Monday, January 25, 2010

Sg.Congkak

0 comments

Sabtu ada majlis familyday kecil2an. Dgn aturcara yg agak ringkas iaitu BBQ, ramah mesra dan mandi manda.

Kakak bsungguh mandi, 3 kali turun naik sungai smpi biru n kecut tangan ditemani aida + adriana + daddy + mummy + atok n nenek.

Adik takut nk mandi sungai, maybe takut sejuk. Lagipon adik tk biasa dgn sungai.

Tuesday, January 19, 2010

Tinggal bertiga

0 comments

Hari nie ibu outstation ke tangkak dan akan bermalam disana hingga esok. Nmpknya tinggal lah kami bertiga menguruskan diri sendiri. Tapi kakak dh janji nk tolong jaga adik. Harap anak2 papa yg comel tu tak naughty2. Harap semua urusan bjalan lancar serta ibu balik dgn segera.

Tuesday, January 05, 2010

Aqila first day to school

1 comments
Semalam 4hb Januari 2010 merupakan hari yang bersejarah bagi kakak, papa serta ibu. Hari pertama kakak memulakan alam persekolahan. Agak berat bagi papa dan ibu untuk menerima hakikat bahawa kakak sudah besar..

Walaupon kakak sudah melalui seminggu percubaan di sekolah tersebut, namun setiap permulaan / perubahan yang baru pastinya meresahkan.

Bangun pagi, kakak dipaksa gosok gigi, cuci muka dan mandi (nyanyi lah). Kemudian mengenakan pakaian sekolah baru yg telah digosok rapi oleh ibu.

Dan bersiap sedia untuk ke sekolah.

Bersarapan didalam kereta.

Sambil melayan Monday-Blues dan mungkin juga risau dengan persekitaran baru.

Kakak terpaksa dibiasakan dengan pengangkutan rasmi ke sekolah supaya boleh terus berdikari untuk hari mendatang. Lihatlah wajahnya tanpa reaksi yg seolah2 berkata, 'Papa, help me!'

Sampai di sekolah, kakak berdondong bersama kawan2 menuruni kenderaan sambil mengangkat / mengalas beg.

Kemudian menaiki tangga menuju tingkat ke gedung ilmu.

Sesampainya disekolah, kakak hanya duduk lesu membiarkan sahaja rakan2 lain menyertai aktiviti yg dijalankan. Papa dan ibu cuma memerhati dari jauh. Sesekali kakak mencuri pandang untuk memastikan kami masih disitu.

Cikgu tetap berusaha untuk menggalakkan kakak terlibat sama dalam aktiviti yg mereka jalankan.

Namun kakak tetap tiada reaksi dan lebih seronok bermain sendiri.

Sambil mengambil masa untuk menyesuaikan diri seperti rakan seangkatan.

Sambil berbaring bagai dunia kakak yang punya. Tanpa perlu perduli apa yang berlaku disekelilingnya.

Sesekali cikgu datang memujuk cuba mengambil hati dan beramah mesra.

Dan akhirnya kakak menangis tanpa dapat dibendung lagi meluahkan seluruh rasa sedih, sayu, risau, takut bercampur-baur dalam hatinya. Bagai dirobet2 hati papa disaat itu. Satu paparan yg akan kekal lama dalam memori, sayu, pilu.

Untuk mengelakkan situasi menjadi lebih buruk, dan kakak terlalu bergantung pada Papa dan ibu, kami terpaksa meninggalkan perkarangan sekolah dengan segera.

Sehabisnya waktu persekolahan, papa dan ibu menanti kakak dihadapan taska tempat transit seterusnya. Kakak turun dari van sekolah bersama beg yang digalas sambil dibantu oleh cikgu. Wajahnya bertukar ceria bila ditanya tentang hari persekolahan nya dan mungkin juga lega kerana itu semua sudah berlalu.

Dalam kereta kakak sibuk bercerita dengan ibu dan adik tentang pengalamannya.

Seterusnya, demi memastikan kakak lebih selesa dan proses membasmi kutu dapat berjalan dengan lebih lancar, rambutnya dipotong pendek. Begitu juga rambut adik.

Lihatlah wajahnya yang ceria dengan pakaian baru, pengalaman baru, potongan rambut baru serta upah AISKRIM yang sedia menanti.

Dan lihatkah mereka seronok menggayakan potongan rambut-baru-pembasmi-kutu bersama baby (read: doll) yg sering menjadi rebutan serta bahan tangis.


Moga hari-hari mendatang kakak akan lebih ceria, seronok dan dipenuhi dengan ilmu yang bermanfaat. Belajar rajin-rajin ye kakak, nanti bila besar boleh jadi 'BUSINESSWOMAN' yang berjaya. Insya-Allah!

Sunday, January 03, 2010

Siapa buat?

1 comments

Semalam papa tengok kerusi study kakak berconteng-conteng dgn kaler merah dan kuning. Vandalism sungguh!

Kebetulan kakak dan adik mmg ada bdekatan.

Then papa tanya, 'sapa buat nie? Sape conteng2 nie?'. Kakak buat muka sedih, adik buat muka stone.

'kakak yg conteng ye?', tanya papa buat2 garang sambil mengamati ceretan2 kaler merah pd muka kakak. Kakak makin menarik muka sedih.

'adik yg conteng2 ye?', papa beralih pd adik pula sambil mengamati kesan kaler kuning pada tangan adik. Adik cuma sengih menunjukkan barisan gigi comel jarang2 tanpa rasa bsalah.

'Adik sapa buat?', tanya papa lagi ingin kepastian. Adik cepat mengangkat tangan dn menuding jari pada kakak. Kakak menekup muka sedih.

'adik, sape pandai angkat tangan', papa tanya utk memastikan. Adik cepat angkat tangan tanda dia PANDAI.

'adik, sapa yg conteng2 nie?', soal papa lg. Adik cepat menuding jari pada kakak lagi.

Pd pendapat anda siapakah penjenayah yg sebenar???

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez