Saturday, October 12, 2019

Along dah kawin..

0 comments
Alhamdulillah, Along dah kahwin.
Kenduri belah lelaki telah diadakan pada hari Sabtu, 5 Oktober 2019 di rumah Nenek Midah di Papan Timur.

Kenduri berjalan lancar dan diadakan secara gotong-royong dengan gabungan kudrat golongan tua dan golongan muda. Walaupon golongan tua sudah kurang kudrat mereka, tetapi kehadiran serta tunjuk ajar sepanjang majlis sangat dihargai. Mereka lah abah-abah kami, dan merekalah mak-mak kami. Kelibat dan suara mereka adalah sebahagian besar memori kenangan zaman kanak-kanak kami.

Terima kasih tak terhingga buat..
1) Cik Suminah, jiran sebelah merangkap tukang buat, tukang sponsor pelamin serta tukang masak yang tak henti-henti bekerja.
2) Abang Jasni sebagai tukang masak muda pewaris daripada ayah nya Pak Ngah. Resepi Ayam masak kicap yang original dan terbaik.
3) Cik Jaimah dan Wak Yang yang sentiasa memeriahkan suasana.
4) Cik Jah isteri kepada Cik Basar.. Saya bukan lupa nama Cik, cuma tak ingat je :)
5) Abang Alim jiran sebelah yang banyak meminjamkan barang terutama kerusi pengantin.
6) Terima kasih buat semua yang terlibat menjayakan majlis tersebut, jiran-jiran, para tetamu, sanak saudara serta rakan taulan.

Jazakallahu khairan kathira jazak

Selamat Pengantin Baru buat Along & Janna.
Semoga berbahagia hingga ke syurga.
Pesanan Pak Uda: Kahwin itu mudah, yang berat adalah tanggung jawab.

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِى خَيْرٍ
Barakallahu laka wa baraka ‘alaika wa jama’a bainakuma fiil Khairin
Artinya :”Mudah-mudahan Allah memberkahi engkau dalam segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan”
Nenek bersama rakan-rakannya

Raja sehari je

Otai masih berbisa: (dari kiri) Wak Jo, Adit, Cik Amri, Cik Giman dan Cik Basar


Di rumah perempuan..

Friday, October 11, 2019

Deeja UPKK 2019

0 comments
Alhamdulillah, selesai sudah peperiksaan UPKK adik.
Adik sangat bersemangat membuat latih tubi set soalan-soalan tahun sebelumnya.
Moga Allah berikan kefahaman dan keputusan yang baik daripada usaha yang tak seberapa itu.

Papa: Adik boleh dapat mumtaz kan?
Adik: InsyaAllah!
Papa: Adik nak jadi ustazah kan?
Adik: krik krikk krikkk (sambil pandang tempat lain)
Papa: Adik nak jadi apa?
Adik: Arkitek..

Alhamdulillah adik ada impian.
Timba lah segala ilmu,
Jadi lah apa saja yang kamu mahu,
Moga memberi manfaat kepada umat,
Moga berjaya cemerlang dunia dan akhirat.
Aaminn insyaAllah.







Tuesday, September 10, 2019

Perginya Pakcik Omar

0 comments
إن لله وإن إليه راجعون

Cik (Atuk) Omar telah kembali ke rahmatullah. Arwah adalah diantara kawan baik arwah Atuk Kamdin serta sangat baik pada keluarga. Seorang yang peramah dan selalu bergurau. Beliau juga seorang yang baik hati, pemurah serta tidak berkira.

15 tahun lepas, semasa majlis bertandang Papa dan Ibu, rumahnya lah yang ditawarkan sebagai tempat bersiap dan berehat bagi rombongan pengantin perempuan.

Menurut kisahnya, rupanya Cik Omar merupakan kenalan Tok Ayah Long dan Atuk Hamid kerana pernah menetap seketika dulu di Segambut.

Kali terakhir Papa bertemu Cik Omar adalah pada baraan hari raya lepas. Sempat bertanya khabar dan selfie seketika. Walau ketika itu tidak berapa sihat, tapi Cik Omar nampak gembira dengan kehadiran rombongan baraan ke rumahnya.

Semoga Allah tempatkan ruh arwah dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah dia, lindungilah dia dan ma'afkanlah dia. Masukkanlah dia dikalangan orang-orang yang beriman. Tempatkan lah dia dalam syurga dan jauhkan lah dari api neraka.

Aaminn, InsyaAllah.


Tuesday, July 09, 2019

Happy birthday big boy Muhammad

0 comments
Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-7 buat Muhammad anak soleh.
Moga berjaya dunia akhirat serta sentiasa dlm rahmat dan redha Allah S.W.T.
Aamin InsyaAllah.

Tahun ini Muhammad beli kek Avengers celebrate di KAFA.
Mesti seronok!

Tapi hari ini papa outstation ke Perak lagi.
Mesti Muhammad rindu papa kan?
Kannn?






Friday, July 05, 2019

Papa menjana idea bernas

0 comments
Great minds think alike!



Kakitangan PLUS baiki gelangang futsal - Sinar Harian, 2 Nov 2015

0 comments
Kakitangan PLUS baiki gelangang futsal - Sinar Harian, 2 Nov 2015
Papa melaksanakan khidmat masyarakat bersama rakan-rakan di KualaPilah.


Mana papa?

Friday, June 21, 2019

Muhammad Beraya di KAFA

0 comments
1st time Muhammad beraya di KAFA. Dah seminggu mengingatkan Papa dan Ibu supaya bawak juadah untuk jamuan raya.

Selamat Hari Raya Muhammad anak soleh.


Wednesday, June 05, 2019

Baraan / Marhaban 1440H

0 comments

Baraan / Marhaban

Tradisi raya yang masih terus dipertahankan oleh generasi kedua dan ketiga, anak-anak dan cucu-cucu.

Seronok berziarah rumah ke rumah, bertanya khabar ayah-ayah dan ibu-ibu yang semakin dimamah usia. Bersinar mata dan wajah mereka menerima kunjungan walau ada diantara mereka yang sudah terlantar uzur. Sesekali digamit hiba.. 'Tahun ini dapat lah kita jumpa, tahun depan belum tentu lagi..'

Hargailah pengorbanan ayah-ayah dan ibu-ibu ini, merekalah pembina negara dengan cara mereka tersendiri. Jangan dipandang lekeh, jangan dipandang hina.

Moga Allah kurniakan kebaikkan sebanyak-banyaknya kepada ayah-ayah dan ibu-ibu peneroka. 
Aaminn, InsyaAllah.

#anakFelda








Tuesday, May 21, 2019

Blackout! Tarawih dalam gelap

0 comments
Alhamdulillah dapat merasai bertarawih dalam gelap, tanpa lampu, tanpa kipas.
Baru sedikit nikmat ditarik, kita sudah gelabah.

Tarawih dalam gelap, moga 'terang' disana hendaknya.
Aaminn insyaAllah


Monday, May 13, 2019

Ramadan Kareem 1440 Hijrah

0 comments
Alhamdulillah Allah masih rezeki kan kita sekeluarga untuk menjalani Ramadan kali ini. Disekeliling kita ada kenalan, jiran, orang alim yang berakhir hayat mereka beberapa hari sebelum ramadhan menjelma.
انا لله وانا اليه راجعون

Ini tahun kedua kakak berpuasa di asrama, menjalani kehidupan nya sendiri. Cari pengalaman, cari identiti. Walaupun dimana kita berada, samada berlainan tempat timur, barat, utara, selatan dan berbagai situasi, jatidiri Islam mesti kuat.

Di rumah, rutin berpuasa seperti tahun lalu. Sahur, berbuka ringan, solat maghrib berjemaah di ruang tamu, meneruskan berbuka serta tarawih.

Hari pertama, surau sangat penuh sehingga tiada ruang untuk bermain. Muhammad bertarawih penuh 8 rakaat berserta 3 witir... letih. Hari kedua dan seterusnya Muhammad tak mahu ikut lagi. Puasanya pon 'puasa yangyok, pagi-pagi buka periuk', ke sekolah bawa bekal, air sebotol dan bila balik bawa milo ais sebungkus.

Moga ramadan kali ini dan seterusnya lebih baik.
Moga kita dapat menghayati dan menglaksanakan ramadan dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan pada Allah agar amal ibadat diterima serta Allah jauhkan daripada api neraka.

Ramadan kareem..
Allahu akram!

Sahur hari pertama..

Anak soleh basuh pinggan

Deeja buat cupcakes.. sedap!

Thursday, May 02, 2019

Pesanan Muhammad pada kakak-kakak nya

0 comments
Inilah pesanan Muhammad pada kakak-kakak nya.

Mari berpesan-pesan ke arah kebaikkan.
Saling berpesan / menasihati adalah tanda perihatin dan tanda sayang.
Jika kita tidak boleh menerima pesanan / nasihat yang membawa kebaikkan, maknanya ada sesuatu yang tidak kena dengan hati kita.

Mari berlapang dada, kerana kita hanyalah manusia yang sentiasa lupa dan serba kekurangan.

*Adakah unsur-unsur membebel disitu? :)

1) Pesanan untuk kakak Deeja (adik)

2) Pesanan untuk kakak Aqila

Friday, April 26, 2019

TAPOPS - Bertindak segera!

0 comments
Acik Syuhairi bagi Muhammad sticker custom made utk baju dan beg sekolah.
Terima kasih acik!
Kacak kan?

Bertindak segera!!

Deeja: Muhammad je dapat?
Papa: krikk krikkk krikkkk


Thursday, April 25, 2019

Happy birthday celebration at office

0 comments
Majlis makan-makan kecil sempena sebelum Ramadhan.
Diselitkan juga sambutan birthday sesiapa yang dilahirkan bulan Mac dan April.
Alhamdulillah, sudi diraikan walaupon berlainan department.
Jazakallahukhairan kathira jazak.




Tuesday, April 23, 2019

Adik: Happy birthday Papa!

0 comments
Alhamdulillah, Jumaat ini 26-April genap umur Papa 42 tahun.
Moga Allah memberkati umur Papa yang telah lalu dan baki umur yang ada.
Moga Allah rezekikan Papa kelapangan masa dan kemudahan untuk meningkatkan amal ibadah serta menambah ilmu.

Syukur pada Allah atas kurnia anak-anak yang soleh dan solehah.
Serta Ibu sebagai isteri yang baik hati dan serba memahami.
Moga Allah kumpulkan kita sekeluarga dalam syurga Firdaus hendaknya.
Aaminn.

Terima kasih Ibu bawa kami bercuti, walaupon dekat saja.
Terima kasih adik buatkan Papa kad ucapan yang comel.

Luv you all till Jannah.











Monday, April 15, 2019

Muhammad nak sedekah

0 comments
"Papa, Muhammad nak sedekah.. kejap nanti Muhammad ambik duit.", kata Muhammad sambil menyelesaikan memakai baju lalu menghulurkan RM10.

"Banyaknya. Nanti habis lah duit Muhammad. Camne nak pegi umrah?", tanya Papa.

"Alah.. kan dan nak raya, nanti dapat lah duit banyak", jawabnya. "Nanti cepat sikit masjid kita siap", sambungnya ikhlas.

Alhamdulillah.. moga rahmat dan redha Allah sentiasa bersama mu wahai anak soleh.
InsyaAllah.

Ditumbuk beruk

0 comments
'Ditumbuk beruk' adalah istilah dulu yg kami guna untuk penyakit beguk.
Sudah seminggu lebih kakak terperuk di rumah dengan MC seminggu serta sambungan seminggu lagi bermula semalam.

Selepas seminggu nampak keadaan kakak dah beransur pulih, lebih ceria dan bertambah selera makan.

Sabtu lepas Paksa budak beguk itu exercise :)

Syafakillah.. Moga cepat sembuh anak ku.


Saturday, April 06, 2019

Abah ku

0 comments
Al-Fatihah buat arwah abah (atok) Kamdin bin Kasri.
Moga Allah rahmati, redha serta ampuni segala dosa nya.
Aaminn. InsyaAllah

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه








 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez