Saturday, January 05, 2019

Hiking di Bukit Gasing

0 comments

Alhamdulillah, permulaan tahun 2019 yang baik, dapat mendaki Bukit Gasing bersama team Daddy & Mummy.

Laluan yg sederhana, berbukit bersama tangga. Ada jambatan gantung serta anak sungai kecil.

Seronok tengok Muhammad berusaha melasakkan diri. A boy needs to STRONG!

Tapi sayang, tapak kasut papa tercabut dipertengahan jalan. Nasib baik Mummy eveready dengan tali dan pisau serbaguna.

Great time, will try again next time.
Moga tercapai salah satu azam 2019, iaitu nak bersukan 1x setiap minggu.
InsyaAllah.

Friday, January 04, 2019

Cari mana Muhammad?

0 comments

Mana saya?
Clue.. saya adalah 'Ejen' perisikan.. :)

Darjah 1 - Gelagat hari pertama

0 comments

Malam sebelumnya suhu badan Muhammad agak dedar, oleh itu terpaksa dicutikan daripada KAFA.

Ini ambar-gambar hari pertama ke sekolah kebangsaan setelah suhu badan agak stabil.

2019 - Muhammad Darjah 1

0 comments

Alhamdulillah, Muhammad memulakan zaman persekolahan rasmi darjah 1 pada 2 Januari 2019.

Seperti zaman Kakak dan Adik masuk sekolah, Papa cuti 3 hari untuk tunjuk dan perhatikan Muhammad. Perasaan diantara seronok dan risau terutama semasa Muhammad naik dan turun bas.

Semua urusan kita serah pada Allah.
Fiamannillah..
Moga ilmu yang bermanfaat dan memberi manfaat pada diri, keluarga, orang sekeliling, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Selamat menuntut ilmu anak-anak Papa & Ibu tersayang;
Kakak - Tingkatan 2
Adik - Darjah 5
Mhammad - Darjah 1

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez