Wednesday, March 30, 2011

Saya PASTI!

0 comments
Kakak agak seronok di sekolah baru nya kerana dapat bertemu kembali dengan rakan-rakan lama yang pernah se-taska dulu. Alhamdulillah, lega sikit hati Papa dan Ibu.

Kakak bergaya dengan baju seragam PASTI barunya.


PASTI nya CANTIK!!!

Tuesday, March 29, 2011

20,000 naskah dan semakin murah

0 comments

Buku 'Biografi Muhammad Bin Abdullah' telah terjual sebanyak 20,000 buah dan kini lebih murah iaitu pada harga RM35 senaskah. Mari dapatkan nya dan imbas kembali perjalanan dakwah Rasullah S.A.W. menyebarkan dan mengembangkan agama Islam sehingga sinar keislaman itu sampai pada kita hari ini.

*murah je, tak rugi beli. Kalau beli pizza, sekali hadap jee!

Monday, March 28, 2011

Bacalah

0 comments

'Papa, nak baca buku lah', kata adik sambil duduk dan membelek buku yang menarik perhatiannya di kedai buku. Adik belum boleh membaca, namun minatnya itu sangat kuat walau sekadar membelek-belek gambar. Moga minatnya itu berpanjangan.

Anda PASTI?

0 comments
Alhamdulillah hari ini kakak telah memulakan persekolahan di tempat baru iaitu Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), Taman Jasmin.

Sejak beberapa minggu lepas Papa serta Ibu sudah mengutarakan niat secara berperingkat pada kakak untuk menukarkan Kakak ke sekolah lain. Agak bimbang juga untuk membuat keputusan tersebut kerana Kakak sudah serasi dengan sekolah sedia ada iaitu SmartReader Kids, Taman Kajang Sentral. Namun setiap kali subjek pertukaran sekolah itu diutarakan, Kakak dapat menerima dengan tenang dan seakan seronok. Tambahan pula, rakan se-Taska nya iaitu Mirza memang bersekolah di PASTI tersebut. Sekurang-kurangnya kakak tidak lah keseorangan.

Keputusan pertukaran tersebut bukan lah kerana sekolah SmartReader Kids tidak bagus, jauh sekali kerana masalah kewangan tapi secara jujurnya kerana Papa dan Ibu mahu kakak lebih didedahkan dengan didikan agama supaya mempunyai asas yang lebih baik. Boleh mengenal jawi, mengaji, hukum-hakam asas, menghafaz surah-surah Lazim, doa-doa harian, solat, asas bahasa arab dan lain-lain lagi. Lagipon dari segi perkembangan, kakak sudah boleh membaca rumi (walaupon masih mengeja dan merangkak) serta sudah boleh membuat matematik mudah.

Moga kita dapat berlapang dada dengan perubahan baru ini dan moga Allah S.W.T mengurniakan berkat serta rahmat-Nya, AMIN.

Kakak sangat comel bila bertudung

Bersama adik yang bermata sembab (baru bangun tido)






Ritual serta doa belajar




Masa untuk pulang, bersama Mirza serta rakan baru dalam van Ayah Chaq.

Thursday, March 24, 2011

Santai

0 comments

Hari panas, perut lapar... Mai lah pekena ABC + rojak bwh pokok tepi jalan diringi deruman kenderaan dan angin sepoi bahasa..

Monday, March 14, 2011

Malas Belajar?

0 comments

Sejak akhir-akhir ini kakak agak malas untuk belajar. Mungkin penat, bosan, kurang berminat atau kurang motivasi. Ditambah pula dengan kesihatan nya yang agak terganggu sejak seminggu lalu. Kebanyakkan masa terluang akan diisi dengan menonton TV.

Pada suatu hari, burung-burung berterbangan, ada yang bekerja, ada yang bergembira...

Papa: Kakak bosan ke?
Papa menduga kerana melihat kakak terbaring lesu depan TV. Kakak mengangguk pantas dengan mata sepet yang cuba dibulat kan dengan harapan papa mengizinkan kakak menonton kartun kegemaran.

Papa: Kalau bosan, pergi baca buku.

Kakak berlalu masuk ke bilik dengan hampa... 5 minit kemudian, papa menjengah ke dalam bilik melihat perkembangan nya. Namun hampa, rupanya kakak terus tidur tanpa ada usaha pun untuk membuka buku. Apa nak jadi anak dara papa sorang nie?

Hari yang lain...
Papa: Kakak bosan ke?

Papa sengaja menggunakan perangkap yang sama. Kakak dengan pantas mengeleng-geleng kepala untuk mengelak daripada terpaksa membaca.

MEMANG BIJAK!

*Sometimes I think I'm being too hard on her. Kesian anak papa..

Thursday, March 10, 2011

Adik pulak... Lagi

0 comments

Demam kakak dah masuk hari kelima. Semalam demam nya seakan reda dan pagi tadi bersiap pergi ke sekolah. Namun panas badannya kembali memaksa kakak berehat sahaja di taska.

Maghrib tadi badan adik pula mulai panas lagi. Episod demam seakan berulang bagi kali ketiga sepanjang 3-4 minggu lepas. Namun lega, bila doktor kata ia cuma demam virus biasa akibat antibodi yang masih agak lemah serta persekitaran yang kurang sihat di taska.

Moga adik dan kakak akan cepat sembuh serta bertambah kuat antibodi melawan virus-virus penyakit.

*kalau esok masih demam, nampaknya papa akan bercuti lagi..

Wednesday, March 09, 2011

Main tolak-tolak

0 comments

Adik: Papa nak main tolak-tolak (domino)
Papa: Dah malam nie, main tolak-tolak apa pulak?
Adik: Papa nak main tolak-tolak
Papa: Dah malam, dah pukul sepuluh nie. Pegi tido, esok nak sekolah..
Adik: Papa nak main tolak-tolak
Papa: Pegi main dengan ibu.
Adik: Ibu nak main tolak-tolak
Ibu: Pegi main dengan papa
Adik: Papa nak main tolak-tolak
Adik memohon penuh simpati dengan mata sayu, badan nya longlai, bahu jatuh kebawah...
Papa: Ok lah. Main satu je, lepas tu tido. Janji?
Adik: Ok lah.

Permainan tolak-tolak itu diulangi dua kali sebagai saguhati pada gadis kecil comel itu yang sangat baik sejak akhir-akhir ini.

*demam kakak masih belum kebah sepenuhnya

Tuesday, March 08, 2011

Kakak pulak demam

0 comments

Kini giliran kakak pulak demam. Suhu badan mulai tinggi sejak semalam, walau tak bersekolah tapi kakak terpaksa juga ke taska.

Namun hari ini demam nya tidak kebah lagi, malahan suhunya agak tinggi. Menurut doktor tonsil kakak agak bengkak. Buat masa ini kena makan makanan lembut serta minum banyak air terutama jus buah.

Sejak akhir-akhir ini papa agak sibuk di pejabat, hari ini ibu ambil cuti menjaga kakak.

Moga kakak cepat sembuh, rajin-rajin makan ubat ye.

Sian anak papa.

Thursday, March 03, 2011

Strawberry

0 comments

'Strawberry, my feberet...', kata kakak mengajuk dialog watak Usop dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah sambil menggayakan tangan nya.

Resipi Coca-Cola

0 comments
Sebuah laman web di Amerika mendakwa telah menemui resipi bagi Coca-Cola. Menurut resipi tersebut, salah satu ramuan untuk menghasilkan rasa Coca-Cola yang ASLI ialah ALKOHOL.

Adakah Coca-Cola di Malaysia yang tercinta ini mempunyai rasa yang betul-betul ASLI??




Moga kita semua dijauhkan daripada perkara-perkara yang HARAM & SYUBAHAT.. AMIN.

*Mahu resipi Coca-Cola?

Wednesday, March 02, 2011

My little masseuse

0 comments

Inilah tukang urut cilik papa.

Dua hari lepas kakak cukup baik hati dan secara sukarela menawarkan diri untuk mengurut papa. 'Kesian kakak tengok papa. Dah lama kakak tak urut papa. Papa baring lah kakak urut', kata kakak buat papa terharu.

Kakak pun mula pijak-pijak belakang papa, pijak kaki kanan dan kiri, urut tangan, urut kepala serta dahi. Sesi urutan berlangsung hampir 10 minit. Adik pon turut sama meniru aksi kakak.

Bagus lah anak-anak papa berdua nie. Papa sayang SEMUA!

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez