Monday, July 27, 2009

Kakak ohh kakak



'Saya mesti pilihhh!' *tiada kaitan dengan mana2 pihak*

1) 'Papa, coklat nie dalam dia warna putih kan?', kata kakak tiba-tiba selepas pulang drp skool. 'Ooo yee ke?', jawab papa acuh tak acuh sambil sibuk nak mandikan adik. 'Dalam dia warna putih kan papa kan? Kalau makan sedap!!', kata kakak lagi tak berapa lama setelah bosan dgn respon papa. Secara tersirat, rupanya kakak nak makan coklat.

2) Few months ago Ibu beli oven baru yang lebih besar to satisfy her latest passion for baking. 'Papa, kita jual lah oven ibu', kata kakak tiba2 ketika berdukung belakang papa untuk buat susu. 'Kenapa?', tanya papa terkejut dengan ayat itu. 'Kakak takde tempat nak duduk', jawab kakak ringkas dengan nada sedih. Sebenarnya sejak kecil lagi, kakak memang suka ikut papa buat susu didapur sama ada ke dapur dengan berdukung, superman, jalan berpimpinan atau berkejaran. Then akak akan duduk di atas tabletop kabinet dapur sambil melihat papa buat susu. Tapi tempat itu telah diambil alih oleh kehadiran oven serta mixer baru ibu.

3) Ibu beli fridge magnet berbentuk burung kenyalang sebagai souvenir percutian di Sabah last April. Bila sampai dirumah, kakak terus membelek2 souvenir tersebut yg ibu lekatkan pada fridge. Lama kakak belek tanpa bergerak drp tempat tersebut sementara ibu sibuk mengemas dan papa melayan adik. 'Kakak buat apa?', tanya ibu tiba2 setelah hampir siap mengemas dan agak hairan dengan tingkah laku kakak. 'Kakak tengah tengok bird nie haaa', kata kakak sambil memegang erat bahagian atas dan bawah souvenir tersebut yg masih terlekat di fridge. Tiba-tiba bahagian kepala burung tersebut terjatuh, 'Haaaa kan dah terbang', kata kakak spontan cuba menutupi kesalahan nya mematahkan kepala burung itu.

4) *Update terkini* 'Papa nak air mangga tak?', tiba-tiba kakak masuk dalam bilik semasa papa sedang khyusuk berkerja. 'Kenapa??', tanya papa musykil sambil pandang wajah comel itu. 'Kakak tanya nie. Papa nak air mangga tak?', sambung kakak lagi berkeras. 'Kakak nak air mangga?', tanya papa memulangkan balik soalan tersebut seakan tahu isi hatinya. 'Nak!', jawab kakak ringkas dengan senyuman menampakkan barisan gigi2 comel. 'Haaa, pegi cakap kat ibu', papa beri arahan sambil meneruskan kerja....... 'IBU! PAPA DENGAN KAKAK NAK AIR MANGGA!', jerit kakak sambil berlari ke dapur.


*read more @ http://alisyaaqilahanan.blogspot.com/

0 comments on "Kakak ohh kakak"

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez