Friday, February 27, 2009

Pegang sendiri

0 comments

Adik dh pandai pegang botol sendiri. Adik gak dh blek duduk ngan stabil, cuma kena letak bantal kt blkg as precaution. Dah besar anak papa. Adik akan nangis sungguh bila ngantuk n nk ibu. Buat lh apa pon, mmg tk jalan. Tp bila ibu dokong je terus senyap.

Wednesday, February 25, 2009

Cekak rambut

0 comments
Semalam papa kacau kakak masa tengah main cekak rambut. Tiba-tiba kakak terus ketuk kepala papa dgn cekak rambut tuh (sharp end). Terkejut papa. Sakit gak kepala papa, n bila rasa ada bengkak sikit.

"Kakak jangan main ketuk2 tau, nanti kalau darah camne? Kat skool pon jangan main ketuk kawan2", pesan papa sambil usap2 kepala.

Kakak terus muncung merajuk / rasa bersalah.

Taklama pastu papa terus pujuk kakak, ajak kakak bersalam dan mintak maaf n ajak pegi tido.

Pagi tadi masa tgh bersiap nk pergi keje kakak cakap, "Papa, nnt kakak tak ketuk cekak lagi. Ibu nnt kakak tak ketuk cekak lagi", kata kakak menunjukkan kakak paham nasihat papa malam tadi.

Pandai anak papa.

Monday, February 23, 2009

Dua beradik

0 comments

Gambar nie diambil masa bawak adik lepak2 kat lobi hospital bila adik asik melalak taknak duduk dlm wad.

Kadang2 seronok tgk kakak main ngan adik. Walau adik masih blur, tp kdg kakak pandai wat adik senyum n gelak. Kdg smpi terkekeh2 adik gelak. Kakak kata;
"Kakak sayang adik,
Kakak sayang papa,
Kakak sayang ibu,
Kakak sayang semuaaaa"

Adik makin lasak. Golek sana, golek sini, angkat badan tinggi2 sambil tolak2 kaki tapi tak gerak kedepan pon. Gerak kebelakang ada lah. Tido pon dah lasak skang, bila sedar jerk kepala kat tmpt lain n kaki kat tmpt lain. Kadang tersangkut kat tepi dinding celah2 bantal penghadang. Kalau cukup tido, bangun pagi mesti adik senyum.

Batuk adik n kakak tak kebah lagi. Still continue dgn puff. Adik melalak sungguh2 bila kena puff tuh, phobia betul dia. Tapi kakak rilek jerk, siap pegi amik ubat sendiri, pasang, letak kat idung n papa tinggal tekan jerk. Then kakak kira sampai 10.

Actually kakak dah biasa dgn ubat. Masa kecik dulu hampir setiap bulan pegi klinik. Demam lah, batuk lah, ruam lah, eczema la, selsema la dll. Puff tuh pon kakak dah biasa coz dulu mmg doktor prescribed utk kakak. Umur kakak hampir dua tahun baru stop. Nie kena lagi, tp takde lah kritikal sgt coz kakak dah besar.

Boss Ibu ada tanya, "Kenapa anak awak selalu sakit jer? Hari tu dh masuk wad"
Papa pon jawab, "Dah nak sakit, kita nak buat camne. Al-maklumlah hantar kat nursery".

Talking about nursery, minggu nie merupakan minggu last hampir semua cikgu2 tetap kakak n adik kat nursery. Next week start ganti cikgu baru.
Cikgu Linda dapat panggilan kerja tempat lain.
Cikgu Sheila dapat panggilan Guru.
Cikgu Lin dapat panggilan Suami. Nak kawin daaaa.

Cikgu Linda antara cikgu yg paling lama jaga kakak, sejak umur kakak 3 bulan lebih. Dan diantara yg paling best dan serasi selain cikgu Ros & cikgu Mus dulu.
Risau gak bila bertukar cikgu baru nie. Tapi takpe, mama Liza masih ada utk pantau keadaan. Moga semua berjalan lancar.

Tahniah buat cikgu2 semua, moga HIJRAH ini menambah keberkatan dalam kehidupan. Terima kasih kerana jaga Kakak Aqila & Adik Khadeeja dengan baik.

Sunday, February 15, 2009

Bathtub?

0 comments

9am td adik kena wat fisioterapy. Doktor tepuk2 blkg, depan, sisi, Then doktor mskkn tiub utk kuarkn kahak. Melalak2 adik.

Saturday, February 14, 2009

Warded again

0 comments

Adik kena warded again. Bnyk kahak dlm peparu. Tp kali nie kat hosp KPJ kajang, dkt skit ngan umah. Kakak kena dok ngan papa bdua je kt umah lah nmpknye. Moga adik cpt sembuh n sihat selalu.

Tuesday, February 10, 2009

Happy family @ tanjung balau

0 comments

Sempat amik gamba 'beranak-beranak'. Ombak agak ganas utk mandi dan angin pn agak kuat. Tgklh rambut adik!

Wednesday, February 04, 2009

Pandai lah kakak nie

2 comments
Kakak dah pandai bergaul sekarang. Tapi still perlukan sedikit masa untuk get comfortable to new environment / people yg sesekali jumpa. Kadang papa kena prepare mindset (pesan) kakak sekiranya nak pegi / melawat sesuatu tempat / jumpa orang.

Contohnya nak pegi umah nenek, papa kena pesan supaya;
1) Kakak jangan nangis / muncung bila sampai
2) Kena salam atok, nenek, semua orang
3) Main elok2, jangan gaduh2, jgn pegi jauh2

Kakak cuma angguk2 je tanda paham atau akan cakap 'Okehlah papa!'.

Actually keadaan kakak skang alot better. Dulu kakak langsung taknak ngan orang lain. Asik nak berkepit ngan ibu jerk. Papa nk pegang pon kakak nangis. Lepas kakak setahun lebih baru lah papa boleh main2 ngan kakak. Kalau 3 hari kat umah nenek, on the last day baru lah kakak nak main2 ngan orang lain.

Walau sekarang masih ada sikit problem tu, tapi kejap jerk. Tak lama lepas tuh kakak dh bleh main2 dgn semua org.

Last CNY balik rumah nenek midah @ Kota Tinggi. Seronok sangat tgk kakak main2 kat sana. Main dgn abang2 & kakak sepupu, main ngan pak long, mak long, pak ngah, sembang2 dgn nenek.

Even kawan2 kepada abang2 sepupu yg datang bermain pon kakak boleh layan. Cuma dorang je yg taklayan kakak. Bila dorang kumpul ramai2, kakak pon datang sambil bawak anak patung sambil cakap, 'Nie Tasya kitaaaaa'. Cute kan?

Ada masa kadang kakak ajak nenek duduk sama, 'Nenek duduk lah sini, temankan qila tengok TV'. And bila dah duduk sama, macam2 lah soalan yang ditanya. Kadang letih gak lah nak jawab bila setiap jawapan di kemukakan semula dengan soalan, 'KENAPA??'.

Ada satu lagi skill terbaru kakak iaitu buat ayat kesian dgn muka kesian. Cth;
1) 'Papa, kat umah nenek midah ada susu tak??' - Nak suruh buat susu lah tu
2) 'Lama papa tak buat susu utk qila. Kesian Qila...' - padahal baru jer habis sebotol 1-2 jam lepas
3) 'Kesian qila duduk soang-soang, takde sape nak temankan qila' - Nak papa/ibu duduk main2 sama-sama
4) 'Papa, qila penat lah. Sakit kaki, tak larat nak jalan' - Nak mintak dukung

Dan macam-macam lagi. Pandai lah kakak nie.
 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez