Monday, December 27, 2010

Hebat!



Hebat kawan-kawan papa.

Ada yang telah berjaya membuka dan menguruskan perniagaan sendiri, ada yang menjadi ejen insurans dengan pengikut yang ramai, ada yang menjadi ketua-ketua di syarikat besar serta jabatan kerajaan, ada juga yang menjadi peniaga emas yang berjaya dan lain-lain lagi.

Berikut dua buah buku hasil nukilan dua rakan sekuliah papa semasa di UTM suatu ketika dulu iaitu buku 'Persembahan Hebat dengan PowerPoint' olah Syahrul Nizam Junaini dan 'Remaja Kreatif Luarbiasa' oleh Jonathan Sidi.

Selain buku tersebut, uncle Syahrul Nizam juga ada menulis beberapa buku lain iaitu 'Ilmu Pengaruh, Bukan Jampi Tetapi Seni' dan 'Anakku Celik Komputer'.

Bukan itu saja, beliau juga dijemput untuk berkongsi tips-tips dalam rancangan 'Motivasi Pagi TV3'.
Tahniah buat mereka semua, moga terus HEBAT!

Kata Kakak: Hebat lah ibu nie! Ibu masak sedap. Kakak sayang ibu!

Kata kakak lagi: Hebat lah papa nie. Papa pandai buat lawak, kakak sayang papa badut!

Sebenarnya kita semua berpotensi menjadi manusia hebat. Walaupun bukan hebat pada semua, tetapi cukup hebat bagi mereka yang menghargai.

Moga anak-anak papa juga akan jadi manusia HEBAT di dunia dan akhirat. Amin.

2 comments on "Hebat!"

syahrul on January 12, 2011 11:40 PM said...

Semoga Tuan juga terus cemerlang. Amin!

syahrulnizam on February 17, 2011 11:39 PM said...

Terima kasih :)

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez