Saturday, October 30, 2010

Gadis2 melayu terakhir

0 comments

Gambar: kakak dan adik sedang menggayakan baju kurung, baju tradisi.

Kakak memang meminati baju kurung. Sekurang2 nya sekali setiap minggu pasti kakak akak meminta ibu membekalkan baju kurung ke sekolah. Sungguh ayu!

Adik pon ingin ayu seperti kakak, namun adik takde baju kurung basahan bersesuaian dgn saiz badan nya sekarang. Terpaksa lah recycle baju kurung kakak suatu ketika dulu.

Wednesday, October 27, 2010

Pimp-my-Ride

1 comments
Alhamdulillah kereta kesayangan kita sudah siap dibaiki setelah masuk ke rumah sakit (baca: bengkel) selama empat hari. Diagnosis awal menunjukkan ia perlu ditahan di wad selama dua hari sahaja, namun terpaksa ditahan lebih lama kerana ada tambahan bahagian lain yg perlu dibaiki serta beberapa situasi yang tidak dapat dielakkan.

Sepanjang ketiadaan nya, terpaksalah kita mencari pengganti (baca: kereta sewa), iaitu sebuah wira maroon 1491 yang agak boros dalam penggunaan bahan bakar bernilai RM75 bagi penggunaan selama empat hari. Biasanya, penggunaan bahan bakar bagi 4-5 hari hanya sekitar RM50 sahaja (kajang-subang-kajang).

Sangat bersyukur kerana kini, kereta kita telah nampak 'KACAK' semula seperti zaman mudanya dulu.

I LIKE, WE LIKE!!

SEGAK: Bergaya dengan cat baru serta cermin-pandang-sisi yang baru.

MANTAP: Bahagian belakang yang kelihatan mantap semula setelah terbiar kemik sejak setahun lalu.

*Memang teramat RINDU!!

KRONOLOGI
Terkulai layu
Terkulai layu, berganti baru

RUMAH SAKIT KENDERAAN
PERKIFA Auto Spray, Jalan Reko, Kajang merupakan salah satu cabang perniagaan kumpulan BLOODSHED. Dapatkan maklumat lain daripada FB mereka
*PERKIFA = Perusahaan Kifayah.

Monday, October 25, 2010

Terkulai layu, berganti baru

0 comments

Akhirnya dapat juga side-mirror baru setelah beberapa hari menghubungi beberapa tempat dgn jawapan 'tiada stok' atau harga yg ditawarkan agak melampau. Tidak banyak kedai yg menyimpan stok kenderaan buatan korea.

Tapi alhamdulillah dapat juga dibeli dari rawang pada harga ya agak munasabah.

Terima kasih pada azrin selaku GPS yg kurang tau arah, serta Iqbal tetamu dr seberang.

INFO:
Side-mirror (auto) for Hyundai Accent 2004 @ RM290 (Hankok automobis, Rawang)

Thursday, October 21, 2010

My little bunnies

0 comments

Comel kan little bunnies berdua nie.

'Hi rabbit!', papa menyapa kakak yg memakai telinga arnab sepulang drp skool.

'Bunny lah papa, bukan rabbit', kakak memperbetulkan.

Hari nie demam adik dah kebah, dan boleh dihantar ke taska. Tapi badan kakak pula yang agak hangat dan nampak agak letih seperti tanda nak demam.

Sblm pegi skool kakak dh makan ubat. Dan papa dah pesan pada cikgu taska supaya pantau keadaan kakak. Sekiranya demam berpanjangan, pukul 3 petang nanti kena makan ubat lagi..

Wednesday, October 20, 2010

Demam & aiskrim

0 comments

Adik dalam mood agak baik sedang makan aiskrim.

Nota: aiskrim (bukan air ber-ais ye!) adalah bagus untuk menggurangkan pembengkakan tonsil.

*gambar terkini oleh ibu

Demam

0 comments

Adik sedang baring sambil bersilang kaki, menghisap jari serta menonton tv.

Itu pon stlh demam agak kebah kerana baru lepas makan ubat. Seharian adik cuma tidur sekejap2, bila bangun merengek2 dan mengamuk.

Demam nya berpanjangan akibat tonsil yg membengkak dan bernanah (baca: tonsillitis).

Dua hari papa bercuti menjaga adik sambil memberi peluang ibu memulakan khidmat di tempat kerja barunya.

Moga ibu terus sukses.

Moga adik cepat sembuh. Amin.

Sunday, October 17, 2010

Terkulai layu..

1 comments

Sedih..
- Side mirror kiri patah dan terkulai layu
- Goresan panjang dan (makan) dalam sehingga terkoyak dan berlubang (sebahagian nya) daripada pintu depan membawa ke pintu belakang sehingga ke sebahagian body belakang.

Alhamdulillah pemandu dan penumpang tidak cedera.

*sedihnya...



GAMBAR-GAMBAR LAIN
Terkulai layu..

Berlubang dalam...

GAMBAR-GAMBAR DIY FIRST-AID






*accent, accident, side-mirror

Thursday, October 14, 2010

IKEA sale?

0 comments

MAAF. ITEM TERSEBUT BUKAN UNTUK DIJUAL. HARAP MAKLUM.

Tuesday, October 12, 2010

Bantal busuk

0 comments

Semalam kakak bawa 2 bantal busuk nya ke sekolah. Bukan sahaja ke taska tapi ke smartreader.

Puas papa dan ibu nasihatkan kakak supaya meninggalkan bantal-bantal tersebut di taska, tapi kakak tetap berkeras.

Sepulang dari sekolah, papa dan ibu bertanya;
'Cikgu tanya tak kenapa kakak bawa bantal pergi sekolah?'. Kakak angguk sambil tersenyum malu. 'Kakak jawab apa?' tanya papa lagi. 'I don no', jawab kakak ringkas dan berat mulut mengakui kedegilannya tidak mengikut nasihat papa dan ibu.

Kadang kala ubat yg paling mujarab bagi sebuah kedegilan adalah dengan merasai sendiri akibatnya.

'Esok kakak nak bawa bantal pergi taska je. Tak mahu bawa pergi smartreader', kata kakak belajar daripada kesilapan.

Cincau

0 comments

Papa suka air cincau kerana itulah air wajib waktu berbuka di kampung dulu.

Adik pon suka air cincau, secara tak langsung adik suka pow air cincau papa. Masalahnya adik tak suka pow sikit-sikit, tapi pow semua. 'Jijah egang, jijah egang!', adik berkeras kalau papa tak beri.

Dan semalam adik bagi baby (baca: anak patung) minum cincau...

Mungkin kah lepas ini baby juga akan jadi penge-pow tetap air cincau papa?

*kakak n ibu tak suka cincau
*Menurut (baca: Ustaz) Ann Wan Seng, cincau bermaksud rumput yg menyegarkan

Wednesday, October 06, 2010

Muslimah khadeeja

0 comments

Adik menggayakan tudung (baca: towel) kerana selalu melihat ibu bertudung.

Kakak pon kadang kala suka bertudung. Tadi pagi kakak pesan, 'Nanti ibu basuh tudung kakak tau, esok kakak nak pakai'.

Sungguh comel kakak dan adik bertudung.
.
.
.
.
Ibu pon comel juga..

Shop til you drop!

0 comments

Semalam kakak ajak papa main jual-jual (dan beli) lagi setelah sekian lama tak main.

Tapi lately papa agak letih kerana bebanan kerja di pejabat sehingga terpaksa menolak permintaan itu.

Papa hanya duduk berehat sambil menonton tv (tk penat lah pulak ye?). Kakak duduk disebelah lengkap ber-apron gaya pekedai sambil membelek barang jualan nya yg tiada 'pembeli'.

Sayu dgn keadaan itu, papa layan juga permintaan nya...

Sian anak papa.

Tuesday, October 05, 2010

Pole-dance

0 comments

Kakak sedang merajuk dgn gaya pole-dance di taman permainan bangi.

Mcm2 lah gaya rajuk dia antaranya;
- Rajuk masuk bilik tutop pintu
- Rajuk menangis sekuat hati
- Rajuk sorok belakang langsir
- Rajuk menyorok di dapur, dll

Monday, October 04, 2010

Pemerhati

0 comments

Adik suka jd pemerhati. Terutama bila berada di tempat baru atau bertemu dgn org yg tidak dikenali.

Adik akan tenung lama2 org tersebut tanpa sebarang reaksi. Nak kata penakut, kdg mcm terlebih berani. Nak kata berani, kdg terlebih penakut (read: pemalu) pula smpi menempel dgn ibu dan papa spjg masa.

Kadang bila kwn2 sibuk bermain, adik cuma memerhati dari jauh sambil buat aksi pelik... (Sila lihat gambar diatas)



*bandar baru bangi
 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez