Tuesday, September 10, 2019

Perginya Pakcik Omar

0 comments
إن لله وإن إليه راجعون

Cik (Atuk) Omar telah kembali ke rahmatullah. Arwah adalah diantara kawan baik arwah Atuk Kamdin serta sangat baik pada keluarga. Seorang yang peramah dan selalu bergurau. Beliau juga seorang yang baik hati, pemurah serta tidak berkira.

15 tahun lepas, semasa majlis bertandang Papa dan Ibu, rumahnya lah yang ditawarkan sebagai tempat bersiap dan berehat bagi rombongan pengantin perempuan.

Menurut kisahnya, rupanya Cik Omar merupakan kenalan Tok Ayah Long dan Atuk Hamid kerana pernah menetap seketika dulu di Segambut.

Kali terakhir Papa bertemu Cik Omar adalah pada baraan hari raya lepas. Sempat bertanya khabar dan selfie seketika. Walau ketika itu tidak berapa sihat, tapi Cik Omar nampak gembira dengan kehadiran rombongan baraan ke rumahnya.

Semoga Allah tempatkan ruh arwah dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah dia, lindungilah dia dan ma'afkanlah dia. Masukkanlah dia dikalangan orang-orang yang beriman. Tempatkan lah dia dalam syurga dan jauhkan lah dari api neraka.

Aaminn, InsyaAllah.


 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez