Friday, September 26, 2025

Ngeteh bersama kawan

0 comments
Papa ada kawan tau!

Antara yang hadir;
Relauddin
Faizal
Rafzan
Amin
Syuhairi

10 Ogos 2025
Restoren Pelita, Cyberjaya

Moga Allah berkati kawan-kawan Papa dan persahabatan kami serta dipermudahkan segala urusan.


Maulidur Rasul 2025

0 comments
InshaAllah esok kariah Masjid Taman Sutera akan mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Program akan bermula seawal 7 pagi dengan perarakan anak kariah dan ditutup dengan ceramah perdana pada malamnya.

Moga usaha kecil ini dapat membibitkan dan menambahkan rasa cinta kita, anak-anak, keluarga serta masyarakat kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah s.a.w suri teladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang-orang yang mengharap rahmat Allah, dan kedatangan hari Kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah.” 
al-Ahzab: 21

Firman Allah dalam surah ali-Imran: 31,
“Katakanlah, jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah), nescaya Allah akan mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Moga Allah permudahkan segala urusan.

Malangnya Muhammad perlu menghadiri kem di sekolah. Sementara Ibu dan Kakak akan ke sekolah Kakdik untuk sesi halatuju selepas SPM.

Kontijen fasa 4 akan berarak dengan kekuatan anggota seramai 4 ratus... ehh 4 orang (setakat ini).

Sunday, March 02, 2025

Ramadhan Kareem 2025

0 comments
Selamat menyambut Ramadhan buat semua

Moga pengisian Ramadhan kita kali ini lebih baik daripada yang telah lalu.

InshaAllah

Sunday, February 09, 2025

Sentiasa cantik dan comel

0 comments
Usia 20 tahun vs 3 tahun..
Kakak sentiasa cantik dan comel seperti dulu..

Thursday, February 08, 2024

Terima kasih En.Adnan. Moga 'pencen' tenang disana

0 comments
Haji Adnan bin Ahmad, seorang sahabat, teman dan client yang terbaik dan amat memahami serta sentiasa bertolak ansur.

Beliau sangat menanti-nantikan saat pencennya, tambahan lagi dengan tawaran VSS. Manusia merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah yang terbaik. Hari ini 8 Febuari 2024, beliau dijemput Illahi setelah hampir sebulan di hospital.

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
"Ya Allah! Ampunilah beliau berilah rahmat kepadanya, selamatkanlah beliau, maafkanlah  beliau dan tempatkanlah dia di Syurga mu ya Allah..
Semoga dikurniakan Husnul khotimah
آمــــــــــــــــــين يَارَبَّ الْعَالَمِـــــيْ..

Gambar ziarah hari terakhir sebelum beliau pencen.

Perbualan terakhir.. terkilan tak sempat menziarahinya.. :(

InsyaAllah kita berjumpa di Syurga ye sahabat.

Wednesday, January 10, 2024

Happy 76th Birthday to Nenek Midah

0 comments
🥳🥳🥳
Happy 76th birthday buat Emak (Nenek Midah).
Moga panjang umur dalam keberkatan, kesihatan yang baik, murah rezeki, sentiasa dalam rahmat dan redha Allah SWT.

Tuesday, January 02, 2024

Pak Rizal

0 comments
Tadi Muhammad tanya..
S: Pak long keje apa?
J: Pak long tak sihat.

S: Maklong?
J: Maklong jaga paklong.

S: Pakngah keje apa?
J: Keje kat kilang.

S: Pak Rizal keje apa?
Alah ayah qaliph tu..

J: Pak rizal mana pulak?
Itu Pak usu lah..

Oooo

Tuesday, December 19, 2023

Kakak's 18th birthday

0 comments
Our little princess.. 
Awak dah dewasa..

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez