Saturday, June 30, 2012

Shopping @ Alamanda

0 comments

Beli barang-barang dapur lahh


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, June 27, 2012

Persistence

0 comments

'Papa, jom kita makan Tutti-Fruity', kakak mengulang-ulang soalan yang sama hampir 30-40kali tanpa lelah sejak hari jumaat, sabtu dan ahad. Mengidam sangat nampaknya, maka hari ahad tertunailah permintaan itu.

Adik terlelap seketika dalam perjalanan ke sana. Sesudah sampai kakak mengejut kan adik, 'Adik bangun, nak makan tutti-fruity tak?'.
'NYUM NYUM MYUMMM', jawab adik dalam lena.

Saturday, June 23, 2012

Mmmmmmm

0 comments

@McD Alamanda. *tumpang je


Published with Blogger-droid v2.0.4

@GSC Alamanda

0 comments

Watching 'Madagascar 3'. First time adik tengok wayang.. tersangat teruja!!

Sedang seronok menonton, adik bertanya 'Bila nak habis papa?'..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, June 22, 2012

Report card KAFA

1 comments

Hari mengambil report card kakak di sekolah rendah dan KAFA.

Jadi orang pertama di KAFA. Kakak dapat nombor ke-7 daripada 41 murid dalam kelas 1 Omar. Menurut Ustazah Asmah, prestasi kakak agak meningkat setelah berpindah ke meja depan kelas berbanding duduk di belakang, selalu bermain dan hilang tumpuan.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, June 20, 2012

iPad-worm

0 comments

An iPad-worm instead of a book-worm. Main games lah tuhh...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, June 19, 2012

Burger Bakar Abang Burn

2 comments

@Ramal Junction Foodcourt. Baru 2-3 hari bukak dah kena queue... Harapnya sedap lah ye

Friday, June 15, 2012

@Wadi Hana Islamic Kitchen (Western), Bangi

0 comments

Sudah agak lama ibu terperuk di rumah semenjak disarankan oleh doktor supaya berehat (MC) kerana risau dengan keadaan kandungannya.

Hari ini wajah ibu berseri dapat makan malam diluar, Umpama orang merdeka.

Pastinya ibu tak sabar menunggu tanggal 9 Julai.. Pastnya 'Muhammad' pun begitu..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, June 13, 2012

Deeja lagi

0 comments

Sesi persekolahan sudah bermula kembali. Hari pertama adik bangun dengan bersemangat. Hari kedua adik menangis nak ibu. Tadi, walau agak memberontak tapi ke sekolah dengan ceria.

Papa: Tadi Dayana datang sekolah?
Adik: datang!
Papa: Muammar ada?
Adik: ada!
Papa: Abdul Rashid?
Adik: ada!
Papa: Syamimi?
Adik: Syamimi tak sekolah PASTI lah papa..
Papa: Oh salah ek? Khadeeja ada?
Adik: Hey, deeja kat sini lah!

Kisah lain;
Setiap hari adik ada ritual membuang (berak) waktu malam di rumah. Sebagai seorang papa yang malas mencuci berak,
Papa pun bertanya: Kenapa adik tak berak kat taska?
Adik: *senyap sambil tersenyum malu
Papa: Kenapa adik tak berak kat taska je? Nanti cikgu boleh basuhkan..
Adik: Nanti cikgu basuh lama (lambat), penat adik tunggu..
Papa: Oklah adik berak kat rumah je, nanti papa basuh kan..
Adik: Papa, adik nak berak lagi!!

Monday, June 11, 2012

Pembantu hebat

3 comments

Oleh kerana ibu sudah tidak larat untuk bergerak, papa ditugaskan menbeli barang keperluan / dapur. Kakak bersetuju menemani papa sebagai pembantu. Seawal 8pagi kami sudah terjengket-jengket secara senyap keluar rumah untuk mengelakkan adik daripada terjaga.

Selain jadi peneman serta pembantu, kakak juga jadi tukang membebel;
-Papa, cepatlah sikit. Kita makan dulu, kepala kakak dah pening nie. Kalau kakak pengsan macam mana?
-Papa, cepatlah sikit.. Penat dah kakak tunggu!
-Papa janganlah pilih lama sangat, ambik je mana-mana, sama je semua..
-Papa cepat lah kita beli makanan terus balik. Ibu dah lapar sangat tu,.. Nanti ibu makan meja!

*gambar: kakak sedang mengikat setiap beg plastik yang barangan yang sudah dikira. TQ kakak!

Saturday, June 09, 2012

Like papa, like daughters

0 comments

:)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, June 07, 2012

SURPRISE!

0 comments

Kakak dan adik sangat suka akan kejutan (baca: surprises). Dan seboleh nya papa akan cuba untuk membuat kejutan yang berbentuk hadiah, mainan, pakaian baru, coklat, roti, biskut, prepacked drinks (yakult, solivite, soya, dll) atau sekadar sebutir gula-gula.


Papa: Siapa nak surprise?!

Maka berlari-lari kakak dan adik (juga ibu) untuk duduk di sofa sambil tersengih besar, menutup mata dan menadah kedua belah tangan tanda teruja...


*kakak dan adik sedang menggayakan pakaian tidur surprise terkini


Published with Blogger-droid v2.0.4

Klebang Original Coconut Shakes

0 comments

Alhamdulillah berjaya juga merasa the best coconut shakes in town berpandukan tips, pandu arah daripada internet serta google maps dengan izin Allah.

Rata-rata pengunjung dan pelanggan yang memenuhi kedai sehingga terpaksa menunggu giliran adalah daripada luar kawasan seperti Kuala Lumpur, Johor,  Pulau Pinang dan lain-lain lagi.

Barisan pelanggan yang beratur untuk membungkus bawa pulang juga agak panjang sekitar 20-50 orang diwaktu puncak. Tetapi keletihan menunggu itu memang berbaloi-baloi!!

Kali terakhir merasai coconut shakes sesedap ini ialah 4 tahun lalu di pasar pagi di Kelantan.

KLEBANG ORIGINAL COCONUT SHAKES memang TERBAEK!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, June 03, 2012

At the log cabin

0 comments

Papa, kakak dan adik infront of our upgraded room from a standard queen bed room to king + single spacious room facing the pool, due to some mistake during the booking.


A very nice place to kick-back and enjoy the school holidays / weekends. With 24hours buggy service, no reasons untuk terperap dalam bilik. So make full use of the facilities.. cool pool with waterfall, gym, kids play rooms etc.


Kejap lagi nak pergi Pantai Kelebang nak pekena the best coconut shake in town. Harapnya tak sesat laaa


Published with Blogger-droid v2.0.4

sepagi d'philea

0 comments

baru lepas breakfast.  otw nak g pool.

bergambar depan cabin org lain. :-P


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, June 02, 2012

R&R at Philea Resort, Melaka

0 comments

Sebelum bersalin ibu mengidam untuk berehat di hotel. Tapi kena berehat-rehat sahaja, tak boleh jalan-jalan sangat nanti doktor marah.


Published with Blogger-droid v2.0.4
 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez