Tuesday, June 28, 2011

Kakak's day

0 comments

Kakak: Papa bila kakak-day?
Papa: Hah? (Papa yang sedang khusyuk menyiapkan kerja jadi bingung kejap dengan pertanyaan kakak)
Kakak: Kan ada Papa-day (baca: Father's day), ada Ibu-day (baca: Mother's day). Bila kakak-day?
Papa: Tak ada kakak-day. Ada papa-day dan ibu-day je.
Kakak: Adik-day pon takde? Kenapa?
Papa: Kerana papa dan ibu istimewa. Kakak kena kawin dulu, dapat baby, baru boleh dapat ibu-day.
Kakak: Kakak nak kawin dengan sape?..

Sunday, June 26, 2011

Outstation

0 comments

Papa baru balik dari outstation selama 3 hari. Sebelum papa pergi, kakak berpesan; 'Papa ambik lah gambar kakak dan adik. Nanti kalau papa lupa muka kakak macam mana? Boleh lah papa tengok gambar kitaorang.'

Monday, June 20, 2011

Doa bangun tidur

0 comments


Dalam kereta ketika dalam perjalanan pulang daripada Sunway Pyramid. Kakak sudah terlelap keletihan di sebelah papa. Ibu pula sedang termenung di tempat duduk belakang melayan perasaan. Adik memang tidak senang duduk, sekejap memanjat-manjat, sekejap bernyanyi-nyanyi dan ada kala memintal-mintal kolar baju papa sambil menghisap jari..

Papa: Adik baca doa tidur

Adik: Bismillah irrahman irrahim.. bismikallahumma ahya wa amutu. Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

Papa: Pandai nya! Baca doa bangun tidur

Adik: Bismillah irrahman irrahim.. BANGUN!! BANGUN!! BANGUNNN!!!

Sunday, June 19, 2011

Happy Papa's Day, 2011

0 comments

Kakak tulis sendiri kad nie. Adik pulak tukang conteng-conteng.

Kawan baru

0 comments

Inilah kawan-kawan baru adik dan kakak. Sheesha (duduk) dan Sheila (baring). Comel kan?

Friday, June 17, 2011

iPhone

0 comments

Kat kampung pon ada jual iPhone murah punye, start from RM8 je. Monggo mampir...

Friday, June 10, 2011

Petang di kampung

0 comments

Alhamdulillah selamat sampai di kampung nenek midah 12.30 tengahari tadi. Kebetulan exit Bandar Penawar / Desaru di SDE baru saja dirasmikan dan dibuka kepada umum. Perjalanan santai daripada batu pahat-senai-desaru mengambil masa hanya 2jam setengah.

Seronok melihat adik dan kakak bermain bersama pakcik, abang serta kakak-kakak di kampung.

Rumah pusaka

0 comments

Suatu ketika dulu, rumah inilah tumpuan kami sanak-saudara terutamanya pada musim perayaan, musim buah-buahan serta musim cuti persekolahan. Terlalu banyak kenangan. Namun Sejak arwah embah tiada, rumah pusaka ini sudah lengang.

Cik Man sudah berpindah ke sebuah rumah kecil yang lebih selesa di seberang jalan. Namun setiap hari pasti singgah mengusahakan kebun kacang panjang di belakangnya.

Sunrise di kampung

0 comments

Sempat merakam mentari pagi yang muncul hanya seketika dicelah-celah pokok serta dedaunan bersama kokokan ayam dan kicauan unggas. Damai...

Nasi ambeng

0 comments

Alhamdulillah sempat juga singgah ziarah Cik Sah dan keluarga serta sempat bertahlil bersama di Parit Kaseh, Batu Pahat. Tuntutan kerja termasuk sabtu dan ahad membantutkan hasrat menziarah arwah Cik Minmin yang meninggal dunia pada sabtunya akibat komplikasi jantung.

Takziah pada Cik Sah serta keluarga. Semoga tabah dan redha dengan ketentuan Allah S.W.T. Moga rohnya mendapat keampunan serta rahmat hendaknya. Al-Fatihah

Nasi ambeng

0 comments

Alhamdulillah sempat juga singgah ziarah Cik Sah dan keluarga serta sempat bertahlil bersama di Parit Kaseh, Batu Pahat. Tuntutan kerja termasuk sabtu dan ahad membantutkan hasrat menziarah arwah Cik Minmin yang meninggal dunia pada sabtunya akibat komplikasi jantung.

Takziah pada Cik Sah serta keluarga. Semoga tabah dan redha dengan ketentuan Allah S.W.T. Moga rohnya mendapat keampunan serta rahmat hendaknya. Al-Fatihah

Wednesday, June 08, 2011

Anak-anak syurga..

0 comments

Children of Heaven, begitulah tajuk sebuah filem daripada Iran yang difilemkan sekitar tahun 1997 dan ditayangkan di TV Al-Hijrah malam tadi.

Sebuah filem yang berpaksikan hanya pada sepasang kasut namun mempunyai kesan mendalam pada sesiapa yang menontonnya.

Kisah Ali (9 tahun) yang berasal daripada keluarga miskin, kehilangan kasut adiknya Zahra semasa berhenti membeli kentang usai membaiki kasut tersebut. Walaupon sedih, dalam usia sebegitu muda mereka sudah dapat memahami dan menerima (redha) dengan kesukaran ayahnya mencari rezeki serta keadaan ibunya yang sedang sakit.

Takut untuk menceritakan keadaan sebenar serta tidak mahu menyusahkan kedua orang tuanya, Ali dan Zahra bergilir-gilir memakai kasut Ali untuk ke sekolah walaupon kasut itu terlalu besar untuk Zahra. Setiap kali habis sesi persekolahan, Zahra akan berlari dan bergegas pulang supaya Ali dapat memakai kasut tersebut untuk ke sekolah pula. Dan seringkali juga Ali lambat sampai ke sekolah sehingga dimarahi oleh guru displin.

Seringkali Zahra menangis sedih kerana terpaksa memakai kasut Ali yang tidak sesuai untuk nya.

Maka Ali berazam untuk cuba mendapatkan kasut untuk Zahra.

Kebetulan, ada acara marathon yang menawarkan sepasang kasut sebagai hadiah bagi pemenang tempat ketiga. Berbekalkan azam tersebut serta wajah sedih Zahra sebagai pembakar semangat, Ali menyertainya dengan harapan mendapat tempat ketiga. Namun sayang, Ali menjadi juara dan sekaligus terlepas peluang memenangi hadiah kasut...

Filem ini berjaya membuat kita berfikir dan lebih menghargai serta bersyukur dengan apa yang kita ada.

===========
Kisah lain...

Deeja sudah beberapa kali kehilangan kasut / selipar. Tiap kalinya hilang semasa Deeja tidur dalam dukungan..

Tuesday, June 07, 2011

Beradik-beradik

0 comments

Kakak dan adik bersama baby, elephant serta tasya.

Friday, June 03, 2011

Ganas

0 comments

Adik agak ganas...

Adik suka pukul kakak.
Adik suka tolak kakak.
Adik suka tarik baju kakak.
Adik suka cakar muka kakak.
Adik suka kacau kakak belajar.
Adik suka bawak lari alatan belajar kakak.
Adik suka conteng buku sekolah kakak.
Adik suka hadang kakak semasa menonton TV.

Kakak tak balas, kakak cuma menangis dan mengadu pada Papa dan Ibu saja.

Tapi ada masanya ganas adik menjadi-jadi sehingga mencederakan kakak, masa tuh Papa takde pilihan lain selain menjadi RAKSASA GANAS.... HUARGHHHHHHHH!!!

Wednesday, June 01, 2011

Helang Biru terbang tinggi

0 comments
Tiada siapa menyangka, percubaan pertama bermain paintball serta menyertai pertandingan menghadiahkan kami dengan tempat ketiga dan dikalungkan dengan pingat gangsa.

Semuanya hasil komunikasi, penyusunan strategi serta kerjasama yang baik diantara ahli pasukan walaupon penyertaan tersebut pada mulanya hanya sekadar untuk suka-suka sahaja.

Walaupon kekurangan pengalaman, situasi panik tertembak ahli sendiri yang menyebabkan kerugian mata, daya pengelihatan yang rendah akibat topeng berkabus akibat hujan tengaharinya serta hujanan peluru yang tiada penghujung namun kami mampu mara sehingga ke peringkat separuh akhir.

ALHAMDULILLAH!

Gaya bangga setelah mendapat tempat ketiga

Bersama hamper kemenangan

Bersama pingat kebanggaan

Pingat Gangsa sebagai pengubat lebam-lebam akibat peluru serta sakit-sakit badan..


Penghargaan buat ahli-ahli pasukan;
Tuan Haji Jamal (Kapten)
Hamazri
Amin
Zikri

*hutlista ulu yam, paintball
 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez