Wednesday, December 15, 2010

Merah tanda berhenti



Semalam semasa sedang memandu, kereta kita dilambai-lambai oleh beberapa orang anggota polis yang sedang mengadakan sekatan jalan raya dan diminta berhenti ditepi.

Polis: Encik tahu kenapa ditahan? Encik telah melanggar lampu merah. Sila keluarkan lesen memandu dan turun dari kenderaan.

Polis: Encik nak kemana ramai-ramai nie?
(mungkin setelah nampak kenderaan sarat dengan penumpang iaitu Nenek Midah, Paklong, Maklong, Abglong, AbgNgah, AbgKecik, UcuRizal, Kakak dan Adik).

Papa: Maaf Encik. Saya tak perasan lampu tadi merah. Ingatkan kekiri tuh hijau. Saya tak biasa dengan kawasan sini. Saya bawa keluarga jalan-jalan cuti sekolah. Pergi melawat sedara dikawasan ini.

Polis: Macam mana nie Encik? Nak saman ke tidak? Saya kesian pulak tengok encik dengan keluarga ramai-ramai nie.

Papa: Saman sajalah Encik, dah memang silap saya tak perasan lampu merah.

Polis: Kalau saman, kena RM300 nie. Kalau tak bayar dalam masa 1-2 bulan kena naik mahkamah.

Papa: Takpelah Encik. Nak buat macam mana... (nada pasrah)

Anggota polis tersebut pon mengambil butir pengenalan melalui lesen memandu dan sambil berbual-bual bersama anggota lain.

Polis: Ginilah encik. Kesian pulak saya tengok encik dengan family. Saya bagi chance lah. (sambil menyerahkan semula lesen memandu).

Papa: Terima kasih encik.

Papa berjalan laju menuju kenderaan tanpa menoleh kebelakang dan dengan pantas memandu meninggalkan tempat kejadian... Takut anggota polis itu menukar fikiran.

Syukur Alhamdulillah!

Pesan Kakak: Papa, nanti kalau lampu MERAH papa berenti tau.. jangan jalan. BAHAYA!!

PATUHILAH UNDANG-UNDANG!

0 comments on "Merah tanda berhenti"

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez