Thursday, September 30, 2010

Tunggu bas

0 comments

Sejak akhir-akhir ini adik asyik menangis setiap kali sampai ke taska.

Pagi nie adik duduk di kerusi kecil bersama-sama kakak menunggu van sekolah datang.

Namun sebaik sahaja papa dan ibu bergerak ke kereta, adik mula menangis lagi...

Sedihlah papa kalau setiap hari begini.



*taska as-suffin, kajang

Wednesday, September 29, 2010

Kakak-adik-toon

0 comments

Gambar kakak dan adik dalam bentuk karikatur / cartoon yang dihasilkan beberapa bulan lalu semasa membuat lawatan ke Aquaria KLCC.

Comel kan? Kakak digambarkan sangat comel / cute bersama anak patung, sementara adik pula digambarkan seolah orang dewasa.

Sebenarnya karya tersebut dihasilkan oleh orang yang berbeza. Dan pada masa kejadian, adik sedang nenyak tidur dalam stroller. Pelukis hanya melukis berpandukan gambar adik dalam handphone.

Insya-Allah akan di-bingkai-kan dalam masa terdekat..

*aquaria, karikatur, klcc

Tuesday, September 21, 2010

Salammm

0 comments

Adik pandai memberi (read: jawab) salam.

Bila sampai di pintu rumah sepulang drg skool, adik akan kata: 'Ekum salam'. 'Assalammualaikum lah adik', papa cuba perbetul kan. Tapi adik jawab, 'Ekum salam' dgn sebutan pelat nya.

Then td mlm tetiba kedengaran salam drp luar rumah. Papa dan ibu yg kebetulan di dapur berpandangan sesama sendiri. Alamak ada tetamu, fridge dh kosong, mknn dh tkde, kuih raya tinggal beberapa butir selepas 'terbuka' rumah pada hari ahad.

Kami berdua mematikan diri dan menjawab salam dlm hati dgn harapan suara diluar berlalu pergi.

2-3 kali lagi salam bergema... 'Ekum salammm', tiba-tiba adik muncul drp ruang tamu menjawab salam tsb.

Spoiler lah adik nie!!! Terpaksalah buka pintu. Rupanya tetamu yg tersilap rumah...

*note: musim raya nie kena sentiasa ada makanan dlm rumah/fridge

Cute little feet

0 comments

Comel kan kaki adik berselipar jopun? Lagi comel kalau tgk adik berjalan @ berlari... BERSEPAH-SEPAH! Huhu

Tadi pagi adik bangun dgn ceria. Amat jarang skali berlaku, selalunya adik akan moody bila bangun.

Setelah beberapa ketika berguling2 dn tersengih, adik bangun sambil berkata, 'Papa, nie' dgn jari tangan menuding kearah punggung nya yg berbonjol besar. Rupanya adik berak dlm tidur...

Ok gak kalu selalu berak dlm tido, takde lah huru-hara rumah dgn tangisan dan lalakkan nya yg cukup phobia utk berak.

Syabas buat adik!

Banyak songeh

0 comments

Lately kakak agak bnyk songeh. Banyak rajuknya, marahnya, rungutnya, bantahnya dan lain-lain lagi sehingga berlarut-larutan dan kadangkala membuatkan papa serta ibu agak hangin-satu-badan nak melayan kerenah nya.

Di suruh mandi pon mau merajuk.
Di suruh makan dulu kemudian baru menonton TV pon mau marah.
Di suruh mengemas permainan yang bersepah-sepah pon mahu merungut-rungut.
Di pinta tolong mengurut / pijak-pijak belakang papa pon mau dibantah.
Lambat membuatkan susu pon mau meninggikan suara pada Papa dan Ibu.

Dulu memang cepat papa pujuk dan reda kan amarahnya, tapi kini dah tak larat. Papa biarkan saja dia dengan rajuk, marah, rungut dan bantahnya kerana kadangkala papa pon tak tahu dimana yang silap.

Mungkin selama ini papa terlalu manja kan nya. Dan mungkin juga terlalu kurang mengajar tentang tatasusila dan sopan santun pada orang yang lebih tua..

Subuh tadi papa tersentak dari mimpi yang menghadiahkan tiga das rotan-an pada kakak akibat kerenah dan kedegilan nya itu.

Saturday, September 18, 2010

Hanan

0 comments

Nama kakak: Alisya Aqila Hanan
Kdg2 papa panggil Qila Hanan je.

Nama adik: Arissa Khadeeja Hanan
Kdg2 papa panggil Ajijah Hanan jek.

Kdg papa panggil keduanya HANAN dgn nada marah kalau masing2 tk dgr kata.

Selalunya kakak dan adik panggil papa dgn gelaran PAPA je. Tp kdg jd PAPA IJAT bila berada di segambut.

Dan lately adik panggil PAPA HANAN.

*the HANAN family

Jemput-jemput

0 comments

Sometimes, the things linking you and the past are the foods that your mother cooks for you or the foods that you had as a kid. The foods of love, no matter how simple / ordinary the ingredients maybe...

So, what foods linking you to the past?

Friday, September 17, 2010

Ekspresi

0 comments

Nie lah antara hasil artwork kakak semasa berkampung di opis papa sehari sblm raya.

Ada gambar rumah, kereta dan spongebob yg lebih menyerupai kentang.

Syawal

0 comments

Amat pantas masa blalu. Syawal sudah genap seminggu.

Alhamdulillah tahun ini dapat beraya di KL, batu pahat dan di kota tinggi.

Sepatutnya raya kedua terus balik ke kota tinggi, tapi plan tiba2 berubah bila nenek midah berhajat untuk berkumpul di batu pahat. Walaupon embah tiada lagi, namun sebolehnya tali persaudaraan tetap dipelihara.

Rumah pusaka arwah embah sudah lengang. Cik man sudah berpindah ke rumah baru nya diseberang jalan sejak beberapa bulan lalu. Namun begitu rumah tsb terjaga dgn baik kerana sesekali cik man akan dtg membersihkan kawasan serta tidur disitu.

Diharap rumah pusaka itu akan terus dipelihara sbg penyambung kenangan lalu..

Al-fatihah buat arwah embah, abah, atok yusak, atok kasri dan embah ireng. Moga mendapat rahmat serta keampunan Allah S.W.T.

Thursday, September 09, 2010

Aidilfitri 2010 @ Syawal 1431H

0 comments


"KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN"





*Mana pulak IBU? Ibu sedang sibuk bergaya dengan baju raya nya yg berkilat2 dengan manik.. huhu
*CAPITAL LETTERS = baca dengan nada yang kuat, bersemangat dan dgn rasa teruja.

At the office..

0 comments

Still at the office one day bfore raya.
Kakak n adik pon ada sekali coz taska dh tutop. After office akan terus balik segambut. Dan insya-allah raya ke-2 balik braya ke kota tinggi.

Selamat hari raya buat semua, maaf sekiranya ada salah silap yg sedar atau tidak.

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez