Monday, May 31, 2021

Dukacita..

0 comments
Assalammualaikum W.B.T.

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن

Dukacita dimaklumkan bahawa Atok Hamid (Abd Hamid Md Sari) telah kembali ke rahmatullah pada pukul 4 lebih pagi tadi.

Alhamdulillah urusan selesai sekitar 11.30 pagi tadi. Mudah dan lancar berkat doa semua. 

Syukur dapat mandikan buat kali terakhir.
Pakaikan 'pakaian' buat kali terakhir.
Dan hantarkan hingga ke liang lahad.

Moga rohnya berada dalam rahmat, redha dan keampunan Allah S.W.T. Dan moga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

"Ya Allah! Ampunilah beliau berilah rahmat kepadanya, selamatkanlah beliau, maafkanlah beliau dan tempatkanlah dia di Syurga mu ya Allah..

Semoga dikurniakan Husnul khotimah

آمــــــــــــــــــين يَارَبَّ الْعَالَمِـــــيْ..

Tuesday, May 04, 2021

Surat untuk Ibu..

0 comments

Monday, April 26, 2021

Dia kacau Muhammad

0 comments
Hari ini, Papa dan Ibu cutikan Muhammad kerana selsema. Kebetulan pula sekolah ditutup 2 hari akibat penularan Covid.

Tapi pukul 9 pagi dah rasa lapar..

Sedang buat kerja rumah, tiba-tiba Muhammad bangun sambil membawa balang kuih baulu.
Papa: Nak buat apa tu?
Muhammad: Nak letak jauh-jauh. Dia kacau Muhammad!

Haha, terliur lah tu..

Alhamdulillah Muhammad masih gagah berpuasa setakat hari ke 14 ini.

Teruskan usaha wahai anak muda!

Dalam satu hadis daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad menerangkan: “Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan daripada Allah pada hari kiamat apabila tidak ada naungan melainkan naungan Allah. Mereka adalah:

• Pemimpin yang adil.

Pemuda yang sejak kecil sudah beribadat kepada Allah yang Maha Besar lagi Maha Perkasa.

• Orang yang hatinya terpaut pada masjid.

• Dua individu yang saling mengasihi kerana Allah, kedua-duanya berkumpul kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah.

• Lelaki yang dipikat wanita yang mempunyai status dan kecantikan tetapi dia berkata: “Percayalah, saya takut kepada Allah.”

• Orang yang bersedekah dan merahsiakan sedekahnya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya.

• Orang yang ingat kepada Allah dalam keadaan sunyi lalu menitis air matanya. 

(Hadis diriwayatkan Bukhari dan Muslim)

Happy birthday to me

0 comments
Alhamdulillah.. 
Syukur pada nikmat Allah, masih dapat merasai usia bertambah ke 44 tahun.

Syukur pada nikmat sihat, rezeki yang baik, keluarga yang baik, isteri yang baik, anak-anak yang baik, serta segala nikmat yang terlalu banyak dan tak dapat dihitung.

Syukur Alhamdulillah Ya Allah.

This really made my day..
Tq so much kakak.
Papa halalkan segalanya dan Papa maafkan salah dan silap anak-anak papa.

Maaf atas segala kekurangan.
Moga Allah sentiasa pelihara dan berkati kita sekeluarga dan moga kita semua dikumpulkan dalam syurga, insyaAllah.

Sunday, April 18, 2021

Erti hidup pada memberi.. Ramadan 1442H

0 comments
Syukur Alhamdulillah sudah hari ke-6 Ramadan. 
Syukur Alhamdulillah masih diberi nikmat sihat, nikmat masa luang dan nikmat untuk meraikan Ramadan dengan ibadah.

Kata orang alim, Jadualkan lah masa untuk beribadah, bukannya tunggu ada masa baru nak beribadah. 

Demi masa. 
Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal solah dan mereka pula berpesan-pesan pada kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.
Surah Al-Asr (1-3)

Ramadan tahun ini, kita teruskan lagi tradisi memberi hadiah, berkongsi kurma dengan ahli keluarga,  jiran-jiran terdekat serta sahabat handai. Moga usaha kecil ini dapat meraih rahmat Allah S.W.T serta saling merapatkan hubungan silaturahim dan kasih sayang sesama kita.
InsyaAllah

Sabda Nabi Muhammad S.A.W;
تهادُوْا تحابُّوا
Maksudnya: “Hendaknya kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai”.
Riwayat al-Bukhari

Baginda S.A.W juga bersabda;
“Berlindunglah kalian dari api neraka walaupun dengan separuh kurma. Barangsiapa tidak memilikinya maka hendaklah dengan kata-kata yang baik”. (HR. al-Bukhori dan Muslim)

Terima kasih Muhammad, tolong Papa.
Harap Muhammad tak terlalu malu nak bagi Cikgu dan kawan-kawan.

Thursday, April 15, 2021

Masuk pejabat.. setelah setahun PKP

0 comments
Hari ini Khamis, 15-April-2021 merupakan hari pertama Papa masuk ke pejabat setelah setahun PKP.

Hari ini juga merupakan hari ke tiga Ramadan.
Setakat ini Muhammad dapat melalui hari berpuasa dengan baik. Cuma kadang-kadang terbayangkan kek, donat dan lain-lain.

Deeja pula pertama kali puasa berjauhan, belajar hidup berdikari, hidup di asrama. Moga baik-baik saja.

Kakak dah tingkatan 4.. SPM dah dekat tu.

Moga Ramadan kita kali ini lebih baik daripada yang telah lalu.

Friday, February 12, 2021

One pack to rule them all..

0 comments
'Papa, kenapa dia kena bukak baju?', tanya Muhammad ketika menonton Storm Shadow berlawan hingga koyak baju dan menayangkan badannya yang sasa berketak-ketak.

'Kalau perut dia macam papa, mesti dia tak berani nak bukak baju', jawapan santai sambil mengusap-usap perut WFH.

*One pack to rule them all..
 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez