Thursday, August 27, 2009

Pandang serong

1 comments

Title not related to anything to be told. Tp comel kan kakak pki tudung baru ibu. Kalau adik pakai pn nmpk comel.

On another note, adik dh sihat dn dh boleh pegi skool. Tp kena continue her meds n antibiotic for tonsil.

Wednesday, August 26, 2009

Demam lg

0 comments

Adik demam lg, masuk hari ke2. Smlm ibu jd babysitter, hari ni turn papa. Bdn adik panas on/off, tp adik ttp main spt biasa.

Lps mandi, minum susu, mkn biskut, minum air barli, mkn finely chopped apple dan minum air madu suam.

Tiba2 bau masam je, pampers dh penuh lh tuh. Sib baik ibu dh balik, kira hadiah utk ibu laaa.

Tuesday, August 25, 2009

Kakak intan payung

0 comments

Ramadhan dh masuk hari yg ke-4, dan sudah 4 hari kakak bangun sahur dan berpuasa. 1st day sahur dgn 5-10 suap nasi + susu, bbuka 12tghari. 2nd day sahur sesuap nasi + susu, bbuka 9am. 3rd day sahur susu je, bbuka 4ptg mkn biskut. 4th day sahur susu je juga, bbuka 7am dgn sebotol susu. Boleh gitu?

Tapi satu kesilapan papa n ibu, iaitu belikan/bagi kakak suppliment yg meningkatkan selera makan. Patut lh asik lapa je.

*Papa & Ibu bangga dengan Kakak!!

Adik demam lagi

2 comments

Smlm blk drp skool, ok je adik bmain. Mrangkak sana sini, jalan sana sini, makan itu ini. Then masa nk pi terawikh papa rasa bdn adik mula panas. Dan spjg mlm ibu jaga adik. Hari ni ibu tpaksa EL lg.

Risau papa dan ibu adik sakit dlm masa wabak sdg melanda nie. Moga adik cepat sembuh dan kita sekeluarga di jauhkan drg penyakit merbahaya serta wabak H1N1. Amin!

Monday, August 24, 2009

Puasa

1 comments

Alhamdulilah ramadhan dh masuk hari yg ketiga. Dan dah tiga hari kakak bangun bsahur dan berpuasa. 1st day bbuka pkl 12tghri dan 2nd day buka pkl 9pagi. Its a good start for a 4 yearold which was heavily influenced by repeatedly watching 'Upin dan Ipin' series.

Salam ramadhan buat semua!

*gambar kakak 'intan payung' kali pertama bangun bsahur.

Thursday, August 20, 2009

Our little ninja

1 comments

'Papa, kakak nak yg mcm nie', kata kakak sambil menggayakan pemakaian topeng hidung/mulut few days ago. Smlm baru berjaya menunaikn pmintaan itu. Comel kan?

Wednesday, August 19, 2009

Rajuk

1 comments



1) Rajuk Kakak
Kakak mmg pandai merajuk. Kalau kena sakat / marah / tegur kakak akan merajuk. Dulu kalau kakak merajuk dia akan cakap, "Taknak kawan papa, taknak belikan gula2".

Jika cara itu tidak berkesan, kakak akan tukar taktik lain, "Taknak kawan papa, taknak belikan gula2. Beli utk ibu ngan adik je" sambil lari masuk dlm bilik tekap muka pada bantal.

Kalau tak berkesan gak, kakak akan jengah papa kat pintu sambil jelir lidah, "Wekkkk!!" kemudian masuk semula dan menekap muka sambil berharap papa datang pujuk. Dan biasanya mmg papa akan dtg pujuk sambil geletek2 / buat lawak bodoh supaya kakak gelak dan lupa pada rajuk nya itu.

2) Rajuk Adik
Adik pon dah pandai merajuk kalau tak dapat sesuatu yg dia mahu especially kalau korek semula barang dlm mulut yg dikutip drp lantai.

Kalau merajuk / marah, adik akan keluarkan kata2 "HEH!!", sambil tangan memukul angin dan merebahkan / tiarap badan dan muka pada lantai tak kiralah dimana dia berada ketika itu.

Semalam adik nangis nak kan ibu, tapi bila papa cuba dukung adik marah lalu merangkak pergi dengan laju dan merebahkan badan tanda protes dan melalak dengan kuat.

Tapi adik merajuk sebentar sahaja.

3) Rajuk Ibu
Ibu pon pandai merajuk. Kalau Ibu merajuk, jadi buruk. Panjang muncungnya, boleh buat sangkut baju. Harharhar sure papa kena cubit nnt.


*read more @ http://alisyaaqilahanan.blogspot.com/

Tuesday, August 18, 2009

Model tanpa rela

2 comments

Secara tidak sengaja menjadi model flyer bagi info wabak H1N1 in distribution during the company's Q3 briefing. Taken straight from FACEBOOK. I don't mind it, since its for a good cause.

But it's a good reminder that any photos @ content uploaded online may be used / abused by others.

Monday, August 17, 2009

Ninja @ work

0 comments

It was rumored that someone in faber towers got infected with H1N1. It's a rumor, but they've started distributing the masks.

Ya Allah ya tuhan yang maha agung, maha pengasih, lindungi kami serta ahli keluarga kami drp wabak ini. Amin ya robbal alamin.

Api!

0 comments
Semalam papa terlelap sebentar semasa tidurkan khadeeja. 11 mlm ibu kejutkan. Bila bangun terbau hangit memenuhi ruangan seakan2 benda terbakar namun setelah diperiksa dapur serta plak elektrik tiada yg bermasalah.

Tidak berapa lama kemudian terdengar bunyi seakan air melimpah dan jiran2 sudah mula kecoh. Rupanya berlaku kebakaran kecil pada sebuah rumah di tingkat 6 akibat api dapur yg dibiarkan hidup dan rumah seakan tiada penghuni. Api berjaya dipadamkan seketika kemudian menggunakan alat pemadam api dengan bantuan jiran2 melalui celah jeriji dapur. Namun Bomba tetap dipanggil kerana gas masih terbuka.


Caption: Ahli bomba sedang memotong pad-lock pada grill menggunakan power-tools.


Sebaik saja pad-lock berjaya dipotong, tiba2 pintu rumah dibuka oleh penghuninya seorang lelaki berbangsa cina yg tinggal berdua bersama anaknya sementara isterinya yg sarat mengandung tidak kelihatan. Ruangan rumah penuh dengan asap yang menyesakkan.

Nasib baik pengawal keselamatan yg melakukan rondaan rutin perasan dengan asap yg berkepul2 keluar serta bau hangit yg menusuk hidung. Sekiranya tidak, kemungkinan dua beranak itu mati lemas akibat asap yg tebal atau kebakaran makin marak.

Tahniah pada jiran2 serta AJK penduduk yg berusaha memadam kebakaran serta 'memeriahkan' keadaan. Terima kasih pada pihak bomba yang datang dalam masa yg singkat serta pantas membuat kerja.

'Apa yang penting?? KERJASAMA!'

*note: Khadeeja demam lagi, ibu pulak jd babysitter.

Saturday, August 15, 2009

Family trip

1 comments

Gambar kakak sdg mlayan perasaan utk tido dlm pjlnn ke lumut. Celebrating nenek n atok's 35th wedding anniversary. Congratulation to nenek n atok, moga terus bahagia n rok selalu.

Thursday, August 13, 2009

Monkey & monyet

0 comments

Few days ago ketika mengambil kakak n adik drp skool, papa tnampak kakak pakai baju dgn gambar orang utan.

'Hai monkey!', papa menyapa kakak sebagai gurauan.
'Hai monyet!', jawab kakak ringkas tapi cukup menusuk kalbu.

Moral: jangan meng-monkey-kan orang lain sekiranya anda tidak mahu di-monyet-kan.


Thursday, August 06, 2009

Seharian bersama Khadeeja

0 comments
Semalam adik belum betul-betul sihat. Demam serta selsema beberapa hari lalu masih belum betul2 kebah. Papa mengambil giliran menjaga adik kerana ibu perlu menyelesaikan tugasan dipejabat yg sudah beberapa hari tergendala.

Pertama kali papa dan adik ditinggalkan berdua begini. Walaupon tidak sihat, tapi adik memang anak yang baik serta mendengar kata. Tiada ragam melampau yg tidak mampu dikawal dan diredakan. Cuma rajuk serta rengek kan seketika pinta dimanja. Selebihnya adik bermain sendiri meneroka ruangan yang ada walaupon badan agak kurang selesa.

A picture worth a thousand words, so biarlah gambar-gambar ini yang bercerita;

Caption: Bangun pagi (selepas ibu dan kakak keluar) terus makan biskut tanpa perlu gosok gigi / basuh muka.


Caption: 8.30am mandi pagi selepas makan biskut, makan ubat dan bermain


Caption: 'Ibu bila nak balik? Adik tak sihat. Adik nak ibu!', mungkin itu kata adik sekiranya dia boleh berkata-kata


Caption: Mengisi masa lapang dengan bermain building block selain mengacau papa


Caption: *EVIL* Masa untuk kacau papa!!


Caption: Sekali lagi menggunakan talian hayat utk mengadu nasib selepas memenuhkan lampinnya. MASYAMMMMM :)


Caption: Isi minyak (read: susu)


Caption: R&R (Rehat dan Rawat)


Caption: Lumba kerusi sorong. LAJU TUH!!!


Caption: 2.00pm, santai sambil menikmati biskut stlh mandi tengahari


Caption: Test power turun dari sofa tanpa bantuan. Nasib baik sempat sambut sebelum adik jatuh terhentak ke lantai


Papa sedih lah kalau adik tak sihat cam gini. Moga adik cepat sembuh serta kita sekeluarga dijauh kan daripada penyakit2 berbahaya, Amin.

*RESPEK dengan Engku Emran kerana dengan macho nya mencuci berak baby Aleesya dalam 'Gugu Gaga Erra'

*read more @ http://alisyaaqilahanan.blogspot.com/

Monday, August 03, 2009

Kakak n adik

1 comments


Kakak
1) Ibu sedang train kakak utk tidur tanpa pampers (read: lampin). Hari pertama memang cemerlang. Kakak berjaya tidur tanpa pampers dan tidak kencing malam. Hari kedua / ketiga kurang cemerlang bila tiba2 katil nenek juga katil ibu basah. Takpe, kena usaha lagi.

2) Kakak suka panjat dan duduk / baring mengimbangi badan pada arm-rest sofa. Dah banyak kali papa tegur supaya tak buat begitu, tapi kakak buat-buat lupa. Then semalam secara tiba-tiba kakak tergolek jatuh kepala dahulu. Nasib baik side-table kecil bersebelahan sofa tersebut dapat memperlahankan / meminimakan impak kejatuhan tersebut.

Adik
1) Hari nie adik demam, so ibu tpaksa bercuti. Start semalam, badan adik dah sedikit panas bserta selsema namun adik tetap gagah bermain. Maybe adik demam coz nak membesar, or maybe coz effect suntikan campak seminggu lepas. Doktor memang dah pesan mungkin adik akan demam seminggu kemudian. Moga adik cepat sembuh dan dijauhkan penyakit2 merbahaya.

2) Semalam adik berjaya panjat 3 anak tangga dirumah nenek. Lepas nie kena lebih berhati2 coz semalam adik dah cuba nak turun tangga sendirian.

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez