Monday, August 17, 2009

Api!


Semalam papa terlelap sebentar semasa tidurkan khadeeja. 11 mlm ibu kejutkan. Bila bangun terbau hangit memenuhi ruangan seakan2 benda terbakar namun setelah diperiksa dapur serta plak elektrik tiada yg bermasalah.

Tidak berapa lama kemudian terdengar bunyi seakan air melimpah dan jiran2 sudah mula kecoh. Rupanya berlaku kebakaran kecil pada sebuah rumah di tingkat 6 akibat api dapur yg dibiarkan hidup dan rumah seakan tiada penghuni. Api berjaya dipadamkan seketika kemudian menggunakan alat pemadam api dengan bantuan jiran2 melalui celah jeriji dapur. Namun Bomba tetap dipanggil kerana gas masih terbuka.


Caption: Ahli bomba sedang memotong pad-lock pada grill menggunakan power-tools.


Sebaik saja pad-lock berjaya dipotong, tiba2 pintu rumah dibuka oleh penghuninya seorang lelaki berbangsa cina yg tinggal berdua bersama anaknya sementara isterinya yg sarat mengandung tidak kelihatan. Ruangan rumah penuh dengan asap yang menyesakkan.

Nasib baik pengawal keselamatan yg melakukan rondaan rutin perasan dengan asap yg berkepul2 keluar serta bau hangit yg menusuk hidung. Sekiranya tidak, kemungkinan dua beranak itu mati lemas akibat asap yg tebal atau kebakaran makin marak.

Tahniah pada jiran2 serta AJK penduduk yg berusaha memadam kebakaran serta 'memeriahkan' keadaan. Terima kasih pada pihak bomba yang datang dalam masa yg singkat serta pantas membuat kerja.

'Apa yang penting?? KERJASAMA!'

*note: Khadeeja demam lagi, ibu pulak jd babysitter.

0 comments on "Api!"

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez