Thursday, December 30, 2010

Mari membaca

0 comments

Adik sedang duduk sambil membaca (baca: membelek) buku di PKNS bangi.

Adik memang suka membaca dan bercerita sendiri walaupun tidak dapat difahami biji butir apa yang diceritakan. Dan seringkali juga adik membaca buku secara terbalik juga songsang dari belakang ke hadapan.

Kakak pon rajin membaca, dah boleh mengeja dan membunyikan suku kata perkataan yang dieja. Kalau malas membaca, papa paksa kakak mewarna kerana teknik mewarna kakak agak comot serta tidak berseni. Tapi sekarang sudah agak bagus.

Kalau malas membaca dan mewarna kakak dipaksa membuat soalan-soalan pada buku aktivitinya.

Kakak pon suka bermain terutama di padang permainan. BAGUS. Play more, learn more!

AFF Suzuki Cup 2010: MALAYSIA HEBAT!

0 comments

ALHAMDULILLAH!

Ber-Gelora stadium Bung Karno apabila Skuad Harimau Malaya (Malaysia) berjaya membenam Garuda (Indonesia) dengan aggregat 4-2 dan muncul juara Piala AFF Suzuki 2010, pertama kali sejak diperkenalkan 14 tahun lalu.

Sesungguhnya kemenangan yang sangat bermakna sehingga mampu menaikkan semula minat penyokong tempatan setelah prestasi buruk dan tidak konsisten berlarutan bertahun-tahun lamanya.

Nyata skuad muda (Datuk?) Rajagopal telah memberikan persembahan terbaik dan menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia!

Pastinya nama-nama seperti Safee Sali, Khairul Fahmi, Muslim, Mahalli serta lain-lain lagi sedang meniti di bibir-bibir peminat (serta peminat baru) dan menjadi ikon/idola bolasepak negara.

Dan yang paling menarik, esok telah diistiharkan sebagai CUTI UMUM!!

Tuesday, December 28, 2010

Beg jijah!

0 comments

Adik bersama beg kesayangannya yang akan didukung ke hulu dan ke hilir walaupon ketika berada di rumah.

Asalnya hanya mahu membeli beg untuk kakak bagi menggantikan beg nya yang telah lusuh, tapi adik merengek mahu beg juga.

'Beg Jijah!', adik memberontak. Tak sampai hati nak kecewakan permintaan budak comel itu, terpaksalah belikan juga...

Monday, December 27, 2010

Happy Birthday to Kakak Aqila!

0 comments
19 Disember lepas umur kakak genap 5 tahun. Kakak sangat seronok untuk menyambut hari kelahirannya. Sebelum ini kakak telah berpeluang menyambut hari tersebut bersama kawan-kawan serta guru-guru di sekolah (SmartReader, Taman Kajang Sentral).

Kali ini pula sambutan kecil-kecilan di rumah atok & nenek di Segambut Dalam dan digabungkan sekali dengan sambutan hari kelahiran atok hamid yang ke 50... berapa haa?? Huhu lupa pulak nak tanya atok.

Sambutan kecil namun meriah!

Moga Kakak dan Atok panjang umur, sentiasa sihat, murah rezeki, bahagia bersama ahli keluarga berserta semua kebaikkan yang ada... Amin.

Hebat!

2 comments

Hebat kawan-kawan papa.

Ada yang telah berjaya membuka dan menguruskan perniagaan sendiri, ada yang menjadi ejen insurans dengan pengikut yang ramai, ada yang menjadi ketua-ketua di syarikat besar serta jabatan kerajaan, ada juga yang menjadi peniaga emas yang berjaya dan lain-lain lagi.

Berikut dua buah buku hasil nukilan dua rakan sekuliah papa semasa di UTM suatu ketika dulu iaitu buku 'Persembahan Hebat dengan PowerPoint' olah Syahrul Nizam Junaini dan 'Remaja Kreatif Luarbiasa' oleh Jonathan Sidi.

Selain buku tersebut, uncle Syahrul Nizam juga ada menulis beberapa buku lain iaitu 'Ilmu Pengaruh, Bukan Jampi Tetapi Seni' dan 'Anakku Celik Komputer'.

Bukan itu saja, beliau juga dijemput untuk berkongsi tips-tips dalam rancangan 'Motivasi Pagi TV3'.
Tahniah buat mereka semua, moga terus HEBAT!

Kata Kakak: Hebat lah ibu nie! Ibu masak sedap. Kakak sayang ibu!

Kata kakak lagi: Hebat lah papa nie. Papa pandai buat lawak, kakak sayang papa badut!

Sebenarnya kita semua berpotensi menjadi manusia hebat. Walaupun bukan hebat pada semua, tetapi cukup hebat bagi mereka yang menghargai.

Moga anak-anak papa juga akan jadi manusia HEBAT di dunia dan akhirat. Amin.

Sunday, December 26, 2010

Kenduri kawen di JM Bariani House, bangi

0 comments

Setelah berpusing-pusing beberapa kali melalui DUKE mencari rumah pengantin di taman pelangi, sentul namun tak ketemu, akhirnya kami singgah makan tengahari di JM Baryani House, bangi.

Tahniah buat Azim & pasangannya. Moga dirahmati dan kekal bahagia dunia dan akhirat

Thursday, December 23, 2010

Kaki Ayam..

0 comments

Kakak suka bercerita tentang keadaan semasa atau cerita dulu-dulu yang masih kuat dalam ingatan nya.

Semalam papa terlupa membawa kasut adik ke taska, dan pada petangnya adik merengek hendak memakai kasut untuk pulang. Kakak pon dengan besar hati memberikan kasutnya pada adik untuk dipakai. Oleh yang demikian, kakak dapat berdukung dengan papa.

Sambil berdukung, kakak mula bercerita..
Kakak: Papa, kat umah nenek asiah kan, Aida suka kaki ayam.. tak pakai kasut.
Kakak: Nanti kaki dia kotor kan papa kan?

Kakak seronok bercerita tanpa henti, lalu papa mencelah cuba menduga..
Papa: Kakak, kalau aida pakai kaki ayam. Habis AYAM nak pakai kaki siapa?
Kakak: Pakai kaki AIDA!


AR..AR..AR..AR..RRRRRRRRR Lawak lah kakak nie!

Saturday, December 18, 2010

Got password?

0 comments

Idea yg bagus utk Gunakan no phone perniagaan anda sbg password WiFi. Bijak bijak bijak!

Dimana? Cubalah hubungi nombor tersebut..

Friday, December 17, 2010

Tukang sibuk

0 comments

Inilah tukang sibuk yang selalu mengacau papa ketika sedang berkerja depan laptop.

Adik akan menarik kerusi kecil warna pink dan meletakkannya bersebelahan kerusi papa lalu duduk seolah-olah menonton tv.

Papa: Jijah buat apa?
Adik: nak tenok.

Bosan duduk diam, adik akan mula berdiri atas kerusinya dan kemudian melangkah ke atas riba papa.

Papa: adik nk buat apa nie? Papa nk buat kerja..
Adik: nak tenok!

Kadangkala kakak pon jadi tukang sibuk.

Kakak: papa buat apa tu?
Papa: papa buat kerja..
Kakak: jom tengok tv, kakak bosan tengok sorang-sorang la.
Papa: papa buat kerja dulu, kakak pegi tengok kartun ye..
Kakak: ok lah papa!

Waktu lain menggunakan kaedah pancing..
Kakak: papa, cerita Ben 10!
Papa: ok. Kakak tengok dulu

Kakak: papa, cerita Batman!
Papa: ok nanti papa datang

Kakak: papa, cerita kuku tajam (wolverine@Xmen) yang papa suka tu!
Papa: ok, thankyou kakak..

Macam-macam lah anak-anak papa nie!

Tukang sibuk

0 comments

Inilah tukang sibuk yang selalu mengacau papa ketika sedang berkerja depan laptop.

Adik akan menarik kerusi kecil warna pink dan meletakkannya bersebelahan kerusi papa lalu duduk seolah-olah menonton tv.

Papa: Jijah buat apa?
Adik: nak tenok.

Bosan duduk diam, adik akan mula berdiri atas kerusinya dan kemudian melangkah ke atas riba papa.

Papa: adik nk buat apa nie? Papa nk buat kerja..
Adik: nak tenok!

Kadangkala kakak pon jadi tukang sibuk.

Kakak: papa buat apa tu?
Papa: papa buat kerja..
Kakak: jom tengok tv, kakak bosan tengok sorang-sorang la.
Papa: papa buat kerja dulu, kakak pegi tengok kartun ye..
Kakak: ok lah papa!

Waktu lain menggunakan kaedah pancing..
Kakak: papa, cerita Ben 10!
Papa: ok. Kakak tengok dulu

Kakak: papa, cerita Batman!
Papa: ok nanti papa datang

Kakak: papa, cerita kuku tajam (wolverine@Xmen) yang papa suka tu!
Papa: ok, thankyou kakak..

Macam-macam lah anak-anak papa nie!

Wednesday, December 15, 2010

Merah tanda berhenti

0 comments

Semalam semasa sedang memandu, kereta kita dilambai-lambai oleh beberapa orang anggota polis yang sedang mengadakan sekatan jalan raya dan diminta berhenti ditepi.

Polis: Encik tahu kenapa ditahan? Encik telah melanggar lampu merah. Sila keluarkan lesen memandu dan turun dari kenderaan.

Polis: Encik nak kemana ramai-ramai nie?
(mungkin setelah nampak kenderaan sarat dengan penumpang iaitu Nenek Midah, Paklong, Maklong, Abglong, AbgNgah, AbgKecik, UcuRizal, Kakak dan Adik).

Papa: Maaf Encik. Saya tak perasan lampu tadi merah. Ingatkan kekiri tuh hijau. Saya tak biasa dengan kawasan sini. Saya bawa keluarga jalan-jalan cuti sekolah. Pergi melawat sedara dikawasan ini.

Polis: Macam mana nie Encik? Nak saman ke tidak? Saya kesian pulak tengok encik dengan keluarga ramai-ramai nie.

Papa: Saman sajalah Encik, dah memang silap saya tak perasan lampu merah.

Polis: Kalau saman, kena RM300 nie. Kalau tak bayar dalam masa 1-2 bulan kena naik mahkamah.

Papa: Takpelah Encik. Nak buat macam mana... (nada pasrah)

Anggota polis tersebut pon mengambil butir pengenalan melalui lesen memandu dan sambil berbual-bual bersama anggota lain.

Polis: Ginilah encik. Kesian pulak saya tengok encik dengan family. Saya bagi chance lah. (sambil menyerahkan semula lesen memandu).

Papa: Terima kasih encik.

Papa berjalan laju menuju kenderaan tanpa menoleh kebelakang dan dengan pantas memandu meninggalkan tempat kejadian... Takut anggota polis itu menukar fikiran.

Syukur Alhamdulillah!

Pesan Kakak: Papa, nanti kalau lampu MERAH papa berenti tau.. jangan jalan. BAHAYA!!

PATUHILAH UNDANG-UNDANG!

Friday, December 03, 2010

Petikan: Ayah dan Anak-anak

0 comments
“Abi, kenapa burung tu mati?” tanya Imad.

“Mana?” saya terpinga-pinga.

“Tu!!!” Naurah dan Imad menunding jari ke arah bumbung sebuah kedai.

Subhanallah.

Saya sendiri hairan bagaimana mereka boleh menangkap pemandangan itu. Ia sangat tinggi dan agak tersembunyi. Seekor burung merpati mati tersangkut di wayar elektrik. Saya bersama Naurah dan Imad sedang berehat di bawah teduhan pokok pada petang yang amat terik di tengah-tengah kota Perth itu. Isteri saya bersama Saiful Islam dan Muiz ke tandas.

“Itulah akibatnya” saya menggaru kepala mereka cerita.

“Kenapa Abi? Burung tu buat apa?” tanya Imad, penuh keghairahan.

“Ibu dan bapa burung itu selalu berpesan. Terbang seperti kami. Atau terbang seperti burung-burung yang lain. Tetapi jangan terbang sesuka hati. Nanti mati” saya bercerita.

“Burung tu terbang macam mana?” tanya Naurah pula.

“Dia terbang bersendirian. Enggan dilihat kawan-kawan terbang bersama ayah dan ibu. Kononnya malu sebab sudah besar. Naurah dan Imad malu tak jalan dengan Abi dan Ummi?” saya menyambung celoteh.

“Tak. Imad suka jalan dengan Abi dan Ummi” kata Imad.

Dia menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-4 hari ini.

“Happy Birthday Imad!” saya mencucuk pinggangnya.

“Happy Birthday Imad!” kata Naurah juga.

Imad tersengih.

“Abi, Imad tak nak hadiah” kata Imad.

“Kenapa?” saya agak terkejut.

“Imad tak suka hadiah. Imad suka jalan” jawabnya.

Saya tersenyum.

Pemergian kami sekeluarga ke Perth kali ini bukan sekadar bercuti. Tetapi meninjau-ninjau beberapa kebarangkalian.

Wallahu A’lam.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Nedlands 6009, WA

"Percutian yang bermakna tidak harus terlalu bergantung kepada di mana kita bercuti dan apa yang ada di situ. Utamakan dengan siapa anda bercuti dan apa yang anda lakukan bersama mereka."

*Sumber asal: http://saifulislam.com/?p=8911
 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez