Wednesday, September 25, 2013

Muhammad's first shoes

0 comments

Sudah masuk 2-3 minggu Muhammad boleh berjalan walaupon belum agak stabil sambil mengangkat kedua belah tangan nya tinggi untuk keseimbangan.

Kini Muhammad sudah ada kasut pertamanya, boleh lah berlatih berjalan diluar


Monday, September 16, 2013

Muhammad and a cool shades

0 comments

Muhammad cuba bergaya dengan kaca mata warna merah jambu kepunyaan kakaks


Sunday, September 15, 2013

Muhammad and the siblings

0 comments

Di majlis pertunangan aunty illa di Sungai Plong, Sungai Buloh


Monday, September 09, 2013

Bertapak-tapak

0 comments

Alhamdulillah sekarang Muhammad sudah mula banyak bertapak. Namun rangkaknya lebih laju. Tangga adalah tempat kegemarannya dan bila ditegur muhammad akan membuat wajah comelnya sambil cuba menyorok senyuman nakal..

Pertukaran susu kepada S26 menyebabkan Muhammad sering marah kerana tidak puas minum walaupon kuantiti sudah bertambah daripada 5 auns kebiasaannya kepada 7 auns. Sedap sangat agaknya...


Monday, September 02, 2013

Riadah

0 comments

Kakak deeja sedang menyorong laju Muhammad berbasikal mengelilingi taman permainan. Namun mata deeja seringkali leka hingga terbabas ke kawasan berumput. Muhammad hanya diam teruja menghayati riuh-rendah riang setaman. Kakak pula seakan lupa diri bila ketemu rakan sekolahnya..

'Biasalah budak-budak, lupa diri kalau dah seronok..', kata salah seorang ibu yang sedang membuai anaknya


Muhammad and friends

0 comments

Gambar Muhammad bersama Adeeb dan Adam (kembar baju).

Sejak petang sabtu badan Muhammad agak panas dan kelihatan agak letih. Namun akan aktif semula bila panasnya berkurangan selepas makan ubat.

Mungkin demam ingin berjalan..

Buat masa ini Muhammad belum boleh berjalan sepenuhnya, hanya sekadar 5-6 tapak. Namun sudah boleh berdiri agak lama. Bila dipimpin, perutnya lebih laju dan maju pantas mendahului kaki dan badan.

Insya-Allah tak lama lagi boleh berjalan lah tu..



 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez