Sunday, May 31, 2009

Mengantar pengantin

0 comments

Nie tgh tunggu pengantin bsiap sblm btandang ke keramat di majlis pihak lelaki. Lmbt plak lh pengantin bsiap. Anyway tahniah to nadia n izam, also tahniah to paklong n maklong coz menantu tunggal.

Thursday, May 28, 2009

Tolong kemas

4 comments

Tgklah budak sorang nie. Senyap2 dia merangkak masuk dlm bilik dan tolong 'kemas' brg2 dlm bilik. Tuh lah keje adik, dia mmg suka xplore n put stuff into her mouth. Kena monitor dari jauh takut adik tcekik on benda2 kecik.

Wednesday, May 27, 2009

Bubbles

1 comments

These past few days kakak been bz with her bubbles. But can not play in the house. So she only got to play few minutes on the parking lot before or after back from school. 'main sikit je kan papa, nnt abis', kata kakak. Tp kakak mmg baik suka kongsi main ngan papa n ibu.

On another note, smlm kakak berjaya pakai pampers (read: lampin) sendiri walaupn terkial2 almost 10 minutes. If she want it, willing to work hard for it, insya-allah she will succeed. What an achievement!

Monday, May 25, 2009

Penuh keriangan

1 comments

Dan kepenatan setelah pulang drp genting, kota keriangan. Mmg seronok tgk kakak main pelbagai pmainan disana drp indoor park to outdoor park. Dan bnyk lg tk explore utk 2hari 1mlm. Tu gambar kakak n ibu dlm 'snow world' diambil oleh staff disitu. Papa n adik tunggu kt luar je coz adik kecik lg utk bdepan dgn kesejukan yg mengigit. Had fun but dead tired n scary journey ascending / descending.

Tuesday, May 19, 2009

Gotong-royong

0 comments

Anak, cucu, cicit, sanak saudara bergotong-royong menyiapkan juadah utk majlis tahlil malam ini.

Inalillah

0 comments

Ini merupakan hari yg sedih buat keluarga kami diatas kehilangan embah (nenek) tersayang. Embah menghembuskan nafas trakhir waktu subuh tadi selepas terlantar akibat sakit tu sejak beberapa bulan lalu. Dulu selalu cakap, 'jumpa lagi embah' sambil peluk dan cium pipi kanan kiri embah bila nk balik. Skarang tiada lagi. Al-fatihah buat arwah embah, moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Al-fatihah

Saturday, May 16, 2009

Minority Report

1 comments
Hari nie jiran depan rumah buat house warming and sedikit sambutan sempena baby baru mereka. Walaupon pintu rumah kami bertentangan tapi kami jarang berjumpa. Kadang kala cuma terserempak seketika secara kebetulan sahaja kerana masa kerja kami berbeza.

Jiran kami, Andrew dan Pamela pasangan berketurunan India menganut agama Kristian. Berpindah kira-kira setahun lepas bersama seorang anak nya yang comel. Kini anak kedua yg lahir kira-kira 3 bulan lepas bernama Josephine. Mereka secara personal menjemput kami datang apabila bertembung beberapa minggu lepas.

Bila memikirkan soal kehalalan makanan yang akan dihidangkan, agak keberatan juga hendak menghadiri majlis tersebut. Tetapi memikirkan tanggungjawab sbg jiran dan org yg dijemput, maka gagahkan diri juga.

Sangat berbeza perasaannya bila menjadi minoriti didalam sebuah majlis dikelilingi saudara mara-mara mereka yg tentunya berketurunan India santak segenap ruangan pangsapuri 850 kaki persegi itu. Meriah dengan gelak tawa dan perbualan keluarga.

"Baru sahaja makan", jawapan cuba mengelak kepada soalan Pam sebelum beliau menyarankan mencuba manisan tradisi India yg kurang pasti namanya. "Tak sedap", kata kakak dengan suapan pertama manisan itu yg sedikit berempah dan agak ketara rasa cengkih nya. Papa letak jari pada mulut tanda 'diam' pada kakak supaya tidak meneruskan komen yang mungkin boleh disifatkan kurang ajar bg tuan rumah. Actually the taste is not so bad. A bit different sebab kita tidak pernah merasainya. Kakak hanya makan sepotong buah tembikai.

"Nak makan nasi", tiba-tiba kakak bersuara bila melihat tetamu lain menjamah hidang nasi berlauk dengan ayam goreng. "Kita makan kat rumah nnt ibu masak", pujuk papa sambil berbisik. Kakak muncung panjang. Sebelum keadaan kakak bertambah teruk papa pon terus dukung kakak dan minta izin untuk pulang.

"Sekejap sahaja?", tanya Pam bila kami minta diri. "Dia dah nak balik", jawab papa sambil tunjuk arah kakak yg sedang dlm dukungan.

"Ibu kakak nak makan nasi", kata papa pada ibu yg sedang melipat kain sambil menjaga Khadeeja yg sedang demam.

20 minit kemudian hidangan pantas nasi bersama sup sayur, ayam goreng, telur dadar dan bawang berkicap siap. Kakak makan beberapa suap sahaja kemudian terpacak depan TV.

Tahniah pada pasangan Andrew & Pamela atas kelahiran anak comel mereka Josephine. Terima kasih juga atas jemputan.

My girls

0 comments

Sweet kan? Walaupn slh dipenyek kan pon muka ibu ttp bulat.

Strol-ly

0 comments

Pg alamanda tk bwk stroller, so guna jelah troli. Adik dh bleh duduk senang skit. Kalu nk tido, kena dukung. Kakak pn tkde nk dukung sgt. 'kakak kan dh besar, dh berat', kata kakak. Tp kena gula2 kn ngan aiskrim la.

Monday, May 11, 2009

Bakal usahawan berjaya?

1 comments

Happy mother's day to ibu. You're simply the best!

Saturday, May 09, 2009

Cousins

0 comments

Minggu ni ramai pulak ahli keluarga bkumpul di umah atok segambut. Family drp kelantan pn ada. Tlalu bnyk Lauk-pauk yg disediakan smpikn tk tau nk mkn yg mana dulu.

Thursday, May 07, 2009

Kacang cap tangan

1 comments

Td pi kedai senseh (convenient store) nk beli hair cream, tp jenama yg dicari tiada dlm jualan. So pusing tgk brg2 apa yg menarik utk dibeli. Beli freshner kereta, mini packs koko-crungh and then terjumpa kacang tu. Terus papa tsenyum teringat ayat2 kakak dulu. 'pa, nak jajan nie pa', kata kakak sambil tunjuk isyarat tangan kanan yg digengam bsama ibu jari yg terkeluar.

Wednesday, May 06, 2009

See you in court

1 comments

Baru je lepas perbicaraan kes kemalangan yg blaku julai 2006. Papa n ibu jd plaintif. N nie first time papa disoal balas dlm kandang saksi. Tersangat careful n nervous coz apa yg kita ckp akan affect the case result. Judge dia pon tersangat strict / garang. 18 mei nie keputusan dibuat, moga lancar urusan n dpt pampasan yg banyak huhu. Insya-allah.

Thanks to en.annuar sbg wakil hr/company yg turut mhadirkn diri

Monday, May 04, 2009

Takut lobster

1 comments

Kakak teramat takut dgn lobster / udang besar. Rasa takut tu bmula semasa di sabah bila pertama kali tgk lobster besar yg diangkat/tayang. Tiba2 lobster menjentik/mengeletis cuba lepaskn diri. Kakat terperanjat lalu mjerit2 histeria. N papa pn selalu lah memomokn kakak dgn udang besar itu. Tatut nyeee

Sunday, May 03, 2009

Emergency

0 comments

3.15am, still at HKL emergency since 2am. Atok hamid was diagnose with kidney stone early this week with an apmnt this tuesday. But after a few rounds of pain killers and the pain is still unbearable. So here we're for a (not so) quick checkup.

Saturday, May 02, 2009

I've got balls

0 comments

Kakak ada 4 biji bola (used to be 5), green, blue, purple n red / pink. Papa bg kakak 2 and sorokkan yg lain. Then kakak boleh teka bola kaler apa yg papa sorokan based on bola2 yg papa bg kakak. Bukan sekali dua, tp jwpn btol all the time. Pastinya bkn satu kebetulan.

Maybe kakak dh hafal kaler2 bola tsb, but it's still magical!

Friday, May 01, 2009

Aqila

0 comments

Saya pon comel kan? Umur saya 3 tahun 4 bulan. Saya makin bijak berkata2, at times banyak songeh. Saya suka pakai baju kain kembang. Saya pon suka pakai baju kurung. Saya kakak yg baik kerana saya pandai jaga adik.

Khadeeja

1 comments

Comel tak? Umur saya 9 bulan. Saya makin lasak panjat sana dan sini. Sekarang saya dh boleh berdiri sambil berpaut, serta boleh bertatih dgn bantuan papa dan ibu. At times saya agak garang. Badan agak susut coz saya kurang selera makan sejak demam tempohari.
 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez