Monday, March 31, 2008

Tidur sendiri

1 comments
Semalam qila tidur sendiri. Actually ini kali kedua qila tidur dalam bilik sendiri. Papa dah buatkan bilik qila lawa2 masa raya lepas, cat kaler pink dua tona dengan perabut kemasan putih serta hitam. Siap gantung gambar qila b/w dengan frame exclusive putih pada dinding pink kemerahan.

Dulu first time qila tido kat bilik tu sendirian, qila terjaga malam dan melalak kuat. Ibu terpaksa angkat dan bawak tido dalam master bedroom. Pastu, papa pulak yg kena tido luar.

Td malam ibu dah kemas katil qila elok2. Pastu papa susun semua softoys qila kat kanan dan kiri penjuru bantal. Susun elmo ngan spongebob kat penjuru kiri, serta ernie dan miki mouse kat sebelah kanan.

Pastu papa panggil qila,
'Qila come, tengok nie papa ngan ibu buat cantik', kata papa sambil pegang bahu qila masuk bilik.
'Tengok tu, cantik tak?', tanya papa sambil tunjuk pada katil
'Cantik', kata qila sambil senyum
'Eeeeeee erni, miki, elmo, panbob', kata qila happy
'Elmo ngan panbob ngan miki ngan erni dah tunggu qila. Malam nie qila tido sini ek', kata papa lagi. Qila cuma senyum dan angguk2.

Pukul 9 lebih qila dah ngantuk dan ajak masuk bilik. 'Tido ngan papa ek', tanya papa sambil baring sebelah qila atas katil kecik tu. 'Ngan Ibu', kata qila pasti.

Lama gak ibu layan qila nyanyi dan ngomel2 sampai qila tido.

6 lebih tadi qila melalak kuat. Rupanya qila jatuh katil. Sib baik papa dah susun kusyen tebal kat bawah tuh. Ibu pujuk dan angkat qila masuk bilik besar dan menyelit tengah2.

Dh besar anak papa.

Wednesday, March 26, 2008

Bluekkk

0 comments
Qila memang pandai merajuk. Kalau papa/ibu marah atau bagi nasihat, mesti qila buat muka merajuk ala-ala nak nangis sambil tundukkan muka dan cebikkan bibir.

Tapi skang tabiat qila suka mengejek dengan menjelirkan sedikit lidah dihujung bibir sambil bunyi "bluekkk bluekkk". COMEL!

Tapi kadang geram gak. Bila papa/ibu marah atau nasihatkan qila, mesti qila jelir2 lidah tanda protes, walaupon qila tau qila buat salah. Tapi smlm ibu naik angin bila qila buat gitu masa ibu bercakap. Ibu terus masuk bilik amik rotan.
"Buat lagi, Nak rotan?", tanya ibu tegas sambil tunjuk rotan panjang.
Qila geleng2 kepala dengan muka panik nak nangis.
"Hulur tangan!" ibu kata lagi sambil tarik tangan qila
Qila geleng2 kepala2 sambil menarik kembali tangan takut dirotan
"Berani lah buat lagi, Ibu ROTAN nanti", kata ibu mengugut

Qila insaf.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TAPI kejap jerkk. Tak lama lepas tuh qila buat lagi, "Bluekkk bluekkk bluekkk"

Monday, March 24, 2008

Two days without you

0 comments
Sabtu dan ahad lepas papa ada kerja di Jelebu, N9. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam melalui kawasan bukit bukau, air terjun, sungai, kampung, mengelak kambing dan lembu. A bit refreshing bila lalu kawasan menghijau dengan udara segar serta pemandangan luar bandar yang menarik. Betul lah kata peribahasa, jauh perjalanan luas pemandangan.

But the sad thing is leaving you and ibu at segambut. Rasa berat hati bila pegi outstation sorang2 nie, rasa cam hidup tak lengkap bila tak dpt layan karenah qila. Tapi apa nak buat, tanggungjawab perlu dilaksanakan.

Nasib baik gak penginapan tersedia di Hotel Sri Klawang. So takdelah penat diperjalanan kerana terpaksa berulang-alik.

Hari Ahad, lepas habis kerja pukul 4.30 papa terus rush balik. Rasa letih badan takdapat nak lawan rasa rindu kat qila ngan ibu. Pukul 6.30 sampai di segambut. Happy sangat tgk qila. Walaupon baru je 2 hari tk tgk qila rasa cam qila dh besar sangat. Macam dah tinggi skit drp masa papa tinggalkan. Mulut pon makin laju berkata2.

"Papa rindu qila. Qila rindu papa tak?", tanya papa pada qila yg duduk dipangkuan
"Windu!", qila jawab ringkas.
"Banyak ke sikit?", tanya papa lagi
"Banyak!" qila kata.

*Tahniah pada pasangan Zahir & Syahanim on their wedding

Tuesday, March 18, 2008

Shopping list

0 comments
Skang qila dah ada shopping list sendiri. Ahad lepas masa nk pegi beli barang2 kat tesco, qila sendiri cakap nak;
1) Calci-Yumm
2) Strawberry
3) Yakult
4) Ais krim

Cuma aiskrim jerk yg papa lupa nk beli.

Nie pulak barang2 yg papa/ibu dh janji nk beli, tapi tak sempat nk tunaikan;
1) Fluffy shoe utk jalan2 dlm umah
2) Kasut utk jalan2. Cepat btol kaki qila membesar
3) Cawan
4) Selipar toilet
5) Stokin
6) dan apa lagi ek??

Harap papa/ibu tak lupa utk menunaikan janji.

Monday, March 17, 2008

Happy birthday to you!

0 comments
Sebenarnya birthday qila ialah pada 19 Disember. On that date tahun lepas (2007) dah buat celebration kecil-kecilan kat Segambut. BUT normally kat school qila parents akan beli/buatkan kek dan bungkuskan assorted makanan ringan dalam bungkusan kecil / goodies bag untuk diberikan pada semua kawan2 kat school sebagai sambutan hari lahir anak2 mereka. Dan mungkin cikgu2 akan buat lah majlis kecil2lan kat situ.

Ikutkan perancangan awal memang ibu nak buat kek dan agihkan goodies bag tuh dekat2 tarikh tersebut. Tapi kebetulan masa tuh ibu masih dalam early pregnancy dan dalam keadaan mabuk + muntah2 yang agak teruk. So perancangan tuh terbengkalai. Tapi bila qila asik nyanyi lagu happy birthday jerk, papa & ibu rasa bersalah sangat.

Skang ibu dah agak sihat dengan perut yang agak BESAR dah masuk 5 bulan. So semalam ibu bersingsing lengan kat dapur dengan qila sebagai pembantu menjilat bancuhan kek. Maka siaplah 40++ cupcakes comel. Sempat gak gotong-royong bungkuskan goodies bag untuk kawan2 qila kat school. Qila pon tolong sama... tapi tolong MAKAN jerkk

Nampak sangat muka qila excited nak pegi school esoknya. Qila nyanyi lagu birthday berulang2 kali dengan penuh semangat. Walaupon mata dah ngantuk dan tertutup-tutup, tapi mulut tetap mendendangkan lagu birthday sekuat hati. Tapi tak lama lepas tuh terus senyap.

Laaaa dah tido BIRTHDAY GIRL tuh.

Pagi tadi bangun tido jerk terus nak tgk cupcakes + goodies bag tuh. Excited sangat dia.

Sorry ek sayang, lambat sangat papa & ibu tunaikan janji.
Happy Birthday 2 You sayang!! We love you soooo much!

Friday, March 14, 2008

Pampers tebal

0 comments
Haritu qila beyak. Dah penuh pampers (lampin pakai-buang) yg dipakai sampai melayut. Memang nk kena tuka, tak pepasal kang meleleh pulak.

'Qila meh papa cebuk, pegi amik pampers tebal', papa bagi arahan
'Pampers tebal? Kejap eh', kata qila ringkas sambil berlari2 anak masuk bilik

Tak berapa lama kemudian, qila muncul drp bilik sambil menayang pampers yang dibawa.
'Nie ke?', qila tanya minta kepastian
'Bukan. Tuh pampers nipis. Pegi amik yg tebal', jawab papa.

Qila pon berlalu semula ke dalam bilik, dan muncul semula tak berapa lama kemudian.
'Nie ke?', tanya qila lagi sambil menayang pampers yg dibawa.
'Bukan, bukan. Tuh yg nipis, amik yg tebal', jawab papa lagi

Qila berlalu masuk ke bilik semula dan setelah beberapa ketika, qila muncul semula.
'Nie ke tebal', tanya qila sambil menayang pampers yang dibawa.

'Haaaa betul. Pandai lah anak papa nie', puji papa.
'Yeaaaa qila pandai', sahut qila ringkas.

*pampers nipis = Huggies biru utk hari2 biasa
*pampers tebal = Mumy Poko khas utk tidur / jalan jauh supaya tak perlu tukar banyak kali.

Wednesday, March 05, 2008

Tanya sama pokok

0 comments
Nie lagu baru qila. Papa suka dengar qila nyanyi walaupon agak laju dan lari tempo.

Tanya sama pokok, apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok, angin yang goncang.

Tanya sama angin, apa sebab goncang,
Nanti jawab angin, tanyalah awan.

Awan nanti kata, aku kandung air,
Sampai tempat sejuk, aku pun cair.

Tengok dalam air, nampak bayang-bayang,
Campak satu batu, bayang pun hilang.

Papa pon suka dengar ibu nyanyi, rasa cam klasik jerkk teringat cerita2 P.Ramlee.

Bila ibu abis nyanyi Qila kata, "Ibu pandai"
Qila kata lagi, "Qila pandai"
Papa tanya. "Papa?"
Qila jawab, "Papa tak pandai"
 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez