Thursday, May 31, 2012

Rindunya!

0 comments

Sejak ahad ibu, kakak dan adik berada di segambut, papa pula seorang diri berada di kajang.


Tak tahan rindu pada mereka, oleh itu hari ini papa balik ke segambut juga... RINDUNYA!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 30, 2012

berbaju kurung

1 comments

kakak n adik lps mandi tghari lengkap berbaju kurung dan tudung.

gambar khas utk tatapan papa ;-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, May 28, 2012

Bunga-bunga Chenta

0 comments

Hadiah surprise untuk papa dan ibu daripada kakak... How thoughtful!

Cuti sekolah pertengahan tahun sudah bermula. Sekarang kakak dan adik menemankan ibu di segambut kerana ibu dinasihatkan supaya berehat oleh doktor akibat masalah uri di bawah. Moga Dipermudahkan Allah S.W.T.

Friday, May 25, 2012

qaliph

1 comments

Published with Blogger-droid v2.0.4

gelagat adik

0 comments

Published with Blogger-droid v2.0.4

Ber-baskin robbins

0 comments

'Muhammad' mengidam makan aiskrim Baskin Robbins.


Happy '25th' birthday buat Ibu moga panjang umur murah rezeki dan diberkati Allah S.W.T. Tak dapat icecream cake, dapat icecream pon jadi lah..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 23, 2012

@KLCC

0 comments

Dah lama betul tak singgah di KLCC. But really not much to see.. Apatah lagi nak jalan-jalan dengan family.

Thursday, May 17, 2012

Minggu peperiksaan

0 comments

Hari ini mula minggu peperiksaan tengah tahun adik. Bagi anak berusia empat tahun, banyak juga subjek yang dipelajari dan diuji sepanjang seminggu, antaranya Bahasa Melayu, Hadith, Matematik, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Sains, Jawi, Al-Quran Dan Hafazan.

Papa pun berpesan, 'Nanti masa periksa, kalau adik tak tahu, adik tanya cikgu tau'. 'Adik tahu, senang je!', adik menjawab mudah...

*Esok kakak mula peperiksaan sekolah rendah. Sekolah KAFA tak pasti pula kerana tiada surat atau jadual peperiksaan daripada cikgu.

*Moga kakak dan adik memperolehi ilmu yang berkat dan bermanfaat dunia akhirat. Amin

Sunday, May 13, 2012

Dog haram!!

0 comments

@the curve


Published with Blogger-droid v2.0.4

Kereta baru?

0 comments

Ketika sedang mencuci kereta
Papa: Deeja nak kereta baru tak?
Deeja: NAK!
Papa: Nak kereta apa?
Deeja: Kereta Estima!
Papa: Mahalnya, deeja ada duit ke?
Deeja: Ada!
Papa: Berapa?
Deeja: Lima posen...

Ucu Apis's 1st Shop

0 comments

A visit to Ucu Apis vintage clothing shop.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, May 12, 2012

Rezeki Hari Ibu

0 comments

Terima kasih kepada Daddy dan Mama kerana belanja makan malam sempena hari ibu. Moga dikurniakan rezeki yang murah dan mendapat keberkatan dunia akhirat.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Daddy, aqila dan maisara

0 comments

@Restoren Cerana, Cheras


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, May 11, 2012

Thank you for everything

0 comments

Kad ucapan hari papa dan ibu hasil creativity kakak semasa kelas Bahasa Inggeris nya. We love you so much too.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Lots of love

0 comments

Papa + kakak + adriana + adik.


*nasib baik papa masih  'ramping'... Kalau tak, sure tak muat frame


Published with Blogger-droid v2.0.4

@HUKM Specialist lagi

0 comments

Moga berjalan lancar hendaknya. Amin..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 02, 2012

Hadiah

0 comments

Semalam kakak dapat jemputan birthday party Nadia. Sedang sibuk memilih dan membelek hadiah buat nadia, adik datang sambil memikul mainan memasak, 'Ini deeja punya!', dan minta dibalut cantik.

Papa: Kakak nak mainan apa?
Kakak: Taknak (sambil menggeleng pasti!)
Papa: Kenapa?
Kakak: Nanti duit papa habis...

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez