Tuesday, November 30, 2010

Faro the Monkey

0 comments


I'm Faro the monkey.
I have long hands and tail.
I swings from tree to tree.
I likes banana..
And I chatters alot.. uk ukk.. ak akkk... uk ukk.. ak akkk...

Sangat COMEL kakak berbaju monyet sambil beraksi mengaru-garu kepala. Kakak mendapat sorakan serta tepukan gemuruh daripada para penonton yang terhibur dengan gelagat monyet nya.

SYABAS buat kakak!! Tapi sayang papa tak sempat nak betul-betul ambil gambar kakak. Lepas persembahan, terus saja bertukar baju.

Ia juga merupakan hari bertuah kakak, dapat cabutan bertuah hadiah utama berupa hamper! Ibu pon jadi seronok dan kagum serta gembira dapat menumpang tuah kakak itu. (baca: Ibu tak pernah menang cabutan bertuah)

I LOVE MY LITTLE MONKEY!!

*concert, graduation, kakak, smart reader, taman kajang sentral

Miss-ter potato

0 comments

Selalu lah kakak dan adik bergaduh dan merajuk kerana berebutkan sesuatu samada mainan atau makanan (baca: jajan @ junk food).

'Jijah unye! Kakak punye! Jijah egang!
Kakak pegang!', mereka bertekak.

'HEP! Apa nie gaduh2, rebut2? Papa punye, papa pegang!', papa menjadi diktator, pendamai dan pembahagi sama rata.

'satu utk kakak, satu utk adik, dua utk papa... satu utk Kakak, satu utk adik, tiga utk papa... satu utk Kakak, satu utk adik, semuanya utk papa!'

HEP! Budak2 kecik takleh makan jajan banyak2.

Saturday, November 27, 2010

Tiga nat saja

0 comments

Sejak seminggu salah satu tayar kereta kita cuma menggunakan tiga nat/skru sahaja, bila salah satu daripada nya patah akibat karat semasa proses pertukaran tayar baru. Tapi kini sudah diperbaiki.

Esok kakak ada konsert hujung tahun smart reader. Kakak kata kakak akan jadi Faro the Monkey with long hands and tail. Mesti comel!

Wednesday, November 24, 2010

Bersyukur dan berusaha...

0 comments
p/s:Ambil dr http://ceritapnut.blogspot.com/

Sangat kagum dgn tan sri syed mokhtar nie.. n hopefully bole menjadik sekurang2 skit mcm dier.. bersyukur dan sentiasa bersedekah .. moga tuhan berikan rezeki melimpah ruah utk dia dan akan dpt dikongsi dgn lebih ramai org lagik...

--
Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
BAGAIMANA sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

50.Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah kita tergolong atau bertanggung jawab menyumbang pada pembunuhan kegiatan amal orang melayu dan Islam.

Tuesday, November 23, 2010

Driving distraction

0 comments

Inilah kegemaran adik semasa papa sedang memandu. Adik akan menyandarkan kepalanya pada bahu papa daripada celah diantara dua tempat duduk hadapan. Kadangkala tangan nya sibuk menggentel kolar baju papa sambil menghisap jari.

Macam manalah papa nak fokus memandu?

Good terms, bad terms

0 comments

Tengok lah gelagat mereka berdua nie masa baik dan bersefahaman, siap berpeluk bagai lagi.

Tapi kalau dalam masa berperang, riuh-rendah dan huru-hara rumah jadinya. Macam kucing dan tikus, macam tom and jerry.

Thursday, November 18, 2010

PEACE!

0 comments

Itulah gaya spontan adik setiap kali ingin difoto. Kadangkala dengan kedua belah tangan sehingga menutupi muka..

Sejak akhir-akhir ini adik sering merengek. Tidak tahu apa yang direngekkan, kadangkala terpaksa dimarah kerana terlalu asyik merengek. Adik akan terdiam seketika sambil menyembunyikan diri dibelakang ibu sambil sesekali mengintai papa dari celah-celah lengan ibu antara takut dan sedih.

Tidak sampai hati membiarkan keadaan itu terlalu lama, akan papa pujuk dengan nada lembut sambil menawarkan makanan, pelukan, ciuman, dukungan ataupun lawak spontan.

Adik akan tersenyum lebar tanda lega papa tidak marah lagi. Adik hanya mengangguk kepala bila dinasihati supaya tidak mengulangi perbuatannya itu.

Tidak lama kemudian adik MERENGEK LAGI...

Tuesday, November 16, 2010

Hujan di kuala lumpur

0 comments

Semalam petang hujan lebat disekitar kuala lumpur serta kawasan2 yang sewaktu dengannya. Lalu lintas menjadi sesak segenap arah. Kenderaan yang terlalu banyak, keadaan jalan yang agak licin serta kawasan rendah yang dinaiki air memburukkan lagi keadaan. Perjalanan daripada subang ke kajang yang biasanya mengambil masa 45minit hingga sejam menjadi hampir tiga jam.

Alhamdulillah sempat singgah maghrib di masjid al-muhsinin, taman desa. Lepas azan isyak baru sampai di taska sambil dinanti adik serta kakak yang sudah wangi dimandikan.

Hari ini masuk hari kedua kakak periksa. Moga kakak fokus semasa menjawab soalan serta tidak terawang-awang berangan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA BUAT SELURUH UMAT ISLAM.

Wednesday, November 10, 2010

Kemajuan teknologi dan hubungan kekeluargaan

0 comments


Moga-moga hubungan kekeluargaan dan komunikasi masyarakat kita tidak akan jadi begini.

TAPI, MUNGKIN KAH INI BERLAKU?

Papa: Kakak buat apa kat skool hari nie?
Kakak: Bacalah blog kakak.
Papa: Cuti sekolah nanti skool kakak ada buat event apa-apa tak?
Kakak: Tengok lah GoogleCalendar kakak.
Papa: Kakak ada ramai kawan kat skool kan? Sapa nama kawan-kawan kakak?
Kakak: Papa tengok lah kat FB.
Papa: ....
Kakak: Lain kali papa follow lah kakak kat Twitter... (mengeluh)

*original image source

Tuesday, November 09, 2010

Coffee, tea or me?

0 comments

Cawan harian papa patah tangkainya stlh berjasa sekian lama.

Sejak itu papa gunakan cawan ibu yg ditinggalkan tanpa pemilik.

Kemudian ada org menyapa, 'Awak guna cawan asmira? Lepaskan rindu ye?'...

*Mocha-Cappuccino anyone?

Thursday, November 04, 2010

Penunggu

0 comments

Inilah penumpang2 baru merangkap penunggu kereta. Sejak 2-3 hari nie kakak mendukung baby dan elly (baca: elephant) semasa nak ke sekolah setiap pagi. Tapi terpaksa ditinggalkan dalam kerana takut jadi bahan rebutan di sekolah.

Adik pula sudah boleh menyesuaikan diri dengan rutin baru (menghantar ibu di stesen komuter kemudian ke taska) walaupon agak moody untuk ke sekolah setiap hari..

Monday, November 01, 2010

Ditinggal bas sekolah

0 comments

Harini kakak ditinggal van sekolah lagi. Pukul 9 lebih cikgu ida menghubungi papa bahawa van belum datang lagi mengambil kakak.

Sejak akhir-akhir ini kakak bangun agak awal. Kadang lebih awal daripada papa dan ibu. Mungkin kerana bersemangat nak ke sekolah atau sekadar laparkan susu.

Kesian kakak, terpaksa menunggu terlalu lama. Pasti kakak sedih...

Gigi vs lantai

0 comments

Hari sabtu kakak dan adik pi taska separuh hari sementara papa dan ibu berjumpa doktor gigi.

Adik dan kakak memang selalu terlalu seronok bila ternampak kelibat kereta kita xg bermakna mereka boleh balik.

Adik akan melonjak-lonjak dan berlari kegembiraan. Tapi malang semalam apabila adik tergelincir akibat lantai yang masih agak basah selepas di-mop.

Gigi adik terhentak ke lantai dengan agak kuat sehingga teralih kedudukan dan berdarah tidak berhenti.

Risau papa dan ibu. Namun menurut doktor tiada kecederaan serius dan dibekalkan dengan ubat tahan sakit, antibiotik dan ubat sapu (baca: ulser).

Alhamdulillah kini adik sudah sihat dan salah satu gigi depan nya sudah kurang jongang...

*gigi adik cam spongebob la ar-ar-ar-ar-arrrr

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez