Monday, July 20, 2009

Terkini II


1) Khadeeja dah genap setahun, 16 julai lalu. Namun tiada sambutan besar-besaran yang dijalankan. Yerlah adik pon kecik lagi, bukan nya dia paham. But Ibu made mini-choc-moist-cakes especially for her birthday to be celebrated at skool. Ibu tukang masak, papa & kakak tukang decorate juga tukang bungkus goodies bags for the occation. Tapi kakak jeles kalau adik celebrate birthday sorang2, so awal2 lagi pesan kat cikgu supaya kakak boleh tiup lilin.


2) Smlm balik segambut kejap, tapi adik tak mahu langsung dengan orang lain. Asik melekat ngan papa / ibu je, maybe coz adik tak biasa atau terkejut dgn pertukaran persekitaran. Melalak2 bila org lain nak dukung.

3) Rambut adik dah makin panjang smpikan melindungi mata dan merimaskan. Smlm nenek asiah tolong potong pendek, then papa sambung potong lagi pendek. Dan sekarang adik boleh bergaya dengan style Abu Bakar Ellah sambil tersengih menampakkan gusi serta gigi comel 5 batang.


4) Kakak selalu jeles ngan adik. Apa saja cara gurauan yg papa /ibu buat kat adik, kakak pon suruh ulangi benda yg sama pada nya. Kalau setakat gurauan boleh tahan lagi, tapi part nak lambung2 cam adik tuh yg tak laratttt, berat!

5) On Saturday pergi jalan2 kat shopping complex, Ibu tak pakaikan kakak pampers (read: lampin) coz nak train kakak. "Nanti kalau kakak nak kencing, kakak cakap tau.", ibu and papa pesan awal2. "Ibu, kakak nak kencing", kata kakak tiba2. Mmg pandai anak papa sorang nie, tapi agak terlambat coz seluar dah basah sedikit sebelum sampai tandas. Terpaksalah beli seluar baru.

6) Smlm papa mandi agak lewat, sblm masuk bilik air papa pon ke dapur masak air panas yg mmg tinggal sikit. Cepat2 selesaikan mandi bila cerek didapur dah berbunyi. Then papa tengok kakak meniarap depan TV sambil menutup muka gaya merajuk. "Kakak kenapa?", tanya papa lembut. "Kakak sedih, takde sape nk kawan kakak", kakak jawab sayu bila ditinggal berseorangan sementara papa mandi dan ibu tidurkan adik dalam bilik. "Alahai sian anak papa. Jgn nangis ek, papa teman kakak", pujuk papa sambil cium pipi budak comel itu. "Papa, nak susu", kata kakak ringkas setelah dipujuk. ALAMAK! Papa terlupa!! Actually kakak mintak susu sebelum papa pi mandi tadi. Lately papa agak pelupa, bukan pasal dah tua (cover skit) tapi mungkin banyak benda tgh pikir kat kepala.

7) "Papa, kalau kita sembahyang tuhan sayang kan?", kata Kakak tiba2. "Papa dah sembahyang, Tuhan sayang Papa", sambung kakak mungkin lepas nmpak papa sembahyang Isyak tadi. "Nnt kalau ibu dah sembahyang pon Tuhan sayang", kata kakak lagi seakan tahu ibu belum sembahyang Isyak lagi.


*Read more @ http://alisyaaqilahanan.blogspot.com

0 comments on "Terkini II"

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez