Monday, December 15, 2014

Makan bertalam

0 comments

Talam stainless steel drp Nilai 3 - RM35.90
Tiga pek Nasi Arab Hadtamawut - RM30
Makan bertalam sekeluarga sambil suap menyuap melaksanakan Sunnah Rasulullah S.A.W - PRICELESS!!

Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun".

Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah  telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ' (Riwayat Tarmidzi)

Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi  yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)


Saturday, December 06, 2014

My love

0 comments

Sunday, November 30, 2014

Cuti sekolah bermula

0 comments

"Bye, jumpa lagi..
Kami duduk rumah nenek kat Segambut seminggu. Jangan rindu-rindu..."

Already missed them.. :(


Tuesday, October 28, 2014

Suspected HFMD

0 comments

Banyak ulser dalam mulut, tapi alhamdulillah tak demam dan tak keluar bintik2 air pada tangan dan kaki.

Agak sukar untuk makan makanan keras, namun amat berselera dengan bubur nasi dan sup.




Monday, October 27, 2014

Ustaz Azhar Idrus (Masjid Istiqamah, Kg. Sg. Merab Luar, Kajang)

0 comments

Alhamdulillah diberi kelapangan dan kesempatan menghadiri kuliah UAI smlm.

Bab haid. Perempuan wajib tahu ilmu nie krn bersangkutan dgn hadas / bersuci, solat / ibadat. Suami wajib ajar, tp kalu tak mampu ajar, bwk pi kuliah.

Masjid Istiqamah,
Kg. Sg. Merab Luar, Kajang
Kitab Anak Kunci Syurga

Haid
Istihadah
Nifas

Wajib perempuan belajar bab haid, istihadah, nifas. Haram jika suami halang sedangkan dia tidak mampu mengajar ttg nya.

Walau keluar darah sedikit (setengah titik), sudah dikira haid.

Cerai, 3 kali suci (edah).

Ilmu dunia harus, ilmu akhirat WAJIB.

Agama Islam tidak akan hapus, tapi boleh jadi lemah jika umat islam tidak faham agama.

Haid sekurangnya sehari semalam dan sebanyak2nya 15hari/malam.

Minima umur haid, 9 tahun.

Sumber panduan;
Al-Quran, Hadis, Ijmak Ulamak

Jika kurang 24 jam (bukan haid), wajib qadha solat yg ditinggalkan.

Warna darah haid;
Hitam
Hitam Kemerahan
Merah Kekuningan
Perang
Kuning
Hijau (?)

Jangan tengok drama, tipu belaka.
Tengoklah Animal Planet, hayati kebesaran Allah.

Jika lebih 15 hari, selebihnya adalah Istihadah.

Jika kebiasaannya 7 hari haid, tiba2 18 hari maka 7 hari pertama dikira haid dan selebihnya Istihadah. Wajib bersuci dan solat.

Biasanya 22 / 23 hari suci drp haid.

Cek haid dgn masukkan kain / cotton bud (seluas anak jari). Duduk bertinggung, pancut dgn air cuci. Lepas 10 minit, cek dgn kain / cotton bud. Jika bersih mcm mula dimasukkan, SUCI.

Tiada solat bagi orang tidak baca Al-Fatihah (dgn betul).

Siapa yg tidak pergi belajar dan Al-Fatihah nya tidak betul, maka tidak sah solatnya.

Jika nak berlakon solat, kena solat betul2.

Hadas besar, HARAM;
- Solat
- Baca Quran
- Pegang Quran
- Tawaf
- Duduk dalam masjid (kecuali darurat)

Jgn buang bangkai / benda kotor dlm masjid (nyamuk, semut, kumbang, kulit kaki, kuku).

Soalan;
1) Berwudhuk dalam tandas - SAH
Haram berdoa, zikir dlm tandas. Niat takpe.

2) Air mustakmal tidak boleh guna utk angkat hadas.

3) Haram bertolongan dalam berbuat kejahatan (design / bina tokong / berhala, bagi pinjam kenderaan beli no ekor, etc) terutamanya syirik.

4) Boleh beli brg cetak rompak kafir harbi

5) Nifas plg lama 60 hari, paling sedikit setitik. Cek spt cek haid.

6) Haid kering dipejabat, bgmn nk mandi?
Mandi di tandas, gym, surau, masjid berdekatan. Solat tiang agama, wajib! Kerja bukan tiang agama.

7) Nafkah slps bercerai sblm habis 3 kali suci. Nafkah anak sehingga 18 thn (?). Perempuan yang mintak cerai tidak akan cium bau syurga.

8) Telan kahak ketika solat.
Jika drp mulut boleh telan.
Jika drp perut, harus ludah / keluarkan. ludah pada sapu tangan. Ludah belah kiri kecuali darurat.

9) Hukum pki minyak wangi alkohol
Pakailah yg tidak berakohol.

10) Harus derma pada org kafir (org susah, teraniya dan bukan pd perkara kejahatan / syirik)

11) Batuk dlm solat, tidak batal solat.
Kecuali batuk / bersin keterlaluan spjg solat hingga rosak solatnya.

12) Airliur basi najis, batal solat.
Airliur basi berasal dr perut, keluar semasa tidur.

13) Batal wudhuk jika pegang kemaluan.
Kemaluan:
- dubur (tmpt keluar najis)
- Lelaki seluruh zakar / batang (kecuali telur)
- Perempuan - bibir kemaluan

14) Tiada salah membaca doa akhir / awal tahun.

15) Dapat pahala belajar memanah (sunnah). Belajar senjata bersesuaian dgn zaman nya. Penembak tepat penting dalam semua peperangan. Belajar aim dengan tepat.

17) Haid boleh belajar Quran tapi jgn niatkan baca Quran.

18) Suara perempuan aurat (khilaf). Tapi jika menimbulkan fitnah, jadi haram.

19) Sah solat tahan kentut / berak / kencing tapi tidak sempurna. Harus tunaikan hajat dahulu.

20) Pembahagian harta harus ikut faraid kecuali waris setuju dibahagi sama rata walaupon sudah tahu bahagian sebenar yg sepatutnya dia dapat.

21) Jadikan kuliah agama hiburan buat isteri.

22) Paling banyak kesusahan / ujian adalah para Nabi. Kesusahan / Ujian tanda Allah sayang.

23) Buat org gelak melampau haram.

24) Baca surah Al-Khafi 10 pertama dan terakhir. Aman dari fitnah dajal.

25) Sihir dosa besar dibakar dlm neraka. Bahan sihir (jarum, paku, rambut, kaca) akan diguna sbg siksaan ribuan tahun dlm neraka.

26) Majikan wajib suruh / arah pekerja tutup aurat / solat.

27) Kaya dunia akhirat
Dunia - duit
Akhirat - pahala
Kaya hati, sentiasa ingat Allah.

*jika ada sebarang kesilapan / kelemahan, ia berpunca drp kesilapan / kelemahan pencatat nota.

Moga bermanfaat.


Saturday, October 11, 2014

Ayat-ayat Chenta

0 comments

*love notes



Wednesday, October 08, 2014

Our little champ!

0 comments

Sejak beberapa hari ini Muhammad amat minat dengan raket badminton. Kebetulan terjumpa raket lama di rumah atok dan nenek hingga merajuk mahu bawak balik.

Semangat beraksi dengan raket nya walaupon pukul biasanya tak kena.

Lepas memukul, bergaya pegang pinggang sakit macam Tok Dalang dalam episod Upin Ipin..

Malaysia's Next Badminton Champion!


Sunday, September 28, 2014

UAI Mu Tunggu Kami Datang!

0 comments

Alhamdulillah diberi peluang, kelapangan dan kemudahan untuk menghadiri taman syurga bersama Ibu, kakak long Aqila, kakak ngah deeja, Muhammad dan Nenek Asiah.

Moga dapat terus istiqamah menuntut ilmu dan memperbaiki diri dan keluarga.

======================
Ustaz Azhar Idrus
Masjid Taman Cheras Jaya
Kitab Anak Kunci Syurga
======================

Kesucian itu adalah anak kunci solat.

Nanah najis berasal dr darah.

Nak solat wajib bersih dr najis, air kencing, darah, nanah, muntah (dari dalam perut).

Muntah drp dlm perut bau busuk.

Makanan yang keluar semula (terbelahak) drp mulut, tekak, dada tidak najis.

Soalan pertama ditanya dlm kubur ialah perihal solat.

Agama itu mudah / memberi kemudahan.

Sengaja solat dlm keadaan bernajis- DOSA!

Syarat sah solat, suci badan dan pakaian drp najis.

Mazi - najis.

7 perkara keluar drp kemaluan wanita;
Haid, nifas, istihadah, mazi, mani, wadi, keputihan,..

Wadi - kluar tika lps kencing / angkat barang berat.

Susu dr binatang yg haram dimakan (eg: keldai, kucing, kera, rimau etc.

Barang yg dipotong drp binatang hidup jd bangkai (walau binatang yg halal). Melainkan bulu binatang (halal) yang tercabut (eg: bulu ayam, itik)

Bulu kucing yg tercabut - NAJIS. Tapi dimaafkan jika peliharaan sendiri.

Semua binatang hidup suci kecuali anjing dan babi.

1) Memenuhkan saf depan ketika sedang solat: bergerak ke depan tidak lebih 2 langkah berturut.

2) Berdakwah pada isteri;
Cari masa sesuai bila isteri tidah penat, letih.

3) Tenang: Sentiasa ingat Allah.

4) Taubat drp mencuri: Pulangkan semula apa yang dicuri

5) Mengaji / berdakwah untuk dapat duit - Haram. Mengaji / berdakwah kerana Allah, jika ada sumbangan - Halal

6) Menguap tanpa tutup mulut - syaitan masuk. Tutup mulut itu sunnah.

7) Cuci najis anak pada tilam - bersihkan / kutip najis dlm bentuk pusaran (tisu basah) hingga hilang warna / bau, curah air 3 kali.

Dalam (solat) sunat ada wajib (rukun sah solat).

8) Hukum buat korban - sunat

9) Korban tk jadi - niat sblm bli lembu, niat lepas sembelih, tidak beri daging mentah pada fakir miskin, letak lebih 7 nama utk seekor lembu, tidak wakilkan pada tukang sembelih.

10) Tanda kiamat;
-Mahar terlalu tinggi
-Bnyk bangunan tinggi etc

11) Berdehem tanpa tujuan dalam solat - BATAL

12) Sebaik2 tempat atas bumi ialah Masjid

13) Solat sunat lepas maghrib, tapi ada org masbuk: takperlu baca kuat.

14) Solat - sentiasa lihat tempat sujud kecuali tahiayat lihat jari.

15) Pokok buah (kerajaan) tepi jalan - boleh makan jika buah itu bukan hasil yg diharap kerajaan (sampingan).

16) Pakaian isteri - wajib beli sekurang 2 pasang setahun.

17) Korban di kemboja - jika nk murah, kurang pahala. Jika nk membantu saudara islam yang miskin serba kekurangan - harus.

18) Bila ada percanggahan fatwa, jadi syubahah / meragukan. Tinggalkan lah.

19) Masbuk takbir (ro) - SAH, bila imam beri salam sebelum (kum).

20) Boleh skip giliran isteri tapi dengan izin empunya giliran.

21) Pemerintah mesti ada usaha melaksanakan hukum islam.

22) Anak sedara susuan - mak sedara susuan.

23) Rugi lewatkan solat kerana nk tgk tv.

24) Sunat sblm suboh -

25) Org yg halang org masuk masjid - kena denda.

26) Niaga guna pelaris -Harus (mknn yg sedap, servis cepat, selesa). Tapi haram jika guna sihir, dedah aurat etc.

27) Haram byr upah tukang sembelih dgn daging korban.

28) Wajib solat kerana kita hamba Allah.

29) Wajib tutup aurat kerana anggota yg wajib tutup. Anggota yg merosakkan pandangan.

30) Pindah penyakit pada binatang
- Tidak boleh kerana Menzalimi binatang
- Boleh jika tidak libatkan sihir, jin

31) Daging korban, org kafir takbleh makan

32) Haram berpuasa pada hari raya (negeri tsb kita berada)

33) Alat muzik bertali - tidak haram jika tidak menggalakan maksiat.

34) Jika menganggu ketenteraman orang, jgn bwk pi masjid (anak2 / org dewasa)

35) Takboleh korban utk org mati.





Friday, September 19, 2014

Disini lahirnya sebuah cinta..

0 comments

Umang-umang Chalet, Melaka



Thursday, September 18, 2014

Disini lahirnya sebuah cinta..

0 comments

Umang-umang Chalet, Melaka


Saturday, September 13, 2014

'Urus Stress dengan Zikrullah' - Ust Pahrol

0 comments

Alhamdulillah diberi kesempatan mendengar perkongsian ilmu daripada Ust Pahrol. Perkongsian sejam yang sarat dengan ilmu, setiap patah perkataan penuh makna.

Usai majlis ustaz memohon maaf sekali lagi atas kelewatan serta berterima kasih secara peribadi pada hadirin atas kesudian meluangkan masa, sangat merendah diri.

Sedikit nota perkongsian 'Urus Stress dengan Zikrullah';

Kapal boleh tenggelam kerana lubang-lubang kecil (stress).

Selesaikan dulu urusan akhirat, urusan dunia akan jadi mudah.

Stress boleh jd pemangkin;
Layang2 naik tinggi kerana menentang angin.

Allah lebih tahu apa yang baik utk kita berbanding diri kita sendiri.

Allah lebih tahu apa yang memudaratkan utk kita berbanding diri kita sendiri.

Stress bukan untuk dihapus tapi untuk diurus.

Success loves preparation.
No preparation, get correction.

Air limau kena kulit tiada kesan.
Air limau kena kulit luka, sakit jadinya.
Air limau = ujian
Kulit = hati.

Jgn minta hidup mudah, tapi minta hati tabah.

Kalau tak dapat apa yang kita suka, suka lah apa yang kita dapat.

We cannot control the wind, but we can adjust the sail.

Ingat Allah, hati tenang, punca bahagia.

Ada iman, jadi aman.

Zikir Fatimah;
Subhanallah 33x
Alhamdulillah 33x
Allahuakbar 33x

Ingat Allah, kita akan ada (Maha) segala2nya.
Lupa Allah, hilang segala2nya.

Mungkin tiada bahu utk menangis, tapi sentiasa sejadah (Allah) menanti.

Dont just hear, listen (telinga, mata, hati /emphaty).

Adab doa, YAKIN doa akan makbul.

Perangi kejahilan dengan kasih-sayang.

Allah forgive, forget and love.

Was-was dari syaitan.
Ilham dari malaikat.

Jgn lawan syaitan, tapi berlindung dengan Allah.


Tuesday, September 02, 2014

VVIP seat

0 comments

Wah ini sudah lebih!
Harap mata Muhammad tak cepat rabun


Saturday, August 23, 2014

We-fie

0 comments

Lama betul tak update.
Gambar dalam kereta lepas kenduri tahlil nak pergi open house di Segambut pulak.


Tuesday, July 22, 2014

Do you smell what's cooking?

0 comments

Belated 6th birthday present for Deeja.

Untuk Muhammad tak jumpa lagi. Sabar ye anak soleh


Monday, April 28, 2014

On my birthday

0 comments

Kakak: Nah hadiah happy birthday Papa.
Papa: Terima kasih. Kakak beli kat mana?
Kakak: Kat sekolah.
Papa: Mana kakak dapat duit untuk beli?
Kakak: Duit PakLong bagi aritu.

*So sweet!
*Terima kasih to Ibu for the birthday gifts and Sushi lunch... yummy!!




Wednesday, April 09, 2014

Muhammad demam

0 comments

Masuk hari ke-4 demam sejak petang sabtu. Masih aktif bila panasnya surut.

Hari ini giliran papa jaga muhammad. Muhammad sangat baik dan sangat mudah dijaga. Terima kasih Ya-Allah.

Moga cepat sembuh dan jadi anak yang soleh. Aaminn.




Sunday, March 23, 2014

Hello!

1 comments

Is it me you're looking for?
I can see it in your eyes
I can see it in your smile
You're all I've ever wanted
And my arms are open wide
'cause you know just what to say
And you know just what to do
And I want to tell you so much
I love you


Wednesday, March 12, 2014

Bila Mentari Hilang Sinarnya

0 comments

Pagi ku kelambut
Baju ku kedut
Bersepatu lusuh tanpa stokin
Perut berkeriut tiada sarap

Pakaian kotor berbakul
Yang bersih menimbun
Sinki penuh bertingkat
Anak-anak comel yang comot

Rumah gelap malap
Sunyi bebelan berjela
Tiada teman beradu
Tiada teman bicara..

Happy 9th Anniversary, Sayang!
Moga cepat sembuh


Monday, February 17, 2014

Rajin tahap maksima!

0 comments

Balik dari taska. Keluar dari kereta terus buat homework. Baldi pon baldi lah..


Saturday, February 08, 2014

Beradik love

0 comments

Wednesday, January 29, 2014

Muhammad bukan Superman

0 comments

Tuesday, January 07, 2014

Kita beli DUA!!

0 comments

Sabtu lepas, jiran depan rumah (ayah adam) beli kereta baru... BMW. Jealous betul!!

So esoknya, kita pergi kedai terus beli DUA....
.
.
.
.
BASIKAL... Satu untuk kakak dan satu untuk adik.

Alhamdulillah terlaksana sudah janji papa setelah sekian lama. Seronok tengok kakak dan adik gembira mengayuh walaupon masih guna training wheels.


Monday, January 06, 2014

Muhammad the soccer-mania

0 comments

Muhammad is playing with the big boys...
*Muhammad is 18 months-old

Tadi sewaktu beriadah di taman berhampiran PKNS Bangi, Muhammad terus berlari meluru kearah sekumpulan kanak-kanak 8-15 tahun yang sedang bermain bola di padang. Ke hulu dan ke hilir Muhammad mengejar bola walaupon tak dapat menyentuhnya. Penat mengejar, Muhammad duduk keciwa namun bingkas semula dengan semangat membara, kejar lagi dan lagi.

Muhammad sangat suka dengan bola. Pertama kali papa perasan ialah sewaktu berada di kedai alatan sukan di JPO. Muhammad mula merengek bosan, lalu papa serahkan sebiji bola yang kebetulan ada depan mata. Muhammad membaling dan berlari mengejarnya. Dan bola itu menjadi hadiah untuk Muhammad.

Memang ketara kecekapannya menangkap, membaling, mengejar, mengelecek dan menyepak bola beserta dengan sound-effect dari mulut kecil nya.

HEBAT betul anak papa nie!!

Nota: Papa sangat kagum!


 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez