Monday, December 27, 2010

Happy Birthday to Kakak Aqila!


19 Disember lepas umur kakak genap 5 tahun. Kakak sangat seronok untuk menyambut hari kelahirannya. Sebelum ini kakak telah berpeluang menyambut hari tersebut bersama kawan-kawan serta guru-guru di sekolah (SmartReader, Taman Kajang Sentral).

Kali ini pula sambutan kecil-kecilan di rumah atok & nenek di Segambut Dalam dan digabungkan sekali dengan sambutan hari kelahiran atok hamid yang ke 50... berapa haa?? Huhu lupa pulak nak tanya atok.

Sambutan kecil namun meriah!

Moga Kakak dan Atok panjang umur, sentiasa sihat, murah rezeki, bahagia bersama ahli keluarga berserta semua kebaikkan yang ada... Amin.

0 comments on "Happy Birthday to Kakak Aqila!"

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez