Friday, July 06, 2007

6 Julai, setahun yang lalu


On this date 6th July a year ago, Papa & Ibu had an accident on the way to office. At that time, Qila's only 6-7 monthsold. Maybe you don't understand anything, but kita sepatutnya bersyukur kerana Allah masih memberi Papa dan Ibu peluang untuk menjaga dan mencurahkan kasih sayang pada qila.

Seperti biasa, 7.30pagi tahun lalu Papa dan Ibu akan hantar Qila di nursery. Masa nie qila dah selesa duduk disitu. Dah biasa dan dah manja dengan teacher, so papa dan ibu pon tak risau sangat. Masa nie papa dan ibu masih menggunakan Motorsikal untuk ke pejabat. Kononnya nak jimatkan sedikit duit oleh kerana perjalanan yang agak jauh + harga minyak yang mahal + kadar toll yang semakin naik. Memang tidak dinafikan setiap hari kami berdepan dengan bahaya. Yelah naik motor nie umpama mentimun, menggelek sakit digelek pon sakit. Setiap hari kami hanya berdoa keselamatan, kelancaran perjalanan, kemudahan untuk sampai ke destinasi pergi dan balik, DAN pasrah serta berserah.

Untuk keselamatan, papa menggunakan laluan kecemasan untuk mengelak daripada bahaya dihimpit/dilanggar kenderaan besar. Bila sampai dihadapan Furniture World jalan sungai besi, tiba2 sebuah MPV hitam membelok masuk secara melintang tanpa sebarang isyarat. Masa tuh memang dah dekat sangat jarak antara motor dengan MPV tersebut. Ditambah dengan keadaan jalan yang agak menurun bukit, papa tak sempat nak berhentikan motor. Semuanya berlaku dalam sekelip mata jer. Papa nampak MPV tuh masuk menghalang jalan, sebuah motorsikal dihadapan melanggar bahagian depan dan menyebabkan penunggang wanita tuh melambung dan masuk kedalam parit. Kemudian papa rasa impak yang kuat dari bahagian hadapan, keadaan jadi gelap gelita, papa rasa diri papa seperti terbang dan jatuh menyembam bumi.

Kemudian masa seolah2 terhenti. Gelap gelita, sunyi sepi beberapa ketika dan kemudian papa dengar sayup2 Ibu panggil nama papa. Mula2 perlahan, makin lama makin kuat. Bila buka mata, muka papa dah kat tanah. Rasa sakit menyerang segenap penjuru. Papa tak boleh nak bangun dan rasa kebingungan.

Kemudian beberapa orang menarik papa untuk bangun dalam kepayahan. Masa nie darah keluar mencurah2 dari luka berlubang di tangan. Bahu rasa terlalu berat. Lutut dan kaki kanan terlalu sakit untuk digerakkan. Sakit, bisa, dan darah keluar dengan banyak dari bahagian mulut. Papa dah tak larat nak buat apa2. Macam2 yang terbayang kat mata. Terbayang qila, ibu, dan macam2 lagi.

Kemudian papa dan ibu diusung ke dalam sebuah kereta waja yang sedia menunggu. Besar betul jasa uncle tuh pada keluarga kita. Habis kereta dia kotor dengan darah papa. Tapi dia cakap "Takpe, naik je. Mengucap ye."

Kemudian kami diiringi dengan kenderaan polis yang kebetulan berada ditempat kejadian menuju Hospital UKM.

Sampai di HUKM, papa dan ibu terpisah. Papa terus dibawa masuk ke wad kecemasan (ER). Papa mengalami impact yang kuat dibahagian mulut membuatkan beberapa batang gigi patah kulit bibir dan bahagian dalam mulut terkoyak. Terlalu banyak batu dan pasir dalam mulut papa. Kena hampir 20-30 jahitan yang amat menyakitkan sampaikan papa mengalirkan air mata. Walaupon ade bius, tapi kesakitan tuh tetap terasa. Papa jugak terpaksa kena 3-4 jahitan lagi dibahagian lutut yang koyak akibat hentakan yang kuat sehingga menyebabkan seluar yang dipakai koyak rabak dan bahagian lutut mengalami bengkak yang serius dan menyebabkan kesukaran untuk berjalan selama sebulan lebih. Satu tulang jari dibahagian belakang tapak tangan patah dan kulitnya bocor dan darah meleleh2 keluar. Impact yang kuat juga meninggalkan kesan pada bahagian bahu dan dada sehingga papa menghadapi kesukaran untuk bernafas. Sampai sekarang bahu papa masih terasa sakit akibat hentakan kuat itu. Papa tak boleh nak angkat barang2 berat sangat. Tapi kadang papa gagahkan je.

Masa nie ibu yang uruskan segala-galanya. Walaupon ibu pon mengalami kecederaan pada muka yang terkoyak dan berparut serta kaki yang berjahit. Tapi ibu gagahkan juga utk jaga qila yang asik merengek dan tak mau ikut orang lain.

0 comments on "6 Julai, setahun yang lalu"

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez