Thursday, December 27, 2007

BAH!!

0 comments
Suboh tadi, lepas mandi papa terus masuk bilik nk amik sejadah, tetiba je.. "BAH!!", qila bersuara.
"BAH!", qila bersuara lagi.
Rupanya Qila baru bangun dan terus main CAK-BAH ngan papa. Terkejut papa.

"Muahh", papa kiss budak busuk tuh. "Papa solat dulu ek sayang", papa kata sambil berlalu kuar. "BAH!", qila masih bersuara sambil gosok2 mata dan bergolek2.

Lepas solat, papa tengok qila senyap jek. Papa gosok2 badan tapi takde respon. Laaa tido lagi anak papa tuh. Ibu kata qila tak lena nk tido pasal panas dan berpeluh. Aircond dh rosak / takpenah servis, dah tak kuar udara sejuk.

Tkpe, nnt papa kasi servis itu aircond. Tp, kena pasang gak aircond kat bilik qila tuh, kena tido bilik sendiri ek sayang.

Wednesday, December 26, 2007

Tanak kawan!

0 comments
Sepanjang pagi cuti semalam cuma duduk di rumah. Ibu masih berbaring kerana masih tak sihat. Papa pulak sibuk menguruskan bisness yg telah beberapa hari ditinggalkan akibat cuti raya korban. Qila pulak sibuk bermain dan mencari orang untuk temankan bermain.

Papa cuba layan qila sebaik mungkin dan cuba menjawab pertanyaan2 serta ngomelan budak comel tu. Sesekali qila datang pada papa sambil kata, "Nak duduk!". "Papa tgh buat keje sayang", jawab papa lembut taknak keciwakan hati qila. "Papa, nak duduk. Qila nak keje", kata qila lagi sambil sebelah tangan memegang bucu meja dan yg sebelah lagi menekan2 keyboard. "Alah takyah lah, papa nak buat keje", jawab papa sambil halang tangan qila. Bila papa buat tak tahu, tak lama qila terus berlalu sambung main dan cakap sendirian.

Tapi qila tak berhenti disitu, bila bosan main sendiri qila akan datang kacau papa lagi dan lagi. Sampaikan papa takleh concentrate nak buat keje.

So, papa terpaksa gak berhenti keje dan layan qila bermain sambil duduk depan TV dan memasang building block. Papa tukang pasang, tak sampai 5 minit qila dh robohkan dan berlaku berulang2. Sampaikan papa letih nk memasang.

"Qila main elok2 lah, jgn robohkan penat papa nk pasang", kata papa. Tapi qila buat tak tau jekk. Yerlah kalau ikutkan logik budak comel berusia 2 tahun tuh mana lah pandai lg nk control kekuatan tangan dia.

Pastu papa amik dan pasang semula mainan tuh, "Nie papa punye, qila jgn robohkan!". Qila cuba nk amik, tapi papa tak bagi. "Nie papa punye! Fuiyoooo power mainan papa, fuiyoooo", sambung papa lagi.

Qila try gak nak amik, tapi papa tetap tak bagi. "Nie papa punye! Fuiyoooo power mainan papa, fuiyoooo. Spiderman boleh panjat2, boleh pusing2, fuiyooooo", papa sambung dengan muka eksen.

Qila terus diam sambil menekap muka pada lengan diatas lutut, "TANAK KAWAN PAPA!"

Alahai huduh sangat jadinya bila papa gaduh ngan qila over such a stupid thing. Sorry ek sayang. Papa try tak buat lagi. I luv u soooooo much!!

Monday, December 24, 2007

Happy 2nd Birthday!!

0 comments

19th December 2007

Happy 2nd birthday to Aqila. Bought nicely decorated cupcakes from http://happycakesblog.blogspot.com AND held a simple birthday bash for HER and ATOK at her grandparents house in Kg.Segambut Dalam.

Aqila is turning TWO and Atok is turning 57 OR 58??

hummmm Just have to do something special for her birthday coz she' been singing birthday song since few months ago. Tak sampai hati oooo. Time flies when you're having fun, and TIME REALLY FLIES!!

Papa & Ibu luv you soooo much sayang.

Thursday, December 13, 2007

Beyak

0 comments
Kat tepi sofa;

"Emmmmppphhhhhhhh
.
.
Emmmppppppphhhhhh
.
.
Emmmpppphhhhhhhhh
.
.
Dah! Nak basuh beyak!", Qila kata.

"Basuh berak ngan Ibu ek", Papa kata.
"Basuh beyak ngan Ibu", Qila ikut.
Ibu dah buat muncung panjang. Papa dah sengih2.

"Nak basuh beyak ngan Papa", Qila kata pendek tuka pilihan
"Ala papa tak sembahyang lagi. Qila basuh berak ngan Ibu boleh?", papa pujuk.
"Nak basuh beyak ngan Papa BOLEH?", Qila jawab
"Ala papa tak sembahyang lagi!", Papa mintak simpati.
"Basuh beyak ngan IBU, BOLEH?", Qila jawab lagi

Papa terus lari masuk bilik sembahyang. :D

Wednesday, December 12, 2007

A_QI_LA!

0 comments
Qila memang suka tanya;
nie sapa punye?
tuh sapa punye?
lori sape punye?
bas sape punye?
kete sape punye?

Dan semua benda tuh papa kena jawab; 'Aqila punye!'.
Kadang2 qila akan jawab sendiri, 'KIA punye!' dan kadang2 akan Qila akan sambung, 'Papa punye takde'.

Qila membahasakan diri sebagai KIA dengan sebutan yg agak pelat tapi clear.

Last monday masa balik drp school, kita melepasi sebuah lori besar yang memang selalu diletakkan kat situ. 'Lori sapa punye?', papa tanya.
'A..QI..LA punye', qila jawab dengan nada tersekat2 tapi confident
'Sape punye', papa tanya lagi ingin kepastian
'A..QI..LA punye!' jawab qila pasti.
Papa dan ibu berpandangan sesama sendiri dan tergelak

Hilang sudah bahasa diri KIA dan digantikan dengan AQILA bersama sebutan yang YAKIN dan JELAS.

I'm so proud of you my dear! Mesti kena torture ngan cikgu suruh sebut nama Aqila betul2 ek? But Papa kinda miss sebutan KIA pelat tuh :)

Thursday, December 06, 2007

Empty House

0 comments
Qila was diagnosed with mild HFMD on Monday. Rashes dan bintik2 berair naik kat tangan, kaki, mulut. Dalam mulut pulak tumbuh ulser dan menyebabkan qila rasa tak selesa esp bila nak makan serta air liur yang asik meleleh. Tapi bila doktor tgk qila masih boleh nyanyi2, joget2, mengomel anda bertanya itu ini SO, doktor suh qila balik je. Takyah masuk ward.

Kebetulan pulak kat umah tuh air paip agak kotor, berkarat dan warna kekuningan. Dan pihak pengurusan bagi notis nak cuci tangki on wednesday & thursday.

So, terpaksa hantar qila dan ibu balik segambut. Atleast dapat bekalan air bersih utk mandikan qila. Dan ade orang lain yg boleh tgk2 kan qila pasal ibu pon agak KURANG SIHAT.

Tapi papa terpaksa balik ke Kajang kerana terlalu banyak kerja yg perlu diuruskan. Dan setiap kali balik kerja to an empty house rasa cam sayu jerk. Terlalu kosong hidup nie tanpa keletah Qila dan bebelan ibu :)

Yeaaa yeaaaa hari nie Qila & Ibu balik Kajang!

Tuesday, December 04, 2007

Kia Punye!

0 comments
Rasanya semua barang kat dunia nie Aqila yang punye.
Lori sape punya? Kia punye.
Bas sape punya? Kia punye.
Tu Kia punye.
Ni Kia punye.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
DOG, Kia punye.

"Heii, DOG HARAM. Dog dirty, bad dog!", Papa dan ibu cuba utk terapkan nilai halal dan haram untuk kefahaman Qila.

"Dok hayam, bad dok. Meow je", Qila sambung dengan nada faham sambil angguk2 on the way to nursery.

*Kia = Qila, ikut pelat sebutan

Sunday, November 25, 2007

BOLEH?

0 comments

Qila suka tengok cerita ELMO. Hari-hari Qila tengok cerita ELMO. Kadang-kadang Qila tengok cerita ELMO sampai 2-3 kali dalam satu hari. Bila Qila tengok cerita ELMO, Papa & Ibu pon terpaksa layan ELMO.

Kadang-kadang bila dah bosan sangat tengok cerita ELMO, Papa terpaksa buat muka garang bila Qila asik nak pasang cerita ELMO. Tapi Qila dah pandai merengek2 dan buat2 merajuk semata2 nak tengok cerita ELMO.
Bila berkeras tak kena, Papa akan cuba pujuk cara lembut. 'Papa nak tengok cerita Papa BOLEH?', dengan selembut intonasi dan bahasa. Tapi Qila pulak kata, 'Qila nak tenok cerita Qila BOLEH?' dengan muka naughty dan manja2.

Terpaksa layan ELMO lagi lah nampaknyaaaaa

*U so clever ahh?? I yuv u so much u know???

Wednesday, November 21, 2007

Nak pegi MAKAN

0 comments
Semalam, papa kejut qila bangun pagi utk tukar pampers. Seperti biasa qila akan terkulat2 gosok mata sambil tongeng2 carik feel utk bangun. Bila dah tukar pampers papa ajak qila tengok citer ELMO, citer kegemaran qila.

Bila dh pasang TV dan citer ELMO tuh, papa pon tinggal qila sorang2. Seronok tengok qila suka citer ELMO tuh. Kadang qila gelak sorang2 sambil ikut aksi dalam citer tuh yang dah berulang2 kali ditonton.

Bila papa dah siap pakai baju + kemas2 + solek utk ke opis, papa pon duduk sebelah qila sambil tgk elmo. Qila terus sandarkan badan kat papa sambil manja2. Pastu qila tanya;
"Kita nak pegi APA? Kita nak pegi MANA?"
"Kita nak pegi school" papa jawab. "Qila pegi school, Papa pegi keje", papa sambung jawapan.

UWAAAAAAA qila mula nangis yang dibuat2 sambil merengek2. "Taknak pegi school", qila cakap. "Abis kalau taknak pegi school, Qila nak pegi mana?", papa tanya mintak kepastian. "Nak pegi MAKAN", jawab qila ringkas dalam rengek manja.

Sebak hati papa. Rasa sayu pulak dengan permintaan tu. Bagi qila istilah MAKAN tuh ialah keluar jalan2. Biasanya cuma hari cuti / sabtu dan ahad je papa dan ibu pakaikan qila baju cantik dan bawak qila jalan2 + makan2. Kalau ikutkan hati nak je papa cuti hari tuh dan bawak qila jalan2. Tapi bila pikirkan tanggungjawab dan cuti yang dah tinggal sisa, terpaksa papa hampakan permintaan itu. Sedih, sayu silih berganti.

Insya-Allah bila kita ade rezeki lebih, bila usaha bisness papa stabil dan berjaya, DAN Insya-Allah masa tuh papa dan ibu ada masa lebih terluang, nanti kita jalan2 lagi ye sayang.

I yuv u soo much!

Tuesday, November 06, 2007

Langkawi Trip

0 comments
This is our 2nd vacation for this year... tp rasanyer2 last for this year.. next year citer lain..
Trip kali nie kita naik flight .. seronok dan kurang penat compare to drive.. definitely la kan.. tp ongkosnyer lebey skit.. nasib baik dpt fare yg murah so ok la... tq air asia ...

1st day (Thur, 1 nov 2007)
start journey agak pagi sebab flight pukul 11.25 a.m... konon2 nak kuar rumah kul 8 pg tp biasa la nenong nenong.. kul 8.30 gak la kuar rumah.. nasib baik la umah dekat ngan kl sentral.. tp sesat gak la nak cari terminal skybus tu.. last2 turun jek kat terminal biasa.. berlari cari tmpt bas .. nasib baik la masa sampai tu bas tak jalan lagik.. this is also aqila first time naik bas.. tgk muka aqila excited sgt.. sebab tingkap baskan luas bole tgk macam .. kalo dlm keta tu pemandangan dier limited.. punya la syok duk dlm bas sampai tertido ... mmg behave betul qila masa tu.. nie yg ibu seronok bawak jln2 nie ...

nasib baik flight on time.. dudukkan qila kat seat pasang seat belt before nak departure tu.. nasib baik tak meragam ... bile flight dah kat atas ... sibuk qila ckp nak tgk awan.. tq papa layan qila.. ibu dah nak pening tp still ok sebab flight stable lagipun cuaca cantik..

sampai kat airport langkawi, daddy ngan mummy amik.. murah jugak mpv .. rm 200 utk 2 hari.. kira ok la dr harga before nie yg kitaorg dpt. lepas mummy ngan daddy amik terus shot pegi beras terbakar.. shoppinggggg .. sebab malas nak balik hotel nanti nak kuar balik gi amik atok ngan nenek lak.. nenek ngan atok naik flight petang.. so kitorg pun apalagik soppping la dulu... sblm amik nenek ngan atok pekena abc kat satu gerai tepi jalan nie.. ntah apa nama gerai ni.. tp abc dier mmg superb la... sedappppp sgt.. tp kitorg kempunan tak dpt nak rasa lagik abc nie sebab tak sempat.. nie yg kena pegi lagik langkawi.. :)

lepas amik nenek ngan atok.. lepak hotel malam tu makan kat area pantai cenang .. kat sini makanan dier sedap .. makan lauk hidang, ada kari kepala ikan, daging kicap, ayam madu, ikan goreng rempah, ulam ngan sambal belacan.. mmg sedappppp yg amats.. yg buat lagik sedap sebab atok banje.. yehaaaaa... timakasih atok...

lepas makan apa lagik sopping la .. kat area pantai cenang ni byk kedai kecik2.. tp cam mahal skit sebab ramai tourist duk area nie... tp mahal2 pun ibu beli gak la satu selipar.. murah2 jek.. ala2 ranggoli skit tak pe la nak sambut deepavali kan ..

sampai hotel apa lagik...ZZZzzzzzzzz

2nd day (fri, 2 nov 2007)
kitorg kuar hotel dlm kul 9am .. pegi breakfast dulu.. lepak makan depan gerai underwater world.. tp masa tu tutup lagik.. this time tak pegi underwater world rasanyer ikan tak byk lagik.. kat sini nasi lemak dier ada mcm2 lauk.. pastu kat bungkusan tu dah siap2 ngan nama lauk(initial die la) ada nasi lemak sotong, ikan pedas, ayam, ikan bilis mcm2 lagik la.. tp kat sini biasa jek tak de la sedap sgt... lepas makan terus pegi cable car.. masa sampai tu dah ramai org.. ramai budak skolah.. tp tak naik gak cable car ingat kan mahal (rm 25) .. tp tu harga utk tourist.. malaysian dlm 15 tp masa tu dah nak balik lagipun qila pun dah panas sgt masa tu...

tp yg syoknyer kat cable car tu bole main/bagi makan ngan arnab dan kijang/rusa. ibu ngan qila menjerit2 bila arnab tu dtg.. manja sgt.. ibu takut la ngan arnab cam geli .. tp lama2 tu bila papa ajak qila pegang arnab baru qila ok.. kira dpt la qila pegang arnab.. rusa/kijang tu mmg ibu lari siap2 sebab rusa tu suka sondol la.. geli sgt ... mmg tak takut org la rusa tu...

lepas pegi cable car ingat nak sopping kat idaman suri (plg terkenal la kat langkawi ni) tp tutup la plak.. lupa ari jumaat org kedah cuti .. mmg frust.. lepas tu sopping la jugak skit2 kat area pekan kuah tu.. on the way balik hotel, singgah sekejap beras terbakar sopping lagik kat situ... baju2 kat situ murah2 gak..

malam lepak kat hotel jek... sebab qila dah pengsan lepas maghrib sampai ke pagi.. kirim jek makanan kat atok ngan nenek...

3rd day ( sat, 3 nov 2007)
finally dah nak balik dah.. kejap jek rasa... terus checkout.. malas nak patah2 balik hotel .. last kopek sopping kat idaman suri.. kekononnyer tak nak dah beli apa2 .. tp terjebak jugak.. ibu beli gak set pinggan mangkuk melamine .. dah alang2 sampai kan.. nak tunggu dtg lagik tak tau bila.. sopping sekejap jek sebab dah nak gi airport.. atok ngan nenek flight kul 12.50 .. so rush skit la sopping tapi ok gak kalo tak ntah apa lagik ibu beli yg bukan2 ...

kita nyer flight dlm 2.15 .. on time jugak alhamdulillah walaupun cuaca tak ok.. sampai umah dlm kul 6 +- ..

so far vacation nie paling kurang penat dlm perjalanan sebab naik flight kan.. tp overall its very enjoy n fun vacation.. maybe sebab kita pegi ngan orang2 tersayang.. tak kisah pegi mana sekalipun kan... tak sabar for the next vacation.... yehaaaa

sabahhhh here we come....

p/s : emmm sabah trip mama sponsor kan.. heheheh

Monday, October 08, 2007

PANIK!

0 comments
Weekend lepas kita pegi umah nenek kat segambut berbuka puasa sama dorang sempena weekend terakhir sebelum balik beraya ke Kota Tinggi. Tapi sebelum tuh drop-by kat segambut amik nenek dan pegi IKEA beli barang utk rumah dulu.

Ikutkan list memang agak panjang, tapi price tag dan duit dlm poket tak balance lak. So beli je lah mana yang penting dulu. Beli blind utk bilik qila, beli bunga artificial utk meja makan, beli lampu kelip2 raya, throw utk sofa yang dah nampak buruk digasak qila dan lain2 lagi.

Kat situ qila asik nak main je. Suka betul qila main permainan yang disediakan. Dan qila taknak berkongsi dengan orang lain. "Qila punye!", "Qila punye!", "Qila punye!", qila cakap kalau ade orang nak main sama. Siap halang dengan badan tak bagi orang tuh sentuh.

Bila dh lama main dan masa nk ke tempat lain, tapi qila degil. Qila nak main gak, taknak langsung gerak dari tempat tuh. Puas papa pujuk qila, tapi qila tetap tak mau. Bila papa nak angkat Qila buat lembikkan + beratkan badan tanda protes. Payah papa nk angkat.

Tapi papa angkat gak qila dengan berpegang pada dua tangan kecik qila tuh dan letak dalam stroller. TIBA2 qila start menangis. "SAKIT... SAKIT... SAKIT..." dan papa tengok tangan kanan qila agak lembik dan terkulai je. Meleleh2 air mata qila dan berkerut muka menahan kesakitan. Papa sentuh dan urut2 tangan kanan tuh, tapi qila makin kuat menangis. Papa dah panik. "PATAH ke?". Papa nak pegang dan periksa tapi qila tak bagi, "SAKIT.. SAKIT..." qila nangis sambil berkerut2 muka menahan kesakitan. Tak lama lepas tuh qila terlelap. Tapi kadang2 mengerang sakit. Papa makin panik dan berpeluh sejuk. Macam2 yang melintas difikiran. TAKUT sangat.

Nenek cakap, kalau qila boleh gerakkan jari dan tangan maknanya takpatah. Mungkin terseliuh je kot. Tapi papa tetap panik. Tak sabar nak tunggu qila bangun, nk suruh qila gerakkan tangan qila. Lama gak qila tido, bila bangun qila masih lagi merengek "SAKIT... SAKIT..." sambil berdukung kat ibu. Longlai jer papa tgk tangan kanan tuh.

Tapi tak lama lepastuh qila dh boleh gerakkan tangan sambil main SANDART. Seronok tgk qila main. Abis bersepah2 pasir berwarna-warni tuh. Pandai Ibu pujuk qila. Bila tgk qila happy main dan tangan dah boleh gerak2, papa rasa lega. Sepanjang qila menangis2 tuh macam2 papa doa, tuhan je yang tahu. Alhamdulillah semua ok

Pastu, ibu bagi papa peluang main SANDART ngan qila. Ibu bagi papa peluang pujuk qila. Seronok plak main benda tuh. Nanti kita main lagi ye sayang.

*Papa janji, takan tarik/angkat tangan qila camtuh lagi. Papa akan angkat qila betul2.
*Mekasih Ibu ;)

Monday, October 01, 2007

Bad Mood

0 comments
Semalam kita kuar pegi alamanda carik kasut raya qila + beli barang dapur yang dh memang kering kontang kat umah. Papa memang rasa letih skit, coz semalamnya papa mengecat rumah + bilik qila. Start lepas suboh membawak ke petang dan malam. Pukul 2 pagi baru papa tidur, kemudian bangun bersahur. Lepas suboh sambung tido lagi, rasa letih sangat.

Ibu kata dh banyak kali ibu kejut. Qila pon dah banyak kali kejut papa, tapi papa memang dh tak sedar, dah pengsan kot. Almost pukul 12 baru papa sedar. Qila dh merajuk, taknak layan papa pasal papa tak bangun2. Ibu pon dah siap pakai baju lawa dia.

Walaupon letih, papa layan gak lah qila dan ibu shopping. Tapi qila buat ragam skit, penat papa nk layan. Sampaikan asik kena marah jek. Mungkin qila masih merajuk kat papa + saje tunjuk perasaan. Tapi yg pasti, shopping smlm kurang seronok. Selalu qila ok jerk, nie banyak songeh lak dia.

Papa rasa bersalah sebab asik marah qila semalam. Rasa cam bukan papa yg baik pulak. Tapi pagi tadi papa dh mintak maap kat qila. 'Qila maapkan papa ek', qila angguk2 kepala je

Thursday, September 27, 2007

Kena Gigit

0 comments
Semalam qila kena gigit lagi kat nursery. Sebelum nie nampak gak bekas2 gigitan kat lengan dan yg terbaru kat betis. Mula2 tak perasan, tapi lepas mandi masa sapukan minyak panas kat kaki qila + urut2 sikit baru papa perasan lebam berbentuk satu set gigi bulat kat betis tuh. Nampak macam lebam skit.

Tapi semalam luka gigitan tuh teruk sikit. Terkopek kulit tangan qila. Walaupon dah kering sikit, tapi rasanya darah gak masa kena gigit tuh. Teacher cakap qila nangis sampai tertidur. Bekas aliran air mata (kering) tuh pon masih nampak lagi kat pipi. 'Ina gigit', qila cakap dengan sisa air mata kat kelopak. Sian anak papa.

Dalam perjalanan balik tuh papa & ibu bagi qila nasihat skit + ajar camne nak buat kalu ina nak gigit lagi.
- 'Qila jgn main ngan ina ek. Jangan dekat2 ngan dia'
- 'Qila main ngan kawan2 lain lah'
- 'Kalau ina nak gigit lagi, qila tolak kepala dia'
- 'Kalau dia nk gigit, Qila pukul je dia'
- 'Qila gigit je dia balik'
- etc

Tapi air mata qila mula bergenang2 + muka pon dah macam nak nangis. Mungkin qila ingat papa & ibu marah kat qila. Papa & ibu cuma nak bagi nasihat dan ajar camne nak defend for yourself. Nnt takde lah orang gigit + buli qila lagi.

Sian anak papa. I yuv u!

'Papaaa'

0 comments

Pagi tadi bangun sahur seperti biasa lebih kurang pukul 5 pagi. Menu sahur hari nie simple macam hari2 yang lain. Nasi + sambal sardin. Awal ibu bangun nak siapkan makanan utk papa sahur. TQ Ibu.

Lepas abis makan, papa angkat suma pinggan kotor dan bawak ke dapur utk dicuci. Ibu tengah gosok baju. Bila dah settle semua pinggan mangkuk tuh dicuci, kemudian papa cuci pulak botol susu qila. Tengah ralit + syok memberus botol tuh, tiba2 kaki papa dilanggar dan ditangkap dari belakang. Terkejut papa. Bila papa toleh, rupanya qila yang peluk kaki papa. Pastuh qila cakap, 'Papaaaa' dengan suara manja. Mood baik nampaknya anak papa hari nie, cukup tidur kot.

Awal betul qila bangun, belum pon pukul 6. 'Nak susu', qila cakap. Tak sempat papa nk abiskan cuci botol tuh. Siap buat susu, papa teman kan qila minum susu + lepak2 depan TV.

Malam tadi qila cakap, 'I yuv u so much'. Soooo cute! :)

Monday, September 24, 2007

Pak Long

0 comments
Smlm tetiba PakLong qila SMS, dia on the way ke KL. Ade interview kenaikan pangkat on Monday. Papa pon berjanji ngan PakLong nak amik dia kat Petronas Sg.Besi. Tp sebelum tuh, papa singgah dulu kat kedai hardware beli cat + barang2 mengecat. Raya tahun nie Insya-Allah Qila dapat bilik sendiri. Dalam minggu nie papa akan cuba settle kan mengecat. Katil + wardrobe + bookcase (ibu punye) pon dah beli. Insya-Allah hari nie / esok sampai, maka papa akan sibuk skit bertukang nk pasang barang2 tuh.

Dekat nk buka tuh, Ucu pon datang. Mula2 qila malu + takut ngan dorang. Nangis + asik nk dukung. Tp, tk lama lepastu siap main sekali. Malam, nak tido sama ngan dorang lak, tak mo tido dlm bilik sama papa & ibu. Mana bleh jadik. Ibu paksa gak Qila masuk bilik.

Nnt bila bilik qila dah siap cat + dah lawa, Qila kena tido bilik sendiri ye. Tapi papa tgk qila nie makin lasak lah tido. Hari tuh almost jatuh drp katil tinggi. Bantal penghadang pon dh tertolak ke bawah. Qila tido betul2 kat tepi katil, kalau berkalih sikit jee mesti bedebuk jatuh. Masa tuh papa tk tido lg, tgh wat keje skit. Sib baik papa tergerak nk tgk qila.

Tak sabar nk mengecat :)

Qila dh start conteng2 dinding. Dah ade 2-3 tempat yg bertanda. Pastuh qila siap tunjuk2 lagi tempat contengan dia tanpa rasa bersalah. Kalau papa marah / tegur nnt qila buat muka merajuk, pastuh nak pukul papa lak. Naughty.

Takpelah, conteng lah. Nnt ade alasan nk cat baru :D

Wednesday, September 19, 2007

1 tahun 9 bulan

1 comments
Hari nie genap umo qila setahun 9 bulan. Cepat betul masa berlalu. Rasanye baru je dukung qila yang kecik berbedung lagi. Skang qila dah besar panjang. Dah pandai buat macam2. Ayat yang keluar drp mulut comel qila pon dah makin panjang walaupon kadang terpaksa main teka2 apa yg qila cakap.

Qila dah pandai baca doa makan. Suka betul papa dengar qila baca. Papa suka tgk mulut qila sebut bait2 doa tuh, begitu sedap bunyi nya dengan slang2 pelat qila.

Semalam papa dengar qila baca Al-Fatihah ikut orang mengaji kat TV. Terkejut papa, cepat betul qila tangkap apa yg qila dengar kat nursery.

Qila pon dh pandai nk pakai baju sendiri. Qila akan duduk kemudian masukkan dua belah kaki dlm seluar pastuh berdiri, dan tarik seluar ke atas. Tapi qila masih struggle nk pakai baju lagi. Bila papa nk tolong, qila tak bagi. Smlm qila nak masukkan kepala lalu lubang tangan baju, mana boleh. Pastuh papa nak tolong, qila siap elak2 + geleng2 kepala dan cakap 'SIBUK'.

Skang Qila suka tengok ELMO. Arituh papa penin kepala nak belikan qila mainan ape. Spt biasa mainan mahal2 + tak tentu lagi benefit utk qila in terms of mengasah minda + belajar. Lama gak pusing2 dekat setengah jam, and then papa decide belikan VCD ELMO + SESAME STREET. Tapi masalahnya, qila asik nk pasang VCD tuh. Papa ngan ibu nk tgk TV gak :)

Smlm qila tido lambat. Dekat kul 11 mlm qila masih nk main lg. Ibu dh terlelap letih memasak. papa pon dh tak larat nk layan qila. Patutnya papa start buat keje bila qila tido. Tapi qila still nak main. So, papa matikan TV, padam semua lampu, bawak masuk qila dlm bilik, letak atas tilam sumbat tuting, bagi bantal peluk dan papa terus LELAP sebelah qila.

Satu ayat baru qila, 'Awak tak power'. Tah ape lah yg qila main kat nursery tuh :D

Moga qila akan terus sihat dan takde sakit2 lagi. Insya-Allah tahun nie kita raya lagi kat Kota Tinggi ye. Selamat berpuasa sayang. Walaupon qila tak bleh puasa lg dan selalu nk sumbat makanan dlm mulut papa & ibu.

Selamat berumur 1 tahun 9 bulan.

Friday, July 27, 2007

ibu new toys ...

1 comments

Akhirnyer dapat juga ibu a very beautiful kitchen cabinet .. lamanyer berangan nak dpt kitchen cabinet + papa hadiahkan ibu oven .. yea yea yea .. sayang papa .. muahsss...

so beberapa hari lepas ibu pun meng'test' condition oven tu.. ibu masak ayam bakar ngan carrot muffin .. both dish turn out really good... maknanyer function kat oven tu ok.. sonok sgt ... semalam ibu buat chipsmore qila (big fat giant chocolate chip - rinchan nye resepi) .. chipsmore tu mmg kena buat besa2 .. kalo buat kecik2 nmk huduh ... rasa die ok ... not so crunchy .. ibu suka yg ranggup2 cam famous amos tu... tak pe nanti buat yg lain..

citer qila plak,
ok skang qila dah makin berpatah2 cakap .. ibu ngan papa kekadang paham tak paham jek apa yg qila ckp... dah makin byk vocab yg qila tau.. pastu dah pandai baca doa makan.. smlm masa ibu nak pakai kan qila baju.. qila duk bebel2 sorang2.. ibu ingatkan apa la yg anak ibu ckp ni.. lama2 ibu denga.. laaa doa makan ker... pandai anak ibu.. nanti suh cikgu ajar doa lain lak ek..(baca:pemalas punya mak)

pastu skang nie qila kuat skang makan .. bagi jek la apa saja sumer qila sumbat masuk mulut.. sampai papa selalu ckp .. 'qila hujan pun tau berenti tau' .. pastu muka qila mesti terkemut2 tahan nangis ... sian plak tgk.. lagi satu skang dah pandai mintak aiskrim ... 'nak eskem' .. papa mesti tak bagi sebab qila skang batuk.. tp kekadang tak sampai hati tgk muka qila yg angelic tu ala2 nak nangis.. bagi la jugak..

alhamdulillah problem sembelit dah ok.. yak2 qila pun dah cantik tak keras lagik.. lega hati papa ngan ibu.. pasni ibu janji takkan tuka susu qila lagik.. rasanyer qila mmg serasi ngan susu NAN tu la.. nasib baik la kat sensei nie susu tu tak semahal kat care4..

skang dah pandai majuk.. masuk bilik.. nyuruk blakang langsir dgn muka cam nak nangis.. kekadang kelaka gak .. tp biarkan jek la.. nanti di layan makin ngada.. pantang kena marah skit majuk.. mcm ikut perangai mak dier jek... nak wat cam na anak ibu kan.. (baca:sian papa kena layan 2 org yg suka majuk dlm umah hehehhe)


Friday, July 06, 2007

6 Julai, setahun yang lalu

0 comments
On this date 6th July a year ago, Papa & Ibu had an accident on the way to office. At that time, Qila's only 6-7 monthsold. Maybe you don't understand anything, but kita sepatutnya bersyukur kerana Allah masih memberi Papa dan Ibu peluang untuk menjaga dan mencurahkan kasih sayang pada qila.

Seperti biasa, 7.30pagi tahun lalu Papa dan Ibu akan hantar Qila di nursery. Masa nie qila dah selesa duduk disitu. Dah biasa dan dah manja dengan teacher, so papa dan ibu pon tak risau sangat. Masa nie papa dan ibu masih menggunakan Motorsikal untuk ke pejabat. Kononnya nak jimatkan sedikit duit oleh kerana perjalanan yang agak jauh + harga minyak yang mahal + kadar toll yang semakin naik. Memang tidak dinafikan setiap hari kami berdepan dengan bahaya. Yelah naik motor nie umpama mentimun, menggelek sakit digelek pon sakit. Setiap hari kami hanya berdoa keselamatan, kelancaran perjalanan, kemudahan untuk sampai ke destinasi pergi dan balik, DAN pasrah serta berserah.

Untuk keselamatan, papa menggunakan laluan kecemasan untuk mengelak daripada bahaya dihimpit/dilanggar kenderaan besar. Bila sampai dihadapan Furniture World jalan sungai besi, tiba2 sebuah MPV hitam membelok masuk secara melintang tanpa sebarang isyarat. Masa tuh memang dah dekat sangat jarak antara motor dengan MPV tersebut. Ditambah dengan keadaan jalan yang agak menurun bukit, papa tak sempat nak berhentikan motor. Semuanya berlaku dalam sekelip mata jer. Papa nampak MPV tuh masuk menghalang jalan, sebuah motorsikal dihadapan melanggar bahagian depan dan menyebabkan penunggang wanita tuh melambung dan masuk kedalam parit. Kemudian papa rasa impak yang kuat dari bahagian hadapan, keadaan jadi gelap gelita, papa rasa diri papa seperti terbang dan jatuh menyembam bumi.

Kemudian masa seolah2 terhenti. Gelap gelita, sunyi sepi beberapa ketika dan kemudian papa dengar sayup2 Ibu panggil nama papa. Mula2 perlahan, makin lama makin kuat. Bila buka mata, muka papa dah kat tanah. Rasa sakit menyerang segenap penjuru. Papa tak boleh nak bangun dan rasa kebingungan.

Kemudian beberapa orang menarik papa untuk bangun dalam kepayahan. Masa nie darah keluar mencurah2 dari luka berlubang di tangan. Bahu rasa terlalu berat. Lutut dan kaki kanan terlalu sakit untuk digerakkan. Sakit, bisa, dan darah keluar dengan banyak dari bahagian mulut. Papa dah tak larat nak buat apa2. Macam2 yang terbayang kat mata. Terbayang qila, ibu, dan macam2 lagi.

Kemudian papa dan ibu diusung ke dalam sebuah kereta waja yang sedia menunggu. Besar betul jasa uncle tuh pada keluarga kita. Habis kereta dia kotor dengan darah papa. Tapi dia cakap "Takpe, naik je. Mengucap ye."

Kemudian kami diiringi dengan kenderaan polis yang kebetulan berada ditempat kejadian menuju Hospital UKM.

Sampai di HUKM, papa dan ibu terpisah. Papa terus dibawa masuk ke wad kecemasan (ER). Papa mengalami impact yang kuat dibahagian mulut membuatkan beberapa batang gigi patah kulit bibir dan bahagian dalam mulut terkoyak. Terlalu banyak batu dan pasir dalam mulut papa. Kena hampir 20-30 jahitan yang amat menyakitkan sampaikan papa mengalirkan air mata. Walaupon ade bius, tapi kesakitan tuh tetap terasa. Papa jugak terpaksa kena 3-4 jahitan lagi dibahagian lutut yang koyak akibat hentakan yang kuat sehingga menyebabkan seluar yang dipakai koyak rabak dan bahagian lutut mengalami bengkak yang serius dan menyebabkan kesukaran untuk berjalan selama sebulan lebih. Satu tulang jari dibahagian belakang tapak tangan patah dan kulitnya bocor dan darah meleleh2 keluar. Impact yang kuat juga meninggalkan kesan pada bahagian bahu dan dada sehingga papa menghadapi kesukaran untuk bernafas. Sampai sekarang bahu papa masih terasa sakit akibat hentakan kuat itu. Papa tak boleh nak angkat barang2 berat sangat. Tapi kadang papa gagahkan je.

Masa nie ibu yang uruskan segala-galanya. Walaupon ibu pon mengalami kecederaan pada muka yang terkoyak dan berparut serta kaki yang berjahit. Tapi ibu gagahkan juga utk jaga qila yang asik merengek dan tak mau ikut orang lain.

Monday, June 18, 2007

Happy Father's Day

0 comments
Ibu n' aqila ..

just nak wish papa.. Happy Father's Day... TQ for being such a wonderful father ...
we both loves u so muchhhh....

Thursday, June 07, 2007

savings n' such....

1 comments
sejak 2 menjak nie ibu rasa cam nak berhenti keje jek.. tp kalau ibu benti keje sapa nak baya duit keta, duit umah, insurance .. byknyer pakai duit skang nie.. kalau ibu benti keje sapa nak beli baju ibu, lipstik ibu, mainan qila, baju qila ...

ibu nak kena start saving ngan drastiknyer .. nanti qila nak masuk skolah .. nak gi skill class(ni ibu berangan ok .. tp rasanyer ibu akan usahakan) pastu adik2 qila lagik .. insya allah amin...
ibu nak kena sort out everthin' .. brapa nak kena simpan, brapa yg bole sopping.. brapa kena simpan kalau nak gi holiday.. ibu nak ikut auntie norizah nyer saving style (norizah ko mesti bangga aku sebut nama ko dlm mende2 yg begitu ilmiah ok..) ..

ibu kena kuat semangat... papa please remind me to put aside a few bucks utk saving.. kena betul2 simpan (b4 this hangit2 tahi ayam)

checklist yg kena buat
1) open another savings a/c - any xtra money will be put here
2) open TH a/c - long term investment
3) ASB loan - short term investment max 5 years only


p/s - papa remind me to do all those checklist.. tq muahs muahs .. i love u..

Tuesday, June 05, 2007

ABC 123

0 comments
Sekarang qila dah pandai baca A-B-C sampai Z dan kira 1-2-3 sampai 10.

Mula2 tuh papa dan ibu pon tak perasan qila dah pandai nak baca A-B-C. Tetiba qila cakap ABCe' dengan slang pelat. Papa dan ibu antara paham dan tidak. Tapi bila dah dua-tiga kali qila sebut ABCe' tuh baru lah kami paham, rupanya nak baca/nyanyi lagu ABC. Papa dan ibu akan nyanyi lagu tuh sama2 dan qila akan cuba ikut hampir semua huruf dangan mulut terkumat-kamit antara kedengaran dan tidak. Tapi dari gerak bibir dan bunyi yang keluar, qila dah boleh mengikut lagu tuh. Bila salah seorang papa/ibu tak nyanyi sama, qila akan sebut 'PAPA' or 'IBU' sambil pandang kearah kami sebagai tanda supaya ikut nyanyi bersama2. Qila akan ikut rentak lagu tuh sambil kepala dan badan bergoyang ke kiri dan kanan. COMEL SANGAT!

Rasanya nie lah hasil daripada pemerhatian dan pergaulan qila kat nursery. Banyak yang qila blajar kat sana, sampaikan papa dan ibu kadang2 kagum bila qila ade kemahiran baru yang bukan kami ajar.

Qila pon dah pandai kira 1-2-3 sampai sepuluh. In ENGLISH dan BAHASA MALAYSIA. So cleaver anak papa nie. Qila dah pandai kira ikut turutan dan mengisi ruang kosong. Bila papa/ibu kira ONE, qila cakap TWO. Bila papa/ibu kira THREE, qila cakap FOUR dan seterusnya sampai TEN.

Nie mungkin jugak pasal qila dh biasa dengar papa dan ibu mengira 1-10 masa bagi ubat puff dan semasa buat susu qila. PANDAINYEEEE

Tuesday, May 22, 2007

SOLAT

0 comments
Qila nie bijak sangat lah. (Alhamdulillah).

Qila dah pandai turut kata. Dan dah paham arahan2 tertentu yang biasa dibuat. Bila papa tanya, 'Qila nak mandi?', Qila akan senyum + sengih sambil menarik2 baju utk ditanggalkan. Dah pandai juga tanggalkan lampin, walaupon cuma sebelah pelekat je. Kemudian akan masuk dalam bilik amik towel dan terus jalan terkedek-kedek pegi bilik air. Tp, kalau mandi air sejuk Qila mesti merengek. Kalau air panas sgt pon qila akan merengek. So, suhu air kena sedang2 je. Tp, kadang papa mandikan je qila ngan air sejuk biar segar skit badan anak papa yang berpeluh2 akibat main tuh. Eeee MASAM!

Qila pon dah paham bila papa / ibu nak solat. Qila akan ikut papa / ibu masuk dalam bilik sambil cuba tarik sejadah dan telekong. Ibu kata qila tak kacau bila ibu solat, tapi kenapa qila kacau papa solat. Kadang2 qila jalan2 kat atas sejadah, kadang qila peluk kaki papa, tp papa tak marah. Papa tau qila suka tgk orang solat. Qila pon suka dengar azan kat TV. Qila akan lari2 cari ibu/papa bila dengar azan kat TV.

Smlm ibu pakaikan qila telekong. COMEL nye dia. Pastu qila cuba ikut perlakuan solat. Bijak btol anak papa nie.

Moga bila besar nnt, Qila tak tinggal solat. Amin.

Monday, May 14, 2007

Selamat Hari Ibu

2 comments


Selamat menyambut Hari Ibu buat ibu aqila. The best and the greatest ibu in the whole wide world!

Tuesday, April 17, 2007

YAK !!!!

1 comments
last sunday lepas gi beli groceries kat alamanda, lepak2 depan tv kat umah..
sebab penat sgt papa tertidur kat sofa.. tinggal la qila ngan ibu dok main2 kat living hall tu...
masa tgh main2 tu kejap2 qila cakap.. yak !! yakk!! (read : yak = berak :)) .. ibu tgk suar qila.. ibu ckp tak de pun... qila pun geleng pastu ckp .. t'de tde means tak de..

dah lama sgt main2 tu .. ibu ajak qila gi mandi kolam.. since cuaca ok.. rasa rugi lak lepak jek kat umah.. mintak kebenaran papa.. pastu apa lagik terjun kolam la... qila sonok sgt mandi kolam... terkekek kekek qila gelak kalau ibu simbah air kat muka..

tiba2 ngan muka cam ala2 panik qila tu.. qila sebut kat ibu yak!! yak!! yak!! .. ibu pun rasa jek bontot qila.. mmg betul qila yak.. byk lak tu.. nasib baik tak tembus lagik.. pandai qila ckp cepat2 nasib baik ibu caya.. pastu biler masuk bilik air jek.. berjejeh kuar.. heheheh ...
pandai la anak ibu ckp nak yak...

lepas dah abis yak tu apa lagik kan qila... terjun balik la dlm kolam.. mastu tu dah lega dah .. ibu siap selamkan qila lagik ... sonok sgt.. nanti kita mandi kolam lagik ek.. pasni kita ajak papa skali.. sian papa ari tu tak dpt join kita kan... next time qila yak kat papa lak ek.. :)

Monday, April 16, 2007

JENGAH

0 comments
Sekarang qila dah pandai nak jengah LCD kamera papa. Setiap kali papa pegang kamera + lepas amik gambar, nanti qila jengah muka nk tgk LCD. Kadang tak sempat nk amik gambar lg, tp qila dah jengah.

redang ....

0 comments
its been 3 weeks since kita balik dr redang.. tp what the heck.. better late than never.. :)
ok.. lets ibu start with the ...

the journey to terengganu
we start the day around 8am.. lepas makan sume.. off we go ...
mula2 suma org xcited.. yer la first time gi terengganu drive... on the way pegi terengganu cuma keta ibu ngan atuk jek.. yg lain dah pegi dulu... mama yani n' family naik keta kita..
bile dah masuk kuantan ingatkan dah tak lama lagik sampai rupanyer makk aii jauh lagik perjalanan.. masa kat kuantan dah pukul 11.30 am... tp still ok.. sesat jugak la 2-3 kali.. last2 atuk dpt jugak jumpa jalan .. masa dah masuk terengganu .. cantik sangat sebab lalu tepi laut.. singgah makan kat restoran kat tepi laut tu .. besttnyerrr ngan angin sepoi2 bahasa.. lapar yg amat masa tu.. tp mmg cantik tempat tu... so kita pun teruskan perjalanan lagik.. jalan .. dan terus jalan.. mmg jauh betul nak ke merang tu.. kita sampai merang terus jek pegi jeti takut esok nak gi sesat lak.. dah sampai jeti tu lebey kurang pukul 6pm.... lamanyerrrr rasa kat dlm keta cam nak patah pinggang ... pas dah tgk2 jeti tu sumer.. carik la umah tumpangan yg murah2.. dpt la satu umah tu.. ok gak harga bilik tu dlm rm50 utk bilik air-cond .. ok sgt kan...

1nd day (the day)
pagi2 lagik sumer org dah bangun.. masing2 dah tak sabar gi redang nie.. terbayang pantai dier yg putih bersih tu... lepas breakfast, kemas2 barang mana yg patut ... off we go to jetty .. masa kat jetty family opah dah sampai... kali ni pegi bercuti ramai sgt... sonok pegi ramai2.. happening skit.. tp weather a bit cloudy + raining .. tp tak pe asalkan selamat sampai .. so kita bertolak dr jetty ke redang around 11am.. laut agak bergelombang .. so dlm bot cam duk dlm buaian.. kepala ibu mmg dah berpusing satu mcm.. lepas tu nak dekat sampai redang lak salah satu enjin tu rosak la plak.. bertambah beralun bot nie.. ramai gak yg muntah .. termasuk la ibu ..(hehehhe ibu mmg wajib muntah dalam bot) ..

dlm kul 12pm .. alhamdulillah selamat sampai ... sonok sgt.. sampai2 kat resort .. cantikkkk resort tu.. walaupun dlm internet looks gloomy tp sebenarnya tmpt tu cantik (p.s papa : papa gi propose gamba papa amik ke travel agent tu) .. pastu kita dpt 2 pantai yg cantik.. sonok sgt.. rasa tenang jek .. sebab tgk laut yg cantik membiru.. lepas lunch everybody take some time duduk kat buaian yg gantung kat pokok kelapa.. mmg rasa relax + nyaman sgt dgn angin sepoi2 ...

after 2.30 ibu n' the rest of the family gi snorkeling.. tp masa tu lepas hujan .. laut agak bergelora so ikan cam tak byk yg cantik2.. pastu masa tu bot tu plak rosak.. dah la rasa terhuyung hayang lagik kat dlm bot tu.. ibu rasa cam nak muntah jek....

malam tu we had bbq .. its the best bbq that ibu ever had... everthing fresh .. the prawn, squid, fish .. very yummy... pastu makan kat tepi laut with all the people u love .. its like a blessed from Allah.. alhamdullilah.. we must do this often..

2nd day
start the day by walking by the sea... very refreshing.. rasa cam tak mo balik kl... rasa nak duduk forever jek kat situ... pas bfast ibu bawak qila mandi laut.. tp qila tak suka.. asik nangis jek .. kena bawak selalu tepi laut la.. pastu qila langsung tak mo main pasir ... asik duk kuis2 pasir tu kat kaki qila.. masa qila baby lagik qila suka sgt main pasir... so fast u change .. nevermind i think u'll change again .. but this time u will love the sand.. :)

jalan2 tepi laut .. amik gambar... papa byk sgt amik gamba.. lepaks with the family... seem everyone bz... this is the time to catch up.. a lot of gossiping among us (the cousin.. heheh)

3rd day ( finanlly the sad day)
take the opportunity to se the sunrise.. very very beautiful... after all the packing ... apa lagik amik gamba la.. not so much activities on the last day.. cuma lepak depan resort memorize everthing..

the journey home realllyyy tiring... but indeed fun.. tp next time kalau nak pegi redang lagik.. ibu will take flight.. penat sgt ...

eventhough its really a very long journey.. but we have fun and happy....

p:s .. papa kecikkan gamba kat merang and a few gamba kat redang.. ibu nak masukkan dlm nie la..

Monday, April 09, 2007

JALAN

1 comments
Sabtu dan Ahad lepas memang takde aktiviti nak buat. Papa dan ibu pon letih nak jalan2, so kita duduk rumah je. Main2 ngan qila, bawak qila jalan2 kat bawah kononnye bersenam.. pusing 2 round je pastu gi beli nasik lemak.

Qila tido, papa pon tido. Tp qila tido kejap2 je. Bila qila dh bangun, papa still tido lagi. Petang tu bawak qila jalan2 kat pasar malam. Qila memang suka jalan2 tengok orang sambil duduk lepak dalam stroller.

Tapi semalam, ade satu aktiviti terbaru qila. Iaitu pimpin tangan papa dan ibu tarik/jalan sampai ke dapur. Ade 7-8 kali gak qila hulur tangan pada papa dan ibu sambil menarik dan pimpin kami jalan sampai dapur. Papa dan ibu layannnn jer lah. Besar mana sangat lah rumah kita tu, beberapa langkah je dah sampai dapur. Mesti qila tak puas nak jalan. Nampaknya papa dan ibu kena beli banglo dengan laman yang luas supaya qila puas bermain + berjalan + berlari (bersama adik3)... Insya-Allah

Qila pon dah pandai sebut beberapa perkataan baru;
AKIT (sakit)
JATUH
DOK (dog) - banyak amat anjing kat kajang tu. Tak mustahil qila lebih kenal anjing drp binatang2 lain
KU'MA (kurma) - Qila selalu pegi peti ais sambil sebut ku'ma. Tp qila takde lah makan sangat kurma tu, cuma suka amik sendiri dari kotak, gigit hujung dia pastu bagi papa or ibu
CICEN (chicken) - ni qila try ikut papa sebut. Adelah bunyi2 skit
ADUH

Mungkin ibu boleh tambah mana2 yg papa terlupa.

Thursday, March 29, 2007

PANAS

0 comments
Qila nie jenis yang mesti dapat apa yg qila nak. Itu yg ibu cakap, dan itu gak yang papa perhati. Selagi tak dapat apa yg qila nak qila akan merajuk + melalak + sebut NAK NAK NAK berulang kali sampai dapat.

Ari tu papa buat seteko air teh O panas. Memang baru je siap dan berasap2 panasnya. Bila qila nampak papa bawak teko tu, qila pon cakap NAK. Then papa pon amik cawan dan sudu, tuangkan suku penuh air dalam cawan tu dengan harapan cepat sejuk.

Papa ajak qila duduk sambil bersila depan TV. Papa cedok sikit air teh O panas tuh dengan sudu dan tiup supaya cepat sejuk utk qila. "PANAS, fuh fuh fuh" papa bagi isyarat pada qila harap qila paham dan tunggu sebentar sambil munjung qila terikut2 seperti orang sedang meniup.

Tapi qila memang tak sabar nak tunggu air tu sejuk. Tiba2 qila terus genggam erat sambil tarik2 cawan berisi air panas tu dari tangan papa. "Qila, panas, panas, panas" papa bersuara beri amaran supaya qila berhenti menarik sambil cuba mengimbangi air panas dalam cawan daripada tumpah kena qila.

Qila tak peduli dan terus menarik2 tangan papa dengan kuat sampaikan papa terpaksa meninggikan suara, "QILA, PANAS, JANGAN TARIK, NANTI TUMPAH!!!". Tersirap darah papa bila tengok air panas tuh hampir tertumpah atas qila. Dan mungkin suara papa terlalu tinggi sampaikan qila tersentak dan terus menangis dengan kuat.

Sungguh2 qila menangis sampaikan tak mahu dengan pujukan papa. Tapi bila ibu pujuk tangisan qila makin reda dan akhirnya qila terlelap letih.

Dan semalam teacher report pada ibu yang qila nie gangster/samseng kat nursery. Qila tarik rambut dan menggoyangkan kepala 2 kawan qila kerana takdapat barang yang diminta.

Ganas nye anak papa. Ikut sape nie??? Nampaknya papa n ibu kena buat sesi mintak maaf pada parents mereka. Qila jangan buat lagi tauuu!!!

Thursday, March 22, 2007

TUTOP!!

0 comments
Sekarang qila dah makin besar, mulut pon dah pandai nak sebut2 perkataan. Dan rasanya qila pon dah mula boleh nak kaitkan perkataan tertentu dengan makna perkataan tersebut.

NAK, NANAK
Dulu cuma pandai cakap NAK je. Tapi masalah nye semua benda qila NAK tapi sebenarnya TAK NAK. So kadang papa & ibu keliru antara qila betul2 NAK dengan TAK. Tapi sekarang dah pandai cakap NANAK sambil geleng2 kepala bila tak mau sesuatu. Suka tengok rambut panjang qila beralun kiri dan kanan bila qila geleng kepala. Comel!

AIR
Qila pon dah pandai sebut AIR. Walaupon sebutan tak berapa jelas, tapi dah boleh tangkap maksudnya. Qila pon suka gak minum air kosong, so kira tak cerewet lah anak papa nie yeee. But kadang bila qila sebut AIR sebenarnya bukan maksud air kosong dalam cawan/bekas, tapi AIS! Dan skang nie asik batuk2 kerana asik minum/makan ais ketul. Tapi ibu dah kuatkuasakan larangan minum/makan ais utk qila skang. Papa je bole. "Milo Ais satukkkkk!"

BAWAK
Qila pon dah pandai ulang perkataan yang papa/ibu sebut. Dan qila dah pandai tolong kemas tempat tido. Qila akan tolong angkat bantal dan selimut yang dah siap dilipat ke bilik satu lagi. "Qila tolong bawak bantal" arahan. "Bawak"qila jawab sambil jalan terkedek2

TUTOP
Beberapa hari lepas masa sedang bersiap2 nak keluar tiba2 qila cakap "TUTOP" sambil capai remote TV dan beraksi seolah menekan butang OFF sambil menghalakan remote kearah TV. Bijak btol anak papa. Tapi apsal pekat sangat sebutan tutup tuh? Alamak slang JAWA ke?

PAPA, PAPA, PAPA
Qila pon dah pandai ulang perkataan PAPA tuh berulang2 kali. Tapi masalahnya panggilan tu bukan hanya utk PAPA tapi panggil IBU pon guna perkataan tu. Bila nak keluar rumah je, kalau salah seorang (papa/ibu) takde, qila mesti toleh belakang sambil sebut PAPA, PAPA, PAPA sambil hulur tangan minta dipimpin. Mungkin qila rasa tak lengkap tanpa salah seorang dari kami. Sweet sangat!!

*more picture @ http://www.flickr.com/photos/blueshades

Tuesday, March 20, 2007

To ibu,

2 comments

Monday, March 19, 2007

Happy 2nd Anniversary

0 comments
11 Mac 2007 genap 2 tahun perkahwinan papa dan ibu. Pada malam 11 Mac 2 tahun lepas, papa dan ibu selamat diijabkabul kan di Segambut Dalam. Dan pada esoknya iaitu 12 Mac baru majlis persandingan diadakan. Dan rasanya hadiah yang paling besar dan bermakna ialah Qila, dah masuk 1 tahun lebih usia qila sekarang. Makin besar dan panjang akal anak papa nie.

So, on the 12th (monday), papa and ibu amik cuti celebrate 2nd anniversary. Pagi2 lagi kami antar qila kat school dan kemudian terus menuju ke MidValley. Sambutan kali nie memang teramat ringkas. Sampai Midvalley pukul 9 lebih, banyak kedai blom buka lagi. So kami bfast kat kedai mamak luar MidValley tu.

Kemudian pukul 12tghri, kami menonton filem MUKHSIN arahan Yasmin Ahmad yang menang beberapa anugerah dalam festival filem. Rasa nie merupakan cara sambutan yang paling berkesan, celebrating love. Dan ibu menangis pada penghujung filem tu... huhhuhu

And then papa dapat gadget terbaru yang telah sekian lama diidamkan. Walaupon beli pakai duit sendiri, tapi bersyukur kerana dimurahkan rezeki untuk memilikinya. Ibu pon bagi full support untuk papa invest in something that I really love.

And to make the day perfect, Ibu surprise kn papa dengan mug special. Walaupon nilainya tak seberapa, tapi apa yang tertulis dan tertera tuh sungguh bermakna kerana ia datang dari hati yang tulus ikhlas.

Happy 2nd Anniversary to Ibu, semoga kita diberikan kebahagiaan dan kesejahteraan sehingga ke akhir hayat. Moga kita menjadi insan terbaik for each other, pada anak2 dan pada agama. Amin.

Tuesday, March 06, 2007

qila demam .. papa sakit mata

0 comments
akhir bln feb ari tu both of u sakit.. mula2 qila demam.. ingatkan demam biasa2 jek.. lepas makan ubat kebah.. 1st day ibu amik el ingatkan saje nak lepak2 ngan qila kat umah.. main2 ngan qila.. tp bile dah nak masuk tghari badan qila makin panas.. ibu dah tak sedap ati.. tp tak pe la maybe sekejap jek, petang2 nanti ok la kot. bile petang mmg qila sihat siap tunggu papa balik keje kat bawah.. lepas maghrib jek badan qila makin panas.. panas sgt .. ibu dah gelabah jugak nasik baik stock ubat ada byk.. tgh malam tu ibu bagi ubat bont** .. sampai pagi badan qila dah tak panas dah.. tp ibu ngan papa still bawak qila gi jumpa doc... doc bagi antibiotik kalau masuk 3 hari tak ok jugak qila kena makan antibiotik tu.. ibu el lagik ari tu.. papa sorang jek gi keje.. sian papa gi keje sorang ...

hari kedua qila makin teruk bdn qila lepas makan ubat ok.. pastu 2-3 jam panas balik.. panas sgt2.. sian qila ... biler bdn qila panas sgt mula la qila meragam.. sian anak ibu .. tak selesa ek.. mlm tu badan qila panas sgt.. ibu ngan papa duk basah2 kan badan qila ...
hari ketiga ibu kena jugak pegi keje.. kalau ikut ati nak jek duk umah ngan qila.. tp ibu rasa qila dah recover skit2.. ckp kat teacher tgkkan qila.. biler petang tu bdn qila panas lagik... ibu suh teacher bagi uabt.. nasib baik malam tu qila dah ok.. pastu nampak ceria sgt..
lepas demam nie mcm2 akal qila.. makin cerdik, dah paham mana satu yg nak mana satu tanak.. kalau dulu sumer ckp nak.. padahal qila tak nak..

selang 2 hari qila baik demam.. papa lak sakit mata sian papa.. merah sgt mata papa.. takut kitaorg tgk.. nasib baik lepas 2 hari papa dah ok.. sian papa masa sakit mata tak leh nak main2 ngan qila takut berjangkit.. alhamdulillah qila tak kena.. tp lepas papa baik sakit mata papa banjer kita kat mid valley.. TQ papa.. moga2 papa dimurahkan rezeki yg bykkkkkk sgt.. nanti bole banje kitrg lagik.. amin..

Thursday, February 22, 2007

Cuti CNY di PD

0 comments
Cuti panjang CNY kali nie kita pegi PD. Nenek sponsor satu apartment 2 bilik sumbat ramai2. Ok gak lama tak pegi bercuti. Papa kurang enjoy skit. Maybe letih kerja hari sabtu tu masih terasa ditambah pulak dengan meredah jem dalam perjalanan ke PD tu. Sampai je terus papa lelap, carik tenaga semula nak bercuti.

Seronok gak bercuti kat Tiara Beach Resort tuh. Walaupon cuma mandi kat kolam renang buatan yang seakan pantai tapi banyak gak aktiviti yang boleh dibuat.

Seronok tgk qila main air. Main buai pusing2 dan main gelongsor air (water slide). Masa first time main gelonsor tuh qila blom paham. Muka stone je. Masuk second and third qila dah mula enjoy sambil tergelak2. Masuk the fourth time, qila dah takut... 'NANAK, NANAK' huhuhu kelakar lah anak papa nie.

On the last day sblm balik, pagi tuh papa bawak qila jalan2 sambil tgk orang mandi. Qila senyap je sambil perhati pengunjung2 lain bermandi-manda. Dari riak muka dan gaya papa tau qila nk main air. Lepas letak handphone kat bilik papa ajak ibu mandi sekali.

Tapi yang peliknya qila asik merengek je. Macam tak selesa pon ade. Macam tak enjoy nak main air, walaupon memang nampak qila nak main sangat. Rupanya qila sakit perut nak berak. Sembelit rupanya anak papa nie. Lepas ngamuk2 + nangis2 dan keluar najis seketul dengan sedikit darah, qila terus terlelap keletihan. Kesiannya dia.

Qila nie macam papa lah. Bila setiap kali bertukar environment musti qila tak boleh berak 2-3 hari. Mungkin tak kerasan (jawa: tak biasa/selesa) kot.

On the way balik, tayar pancit di R&R Seremban. Skru satu inci terpacak pada tayar belakang sebelah kiri. Nasib baik ucu hafis blom balik lagi. Dia lah yang tolong tukar spare tyre. Orang dah biasa buat kerja berat, dalam masa 5 minit je dah settle. Papa & papa imi nak bukak skru pon tak boleh2... hapaaaa laaaaa

Dengan spare tyre takde angin tuh lah kita balik ke kajang sebelum singgah kat stesen minyak pam tayar.

The next day papa & ibu EL pasal keletihan + mengemas rumah. Puas meronda dari bangi hingga ke bandar kajang baru jumpa kedai tayar yang beroperasi. Yg lain masih cuti panjang.

Thursday, February 15, 2007

Tido

0 comments
Sekarang qila kurang lena skit tido. Kalau dulu bila dah tido, sampai ke suboh baru qila bangun sambil sengih2. Sekarang kerap gak qila terjaga dari tido sambil merengek dan nangis. Dan bila dah terjaga, payah pulak nak tido semula. Mungkin pasal cuaca agak bahang. Tapi nak pasang kipas kuat sangat takut qila rasa sejuk pulak.

Tapi macam yg ibu cakap, qila dah makin bijak. Seronok tengok qila main sorang2 sambil mulut mengomel tak tentu biji butir dan kemudian gelak sorang2. Mungkin gak pasal cukup makan + tido + main. Kalau tak, boleh tahan grumpy huhuhu

Monday, February 12, 2007

ibu bz ...

0 comments
last week is the busiest time for ibu.. terkejar-kejar buat 2 program dlm satu masa.. and the program should finish b4 CYN .. alhamdullilah everthing settle.. and ibu have an ample time to write somethin for u..

qila dah nak masuk 14 months.. dah pandai sgt .. now when we ask u to put the dirty cloths kat dlm laundry basket dgn jayanyer u will do that.. very proud of u.. very fast on understand the instruction.. same goes to buang sampah.... u know which one is rubbish n' which one is dirty cloths.. very smart anak ibu ni.. :)

skang dah tak merengek2 lagik nak tido .. tp baru 2-3 hari nie la.. hopefully berterusan mcm ni.. senang ibu ngan papa.. malam pun sekali jek minum susu.. if dah minum before tido so tak perlu lagik minum susu malam..

dan juga skang nie manja kemain ngan ibu.. mana ibu pegi mesti nak ikut.. even ibu tgh kat dapo.. mesti carik sampaikan qila bawak sumer toys yg ada kedapur..

prove that u follow me everywhere ... :)



Wednesday, January 31, 2007

Strawberry

0 comments
Papa suka makan strawberry. Walaupon agak mahal, tapi sesekali bila gaji papa akan beli. Ibu tak suka strawberry maybe pasal rasa dia masam-masam manis. So papa akan makan sorang2. Emmm sedapnye!

Papa pernah bagi qila rasa strawberry tuh sekali. Eh suka lak dia. Dan sejak tuh papa kena kongsi dengan qila. Tapi mostly qila yg banyak makan. Papa tolong gigitkan je masuk mulut qila.

Sekarang qila dah makin bijak. Bila cakap/ajak makan strawberry je, qila akan terus pegi peti ais sambil tolak/cuba buka pintunya. Lepas tuh papa akan ambilkan + basuh. Qila akan duduk atas pangku sambil papa suapkan strawberry. Seronok tgk qila makan. Nampak sedap sangat strawberry tuh.

Tp semalam ibu dah ambil + basuhkan 2 biji strawberry utk qila. Satu utk qila, dan satu utk papa. Qila pegang one on each hand. Kemudian qila duduk kat pangku papa seperti biasa. Tapi bila papa mintak satu utk suapkan ke mulut qila, qila tak bagi 'Nanak' sambil geleng2 kepala.

Kemudian papa cuba lagi mintak. Qila geleng2 kepala + gengam erat strawberry tuh sambil meronta2 turun dari pangku papa. Kemudian qila terus pegi kat hujung sofa dan menyelit diantara langsir dengan sliding door.

Kat situ lah qila abiskan 2 biji strawberry tu sorang2. 2-3 kali gak papa hulur tangan mintak, tapi qila tetap tak bagi sambil gengam erat dan melangkah sedikit demi sedikit kebelakang jauh dari papa.

Nanti papa ajar qila istilah dan makna kongsi/sharing yee. Supaya bila besar nanti qila tak tamak/lokek/mementingkan diri sendiri. Dan supaya besar nanti jadi orang yang pemurah dan baik hati, Insya-Allah.

Monday, January 29, 2007

Kini

0 comments
Rambut qila makin panjang. Smlm mummy yanna potong rambut depan melintang je. huhuhu kelaka muka qila skang. Nampak cam budak naughty jek. Style cleopatra pon ade.

Sifat ngade2 + manje + merengek2 + asik nk menempel dengan ibu makin kritikal. Makin susah ibu nk buat keje. Alahai manje nyeee.

Smlm kat umah nenek, 2 kali tangan qila kena kipas. Degil dia nie, dh berapa kali papa & ibu pesan jgn main ngan kipas tuh. Berderau darah papa bila dengar kipas tuh tersekat2 + dengar laungan qila. Sib baik takde ape2 cuma merah skit je jari dia.

Dah dua kali gak qila hampir tergolek dalam baldi masa mandi. Dah bijak sangat dah anak papa nie. First time tuh papa sempat capai bila qila nak tertonggeng dalam baldi masa cuba nk capai gayung. Tp smlm tak sempat. Qila tergelincir dan kepala sangkut kat hujung baldi. Merah gak lah muka dia tuh. Lepas pujuk, terus diam. Naughty nyeeee.

Tuesday, January 23, 2007

Tingginye papa...

0 comments

Friday, January 19, 2007

Cak!

0 comments

Tuesday, January 16, 2007

Haaaaah...

2 comments
Haaaaah... (keluhan spt melepaskan sesuatu yg berat)

Cepat btol papa terasa hati ngan qila skang. Mungkin pasal qila makin besar kot. Macam terlalu cepat qila membesar.

Sepatutnya papa bersyukur qila makin besar, makin bijak, makin comel, makin pandai merajuk, makin pandai buat macam2, serta sihat walafiat anak papa sorang nie. Tapi tuh lah sepertinya terlalu cepat sehinggakan tak terkejar perkembangan qila tuh.

Semua yang papa tau pasal qila hari nie akan obsolete seminggu dari skang. Dulu qila akan angkat tangan bila papa/ibu cakap "Sape nama qila angkat tangan!" Sekarang qila buat tak layan. Walaupon penat papa laung fullname qila. Buat tak tau je dia.

Sekarang qila pon dah pandai keras kepala. Semua benda yang qila nak mesti dapat. kalau tak dapat qila akan jerit kuat "NAK" "NAK" "NAK" sampai dapat. Kadang papa n ibu akan cuba distract qila dengan benda lain yg lagi interesting. Tapi most of the time tak berjaya. Qila nak gak benda tuh.

Kalau kat umah terpaksa lah gak papa layan kehendak qila tuh. Tapi kalau diluar, bila qila jerit2 gitu in public, geram sangat papa. Rasa nak babab jer mulut kecik comel tuh.

Once masa kat sentul lepas tgk aunty fara n baby, qila jerit2 gitu lagi kat kedai makan. Terganggu orang sekeliling yang nak lepak dan makan. Papa dah tak tahan, papa marah qila sambil pukul tangan dia. Lepas tuh papa tenung je mata qila sambil tunjuk muka garang/serius. Qila terus senyap antara nak tenung + tidak mata papa. Mungkin qila rasa takut / bersalah / tak tau nape papa marah qila.

Entahlah, mungkin qila terlalu kecil dan terlalu comel untuk dimarahi dan untuk di displinkan. But it has to start somewhere. Tegas sangat ke papa? Haaaah...

*luv u so much

Tuesday, January 09, 2007

Happy New Year ..

1 comments
Hopefully not to late to wish everyone .. Happy new Year ...

Re-cap for last year.. so many things happened.. happy days.. sad days

ok.. ibu go for happy days dulu kay..
- move to our own house
- ur cousin adriana born 27th march
- ur cousin bukhary born on 6 june (mayb.. ibu lupa la.. kena tanya mama long ieka kay)
- ur uncle iwan getting married
- ur first step (this is the mossstt happy day in ibu life)

sad days
- when u sick.. (very2 sad)
- when ibu n' papa accident somewhere in july
- ur tok in kelantan meninggal dunia(tak sempat nak pegi tgk walaupun masa die sakit.. ibu agak terkilan)

* mayb can be add later.. coz this time nie jek yg ibu ingat


Ramai yg akan tanya apa azam baru thn nie.. actually nie bukan azam its more to self motivated.. this is long term achievement,its start this year.. insya allah with all the doa's and papa support hopefully my new 'toys' will be success ... amin..

Maybe this 2007 bring happiness to all of us..

Thursday, January 04, 2007

A day at the park

0 comments

Big girl

0 comments
Rasa macam cepat sangat qila membesar. Dari dalam perut ibu yang membulat besar, kemudian keluar baby yang hanya tau menyusu dan nangis aje, merangkak, berjalan dan sampai lah sekarang macam2 yang qila dah pandai buat.

Tido pon dah tukar gaya. Kalau dulu cuma golek kekiri dan kekanan je, sekarang boleh bergolek ke semua arah. Bila betulkan balik kedudukan qila, tak lama lepas tuh mesti qila dah bergolek-golek ke lain2 arah.

Sekarang pon dah pandai merajuk bila kemahuan tak dipenuhi. Dah pandai buat2 menangis bila tak dapat sesuatu. Kadang tuh saje je papa buat tak layan rajukan qila tuh. Tapi bila tengok muka comel tuh dengan air mata dan hingus meleleh2, cair gak hati. Bila dah pujuk dan sakat2, mula tersenyum lebar tunjuk gigi kecik 4 batang tuh.

Jalan pon dah makin laju. Ada kala langsung tak mahu papa atau ibu pegang. Rasa cam dah jadi budak besar boleh jalan sendiri. Tapi kadang tuh qila hulur dua belah tangan, sebelah pegang papa dan sebelah lagi pegang ibu sambil jalan seiring sejalan.

Qila pon dah pandai ajak berjalan. Semalam bila sampai rumah, qila terus buka rak kasut carik kasut dia. Lepas tuh terus ambil dan peluk kasut tuh tunjuk pada papa dan ibu. Pandai betul qila nie, kemaruk nak berjalan lah tuh. Papa tahu qila sekarang memang suka naik turun tangga. Ibu kata qila 'obsess' dengan kasut. Takpe, nanti bila ade masa, papa ngan ibu bawak qila jalan2 lagi yeee.

*selamat tahun baru & selamat aidil adha
 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez