Sunday, April 29, 2012

PASTI menang!

1 comments
Alhamdulillah sukan PASTI adik berjalan lancar walaupon agak kelam-kabut menguruskan anak-anak 4-6 tahun yang berjumlah lebih seratus orang. Adik berpasangan dengan Dayana menang pingat emas bagi satu-satunya acara yang disertai iaitu 'Membawa bola ping-pong dalam sudu'.
Adik membawa bola dengan cermat
Catatan kemenangan
Teruja jadi juara
Terbaikkk!!

Adik PASTI bersukan

0 comments

Adik sedang duduk berbaris menanti ucapan perasmian Sukan Tahunan gabungan Pasti Taman Jasmin dan Pasti Taman Kajang Utama oleh Y.B Dr.Shafie.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, April 28, 2012

Doing a little laundry

0 comments

Moga BERSIH, Insya-Allah!

Friday, April 27, 2012

Jumaat @ Masjid Jalan Templar

0 comments


Thursday, April 26, 2012

I'm so blessed!

1 comments

Terima kasih ibu for the birthday cake serta anak-anak atas ucapan dan dendangan lagu ulangtahun kelahiran.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Happy birthday papa

1 comments

Allah selamatkan kamu 3x

Allah selamatkan papa

Allah selamatkan kamu. ..


selamt ulangtahun yg ke. ....

semoga papa sentiasa dlm lindungan Allah s.w.t

semoga sentiasa diberikan kesihatan yg baik dan dimurahkan rezeki yg berkat. Amin


we love u so much n we hope you're happiness with us


love,

ibu, kakak aqila, kakak deeja n 'little muhammad'


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 25, 2012

VRROOOOMMMMM

0 comments

Kakak dan adik sedang test drive kereta-bermuzik-guna-token @Jusco AEON, Balakong.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Suntik

0 comments

Semalam kakak kena suntik pada kedua belah bahu / lengan nya semasa di sekolah. Kakak menangis sedikit kerana kesakitan disuntik dengan jarum yang panjang dan tajam. Dan bangun tidur pagi tadi, tangan kakak agak lemah dan berat untuk diangkat akibat suntikan itu.

Tuesday, April 24, 2012

Tidur itu indah

0 comments

Kakak terlentok keletihan selepas menyelesaikan kerjarumah nya.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Kakak kurang sihat

1 comments

Kakak masih batuk agak kerap dan kuat sehingga kadang sampai termuntah. Semalam badan kakak agak panas sebaik pulang daripada KAFA. Kakak juga sering sakit kepala terutama selepas balik daripada sekolah.


Ujian darah menunjukkan ada sedikit kuman dalam darah kakak dan doktor sudah bekalkan antibiotik untuk menangani nya. Namun doktor agak kurang pasti dengan sakit kepala kakak..


Papa: Doctor, could it be because of her eyesight?

Doktor: Yalah, butul lah!


Jawab doktor teruja mendapat kemungkinan jawapan kepada persoalan itu lalu menerangkan lebih terperinci.


Pemeriksaan dikedai cermin mata menunjukkan kakak ada sedikit rabun dan silau pada kedua-dua belah matanya...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, April 21, 2012

Saturday school

0 comments

Hari sabtu bersekolah sebagai ganti cuti raya aidiladha. 'Kakak lapar koew teow goreng lah', kata kakak sebaik keluar dari perkarangan sekolah.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Alhamdulillah...

0 comments

Akhirnya penantian kami berakhir. Syukur yg tak terhingga. Semoga urusan yg seterusnya berjalan lancar. Doakan kami


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, April 19, 2012

Rezeki khamis

0 comments

Aiskrim kek baskin robbins for birthday boss


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 17, 2012

testing

1 comments

Test 123


Published with Blogger-droid v2.0.4
0 comments

posted from Bloggeroid

Tinggi & tulang

0 comments

Biasanya kakak tidur sendirian.. Tetapi minggu lepas kakak demam, setelah kakak lena, papa angkat kakak untuk tidur bersebelahan papa supaya boleh pantau suhu badan kakak.

Kakak: Kenapa kakak tidur dalam bilik ibu? Siapa yang angkat kakak?

Papa: Tak tahu lah papa. Kakak jalan sendiri kot

Kakak: Alah kakak dah tahu, mesti papa yang angkat kakak kan? Kakak rasa kena angkat tinggi dan rasa badan ada keras-keras macam tulang..

*CEH!

Sunday, April 15, 2012

Kakak, Adik dan Qaliph

0 comments

Kakak dan adik bergilir-gilir memangku Qaliph. Semangat betul Qaliph nie!

Muhammad punya

0 comments

Adik: Papa, ini 'Muhammad' punya. Buat basuh yak..

Somehow, adik sangat teruja, sangat tak sabar dan sangat menerima baik bakal kehadiran Muhammad. Alhamdulillah!

A car for Qaliph

1 comments

Adik: Ini kereta Qaliph kan papa?

Adik sedang test-drive kereta (biru), hadiah buat Qaliph. Seringkali adik membandingkan diantara kereta biru dan merah kepunyaan adik itu. Dibawa kehulu-hilir, ditekan hon serta alunan muzik silih berganti. Dari riak wajahnya terbayang rasa teruja dan iri..

Adik: Tayar kereta adik kecik jee...

Namun adik sangat besar jiwanya..
Adik: Papa jomlah kita pergi rumah ucu, bagi Qaliph kereta..

Alhamdulillah Ahad lepas kereta tersebut telah selamat sampai kepada tuan barunya. Moga Qaliph seronok me-lenjan kereta itu

*Papa sangat bangga dengan Deeja!

Papa: Deeja nak hadiah mainan apa?
Adik: Nak mainan masak-masak!

Thursday, April 12, 2012

8.7skala gempa

0 comments

Kunjungan daddy dan mummy terpaksa disambung di parking lot kerana terasa baki gegaran gempa yang melanda Acheh.

Moga dijauhkan daripada tsunami.

Saturday, April 07, 2012

Mana bot?

0 comments

'Mana bot adik?', tanya adik ketika ingin mandi pagi untuk ke sekolah. 'Manalah papa tau, adik letak mana?', tanya papa. 'Adik letak sini tadi', jawab adik sambil menepuk tilam ibu. 'Ini siapa punya?', papa menyoal sambil menunjuk bot berhampiran tv di ruang tamu. 'Sama yang letak sini?', papa menduga. 'Tak tau lah. Dia jalan sendiri kot...', adik berlalu ke bilik air dengan bot di tangan.

Auta kakak

0 comments


Kisah1
Papa: Kakak pergi baca buku!
Kakak: Perut kakak sakit lah, nak ber*k..

Kisah2
Papa: Kakak, pegi tido!
Kakak: Kakak nak baca buku kejap..

Kisah3
Papa: Kakak, pergi baca buku!
Kakak: Kakak penatlah hari nie, rasa nak tido..

Kisah4
Papa: Kakak, pergi buat homework english!
Kakak: Esok takde english..

Kisah5
Kakak: Papa, kalau hari tak sekolah, kalau kakak tidur lambat, mesti kakak bangun awal kan?
*ini hint utk mintak izin tidur lewat malam

Wednesday, April 04, 2012

Apa punye style daa

0 comments

Inilah diantara posisi pelik kakak ketika menonton tv. Tak cukup besar ke sofa tu?

Posisi pelik adik pulak ketika makan. Hanya duduk di kerusi dengan sebahagian punggungnya sahaja, sementara sebelah kaki berdiri jejak ke lantai.. Guano tuh?

Kisah pagi ini..
Sekolah rendah kakak ada sambutan sempena persaraan guru besar. So papa terpaksa menghantar kakak terus ke sekolah. Adik pula terpaksa ditinggalkan di taska menunggu van datang. Adik mengamuk kerana tidak ditemani kakak.. Sian deeja

*gambar oleh adik

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez