Saturday, December 31, 2011

2012

0 comments
Selamat Tahun Baru 2012 buat semua!!

*gambar kakak & adik sedang 'menyelam' di Gurney Plaza, Penang.

Tuesday, December 27, 2011

Operasi Bintang Kecil

0 comments

Bermula bulan Januari, kakak akan memulakan alam persekolahan darjah satu pada sesi petang dan KAFA pada sesi pagi. Adik pula akan memulakan zaman tadikanya di PASTI Taman Jasmin.

Oleh itu, untuk membiasakan kakak dan adik dengan ritual pagi persekolahan yang akan bermula seminggu lagi, maka bermula pagi ini kakak dan adik akan dibangunkan seawal mungkin, gosok gigi, mandi dan bersiap2 ke taska.

Kakak masih lat-liat untuk bangun. Adik pula agak memberontak kerana diganggu tidurnya.

Moga semua berjalan lancar, moga kakak dan adik seronok bersekolah.

Operasi Bintang Kecil, BERMULA!!

Monday, December 26, 2011

@Tutti Frutti, Bangi

0 comments

Menunaikan permintaan kakak yang mengidam Aiskrim Tutti Frutti sejak seminggu lalu.

Little school girl

0 comments

Adik sedang membuat pilihan muktamad beg sekolahnya... Angry bird pink or purple?

It's PURPLE!

Sunday, December 25, 2011

Aqila-la

0 comments

Kasut B-first, Palas dan Kikilala untuk Aqila. Adik pon ada juga... satu.

Tuesday, December 20, 2011

Hadiah birthday

0 comments

Papa: Kakak nak hadiah apa?

Kakak: Nak hadiah baju Barbie dengan Angry Bird untuk kakak dengan adik. Kakak dua, adik dua..

*selamat sampai drp penang pukul 12malam td

Monday, December 19, 2011

Tyre puncture @ juru

0 comments

Batang besi besar jari telunjuk sepanjang 4-5 inci menembusi tayar.

Happy 6th birthday

1 comments

To kakak. Moga panjang umur, murah rezeki, jadi anak dan muslimah solehah serta sentiasa dibawah rahmat dan lindungan Allah S.W.T. Amin.

Sunday, December 18, 2011

Breakfast by the pool

0 comments

Buttered rice, grilled fish, buttered vege, sauteed mushrooms, potato and grilled tomato.
YUMMY!

@Holiday Inn, Penang

Saturday, December 17, 2011

Penang kami datang!

0 comments

Dalam perjalanan ke Pulau Pinang. Bertolak 9.30Pagi dan sampai hampir 5 petang oleh kerana banyak hentian dan jalan jem selepas hentian Sg.Perak menuju juru, akibat kemalangan.

Friday, December 16, 2011

Naughty ke?

0 comments

Lately adik agak nakal sikit dan kadang-kala tak nak mendengar kata.

'Papa. Adik dah tak naughty. Papa tido dengan adik nyeh..', kata adik dengan nada memujuk sambil memasang muka angel dan menghisap jari.

Bijak, bijak, bijakk!

Salam

0 comments

Adab setiap kali sampai / hendak masuk rumah ialah dengan memberi salam terlebih dahulu. Maka adik pun memberi salam...

'Assalammualaikum W.B.T... wahid, isnani, salasa...'

Adik mengulang semula mukadimah persembahan nasyid kakak semasa hari anugerah Pasti Taman Jasmin.

*wahid, isnani, salasa = satu, dua, tiga.

Wednesday, December 14, 2011

Tasbih digital

0 comments

Cenderamata daripada tanah suci. Terima kasih pada aunty Hajah Aishah.

Friday, December 09, 2011

Royal VVIP

0 comments

Jumaat @ Masjid Wilayah

Jumaat @ Masjid Wilayah

0 comments

Alhamdulillah.

Wednesday, December 07, 2011

Sayang

0 comments

Adik: Papa buat apa tu?
Papa: Papa basuh pinggan, cawan, botol susu lah sayang.
Adik: Sayang? Kenapa papa cakap sayang?
Papa: Sebab papa sayang adik.
Adik: SAYANG PAPA! *sambil peluk peha papa.

Kereta kecil warna biru

1 comments

'Pon pon pon ponnn..
Kereta kecil ku berbunyi...'

Inilah keadaannya kakak dan adik tertidur dalam kereta. Dan seringkali mereka berebut-rebut tempat yang amat terhad di belakang.
Kereta kecil kita sudah tidak mampu menampung pembesaran kakak dan adik... ibu juga.

Sedihlah papa macam nie :(

*in serious need of a bigger car.

*kalau kumpul singgit sehari, bila agak boleh Estima?

Tuesday, November 29, 2011

Permintaan budak-budak zaman sekarang

0 comments

Adik: Ibu ada duit tak?
Ibu: Ada. Adik nak buat apa?
Adik: Ibu beli lah Ipad...

Ahh sudah! Itulah permintaan adik setelah penat berebut Ipad atok dengan sepupu-sepupunya. Seringkali adik kalah dalam perebutan itu kerana adik yang paling kecil diantara mereka.

Sian anak papa.

Tapi ibu dah janji nak beli 3, 1 untuk kakak, 1 untuk adik dan 1 untuk papa. Kan ibu kan kan?

Saturday, November 26, 2011

Dinner orang bujang

0 comments

Maggi asam + telur + brokoli + cili potong.

Ibu, kakak dan adik telah selamat sampai ke Kelantan bersama atok, nenek, nenek su, papa imi, mama, kak aida, maisara dan ucu apis.

Thursday, November 24, 2011

Cuaca indah

0 comments

Indah berseri cuaca hari ini, walaupun langit agak sarat dengan awan. Moga cuaca elok membawa ke petang dan malam.

Namun dengar khabar, sesetengah negeri sudah mula dinaiki air. Moga sentiasa selamat dan berhati-hati.

Tuesday, November 22, 2011

Fresh milk

0 comments

Susu lembu segar Farm Fresh ini menjadi kegemaran adik. 100% susu lembu asli, tanpa gula tambahan dan tanpa bahan pengawet. Rasa susu yang sangat 'mild', pastinya boleh telan/minum bagi yang milk-phobic (baca: tekak banyak songeh).

Memang yang terbaek dari ladang!

*Produk keluaran Mawai Dairy Farm, Kota Tinggi. Boleh didapati di Carrefour, Giant dan kawasan yang sewaktu dengan nya.

Harimau baham Garuda

0 comments

Akhirnya Malaysia berjaya merangkul pingat emas bola sepak Sukan SEA mengalahkan Indonesia di gelangang sendiri sekali gus mematikan sorakan gamat penyokong mereka.

Tahniah pada seluruh pemain yang gigih berjuang dan mempertahankan benteng sepanjang 120 minit dan akhirnya menang dengan penentuan sepakan penalti.

TAHNIAH!

Monday, November 21, 2011

Lawak lah adik nie!

0 comments

Ketika papa sedang berehat dalam bilik sambil membaca buku, adik datang mengadu, 'Papa. Adik panas, peluh-peluh'. 'Adik bukak lah aircond. Ambil remote aircond', papa memberi jalan keluar. Adik berlalu pergi, tapi kembali semula beberapa saat kemudian.

'Papa, tak boleh. Dah rosak', adik mengadu lagi. 'Adik tunjuk remote tu pada aircond dan tekan...TEETTT', terang papa sambil mengayakan aksi beserta sound-effect.

Adik pergi semula ke ruang tamu, mengikut satu per satu arahan papa sambil mulutnya membunyikan, 'TEETTT!'.

*memang lawak terbaekkk!

Friday, November 18, 2011

Pasti cemerlang

0 comments

@ Hari Anugerah & Kecemerlangan Pasti Taman Jasmin 2011 di Dewan Orang Ramai (MPKJ), Kajang.

Majlis dimulai dengan bacaan ayat suci Al-Quran
Walaupun peratusan keputusan kakak agak merosot, namun begitu kakak dapat hadiah matapelajaran terbaik iaitu Al-Quran.

Tahniah kakak!

Pasti cemerlang. PASTI ISLAM GEMILANG!

Thursday, November 17, 2011

Birthday comes early for kakak

0 comments
Kek ditempah khas untuk sambutan hari kelahiran kakak dan kawan-kawan di PASTI Taman Jasmin.

My little Cup-Cake with her birthday cake


Enam batang lilin menandakan usia

Happy pre-6th birthday for kakak. Nanti bulan 12 kita sambut sekali lagi ye. We love you so much!

*ditempah di sini

Monday, November 14, 2011

Adik ooo adik, kenapa nangis?

0 comments

(Gambar) adik sedang menggayakan buku ala laptop di MPH Alamanda.

Pagi tadi adik menangis sesampai di taska. Menangis seperti tidak mahu melepaskan ibu. Namun terpaksa ditinggalkan begitu sahaja kerana papa dan ibu terpaksa bergegas ke pejabat.

Sampai di pejabat, ibu menghubungi taska dan bercakap dengan adik, 'Kenapa adik menangis?'. 'Adik nak ibuuu', kata adik dalam sedu-sedan.

Cikgu-cikgu di taska bertukar lagi, entah sudah kali keberapa. Dan setiap kali bertukar, adik akan mengalami kesukaran menyesuaikan diri. Begitu lah selalunya, adik akan cuba mencari kekuatan melalui kehadiran kakak, sepulangnya kakak daripada sekolah.

Kesian baby papa...

Petai dan durian

0 comments

'Papa, ini kacang kan? Macam dalam tv', kata kakak semasa membeli barang basah di pasar tani, PKNS bangi.

Itu PETAI lah sayang oii...

Lepas maghrib pergi ke pasar malam Taman Bukit Mewah. 'Nak durian!', kata kakak dan adik spontan sebaik saja ternampak longgokan durian disatu sudut. Nampaknya papa sudah ada teman makan durian...

Belilah 2 biji @ RM10. Tapi sayang salah satu nya sudah merkah bahagian bawahnya dan busuk. Masa nak beli, papa perasan si penjual seolah tak beri pembeli memilih / memegang durian nya. Kita tunjak dan mereka akan cepat-cepat mengopek bahagian tertentu dan menayang seimbas. Kemudian terus dimasukkan dalam plastik. Rupanya bahagian yang tidak elok sentiasa dilindungi tapak tangan nya. Mustahil mereka tidak perasan, kerana pasti setiap peniaga akan memeriksa barang jualan terlebih dahulu semasa menyusun barang kan?.

Begitu lah antara sikap peniaga yang tidak jujur. Moga Allah memberi mereka hidayah.

*ada sesiapa mau jual dusun durian / buah-buahan?

Saturday, November 12, 2011

Travelog Haji - Edisi Jimat!

0 comments

Sekarang sudah ada buku Travelog Haji - Edisi Jimat!

Cuma RM18 sahaja.
Memang buku terbaik untuk dibeli dan di-BACA..

*bukan sekadar dibuat PERHIASAN.. :)

Pancake for breakfast

0 comments

Pancake @ lempeng with honey + honeycomb.

TERBAEKKK!

Thursday, November 10, 2011

Run for a cause

0 comments

'He ran 3,000 miles for cancer research. If you can run on a treadmill in an air-conditioned gym, what's your excuse?

Itu petikan iklan promosi 'Terry Fox Run' yang mengumpulkan dana bagi usaha penyelidikan barah. Makan-dalam juga sindiran itu. Bukan makan-dalam dari segi sumbangan pada penyelidikan barah tersebut, tapi rasa tercabar pada kuatnya semangat juang seorang manusia yang berkaki kudung mampu berlari ribuan kilometer, mengalahkan manusia lain yang cukup sifatnya tapi cukup bermalasan mahu beriadah dalam gym yang lengkap berhawa-dingin.

Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih..

Yuk kita ke gym / beriadah membuang lemak serta spare-tyre yang sudah lama keras-tepu!

Marriage = GAME OVER?

0 comments

Mungkin perkahwinan menjadi GAME OVER bagi sesetengah individu, tetapi bagi sesetengah individu yang lain perkahwinan adalah GAME ON!

Ini kerana kehidupan berumahtangga adalah penuh cabaran, tanggungjawab serta keseronokan yang berwarna-warni seperti pelangi yang sentiasa menyeri walaupun kadangkala ada panas terik dan hujan ribut.

Anak-anak pula merupakan anugerah yang tidak ternilai dalam rumahtangga. Ia seperti satu keajaiban / magis apabila melihatkan kelahiran anak-anak itu daripada perkongsian kasih suci suami dan isteri. Melihatkan jasad kecil itu mula meniarap, merangkak, bertatih, berjalan, bercakap, berlari, bermain dan membesar penuh dengan kasih sayang dan menjadi sebahagian daripada diri kita, sebahagian daripada kehidupan kita. Walaupun dihambat letih, penat dan lelah menguruskan mereka, namun hati pastinya sentiasa memanjatkan kesyukuran pada Allah S.W.T Maha Pencipta, Maha Pemurah, Maha Pemberi Rezeki, Maha Pengasih, Maha Penyayang..

Alhamdulillah... GAME ON!!!

*Rasa rugi pula tak kahwin awal ye IbuAsmira.. :)

Nota tambahan:
Bagi yang tidak / belum dikurniakan anak walaupon telah lama berkahwan ATAU bagi yang tidak bernasib baik / tidak berpanjangan perkahwinan nya, percayalah ALLAH itu MAHA PERANCANG dan ALLAH itu MAHA PENYAYANG dan Allah tidak akan menduga hambanya lebih dari apa yang mampu ditanggung oleh mereka.

Wednesday, November 09, 2011

Deeja dan Adeel

0 comments

Raya aidiladha tahun ini kita beraya di KL sahaja. Tahun ini papa berniat nak bawak ibu, kakak dan adik bersama bersolat sunat aidiladha di Masjid Wilayah. Tapi hajat tidak kesampaian oleh kerana adik bangun agak lewat. Akhirnya papa pergi bersama nenek, nenek ucu, ibu, kakak, daddy dan adriana sahaja bersesak-sesak dalam kereta kecil kita. Atok solat di masjid berdekatan sahaja. Adik terpaksa ditinggalkan dalam jagaan mummy .

Pulang daripada masjid, adik sudah siap mandi dan mengenakan jubah daripada tanah suci pemberian nenek asiah, jeans serta tudung bercorak unggu.

Terima kasih mummy!

*gambar oleh mummy

Rezeki pagi

0 comments

Alhamdulillah rezeki pagi ini, lontong + ayam masak kicap + sambal goreng jawa hasil air tangan orang jawa.

Terubat sedikit tekak jawa ini..

Monday, November 07, 2011

Buku: Travelog Haji - Mengubah Sempadan Iman

1 comments
Sebuah buku 314 mukasurat catatan perjalanan hijrah Prof Muhd Kamil Ibrahim yang teramat jujur menyingkap kekurangan diri dalam mencari makna hidup yang lebih tinggi dan benar-benar merasai hubungan hamba dan Maha Pencipta. Sebuah buku yang benar-benar 'menyentuh hati'..

Perlu dibaca sekiranya anda ingin tahu;
- bagaimana seorang yang jahil dan tidak tahu mengaji sepanjang hidup 42 tahun pergi menunaikan haji.
- bagaimana ingin menjadi tetamu paling istimewa Allah S.W.T semasa menunaikan haji.
- bagaimana teknik 95% berkesan mendapatkan lokasi terbaik bersolat berhampiran kaabah ketika musim haji
- bagaimana strepsil boleh menjadi ibadah
- laluan terbaik melontar Jamrah (berserta lakaran)
- teknik / laluan berkesan untuk mencium Hajar Aswad (berserta lakaran)

Dan yang paling menarik, bagaimana orang biasa boleh menjadi malaikat / wali Allah semasa di tanah suci.

Buku yang harus dimiliki oleh setiap orang Islam yang berniat mengerjakan haji, yang berniat dan berazam mengubah sempadan Iman.

Terima kasih Prof Muhd Kamil, atas perkongsian yang amat mengesankan!


*Fakta lain:
- Terjual lebih 40,000 naskah
- Cuma RM29 dengan VCD percuma (Edisi Kemas Kini)

*Photography using Nokia 5530 XpressMusic. Camera phone pon boleh!!

Saturday, November 05, 2011

From kajang with love

0 comments

Brownies Walnut sebagai pengganti diri, kiriman istimewa buat nenek midah sempena aidiladha di kota tinggi.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat nenek midah serta semua keluarga di Felda Papan Timur, Kota Tinggi serta di Kampung Parit Kaseh, Senggarang.
*kami beraya 'dekat' Mont Kiara jee. Insya-Allah esok bersolat raya di Masjid Wilayah.

Thursday, November 03, 2011

Clients can be nice..

0 comments

Even when you are late.

@traffic jam along Jalan Templar

Wednesday, November 02, 2011

Tetamu ahad

0 comments

Petang ahad lepas Qaliph datang rumah berziarah dengan stokin Sunday nya. Makin hensem lah qaliph cam Pak Uda nya :D.

Nanti bila qaliph dah besar, boleh join kakak qila dan kakak deeja mandi kolam ye.

Masa nak pulang, Ucu Rizal cakap 'BYE' pada kakak dan adik. Kemudian kakak berkata, 'Cakaplah Assalammualaikum Ucu'.

Haaa kan dah kena sound dengan Ustazah Aqila... :)

Tuesday, November 01, 2011

Bedtime story

0 comments

Adik lena bertemankan buku Spongebob Squarepants nya.
Deeja ooo deeja, macam mana lah nak mula bersekolah nie, setiap malam tidur pukul 10 atau 11.

'Memang lah', adik menjawab.

Monday, October 31, 2011

Rombongan Kak Qila ke Aquaria

0 comments
Pada hari sabtu, kakak mengikuti rombongan PASTI Taman Jasmin ke Aquaria, KLCC. Ini rombongan kakak yang pertama. Sebenarnya kakak dah pernah pergi ke Aquaria bersama Papa, Ibu dan Adik. Tapi demi pengalaman dan kenangan bersama kawan-kawan PASTI nya, papa dan ibu izinkan kakak pergi sekali lagi.

Kakak sedang beratur bersama rakan-rakan sambil menunggu ketibaan bas.

Cikgu sedang menyemak kedatangan peserta rombongan

Kakak bersama Mirza, rakan baik di Taska dan Pasti

Kakak memeriksa beg mengandungi bekalan ayam goreng, air, baju gantian serta duit jajan

Tag nama sebagai pengenalan

Dalam bas dengan monkey-faces


Bas bergerak ke destinasi dengan iringan doa daripada Papa, Ibu serta Adik semoga kakak dapat berseronok dan sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T


Sejam selepas kakak berangkat, adik bertanya, 'Kakak mana? Adik rindu kat kakak!'.

Begitulah adik-beradik. Bila jauh jadi rindu, bila dekat jadi gaduh.
 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez