Monday, November 27, 2006

anak manja papa ...

1 comments
2-3 menjak nie qila makin manja ngan papa.. :)... qila suka sangat makan strawbery cam papa.. so kalau papa tanya qila nak makan strawbery tak.. mesti qila senyum jek.. so both of u will eat the strawbery sampai habis.. papa makan kulit .. qila makan isi.. heheheh sian papa makan kulit jek.. so when both of u have a special moments .. ibu akan mcm lipas kudung do whatever house chores yg bole.. basuh pinggan .. masak nasi ker.. apa2 jek before papa hands u over to me utk mandi.. :)..

now kalau qila tak nampak papa .. mesti kepala qila duk mencari2 mana papa dier hilang.. especially when ibu kuar umah dukung qila.. tak kira la nak anta gi nursery ke... nak kuar jalan ker.. kepala qila mesti duk carik mana papa ni.. nanti bila papa sergah qila... mesti qila terkekek-kekek gelak.. love the moments..

kalau kadang2 papa mandikan qila.. n' i know qila suka sangat mandi ngan papa.. sebab papa mesti citer/nyanyi ngan qila.. pastu terdengar la qila terkekek-kekek gelak.. kalau ngan ibu mesti nak cepat jek.. tak de main2 air.. kalau ngan papa siap papa main2 air ngan qila.. gelak2.. sonok sgt tgk.. muka qila happy sangat..

n' one more things.. u lovessss to says pa.. pa.. pa.. pa.. pa.. :) ...


p/s: lovesssss both of u to the fullessssstttt

Friday, November 24, 2006

Makin pandai

1 comments
2-3 hari nie qila bangun lagi awal dari biasa. Pukul 5 lebih dah bangun ngomel sambil golek-golek. Ibu gak kena bangun teman kan qila main. Tapi sebenarnye qila tetap main sorang, cuma ibu teman tido sebelah qila.

Sekarang qila dah pandai bagi barang pada papa. Selalu kalau main ngan remote TV, qila akan baling2 je. Nasib baik remote tuh kuat, kalau tak mesti dah terbarai.

Semalam bila qila capai dan main2 dengan remote tuh, papa hulur tangan tanda mintak. Tiba2 qila terus letak pada tangan papa. Lepas tuh papa cuba lagi, dan qila ulang perbuatan tersebut berulang-ulang kali sambil tersenyum sengih. Pandainyee.

Pagi tadi papa tinggal qila depan TV yang terpasang dan pergi bersiap2 dalam bilik. Tiba2, papa dengar TV dimatikan. 'Mesti qila tertekan button OFF kat remote tuh'. Papa pon pegi lah jengok. Papa tengok qila sedang tertiarap depan sofa. Papa pon pegi dekat qila carik2 remote. 'Qila, bagi papa remote. Kat mana qila letak?', sambil meraba2 bawah badan qila carik remote.

Kemudian, papa perasan jari qila menuding ke satu arah. Laa rupanya remote tuh tersorok bawah sofa. Qila tak boleh nak amik. Pandainye anak papa nie. Dah pandai tunjuk2 yee. Qila dah paham cakap papa ke?? So clever!!

Thursday, November 23, 2006

Rumah Terbuka Raya

1 comments
Sabtu lepas kita buat rumah terbuka hari raya. Nie kira raya pertama kita buat rumah terbuka sendiri di rumah sendiri. Seronok rasanya bila dapat jamu rakan-rakan dan keluarga makan, walaupon juadah nya tak seberapa.

Sebenarnya sabtu sebelum nya pon buat rumah terbuka juga, tapi jemputan hanya terdiri dari ahli keluarga terdekat. Tapi sabtu kali nie, jemputan terdiri daripada rakan-rakan sepejabat papa dan ibu. Ikut perkiraan awal, jumlah yang datang termasuk ahli keluarga masing-masing hampir 70 orang. Tapi jumlah sebenar hanya 30 orang. Tapi rasanya itu pon dah berbesar hati sangat dengan kesudian mereka jejak kaki ke rumah kita yang kecil itu.

Hilang rasanya penat lelah menyiapkan juadah serta mengemas rumah menanti kehadiran mereka. Berdebar rasanya, bila rakan-rakan datang satu persatu diiringi keluarga masing-masing tidak putus-putus.

Meriah rasanya walaupon itu merupakan minggu-minggu terakhir syawal.

Alhamdulilah makanan cukup menjamu tetamu yang datang. Papa dan ibu risau makanan tidak mencukupi.

Qila seperti biasa, menempel pada papa dan ibu. Bila dah lama sikit baru nak main-main. Ramai rakan-rakan qila datang ye.

Insya-Allah ade rezeki lebih, kita teruskan tradisi tersebut di tahun-tahun akan datang.

Diharap para tetamu berpuas hati dengan makanan yang tak seberapa, yang di masak sendiri oleh ibu bertungkus lumus sejak beberapa hari sebelumnya. Diharap juga mereka selesa berada dalam rumah kecil kita. Maaf sekiranya ada kekurangan dan kesilapan.

Wednesday, November 15, 2006

Alahai comelnye...

0 comments
Sometime last week or weeks before, seperti biasa papa bangun pukul 6 pagi. Masa tuh papa dah nampak qila mula gerak2 walau pon keadaan masih samar2.

Perlahan2 papa bangun supaya qila tak terjaga. Tapi sebenarnya mata qila memang dah bulat sambil senyum tegur papa. Papa tepuk2 qila sambil sumbat puting dan pelukkan bantal busuk dia. Dengan harapan qila tidur semula. Kemudian papa terus gi mandi.

Tiba2 pintu bilik air seakan diketuk lembut. 'Eh ibu dah bangun ke?'. Papa bukak pintu dan jengah keluar, rupanya qila sedang duduk berlipat lutut depan pintu dengan puting tersumbat dimulut dan bantal busuk di tangan.

Alahai comelnya. Soo sweet. Qila carik papa sampai bilik air yeee. Bijak anak papa nie.

Tuesday, November 14, 2006

Basah!

0 comments
Tadi pagi qila bangun dalam keadaan basah dan hancing. Abis seluar dan baju. Kesian qila tidur dalam keadaan tak selesa. Kalau qila dah pandai cakap dan dah paham, musti qila kejut papa dan ibu suh tuka lampin.

Bila cek rupanya papa tersilap pakaikan lampin qila. Sepatutnya pakaikan lampin merah huggies yg kuat menyerap, tapi tah camne papa teramik yg biru. Mungkin banyak sangat benda kat otak papa sampaikan terlupa.

Sedih sgt tgk keadaan qila. Papa mintak maap yee sayang. Insya-Allah there won't be a next time.

I love you so much!

*suka sgt tgk rambut Winter Sonata + gigi arnab tuh

Friday, November 03, 2006

10 months 2 weeks 1 day

2 comments
as per to date... thats is ur age... skang dah makin lasak lasak yg amatz... dah ada 4 btg gigi yg sgt comey... 2 kat atas 2 dibawah... kdg2 suka sgt laga2kan gigi.. nyilu ibu denga..

dah pandai skit balance bdn.. but still akan nangis kalau ibu tak de kat sbelah2 dier.. tp tak pe papa selalu pujuk qila..bile papa pujuk qila akan senyum.. sweet sgt nampak la gigi dier 4 btg.. hilang segala penat kat bdn...

bab sepah2 kan brg makin pandai.. anything dlm bekas/bag akan dikeluarkan satu per satu.. mcm org kaya kuarkan baju dlm beg.. pastu sepah2kan atas lantai... suke2 jek wat cam tu ek.. nanti ibu jugak kena kemas....

so this weekend we plan tu raya ke umah sesapa yg ajak .. sebabnyer ibu nak beraya puas2 + mkn puas2 sebab masa raya ari tu tak sempat nak buat apa2 sebab duk terlantar atas tilam.. so tomorrow should be makan day.. tp hopefully nothing happen coz takut la tetiba ibu tak sihat.. qila tak sihat ker.. or papa tak sihat.. mintak2 la kita semua sihat.. bole la beraya..
 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez