Friday, August 31, 2012

Damai

0 comments

Sangat tenang dan damai terasa melihat Muhammad tidur lena. Tapi sayang tidurnya tidak lama setengah atau sejam kemudian mesti terjaga dengan tangisan yang tidak makan pujuk.

*barulah faham betapa tertekan perasaan watak P.Ramlee dalam cerita Ahmad Albab..




Thursday, August 30, 2012

Nenek Midah dan Muhammad

0 comments

Ini kali pertama Nenek Midah dan Muhammad bertemu. Nenek datang ke Kajang dari Johor khas untuk berjumpa Muhammad. Kebetulan Pak Long ada temujanji dengan doktor di Hospital Selayang.

Terima kasih Nenek sudi datang tengok Muhammad. Nanti cuti sekolah Muhammad balik kampung ye.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 29, 2012

Alah sayang.. sayang...

0 comments

Suatu ketika Muhammad sedang tertiarap tidur lena. Tidak berapa lama kemudian terdengar tangisan tanda Muhammad sudah terjaga. Deeja bergegas masuk kedalam bilik..

Tangisan Muhammad semakin nyaring dan kuat. Papa bergegas masuk memeriksa keadaan. Muhammad sudah terlentang jauh daripada tilam kecilnya dengan tangisan sehilang suara.

Papa: Deeja buat apa kat Muhammad?
Deeja: Deeja nak suruh Muhammad isap puting tapi tak boleh!..

*Macam mana Muhammad boleh terlentang?
*Deeja mempunyai naluri ke-kakakan yang tinggi. Deeja suka jaga dan bermain dengan Muhammad


Tuesday, August 28, 2012

Hujan rahmat pagi selasa

0 comments

Alhamdulillah pagi selasa yang basah indah dengan hujan lebat membawa seribu rahmat. Perjalanan agak lancar dengan kadar pemanduan agak berhati-hati tanpa kesesakan melampau..


Test

2 comments

Test

Monday, August 27, 2012

Riang Ria Raya

0 comments
Semalam mendapat kunjungan istimewa hari raya daripada salah seorang pangasuh kakak sejak usianya 2 bulan sehingga hampir 4 tahun. Cikgu Ros diantara pengasuh yang terbaik selain Cikgu Linda dan Cikgu Mus. Namun kakak sudah tidak kenal pada Cikgu Ros, apatah lagi adik yang hanya sempat dijaga hanya beberapa bulan sahaja.
Kemudian menerima kunjungan kawan-kawan kakak iaitu Nadia dan Anis serta beberspa rakan se-pangsapuri. Kakak juga mengikut mereka berkunjungan ke beberapa rumah lain.
*Alhamdulillah ada juga orang sudi berkunjung ke rumah kita..

Monday, August 20, 2012

Batuk

0 comments

Papa sayang saya

Papa suka dukung saya

Papa suka bagi saya susu

Papa suka 'burb'-kan saya

Papa suka cium saya

Papa saya batuk

Saya pun batuk..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, August 19, 2012

1st Syawal

0 comments

This is my first Syawal. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua!

*tiada baju melayu dan songkok saiz newborn buat Muhammad :(


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, August 18, 2012

Beradik-beradik

0 comments

Kakak, adik dan abang (Muhammad), satu hari menjelang Syawal. Yea..yea.. esok raya!

Tahun ini beraya di Segambut saja.

Selamat hari raya aidilfitri buat Nenek Midah dan keluarga di Kota Tinggi, maaf zahir dan batin.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, August 14, 2012

Rock-a-by Muhammad

0 comments

Fisher-Price Newborn-to-Toddler Rocker, mainan terbaru Muhammad. Dapat pada harga lepas diskaun terbaik, RM225 termasuk penghantaran! Harap Muhammad suka dengan hadiah itu..

*harga asal RM300++


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, August 08, 2012

Letih puasa

0 comments

Tahun ini puasa kakak lubang-lubang, hanya beberapa hari yang penuh. Walaupun kakak bersemangat bangun sahur namun waktu persekolahan yang panjang pagi dan petang sering membuatkan kakak berbuka pukul 3 petang (waktu rehat).


Selamat berbuka kakak!


Published with Blogger-droid v2.0.4
 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez