Tuesday, August 30, 2011

Three stooges

0 comments

*Adik tengah tido

Terbaekkk!

0 comments

Ketupat terbaek mak long berserta ayam masak merah dan sayur lodeh terbaekk nenek midah.

Tambahan kalau ada ayam masak kicap dan kuah kacang nenek midah, memang TERBAEKKK!

Baraan 2011

0 comments

Lepas papa solat aidilfitri, kakak ikut papa baraan 7-8 rumah. Kemudian adik pulak ikut papa baraan 2 rumah.

Bagi anak-anak, baraan adalah peluang cari duit raya. Kalau pergi semua rumah sekurang-kurangnya pasti dapat RM20. Tapi baraan merupakan satu cara terbaik berziarah daripada rumah ke rumah berjumpa dan bertanya khabar pada jiran-jiran yang juga rakan mak dan arwah abah. Ada yang kelihatan semakin dimamah usia, semakin uzur, ada yang sukar berjalan serta ada juga yang sudah pergi bertemu Maha Pencipta. Moga roh mereka mendapat rahmat Allah S.W.T. Moga yang masih ada diberi kesihatan yang baik hendak Nya.

Baraan juga memberi peluang berjumpa semula rakan-rakan sebaya sepermainan dan sepersekolahan dulu.

Baraan, satu tradisi yang perlu dan patut diteruskan. Seperti kata atok omar, 'Kalau cik dah takde, orang-orang tua dah takde, korang teruskan lah'... Syahdu!

Monday, August 29, 2011

Dam dam dum..

0 comments

Dam dam dum, bunyi mercun. Semarak lah raya ini tahun..

Meriah betul dentuman mercun bersambut-sambutan tahun ini. Lebih meriah daripada tahun-tahun sebelumnya.

Selamat main bunga api dan mercun buat semua, beringat lah jangan sampai hilang tangan dan jari.

Tangisan sepanjang malam

0 comments

Adik menangis dan teresak sepanjang malam. Tidak tidur dalam kata sebenar. Tak tahu lah apa yang diigaui, apa yang menganggu lenanya.

Selepas subuh barulah adik terlena sehingga 12 tengahari

Sunday, August 28, 2011

Mudik aidilfitri

0 comments

Alhamdulillah selamat sampai di rumah nenek midah, papan timur. Perjalanan santai mengambil masa 5jam. Sempat singgah ke kedai tayar dan menukar valve salah satu tayar yang tak berfungsi dengan baik. Semalam menukar keempat-empat absorber sebagai persiapan perjalanan jauh. Rasa lebih yakin untuk memandu.

Selamat hari raya buat semua. Maaf jika ada salah silap antara sedar atau tidak. Moga Selamat perjalanan walau dimana destinasi anda.

Tuesday, August 23, 2011

Bedtime ritual

0 comments

Inilah ritual adik setiap malam sebelum tidur, menyelongkar beg ibu untuk mencari handphone dan menonton kembali rakaman video-video lama. Terutama video aktiviti serta nyanyian kakak semasa di smartreader.

Sampaikan, adik kata.. 'Papa, dah rosak', walaupun sebenarnya habis bateri.

Semalam ibu jari adik berbalut akibat terluka sedikit semasa memotong kuku. Malamnya adik berkata, 'Papa dah tak elok', sambil menunjukkan balutan yang terbuka dan membuangnya dalam bakul sampah.

Sebenarnya itu hanya alasan supaya adik dapat hisap jari untuk tidur...

Friday, August 19, 2011

Mata bengkak

0 comments

Bangun pagi, mata kanan adik bengkak dengan tahi mata memenuhi kelopak mata sehingga sukar membukanya. Malam tadi adik ada mengadu sakit mata, tapi bila papa periksa, tiada yang pelik dan adik bermain seperti biasa.

Mungkin ada habuk atau bendasing yang masuk ke dalam matanya.

Sian deeja bengkak mata.

Sejak akhir-akhir ini badan adik nampak sedikit susut. Tiada lagi pipi nya yang gebu tembam untuk digigit. Lengan, betis, peha nya pun kurang ber-ulas untuk digengam cubit. Rindu pulak deeja yang bulat dulu huhu

Thursday, August 18, 2011

Kuning itu bersih?

0 comments

'Qaliph Qaiser' @ Khalifah segala raja, itulah nama cucu ke-8 nenek midah, class gitu!

Sepatut nya Qaliph dah selamat sampai kampung diiringi oleh nenek midah dan pak ngah. Tapi sayang, kadar kekuningan yang tinggi menyebabkan nya ditahan di wad rawatan rapi, hospital kajang.

Sedihlah ucu rizal dan ucu linda mengenangkan nasib putera pertama mereka. Namun itu semua hanya cobaan dan dugaan daripada Allah S.W.T.

Moga Qaliph bertambah sihat supaya dapat berehat dan beraya di kampung hendak nya, Amin.

Tuesday, August 16, 2011

Magic

0 comments

Pukul 3.30 pagi tadi papa tersentak daripada tidur dan ternampak satu lembaga kecil membuat bising. Rupanya adik sedang duduk sambil menyanyi dan menggayakan tangan nya ke kiri dan ke kanan mengikut rentak nyanyian yang agak kurang kedengaran.

Usai menyanyi, adik menggosok mata dan tidur semula setelah diusap dan ditepuk-tepuk belakangnya.

Cerita lain.
Malam tadi kakak tidur pukul 11, agak lewat daripada biasa. Bangun sahur pun agak payah sehingga tidak boleh membuka mata. Tapi lepas beberapa ketika diusap-usap kepalanya, diurut-urut badannya beserta kata-kata perangsang, akhirnya kakak bangun juga. Bersahur dengan 2 keping roti cicah teh-O, kentang Mr.Potato serta sebotol susu. Makin kurus anak papa. Walau kurus, namun hebat berpuasa!

'Sedapnya bau makanannnn', ujar kakak spontan orang lapar ketika dibawa ke pasar ramadhan.

*Berat papa pun sudah susut 3 kilo.

Muhammad Ramadhan

1 comments

Alhamdulillah cucu nenek midah yang ke-8 telah selamat dilahirkan pada 12.30 tengahmalam isnin (15 Ramadhan) dengan berat 2.75kg di hospital serdang.

Muhammad Ramadhan tu nama sementara saja, ucu rizal sedang cari ilham nama yg terbaekkk.

Tahniah buat ucu rizal dan ucu linda. Moga bertambah bahagia dengan kehadiran cahaya mata pengarang jantung yang comel hensem itu.

Welcome to the world to Muhammad Ramadhan, moga menjadi anak yang terbaik dan mukmin yang terbaik dunia akhirat hendak Nya.

*How about Muhammad Rayyan @ Ryan?

Saturday, August 13, 2011

Zakat Fitrah

0 comments

Zakat adalah satu kewajiban, berzakatlah. Moga tahun depan bertambah seorang lagi ahli untuk dizakatkan, amin insya-allah.

Kisah lain pula, hari ini merupakan hari yang ke 13 Ramadhan, dan yang menariknya kakak masih bertahan dan melengkapkan puasanya tanpa ada hari yang tertinggal. Hebat kan?

Ada lah juga salah satu harinya kakak ingin membatalkan puasa kerana batuk dan selsema, tapi berjaya dipujuk dengan kata-kata semangat dan galakkan.

Tadi adik seronok mengunyah nugget ayam Burger King. 'Kakak nak makan nugget masa buka', kata kakak yang faham bahawa dirinya sedang berpuasa.

Tuesday, August 09, 2011

Menu berbuka dan sahur

0 comments

Ubat-ubatan dari klinik pertama telah habis, namun selsema + batuk + sakit kepala + badan masih bersisa.

Ini pula ubat-ubatan daripada klinik kedua (baca: klinik lain). Lafaz 'Insya-Allah sembuh' cukup untuk memberikan harapan, dengan izin Allah sembuh hendak nya. Amin.

Selamat berbuka buat semua. Nikmatilah juadah sebaiknya dan elakkan daripada membazir.

Menu berbuka dan sahur

0 comments

Ubat-ubatan dari klinik pertama telah habis, namun selsema + batuk + sakit kepala + badan masih bersisa.

Ini pula ubat-ubatan daripada klinik kedua (baca: klinik lain). Lafaz 'Insya-Allah sembuh' cukup untuk memberikan harapan, dengan izin Allah sembuh hendak nya. Amin.

Selamat berbuka buat semua. Nikmatilah juadah sebaiknya dan elakkan daripada membazir.

Saturday, August 06, 2011

Kabus @ jerebu?

0 comments

7pagi di kajang

Tuesday, August 02, 2011

1st Day of Ramadhan

0 comments

Alhamdulillah hari nie kakak puasa penuh sehari. Pagi tadi kakak bangun sahur dengan bersemangat, 'Papa, kakak bangun sendiri, takde orang kejut pun. Kakak terbau makanan, sedap'.

Tadi petang, setengah jam sebelum berbuka, tiba-tiba adik nak makan otak-otak kegemaran kakak. 'Kakak pon nak satu!', kata kakak sambil berdiri sebelah meja dengan wajah terliur. 'Kakak kan puasa, kejap je lagi..', tegur papa mengingatkan. 'Eh, kakak terlupa. Lambat lah azan kan papa?'.

Tahniah buat kakak. Moga kuat semangat meneruskan ibadah puasa.

1st day of Ramadhan

0 comments

Alhamdulillah hari nie kakak puasa penuh sehari. Pagi tadi kakak bangun sahur dengan bersemangat, 'Papa, kakak bangun sendiri, takde orang kejut pun. Kakak terbau makanan, sedap'.

Tadi petang, setengah jam sebelum berbuka, tiba-tiba adik nak makan otak-otak kegemaran kakak. 'Kakak pon nak satu!', kata kakak sambil berdiri sebelah meja dengan wajah terliur. 'Kakak kan puasa, kejap je lagi..', tegur papa mengingatkan. 'Eh, kakak terlupa. Lambat lah azan kan papa?'.

Tahniah buat kakak. Moga kuat semangat meneruskan ibadah puasa.

'Deeja puasa. Deeja makan sikit je', kata adik sambil mengunyah otak-otak.

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez