melalak.

Bila kita marah dia, dia marah balik kat kita. Siap pukul2 lagi, bila ttp tak puas hati qila akan menangis. Bila merajuk ngan papa, qila akan ckp "Nak ibuuuuuu..." dalam tangisan. Dan bila merajuk ngan ibu, qila akan ckp sebaliknya.

Sensitif sungguh, kadang saje je buat tak layan. Biar qila menangis dulu, kemudian baru pujuk.

Biarlah qila puas bermanja sebelum adik keluar. Tapi insya-allah, qila ttp dpt bermanja ngan papa walau ibu sibuk ngan adik baru.

----------------

Qila dh dapat kasut baru. Kasut Corcs warna merah bersama 2 plug-on decoration, Sandy & Mr.Crab of Spongebob Squarepants. Payah pulak nak belikn barang utk qila. Skang dah pandai memilih. Dah ada selera sendiri. Kena ada feel dan kena pujuk serta bagi rasional tersendiri.

Sebenarnya dh lama sgt janjikan kasut baru utk qila, tp tk jumpa yang cantik dan bersesuaian.

Seronok tgk qila gembira dengan pilihan dia. Lepas beli terus pakai dan berlari2 dlm shopping complex menggayakan kasut barunya. Tak terkira berapa kali jatuh. Bila plug-on decorations tuh terpusing2, qila akan berhenti dan betulkan balik kedudukan dia. So cute!

-----------------

Qila ada 2 tabung. Tabung pertama berbentuk bear lutsinar, dan nampak duit2 yg dimasukkan. Papa dan ibu belikan semata2 nk ajar qila menabung. Dan dh banyak gak duit yg dimasukkan.

Tabung kedua berbentuk frog kaler green drp jenis yg sama. Yg nie beli pasal MURAH sangat berbanding tabung yg pertama. Qila pon dh start isik duit. Abis lah duit syiling papa dan ibu dalam wallet / purse kena selongkar.

Smlm qila terjumpa tabung lama (masa bujang2) papa yg masih penuh. Qila nk semua duit dlm tuh utk masukkan dlm tabung dia. Wahhh ini sudah mengelat, tak sampai lah mesej papa utk menabung, "sikit-sikit lama2 jadi bukit / banyak".

Tp papa dh be-rasional dgn qila, dan qila bersetuju utk masukkn sikit2 setiap hari. So papa sorok semula tabung tuh. Bahaya ooooo
 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez