Wednesday, October 31, 2012

Hari kedua Liver-Biopsi

0 comments

Hati papa agak kurang tenang, kepala agak kacau di pejabat tadi... singgah di Hospital Selayang supaya hati tenang..

Hari kedua PakLong di Hospital Selayang selepas Liver-Biopsi. Walaupon nampak sihat, tapi sebenarnya PakLong tersenyum dalam kesakitan.

Masih perlu alat bantu pernafasan akibat luka pada paru-paru semasa prosedur berjalan. Kecuaian atau takdir? Namun PakLong berlapang dada dengan apa yang berlaku dan berserah serta mengharap yang terbaik daripada Allah S.W.T. Moga doktor serta pihak hospital lebih teliti dan berhati-hati semasa menjalankan tugas.

Moga kesihatan PakLong segera pulih.


Tuesday, October 30, 2012

Liver Biopsi

0 comments

Sejak semalam PakLong masuk ke wad Hospital Selayang untuk Liver Biopsi akibat kerosakan hati kesan daripada Hepatitis B.

Pagi tadi prosedur berjalan lancar kecuali suatu ketika bila jantung terhenti. Prosedur bermula 9pagi dan hanya pada pukul 2 lebih PakLong baru sedar daripada bius.

MakLong di kampung jangan risau, Insya-Allah kami uruskan sebaiknya.

Moga PakLong cepat sembuh dan sihat seperti sediakala.. amin.


Monday, October 29, 2012

Berkubang

0 comments

Sabtu dan ahad mereka berkubang dalam kolam dan di pantai Tanjung Biru, Port Dickson sempena cuti Aidiladha.

Papa sebagai bodyguard / lifeguard memerhati dari tepi, dan sesekali melayan deeja berkubang sama sambil menyelam lama..

'Lepas nie kita tenggelam lama, lama, lama, lama, lamaaaa sangat!!', kata deeja memberi arahan.

*layan sampai hitam kulit!!


Sunday, October 21, 2012

Kena tarik pulak dah...

1 comments

Episod kereta rosak semalam bersambung lagi.. Selesai cucuk 3 bulan Muhammad di Klinik Kanak-kanak An-Nur, tiba-tiba kereta mati di traffic light Bangi. Ibu, kakak, adik dan Muhammad kepanasan dalam kereta.

Setelah beberapa ketika, kereta boleh dihidupkan semula dan sempat berhenti di Shell berdekatan. Topup minyak enjin yang agak berkurangan, namun aras tangki air masih tinggi.

Tinggalkan sebentar Ibu, kakak, adik dan Muhammad di Shell sementara papa mencuba keadaan kereta...

Kereta mati lagi di flyover bangi-kajang. Terpaksa menghubungi UcuRizal untuk membantu menghantar Ibu, kakak, adik dan Muhammad pulang ke rumah sementara papa cuba untuk ke bengkel berdekatan..

Kereta hidup dan bergerak semula namun mati lagi betul-betul selepas u-turn Plaza Tol Bukit Kajang. Masa ini betul-betul bergantung pada Allah dan inersia kereta bergerak daripada lane kanan melintasi 3 lane terus ke laluan kecemasan. SILKronda membantu mengisi air dalam radiator yang bocor, namun kereta sudan tidak boleh dihidupkan..

Usai menghantar Ibu, kakak, adik dan Muhammad pulang ke rumah, UcuRizal datang menemankan papa sementara menunggu FREE-car-towing daripada Etiqa Insurans ke bengkel berdekatan. Bagus juga perkhidmatan auto-assist Etiqa. Selepas menghubungi talian aduan, mereka menghubungi semula untuk kepastian serta dihubungi semula oleh petugas tow-truck untuk memastikan lokasi.

Di Osaga Kajang (bengkel regular untuk servis), kebocoran radiator dibaiki namun gasket sudah affected dan perlu di overhaul. Kemungkinan kos pembaikkan kereta mencecah RM5,000 dan akan selesai dalam masa 2-4 minggu. Perasaan semasa kereta sedang di periksa seumpama perasaan menanti ibu melahirkan kakak, adik dan Muhammad dalam labour room..

Terima kasih pafa UcuRizal atas bantuan dan menemankan di tepi jalan...











Friday, October 19, 2012

Knights in Shining Vest

0 comments

Tadi ketika sedang memandu pulang membelah kesesakan lalu-lintas dalam cuaca basah kehujanan, tiba-tiba kereta tersengguk-sengguk lalu enjin mati secara mengejut. Nasib baik lalu-lintas agak perlahan. Dengan sisa inersia kereta yang masih berbaki, sempat melintasi tiga 'lane' daripada kanan ke laluan kecemasan.

Usaha menghidupkan enjin beberapa kali tidak berjaya. Setelah berhenti beberapa ketika, kereta boleh dihidupkan semula, namun mati semula sebaik sahaja melepasi lorong SmartTAG di plaza toll Sg.Besi. Enjin mati betul-betul ditengah lebuhraya dengan kenderaan lain bersimpang-siur mengelak halangan.

30 minit selepas panggilan kecemasan, PLUSronda datang membantu. Rupanya air kereta sudah kering-kontang yang menyebabkan enjin terlalu panas. Namun begitu, tolok suhu dalam kereta kelihatan normal.

Setelah 5 botol air dicurah masuk dalam radiator serta tanki simpanan, keadaan kereta kembali seperti asal. Alhamdulillah syukur tak terhingga atas nikmat, kemudahan dan pelihara daripada Allah S.W.T.

Terima kasih tidak terhingga pada En.Nordin serta En.Mohd Sabri daripada PLUSronda atas bantuan. You are my 'Knights in Shining Vest'!!

---------------------------------
PLUSronda, PLUSronda..
Kami datang, membantu orang dalam kesusahan
Kami tidak tak gagah dan kami tidak kuat tapi bila berkerjasama, yang susah jadi mudah..
Yeaaaa PLUSronda!!


Monday, October 15, 2012

Minggu peperiksaan akhir tahun

0 comments

Minggu ini kakak dan adik akan menjalani peperiksaan. Sabtu dan ahad ibu mengerah kakak dan adik membuat latih-tubi buku yang baru dibeli.

1) Kakak agak cuai dalam menjawab soalan.

Papa dan ibu: Kakak bacalah betul-betul soalan nya. Jangan cuai. Kalau dah abis buat semua soalan, kakak semak semula dari awal. Banyak markah kakak rugi tu...

Kakak: Kalau jawab semua betul dapat markah banyak dapat apa? Bukan dapat hadiah pon!..

Papa dan ibu: *kelu tak terkata

2) Adik pula banyak karenah dan main daripada membuat kerja..

Ibu: Deeja buat lah kerja tu, jangan main- main. Buat sikit lepas tu asyik main, bila nak siap. Esok deeja kan periksa. Dah dua minggu deeja ponteng, macam mana deeja nak jawab periksa??... Bla bla bla bla and bla bla bla blaaaa... (membebel)

Adik: Ibu jangan cakap (membebel) bole?...

Ibu: *terkedu

Moga kakak dan adik mudah manjawab soalan-soalan peperiksaan, Amin.


Thursday, October 11, 2012

Rancangan TV not-child-friendly

0 comments

Dalam kereta semasa pulang daripada taska...
Deeja: Papa dengan ibu tengok cerita Bayu tak?. Kat taska ada cerita bayuuu..
Papa: Cerita cinta-cinta nyehhh???
Deeja: Bukan cinta-cinta. Dia suka lelaki lain... (sambil berbisik ala malu mengumpat).

Semalam semasa sedang menonton filem popular 90an 'Armour of God' lakonan Jackie Chan di TV2, papa terkejut dengan salah satu babak mandi tanpa pakaian yang tidak ditapis.

Minggu sebelumnya stesen tv yang sama menayangkan filem hindustan dengan heroin nya menari-terkinja memakai sari sebagai kain dengan sekadar bra kecil menutupi bahagian dadanya. Apa moral / mesej yang nak disampaikan??

Buat masa ini ada beberapa rancangan kanak-kanak yang off-limit pada kakak dan adik;
1) Timmy Time - tiada dialog, sekadar bunyi haiwan. Tidak merangsang pertuturan / vocabluary
2) Pucca - Tidak sesuai
3) Oggy and the Cocroaches - unsur ganas dan pergaduhan
4) Tom and Jerry - unsur ganas dan pergaduhan

*bila dilarang, muncung panjang sedepa..


Monday, October 08, 2012

Ponteng lagi!

0 comments

Sudah hampir dua minggu deeja ponteng sekolah. Mulanya kerana kakak dicutikan oleh sekolah KAFA untuk memberi laluan ujian darjah-darjah lain. Sepatutnya minggu ini adik mula bersekolah seperti biasa, tetapi bila van sampai adik menangis dan memeluk kakibpapa dan ibu tidak mahu naik.

Bila ditegur dan dinasihati adik sudah pandai menukar topik atau mereka topik lain untuk mengaburi papa dan ibu.

Semalam kakak menghubungi papa dan mengadu bahawa adik nakal di rumah serta tidak mahu mendengar kata ibu. Bila papa bercakap dengan adik dan bertanya duduk perkara sebenar, adik pon mereka cerita sambil menangis..
"Adik nak minum teh-O, tapi dah abis. Adik tak pandai nak buat sendiri...UWAAAA"

Ibu pon buatkan adik dan kakak iced Milo-Tabur.

*Mungkin ke adik rasa diketepikan sejak kehadiran Muhammad?


Thursday, October 04, 2012

Rindu Muhammad

0 comments

Tiba-tiba rasa sangat rindu pada Muhammad yang semakin 'semangat' dengan susuk tubuh yang makin bulat, otot berulas-ulas serta cukup ramah bila diajak berbicara dan diagah.

Alhamdulillah!


 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez