Tuesday, July 31, 2012

Kereta tua..

2 comments
Hari Ahad Papa, Kakak dan Adik bersiap cantik untuk ke Alamanda untuk menunaikan janji membeli baju raya. Kakak dan Adik sangat seronok kerana sudah agak lama tidak pergi berjalan-jalan.

Namun, ketika sedang memandu tiba-tiba kereta kita agak sukar hendak dikendalikan. Kereta tiada kuasa ketika hendak memecut, kemudian badan kereta bergegar agak kuat diikuti dengan lampu amaran 'Check-Engine' yang berkelip-kelip. Risau, Papa berhenti seketika di stesen Shell Sg.Ramal. Namun pemeriksaan pada aras minyak enjin, minyak gear, air, bateri tidak menunjukkan sesuatu yang pelik.

Khuatir situasi kereta akan bertambah buruk atau rosak di Alamanda / perjalanan, Papa terpaksa memungkiri janji itu.

Maka Kakak merajuk dan Adik pula mengamuk...

Hari Isnin Papa terpaksa mengambil cuti untuk membawa kereta ke bengkel bagi siasatan lanjut. Berikut hasil penemuan di bengkel;

=================================

VEHICLE

Hyundai Accent 1.5AT (2005)

SYMPTOMS

- No-pickup / loss of power when accelerating

- Engine / car body shaking when accelerating

- Check-Engine indicator blinking when accelerating

DIAGNOSTIC RESULT (ERROR)

P0300 - Random/Multiple Cylinder Misfire Detected

P0301 - Cylinder #1 Misfire Detected

P0420 - Catalyst System Efficiency Below Threshold (Bank 1)

INSPECTION RESULT

Faulty spark plugs and wires (after 7 years of use)

SOLUTION

Replace spark plugs and wires

REFERENCE

http://www.obd-codes.com/p0300

http://www.obd-codes.com/p0301

http://www.obd-codes.com/p0420

=================================

TO DOS

- Engine Overhaul ~ Estimate RM2000-4000

- Replace Drive-shafts ~ Estimate RM3000

Monday, July 30, 2012

Masih kekuningan

0 comments

Hari ini umur Muhammad genap 22 hari, namun masih kelihatan kesan kekuningan pada mata, gusi dan lain-lain. Moga ujian darah tidak menunjukkan sesuatu yang merbahayakan. Moga Muhammad sihat.

Semalam pada hari yang ke-21, papa telah wakilkan pada EZ Qurban untuk melaksanakan aqiqah seekor kambing untuk Muhammad di negara dimana umat islam lebih memerlukan sama ada di kemboja, indonesia, bangladesh atau kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Moga Muhammad dapat membesar dengan baik.. Amin.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Dunia ku gelap!

0 comments

Kesian Muhammad melalak kerana topi yang dipakai semasa sedang tidur menutupi mata.

Sebagai Papa yang baik, ambil dulu 10-20 keping gambar sebagai kenangan kemudian baru betulkan :)


*Lawak pon ada..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, July 28, 2012

Super surprise!

0 comments

Kad ucapan hari raya istimewa daripada kakak sekembalinya dari sekolah. Kakak beli, tulis, lukis dan hiasi sendiri khas untuk papa dan ibu.

How thoughtful of kakak. Kami sangat terharu! We love you (deeja and muhammad) so much.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, July 27, 2012

Zakat satu kewajiban

0 comments

Alhamdulillah sudah menunaikan kewajiban berzakat fitrah bagi tahun 1433 hijrah. Tahun ini bertambah seorang lagi ahli keluarga, syukur nikmat Allah S.W.T. Moga dipermudahkan lagi rezeki dari sumber-sumber yang halal.. Amin.

Magic

0 comments

Khadeeja agak susah untuk bangun pagi terutama jika tidur lambat atau dalam mood malas ke sekolah. Letih papa setelah beberapa minit cuba membangunkan namun tidak berjaya. Papa pun berlalu pergi untuk menyiapkan diri.
Beberapa saat kemudian deeja terpancul di ruang tamu sambil menghisap jari.
Papa: Macam mana kakak bangun kan adik?
Kakak: Kakak cakap kat adik 'Nak tengok Powerpuff Girls tak?'

Alhamdulillah, kakak sudah boleh diharap untuk menolong papa dan ibu di rumah. HEBAT!

*Gambar: deeja sedang makan kek pemberian cikgu wan kerana tidak makan seharian. 'Deeja kata dia puas.'

Anak-anak soleh & solehah, asset ke syurga

0 comments
Rasulullah SAW bermaksud:
“Anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka ibu bapanyalah yang menjadikannya sama ada Yahudi, Majusi atau Nasrani.” (Hadis riwayat Bukhari)

Moga Aqila, Khadeeja dan Muhammad menjadi asset Papa dan Ibu ke syurga... Amin

Sunday, July 22, 2012

I'm home!

0 comments
Muhammad's first day in Kajang. Selamat datang Muhammad!

Friday, July 20, 2012

Breakfast for champion?

0 comments

Sarapan pagi untuk kakak sebelum ke sekolah. Ibu masih berpantang di Segambut...
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua.

Wednesday, July 18, 2012

senyuman

1 comments

senyuman muhammad di hari ke 10. Cepatnya dah nak masuk 2 minggu


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, July 17, 2012

happy birthday kakak deeja

1 comments

16/7 birthday deeja yg ke 4. Tahun ni ibu ngan papa tak sempat nak buat majlis untuk deeja tp insya allah kalo ada rezeki kita buat ye sayang.

Tapi deeja dah jadi kakak yg baik sebab deeja happy wpun dapat kek kecik n hadiah yg biasa2 jek. Deeja happy sgt sebab dpt adik muhammad.

Ibu ngan papa bangga sgt ngan deeja. Ibu ngan papa berdoa semoga deeja jadik anak yg solehah dan bahagia dunia dan akhirat. We love u so much deeja. from papa,ibu,kakak qila n baby muhammad.

p/s: deeja dgn hadiah dr mama ngan papa imi


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, July 16, 2012

Botak is beautiful

0 comments

Papa botak + Muhammad botak


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, July 15, 2012

@Hospital Tawakal

0 comments

Kali kedua di Hospital Tawakal untuk ujian darah. Moga kuning Muhammad makin berkurangan.. Amin


Published with Blogger-droid v2.0.4

Cukur jambul

0 comments

Alhamdulillah selesai sudah majlis cukur jambul (kecil-kecilan) Muhammad. Terima pada saudara-mara yang berkunjung.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, July 14, 2012

Kuning

0 comments

Ujian darah di Hospital Tawakal semalam menunjukkan kuning Muhammad pada 13 @ 220. Insya-Allah hari ahad akan membuat ujian susulan. Moga kuning nya tidak terlalu tinggi sehingga perlu dimasukkan ke wad.

Doktor kata, jemur pada cahaya matahari boleh menggalakkan lagi kuning akibat kekeringan / dehydrate.

Nurse kata, buat sementara waktu elakkan daripada memakan jamu dan halia..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, July 13, 2012

Jumaat @ Masjid Wilayah

0 comments

Alhamdulillah. Nanti dah besar, Muhammad boleh ikut papa solat jumaat ye..

Thursday, July 12, 2012

Muhammad ehemm Hanan

0 comments

Bismillah, dengan ini secara rasminya diumumkan bahawa nama Putera kami ialah MUHAMMAD AL-FATEH HANAN BIN MD.HAIRIZAD. Sempena meraikan gelaran Sultan Muhammad Al-Fateh, penakluk Konstantinopel. Semoga ia menjadi doa yang terbaik buat Putera kami, Insya-Allah.
*Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T pada kami sekeluarga.

Sun-bathing

0 comments

Muhammad sedang berjemur di bawah sinaran mentari pagi selepas mandi dan puas menyusu.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Bebas!

0 comments

Muhammad: Saya BEBAS!!

Payah betul nak bedung tangan Muhammad, asik boleh keluar saja. Hebat betul 'Muhammad the Escape Artist'.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Selamat pagi hari ke-4

0 comments

Bangun pagi, menangis, menyusu, sendawa dan berak..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, July 11, 2012

I'm home..

0 comments

Alhamdulillah Muhammad dan ibu sudah keluar daripada wad. Sekarang Muhammad dan ibu berehat di Segambut.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, July 10, 2012

Subuh nan indah

0 comments

Episod berjaga malam sudah bermula. Tadi malam Muhammad kerap bangun menyusu. Selepas menyusu, Muhammad berak lagi sebaik sahaja selesai dicuci beraknya yang pertama. Back-to-back tuhh...

Sekarang Muhammad sedang berdukung dengan ibu, tak mahu diletak


*Papanda (Papa + mata panda)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, July 09, 2012

Peek-a-boo

0 comments

I'm a BOY!!

D.O.B: 9-July-2012 (Monday) @ 10.00am

Weight: 3.56kg

Length: 50cm


Published with Blogger-droid v2.0.4

Its ALIVE!!

0 comments

Alhamdulillah 'Muhammad' selamat dilahirkan lebih kurang 10.30 pagi. His cry is music to our ears. Syukur! *Papa rasa sebak, sangat terharu, overwhelm by joy on the first Azan.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Ruang menunggu yang sangat BOSAN

0 comments

Ibu dah masuk OT. Papa kena tunggu luar sebentar sementara persiapan dibuat.


Published with Blogger-droid v2.0.4

In waiting

0 comments

Sedang menunggu doktor datang di OT. Nenek Asiah sedang tunggu di wad.


Published with Blogger-droid v2.0.4

9/7 The day

0 comments

Seawal 6.50 pagi sudah bergerak ke HUKM. Papa dan ibu sudah tak sabar nak jumpa 'Muhammad'. Moga mudah, lancar dan selamat hendaknya.. Amin.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, July 08, 2012

Menghitung hari

0 comments

Tak sabar rasanya tunggu hari isnin. Moga dipermudahkan..

@Cold Storage, One Utama


Published with Blogger-droid v2.0.4

Beradik-beradik

0 comments

@Pizza Hut, One Utama


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, July 05, 2012

Jatuh van sekolah

1 comments

Sedang sibuk di pejabat, dapat panggilan kecemasan daripada ibu. Ingatkan 'Muhammad' sudah tak sabar ingin melihat dunia, rupanya kakak terjatuh tersembam semasa turun daripada van sekolah. Mungkin kerana kain nya yang agak panjang dan labuh. Pipinya agak lebam, bibir bengkak berdarah dan gigi sedikit longgar kerana terhentak. Kakak agak trauma selepas jatuh sehingga badan nya menggigil, namun X-ray tidak menunjukkan kecederaan dalaman.
Doktor membekalkan kakak dengan ubat tahan sakit, ubat sapu dan MC sehari untuk berehat.

*Lain kali berhati-hati ye kakak dan adik..

Tuesday, July 03, 2012

Just the two of us

2 comments

Sejak sabtu, ibu dan adik berada di rumah nenek asiah di segambut menghabiskan minggu terakhir ibu sebelum bersalin. Lagipun agak bahaya untuk ibu tinggal berseorangan di rumah ketika papa bekerja dan anak-anak bersekolah.

Oleh itu papa dan kakak tinggal berdua saja di kajang. Agak kelam-kabut juga menguruskan kakak ke sekolah, tapi kakak sangat baik, mendengar kata dan banyak membantu serta membebel...

Sunday, July 01, 2012

Hari ini: Ice Blended

0 comments

@Coffee Bean, Mont Kiara.

*Melayan sesi mengidam sementara menanti temujanji 9/7


Published with Blogger-droid v2.0.4

Semalam: Nasi Arab

0 comments

@Arabian House, Bangi


Published with Blogger-droid v2.0.4
 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez