Wednesday, September 28, 2011

Super-HERO

0 comments
Adik: Papa, nak jajan Super-HERO!

Papa: Super apa?

Adik: Super-HERO.

Papa: Super-HERO? Apa tu?

Adik: Super-HERO lah!

Papa: Hah?
*sambil garu-garu kepala lalu terbayangkan Superman, Supermak serta super-super lain yang memakai cawat diluar.

Adik: SUPER-HERO!!

Papa: Super-HERO???....
.
.
.
.
.
SUPER-RING daaaaaaa




*Jajan / makanan ringan / junk food tidak bagus untuk kesihatan!!

ATM error

1 comments

Kalau mesin ATM keluar error nak buat apa?

Restart?
Atau Laporkan pada pihak bank?
Atau Buat bodo?

Tuesday, September 27, 2011

KAFA

0 comments

Insya-allah tahun depan kakak akan memulakan zaman persekolahan rasmi darjah 1 di Sekolah Rendah Taman Jasmin.

Ramai yang bertanya kenapa tidak di sekolahkan di Sekolah Convent Kajang yang merupakan sekolah terbaik daerah hulu langat, all girl school pulak tu. Payah nak menjawab soalan tersebut, kerana papa dan ibu memilih sekolah yang paling hampir dengan rumah supaya mudah transportasi, malahan sekolah convent tidak pernah terlintas dalam fikiran.

Rupanya ada hikmah pada ketentuan tersebut. Pagi tadi papa dan ibu mendaftarkan nama kakak untuk darjah 1 Kelas Agama Fardhu Ain (KAFA) Taman Jasmin yang akan berintegrasi dengan Sekolah Rendah Taman Jasmin. Integrasi bermaksud, sekiranya sesi sekolah rendah darjah 1 adalah waktu pagi maka KAFA akan bersesi waktu petang, begitu sebaliknya.

Moga kakak berseronok menikmati zaman persekolahannya serta mendapat ilmu yang bermanfaat hendaknya. Amin

Monday, September 26, 2011

Korek telinga kakak!!

0 comments
Di Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi.

(Baca:Ibu) Gemuruh menunggu giliran

Masanya sudah tiba untuk dikorek telinga

Doktor Nor Azmi sedang melakukan penyiasatan serta kerja-kerja pembersihan



Kedua-dua belah telinga mempunyai kotoran yang agak banyak serta keras.

Alhamdulillah, doktor berjaya mengeluarkan kotoran dalam telinga dalam kuantiti yang agak banyak.

'Kakak boleh dengar kuat', kata kakak berpuashati dengan hasil nya.
TERBAEKKK!!

Sunday, September 25, 2011

Lagu Sep-Sep versi 2011

0 comments

Saturday, September 24, 2011

@Masjid Putra Perdana, Puchong

0 comments

Singgah bersolat asar setelah temujanji dengan doktor telinga kakak dan beraya di rumah baru aunty sue & uncle mahyud.

Sempat juga meronda-ronda menyelusuri jalan-jalan kenangan kerana suatu ketika dulu papa dan ibu pernah tinggal disitu sehingga kelahiran kakak.

Sangat bernostalgia!

Kurang pendengaran

0 comments

Kakak agak kurang pendengaran. Selama ini kakak selalu lambat menyahut bila papa dan ibu panggil. Kakak juga akan memasang volume TV dengan agak kuat.

Rupanya kerana pembentukan tahi telinga yang banyak, penggunaan cotton buds yang memampat lalu keras dan menyebabkan kurangan pendengaran.

Hari ini kakak ada temujanji dengan doktor pakar telinga. Moga semua berjalan lancar.

*haa.. Haa.. Nanti doktor korek guna cangkul!

Friday, September 23, 2011

Kami suka aiskrim!

0 comments

Yummy!

Thursday, September 22, 2011

Hambik kau!

0 comments

Setelah membuang dua kali, adik malas nak pakai pampers. Puas dipujuk tapi tak nak memdengar kata.

Akhirnya papa pakaikan kat kepala huhu.

Biar betul!

0 comments

Bersolat sunat aidilfitri dengan berpakaian kurta + kargo pants + kopiah + selipar jepun. Tak macam beraya sangat kan?

Tapi di hari yang istimewa ini papa berpakaian baju melayu lengkap dengan sampin dan songkok. Ini baru betul-betul beraya! Terbaekk...

Sunday, September 18, 2011

Terpengaruh

0 comments

'Adik nak mekdonel!', kata adik.

'Kakak nak aiskrim', kata kakak buat-buat lupa pada batuk dan sakit tekaknya pagi tadi.

@McDonald's Bandar Baru Bangi

Taknak kawan!

0 comments

Kisah jumaat: Ibu, kakak dan adik berada di Port Dickson sejak semalam bersama atok dan nenek. Papa pula bekerja, so semalaman lah anak-anak tak jumpa papa.

Hampir pukul 8 malam tadi baru papa sampai PD. Agak lewat sedikit daripada masa yang dijanjikan kerana papa terpaksa tidur dulu untuk memulihkan tenaga setelah penat menyambut merdeka di dataran.

Menurut ibu, sepanjang hari adik bertanyakan papa. Tapi bila papa tak kunjung tiba, adik jadi bosan nak bertanya lagi.

Adik merajuk dengan papa. Taknak kawan dengan papa. Taknak dekat dengan papa.

Itu baru semalaman tak jumpa papa, bayangkan kalau papa kerja jauh..

Friday, September 16, 2011

54 tahun kemudian

0 comments

Meraikan hari Malaysia dan Kemerdekaan ke 54 di dataran.

Terima kasih pada uncle helmi yang jadi peneman dan shooting partner.

MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!

Merdeka walaupun tidak pernah dijajah.

Thursday, September 15, 2011

I'm the BOSS!

0 comments

Lately syok pulak layan kopi jenama Boss nie. Rasa kopinya memang KOPI. Rasa susu nya memang SUSU. Disamping itu ada juga sedikit tambahan serbuk koko yang sememangnya rasa KOKO.

Teringat pulak air koko Tok Aba dalam cerita Boboi Boy... SLURPPP.. TERBAEKKK

*product shoot guna camera phone pon boleh

Sele hari rara

0 comments

Cubaan kakak untuk menulis 'Selamat Hari Raya'.

Teringat dialog Sudin dalam filem Pendekar Bujang Lapok, 'Saya tulis short hand, tapi saya baca long hand'..

SEMPOI Nasi Ayam

0 comments

Kedai SEMPOI nasi ayam ini terletak di foodcourt Sg.Ramal, kajang.

Adik dan kakak cukup suka makan nasi ayam nie. RM5 bagi satu hidangan, dan biasanya kakak dan adik kongsi berdua. Selain nasi ayam biasa, ada juga nasi ayam berapi yang disediakan beberapa tangkai cili sebagai ulam.

Tempahan dan penghantaran juga boleh diururkan dengan terma tertentu.

Komen: Diharap penjual / pekerja nya boleh lebih mesra pelanggan, paling tidak pun senyum lah terutama pada regular customer.

Wednesday, September 14, 2011

Aidilfitri 2011

0 comments
Selain daripada berziarah, makan kuih, melantak ketupat + rendang + lodeh + kuah kacang dan lain-lain lagi, berikut liputan menjelang dan pada aidilfitri tahun ini..

1) Shopping


2) Raya hairdo.. mestilah bergaya di hari raya kan?


3) Shopping lagi & berziarah teman-teman


4) Berbuka puasa di Quality Hotel, terima kasih pada Papa Imi


5) Main bunga api, terima kasih PakNgah beli bunga api banyak!


6) Melihat pertunjukkan bunga api berdentam-dentum memekakkan telinga.. Dam dam dum bunyi mercun


7) Beraya bersama abang-abang sepupu


8) Kembar seiras (hanya pada baju dan tudungnya sahaja)


9) Beraya di taman permainan


10) Beraya di pantai pula


11) Merempit di shopping complex selepas pekena Nasi Ayam di Restoren Baser. Memang TERBAEKKK


12) Cucu-cucu Nenek Midah. Cuma Qaliph je yang takde kerana beraya di rumah neneknya. DARI KIRI, CEPAT JALAN!! Ehh silap. Dari kiri; Abang Long, Abang Ngah, Deeja, Aqila, Kakak Lia, Abang Kecik dan Abang Zani


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN daripada kami sekeluarga!

Tuesday, September 13, 2011

Kakak pulak

0 comments

Sejak akhir-akhir ini asyik upload gambar dan cerita adik saja.

Kesian kakak. Takpe nanti papa upload gambar dan cerita kakak bernasyid, bersukan, berhari raya dan lain-lain.

Kakak pulak

0 comments

Sejak akhir-akhir ini asyik upload gambar dan cerita adik saja.

Kesian kakak. Takpe nanti papa upload gambar dan cerita kakak bernasyid, bersukan, berhari raya dan lain-lain.

Tuesday, September 06, 2011

Kejap kecik, kejap besar

0 comments

Adik: Deeja tak pakai pampers (baca: lampin), deeja dah besar.

Papa: Deeja dah besar, dah boleh pegi skool. Kalau nak pegi skool, dah tak boleh isap jari..

Adik: Deeja masih kecik lah papa!

Papa: Tadi deeja kata dah besar, dah boleh pegi skool kan?

Adik: Deeja masih kecik. Deeja nak isap jari...

HISAP IBU JARI. Itulah tabiat deeja yang amat sukar untuk dibuang. Tabiat yang memang dibiarkan semenjak bayi. Pada waktu itu ia kelihatan seperti idea yang baik kerana tidak akan pernah kehilangan / tertinggal puting.

Tapi lama kelamaan ia mencacatkan kedudukan gigi deeja kehadapan @ jongang. Yelah, manalah ada ibujari dengan rekabentuk orthodontics kan?

Walaupun gigi adik kurang cantik, tapi adik tetap comel!

Sarapan Rindu

0 comments

Teringat nasi goreng + jemput-jemput air tangan nenek midah dan mak long sepanjang cuti lebaran. RINDU!

Monday, September 05, 2011

Biasa yang luarbiasa

0 comments

Setelah cuti aidilfitri yang panjang, kini rutin kembali seperti biasa seperti sebelum syawal, seperti sebelum ramadhan.

Kakak berkata, 'Yeaaa puasa dah habis, tak payah puasa lagi', gembira kerana berjaya puasa genap sebulan. Sangat hebat bagi gadis sekecil itu, moga kakak membesar menjadi muslimah yang mencintai dan merindui Ramadhan.

'Papa mandi cepat!', suara jeritan adik berkumandang secara tiba-tiba daripada luar bilik air. Rupanya adik sudah terjaga awal subuh tanpa dikejutkan.

'Papa, nak tengok tv', pinta adik setelah menghabiskan sebotol susu.

Sunday, September 04, 2011

Baiti Jannati

0 comments

Alhamdulillah selamat sampai kajang jam 2 lebih. Perjalanan sangat lancar, tanpa sebarang kesesakan lalulintas seperti jangkaan awal.

Pandu cermat, jiwa selamat, ingatlah orang tersayang. Selamat di jalan raya, selamat berhari raya.

Rehat dan rawat di pagoh

0 comments

Berakhir sudah cuti panjang aidilfitri.

Kakak puas bermain bersama kak lia, abg kecik, abg ngah, abg long, abg zani dan lain-lain.

Adik pula menghentak kaki marah kerana terpaksa bersekolah esok.

Moga perjalanan terus lancar, pantas dan selamat hendak Nya. Amin.

Friday, September 02, 2011

Ding Dang

0 comments

Ding dang selain Tora serta Nini coklat celup merupakan jajan (baca: makanan ringan) yang menjadi idaman sewaktu kanak-kanak dulu. TERBAEKKK

Maghrib @ masjid bandar penawar

0 comments


@ tanjung balau lagi

0 comments

Kakak: Best kan kita main pasir semalam kan papa kan. Hari nie kita pegi lagi nak? Kakak sayang papa!

Hilang

0 comments

Malam tadi, papa tersentak daripada tidur yang lena. Sebelah papa kosong, lengang... Adik hilang daripada tempat tidurny. Berderau darah dan Panik meraba-raba dalam gelap mencari adik yang bergolek dan tersorok di bawah tempat gantungan baju.

Lasak betul adik tidur. Selalu saja bikin jantung papa berdegup kencang 250km/j!

Thursday, September 01, 2011

@ Tanjung Balau Beach

0 comments


Kite bakor, kite bakorr!

0 comments

Adik antara takut dan berani bermain bunga api. Terima kasih pak ngah, beli bunga api banyakk!

Singgah solat

0 comments

Singgah bersolat dulu di masjid felda Lok Heng sebelum meneruskan perjalanan berziarah raya.

Tak dapat nak berziarah ke rumah keluarga ucu linda di felda Simpang Waha kerana ucu linda sedang dalam kuarantin demam campak. Takut pulak berjangkit pada deeja. Kesian Qaliph..

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez